Thursday, July 29, 2010

:: You Call It TEAM But... ::

No comments:
People (well some people especially those senior ranking managers) often emphasize that we need to work as a TEAM. As an employee to an organization, each individual plays their roles and contribute to the company growth. We should grow together, and make it last forever.

It just so good  but mind you, good does not mean right. Again, it does sounds good. Too good to be true, i must say. The most valuable lesson i've learned along the way with my little working experience is that :

There's ME in TEAM not WE.

Period.

Tuesday, July 27, 2010

:: So True! ::

2 comments:
"Ma...cuba mama baca ni...."


Mama jawab "Apsal tak beli? Lenkali kalau jumpa 'If you think im lazy, you should see my daughter'... Tolong beli eh?"

Yolah!

Wednesday, July 14, 2010

: With or without you ::

No comments:
Things are too complicated at a time. But, i just want to make it simple for me, myself and i. I don't need too much drama in my life. So, i choose to refrain myself from having any sort of conversation with you. I am just too tired to handle another fight which clearly not worth it.

As for this moment, i rather not to share anything personal with you. It's not that i hate you. I just cant. I am not here for your entertainment. It's my life and i hold full responsible on how its run. Mind you, its my call and i don't think you would have in any kind of way to get a chance to ruin it for me. Not anymore.

You will stay where you are now, until i re-consider on your existence in my life. Seriously, with or without you i, i am a happy person. So, be it.

:: Saya & Perut Saya ::

No comments:
Semalam semasa cK berada dalam LRT, seorang lelaki telah menawarkan tempat duduknya pada cK. Baik hati kan lelaki tu? Kalau ikut logik, memang ler baik budaknya. Tapi, sebagai seorang perempuan yang mempunyai tahap sensitiviti yang tinggi melampau, cK rasa kurang best. 

Mungkin kalau yang offer tu seorang mamat yang cute ala2 muka Messi, mungkin la...ya, mungkin ya kawan2...mungkin cK akan redha dan senyum manja siap kedip2 mata dan ucap terima kasih dan tanpa was-was melabuhkan punggung. Tapi...yang ni lain sikit. Mamat ni ada rupa2 cam mamat dispatch (sebab tengok dia pegang banyak surat ngan beg yang agak besar) dan pakai spek hitam di waktu malam. Hurm..payah sikit nak turn on lah. 

Apa-apa pun itu bukan isu nya. Yang buat cK rasa cam tak syok tu sebenarnya adalah rasa curiga pada niat mamat tu offer tempat duduk. Adakah dia memang gentlemen? Kalau begitu, baguslah sapa2 yang bersuamikan dan bermenantukan dia. Cumanya...selama cK naik LRT ni belum ada lagi sejarah yang lelaki akan offer tempat duduk kat perempuan macam tu je. Melainkan.....!!!! Jeng jeng jeng.......

Adakah perut cK yang ala2 'sehat' ni punca segala-galanya? Adakah? Betulkah? Benarkah? Mungkinkah mamat tu ingat yang cK ni pregnant? Maka, dia pun dengan senang hatinya offer tempat duduk dia kat cK. Yelah, takut2 kalau LRT buat hal, emergency break ke kan...Taklah nanti ibu mengandung ni terhoyong-hayang kan? Arrrrghhhhh!!!!!

Adakah saya paranoid kerana berfikiran begitu? Adakah saya poyo? Takkan ler kot kan sampai tahap kritikal camtu. Mungkin ada benarnya...tapi orang tua-tua selalu kata, jangan buruk sangka. Tak gitu? Sesungguhnya, tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Bila orang dah offer seat tu, rembat je jangan banyak tanya.


Monday, July 12, 2010

:: Bahasa Budaya Bangsa ::

No comments:
Ada orang kata "I feel silly when i speak in Malay".



Tapi, suatu kejadian di Tesco Kepong membuatkan cK kelu untuk berkata-kata. Korang mesti pernah jumpa ramai orang-orang Melayu yang bertutur dalam Bahasa Inggeris sesama mereka. Betul? Sampaikan ada yang kadang-kala lebih slang dari Mat Salleh itu sendiri. Dengan "R" gulungnya, they just sounded like they are using different languange than English. Agree?

Apa yang jadi di Tesco tempohari? Ha...bayangkan dua Melayu berjalan beriringan sambil sok sek sok sek English. "Yeah yeah yeah...i feel i wanna take leave or sumtin. Too tired lah". Kata si Melayu yang sorang ni sambil yang polan sorang lagi tu angguk-angguk. Berdasarkan dressing yang ala2 hawt gitu, anggap je la dia faham apa yang kawan dia kata tadi. 

