Sunday, June 29, 2008

Walaupon!!!!

3 comments:
Its been a week now. Serious beb! Seminggu straight! Cik Kuntum kerja macam non stop jek...Masuk kol 8.30 gitu then balik paling awal po 12.15 pagi (means past midnite) dan yang paling record pukul 4.30 pagi gitu! Dah tu pagi2 buta nak kene ada kat opis balik!Gosh!

I am damned f**king tired (mind my languange arr). Still observing the way people do their things. Planning is damned important! Takde la ko nak aci main plan dalam otak ko sorang je pehtu harap2 orang lain ade wavelength yang sama.Mana bole gitu kan? At least mesti ada brainstorming then discussion, planning then you executed!

Gosh i kene g dulu...Kang i sambung2 la the entry! Ada orentasi la plak! Errghhhh!!!!Tekanan darah tinggi Cik Kuntum peh nih! I have NO life! I mean it!

Thursday, June 26, 2008

Apa Suda Jadi Lor?

3 comments:
Cik Kuntum seriau bila tengok berita atau baca paper sekarang nih. Rata2 bole dikatakan hari2 bukak ada je berita pasal ATM machines kena kopak then kedai emas kena rompak. (eh eh...rhyme gitu, pak pak pak)

Apakah yang menyumbang kepada meningkatnya kadar jenayah ini? Adakah ini petanda masyarakat Malaysia kini semakin gangster atau licik dalam menjalankan jenayah terancang? Yang paling latest tadi dalam berita kata CCTV kat bank tu siap kena spray cat itam g tu! Kol 11 pagi esoknya time orang2 bank sibuk nak collect duit from ATM, bukak2 je kosong! Nehi nehi nehi...!!!!Apa suda jadi? Previously plak ade satu ATM kene angkut, diikat then tarik pakai lori ke apentah Cik Kuntum tak pasti @ convenient store @ petrol station.Gile apa? Main rentap2 gitu je?

Kedai emas plak dari Poh Kong bawakla ke Tomei..masing2 dah merasa kena rompak. Itu tak mentioned nama kedai emas yang tak glamor. Yang nasib baik takat nih still Habib la rasa...sebab tak dengar kes kena rompak kaw2. Teringat kata kawan Cik Kuntum, "Dengan keadaan ekonomi dan harga minyak yang naik melambung ni...Mengajar rakyat yang sederhana dan miskin untuk secara tidak langsung berbuat apa sahaja untuk menyambung penghidupan mereka walau dengan cara apa sekalipun." Phew! Menakutkan! Tapi benarkah begitu wahai kengkawan sekalian?

p/s : Psst..duit kita dilindungi kan? Kalau ilang still leh dpt balik kan?

Tuesday, June 24, 2008

Its 1.24 am

1 comment:

It's 1.24 am..And guess wat? I just reach home! Phewww! And this is my first day there! Can u imagine? Its gonna be tough ! Tgk gamba tuh, terasa je nak berendam dalam air suam2 kuku, berbuih2 wangi...sambil telinga layan mp3...mmg layan seh! Teringat masa g Penang, Cik Kuntum berendam tak hengat sampai lena 2 jam dalam tub! Haahahaha... Kira2 meraikan hari after event la... Pampered myself.Tak salah kan? Syahduuuu jek....Huuhuhu...

Tommorrow , I have to be @ Hilton Sentral @ 6.30 am...Will I ever make it? Only God knows how!

Sunday, June 22, 2008

New Day Has Come

1 comment:

Its the last day for me to enjoy my cuti2 Malaysia. Well, its not really like cuti pon. Ada je calls sana sini. Tapi takper, I know my responsibility towards the X-Co (eceh, dah X la plak!). Tommorow, I'll be continuing my journey at new place. Hopefully, I can adapt to the situation and environment well. Still thinking whether this is the right decision for me to stick with. Well, as to date I have never fails to tell what I really want as in my career. Thou I had second thought, bet it will be a good ones. Hope so!



Friday, June 20, 2008

My Neighbour ....Who?

2 comments:

Rumah teres...Rumah banglo..Kondo...Flat...Macam2 jenis rumah ada dalam donia (pinjam style MamaMok) kita ni. Terpulang pada tahap kemampuan yakni $$$, keselesaan dan citarasa masing2 dalam membuat pilihan jenis2 rumah yang ingin diduduki. Itu pun belum kira samada duduk secara sewa, beli or free!

Kita nih hidup bermasyarakat (sepatutnyalah). Namun, ada juwe golongan anti-sosial which is obviously NOT me.Heheheh...Kan orang tua-tua kata,"Berkawan biar ramai, Musuh jangan dicari". Maka Cik Kuntum pegang la juga konsep tuh. Kalau dah rasa tak suai tu, wat derk je la...Pandai2lah bawak diri dari terus dok ngadap dan kena maki. Tapi, cuak juga rasa hati bila terfikirkan perkara yang satu ini. Dalam ramai2 antara kita ni, kenalkah kita pada jiran2 kita? There was a saying yang mentioned, jiran nih patut dianggap seperti saudara. Ini kerana, mereka orang pertama yang paling hampir dengan kita dalam kehidupan seharian speshly kalau kita dirumah.

