Tuesday, October 14, 2008

.: Gelak la Sikit :.

Nak dijadikan cerita, adalah sepasang kekasih berketurunan Cina iaitu Wong Fei Hong dan Wong Pu Sing melangsungkan perkahwinan mereka setelah hampir 8 tahun bercinta. Maklumlah, 8 merupakan angka yang dipercayai membawa tuah terhadap kaum ini.

Dengan kaedah membajet dan merancang kelahiran, pada bulan lapan tahun berikutnya yang secara kebetulan jatuh pada 2008, pasangan ini dikurniakan cahayamaya pertama. Dipercayai bayi mereka mempunyai berat 8.88 kg adanya. Maka Mr Wong dan Mrs Wong amatlah gembira apabila mengetahui keadaan bayi mereka yang sihat dan bulat.

Tiba masa untuk memberi nama terhadap bayi tersebut. Maka jururawat pun dengan senang hati mendukung bayi tersebut dan diserahkan kepada Mrs Wong. Namun begitu, rupa bayi tersebut tidaklah bermata sepet seperti kebanyakan anak Cina yang lain.

Sebaliknya, bayi tersebut berambut perang, bermata bundar, berpipi montel juga bibir yang mugil (pergh, description!). Yang amat dasyat, mata bayi tersebut berwarna biru! Wow! Mr and Mrs Wong tidak mempercayai bahawa itu adalah bayi mereka. Namun, setelah disahkan oleh jururawat dan doktor bertugas, mereka akur.

Jadi....

Nurse : Apakah nama yang mau didaftar untuk bayi ini Tuan, Puan Wong?

Pn Wong : Well, u know aaa...2 Wong tak mungkin bole menyebabkan kejadian macam ini...jadi...kami lasa...kami akan namakan bayi ini...

Sambil berpandangan antara satu sama lain, dengan serentak mereka berkata...

Both : Sum Ting Wong

p/s : pahe dok?

2 comments:

Mira a.k.a Toti said...

paham...

sum ting wong = something wrong kan? kan? kan?

DoOrDie said...

bagus!

i know yu ken du it!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...