Mind you guys ya, i have no issue with anyone who used English as bahasa perantaraan. Takda masalah apa pun. But then, how do you feel bila di satu sudut lain ada sekumpulan warga asing (which i assume Bangla) sedang bersembang soal kerja sesama mereka dan dialog ni keluar :

Bangla A : Ini kenapa tak cuci?
Bangla B : Oh, itu! Itu dia punya kerja. Bukan saya. (kata Bangla B sambil tuding jari kat Bangla C)

Ha! Amik ko ubat! You just imagine ye kawan2. Bangla sama Bangla pun rilek je cakap bahasa kebangsaan. Yang anak2 kita ni (even kita sendiri pun) lebih rasa lebih selesa bila cakap bahasa luar. Mungkin bahasa kita terlalu mudah untuk dikuasai barangkali? Atau ada sesetengah kita yang rasa super duper hebat bila bercakap omputih ni. Rasa hidung jadi mancung, rambut kaler perang agaknya. Hurm....

Apa sudah jadi ni?


Thursday, July 01, 2010

:: Pukul 3 Pagi ::

No comments:
Apa korang buat bila jarum jam menunjukkan pukul tiga pagi? 

Tidur?
Berdengkur?
Bermimpi?
 


Ha...tu jawapan standard lah kan? Tapi, di zaman kecanggihan teknologi dan kesibukan yang melanda setiap makhluk bumi, ada juga manusia yang masih aktif YM, FB, berblog pada 3 pagi. Takperlah, janji masing-masing gumbira. 

Tapi! Lain peel kalau bercinta ya kawan2. Standard operating hour nak berfeeling2 ni gamaknya lepas midnite. Time pukul 3 - 4 pagi tu lebih afdal gamaknya. Yang kelakarnya, dulu masa si polan yang sorang tu asyik masyuk 'berkawan' ngan laki orang....kemain lagi dia calling2 pukul 3 pagi. Sekarang ni, bila laki orang tu jadi boipren dia, tau pulak dia warning2 kat pompuan lain yang call boipren dia tu pukul 4 pagi. 

Tu baru boipren kot? Kalau dah sah jadi suami, mau la pompuan yang call tu kena kerat2 agaknya. Dunia2. Yang pasti, cK akan tidur time tu. Unless, its weekend lah. Ada harapan to see me online. Or else, cK akan layan bantal ngan katil je. Tolong jangan gatal2 nak buat miss call ya during that period of time. Sebabnya cK kalau dah terjaga, susah nak tidur balik. Kalau terjaga pun, nanti bila layan bercakap...mau mengarut2 je. Mamai katanya. 

:: Saya Ada Misi Untuk Menyelamatkan Rambut Rosak ::

No comments:
Sila ambil perhatian bahawasanya Misi disini tidak bermaksud jururawat. Sekaligus, ayat di atas tidak perlu ditafsir sebagai "Saya ada jururawat untuk menyelamatkan rambut rosak".

Misi yang diperkatakan disini adalah Tanggungjawab / Tugas atau perkataan orang putihnya Mission / Responsibilities. Maka kalau korang baca ayat diatas, ia boleh ditafsir sebagai "Saya ada Tanggungjawab untuk menyelamatkan rambut rosak".

Sesungguhnya cK cukup terganggu menonton iklan yang memaparkan si cantik jelita bekas Ratu Dunia itu. Dengan dress merah menyala yang mengikut potongan badan dan stiletto yang amat tinggi dan halus, dia berjalan lenggang lengguk mengalahkan model catwalk dan kelihatan amat yakin sekali bertutur dalam Bahasa Malaysia. Ya, ya...saya tahu itu cuma voice-over sahaja. Tentunya si pemilik suara itu rasa 'kembang' dapat meminjam badan Aishwarya Rai walau hanya untuk iklan semata.

Ya, rambut itu mahkota wanita. Tapi, tak mungkinlah itu sahaja yang wanita tahu lakukan? Jaga rambut. Thats's it? Typical betol. Kenapa kalau iklan syampu lelaki tu, dorang leh je shoot nampak macam bergaya macam2 aksi nampak macho pastu kuar satu line "Nama saya Rain". Takde pun sebut pasal misi nak jaga rambut ke, rambut rosak ke apa. Dan tak perlu juga untuk dia belai2 rambut dia sambil jalan catwalk biar nampak bouncing2.

Please people, come out with something yang lebih WOW boleh? Kalau takat pakai baju merah2 gitu, orang ingat iklan slimming ke body shaping ke apa kan. Bukan tengok rambut der....Susah2 korang buat je camni ah...Enjoy!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...