Dan ada juga hadis yang mengatakan (errmm....Cik Kuntum rasa cam khutbah Jumaat plak) yang mengatakan bahawasanya kita harus mengenali sekurang2 nya 40 orang dari kalangan jiran tetangga kita.Means dalam 40 pintu gitu. To be honest, Cik Kuntum personally rasa yang Cik Kuntum masih belom cukup memenuhi tuntutan itu. Tapi kalau 40 orang dihitung dalam skala yang lebih besar dalam area penempatan rumah Cik Kuntum ni, insyaallah cukup barangkali. Ermmm...Apa kes dengan orang2 yang duduk kat kondo? Bukanke golongan nih mementingkan privasi. Adakah mereka mahu mengenali siapakah gerangan dibalik pintu unit sebelah? Untuk mereka di rumah banglo yang sarat dengan CCTV dan sekuriti penjaga pintu, mahukah meraka mengenali siapa jiran mereka?

Kalau diikut-ikutkan design / rekabentuk rumah dalam negara kita nih pon rata2 berpagar segalak (ikut MamaMok lagi!). Nampak sangat awal2 dah ada penghalang, pendinding diri. Camna nak mesra2 alam? Tak macam kat kampung zaman dolu2. Biarkan pintu nganga pon takda sape kisah. Sekarang nih chill kat Warong Tok Ketua je yang ok. Tok takde pon, kita gerek je layan melantak!Namun, mungkin kita punya sebab peribadi untuk tidak mengenali jiran sendiri. Maklumlah, manusia dilahirkan pelbagai dan selalunya lebih banyak tohmah daripada hujah! Tak begitu? Realisitiknya, jiran hanya pada nama bukan lagi sebuah ikatan / hubungan yang mempunyai kepentingan.

Maka, Cik Kuntum telah terfikir akan satu persoalan. "Bersediakah kita untuk menemui ajal dalam keadaan berseorangan dan hanya ditemui 2 atau 3 ari kemudian?" Itu pun maybe lepas jiran (yang mungkin tk pernah bertegur sapa) mula terbau bau yang kurang menyenangkan. Jadi bagaimana ya, bersediakah kita?



Thursday, June 19, 2008

Naik Lagi?

No comments:
12 Jun, 2008 20:53 PM

Minyak Petrol Naik RM3.15 Hujung Bulan Ini Jika Tidak Distruktur Semula

PUTRAJAYA, 12 Jun (Bernama) -- Kerajaan mungkin terpaksa menetapkan harga runcit bahan api yang lebih tinggi daripada RM2.70 bagi petrol dan RM2.58 bagi diesel berkuatkuasa Khamis lepas, jika ia tidak menstrukturkan sistem subsidi bahan bakar.

Ini kerana harga minyak mentah global meningkat kepada AS$138 setong dua hari selepas itu.

Tanpa sistem subsidi baru yang ditetapkan pada 30 sen, kerajaan mungkin terpaksa menetapkan harga pada RM3.15 seliter untuk petrol, kata Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Menurut beliau semasa kerajaan mengumumkan harga baru petrol, harga tanpa subsidi ialah RM3.00 seliter dan dengan subsidi harganya RM2.70 seliter iaitu kurang 30 sen.

Pada 4 Jun, kerajaan mengumumkan harga petrol dan diesel masing-masing meningkat 78 sen dan RM1 seliter.

"Namun pada Jumaat, dua hari selepas pengumuman harga baru, harga dipasaran naik sehingga US$178 setong. Berasaskan pada harga itu, harga tanpa subsidi sekarang ialah 3.45 sen," katanya pada taklimat media mengenai Bajet 2009 hari Khamis.

"Harga dah naik, jadi kalau kita tidak buat apa-apa dan kekalkan sistem subsidi. Hujung bulan kita terpaksa umumkan harga minyak pada RM3.15 sen seliter," katanya sambil menambah jumlah subsidi akan meningkat ketahap RM33 bilion.

Nor Mohamed berkata tanpa penstrukturan semula, kerajaan mengunjurkan jumlah subsidi dari Jun hingga Disember 2008 sebanyak RM10 bilion, manakala bagi lima bulan pertama 2008, jumlah subsidi meningkat kepada RM8 bilion.

Menurutnya jumlah hasil kerajaan dari semua sumber hanya RM147 bilion dan daripada jumlah itu, RM33 bilion harus dikeluarkan daripada bajet untuk memberi subsidi kepada syarikat-syarikat minyak kerana mereka telah diminta menjual minyak pada tahap yang rendah.

-- BERNAMA ( http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_business.php?id=339088)



p/s : Beli kuda? Naik beskal pink? Jogging? Tarik upih?



Meminta - minta Pada Yang Sudi....

4 comments:

"Tangan Yang Memberi Leih Baik Dari Yang Menerima". Masih relevankah ungkapan itu? Think nowadays, most of people on both side pun equally so-so jek. Hard to find someone yang truly help you because they wanted to and yes, with nothing in return. Semakin lama, kita hilang kepercayaan pada orang disekeliling kita. Pertolongan yang diberi mungkin disalah tafsir atau mungkin lebih teruk disalah guna. Friends for benefit. Pernah dengar? Kalau lu mendatangkan hasil, mungkin (mungkin ok) wa pikir2 la nak tolong lu. Tapi kalau lu nyusahkan gua, ngabiskan beras, bazir air liur je..sorry la beb! Wa tak minat la nak keep in touch ke ape. I guess thats normal kan? Memandangkan tahap sosial, ekonomi dan mentaliti zaman sekarang, begitulah adanya. Memang betul, kita disogokkan dengan gerbang layaran internet merata2. Tapi hakikatnya, perkenalan kita hanya sekadar di alam maya. Kalaupun ada yang berbual mesra, mungkin itu hanya seketika. Maka, thru the net lebih tinggi jurangnya untuk kita mohon pertolongan. Melainkan kita nih dilahirkan mempunyai PR skill yang gaban hebatnya, maka rangkaian (networking) kita tuh mungkin dapat membantu urusan seharian.

Cik Kuntum ni sebenarnya, nak sentuh isu pasal orang yang suka meminta2 nih. Minta tu lain.Meminta2 tuh dah different case ok?
Lahir kat Malaysia ni, tak dapat tidak rasanya ada banyak peluang mencarik rezeki. Ada je kat mana2 gerai burger ke (selalu sangat org Melayu cover part nih), roti canai (yang ni pon) , bengkel keta (ni Ah Beng la) or even jual VCD tuh (Ah Beng juwe!). Jadi...kenapa still ada segelintir masyarakat kita yang suke dok jalan2 kat Medan Selera hulur cup sambil tunjuk surat pelbagai leterhead nak mintak simpati. Ada juga style datang bawak sticker ke buku ilmiah ke sambil baca2 doa mintak orang hulur derma. Cik Kuntum mengaku bahawasanya Cik Kuntum ni memang berhati kuntum. Jaranglah orang2 nih kalau approach Cik Kuntum akan blah dengan tangan kosong. Cuma kalau ada Cik Leq tuh jer tegar dea menepis semua kehendak mereka2 itu. Lagi satu, kalau jenis modus operandi (pergh! Bahasa tak hengat!) yang bawak kanak2. Tersentuh beb! Bukannya Cik Kuntum shian sangat kat the parent (geram lagi adalah! Taw buat anak, takmau carik keje sara anak!) tapi sian kat anak2 tu diatas ketidak upayaan ibubapa mereka.

Difikir-fikirkan, bukanlah Cik Kuntum kesian sangat atau memang murah hati sangat nak menghulur bantuan. Cuma terdetik "mungkin hari ni hari dea, esok lusa?". Tapi taklah pulak Cik Kuntum berniat satu hari nanti akan menjalankan kegiatan yang sama. Ada masa, Cik Kuntum cuma nak meraka beredar secepat mungkin daripada penglihatan mata. Rimas ? Barangkali. Ndak2nya kalau jenis yang kita dah kata "Takper", "Takmaw lah", "Terima Kasih je lah" and still terpacak kat situ. Mau tak mau, hulur je la sekeping dua gamba agong tu. Ada yang tak tahan tuh, jenis yang siap leh ngumpat kita kalau tak hulur apa2. Ntah lah, tak taw nak kata apa. Janji Cik Kuntum ikhlas dan tak mintak deaorang bayar balik or doakan Cik Kuntum sekeluarga. Cuma Cik Kuntum harap, sumbangan itu dapat diguna sebaik2nya. Kalau bukan untuk dia, mungkin untuk orang lain yang senasib dengannya. Insyaallah!


Wednesday, June 18, 2008

En Bandar Utopia

5 comments:
Setelah membaca nukilan MamaMok dan juga perbahasan (atau perbalahan) bersama "rakan baik", Cik Kuntum terjebak memberikan komen terhadap En Bandar Utopia tersebut. Komen Cik Kuntum berbunyi begini:

Encik Asrul,

Pada awalnya, saya menjangka akan dapat membaca isi yang bernas dari penulisan anda. Malangnya, apa yang dapat saya rumuskan adalah seperti di bawah :

a) Perlukah dicanang kepada seantero dunia akan ketidak puasan hati anda terhadap sesuatu? Satu dua saluran sudah mencukupi pada saya. Namun, itu cuma pendapat saya.

b) Argumen? Konsekuen? Memandangkan niat anda yang ingin memartabatkan bahasa jiwa bangsa, bukankah sebaik-baiknya setiap baris bait kata yang dipakai guna ditulis dalam bahasa ibunda yang sebenarnya. Contoh :

Argumen - Hujah
Konsekuen - Kesinambungan / Akibat

Malah saya keliru, adakah response juga telah diMelayukan? Adakah:

Respon - merujuk pada hanya satu maklum balas

Respons - merujuk kepada dua/lebih maklumbalas

c) Bagi saya, tiada bezanya anda dan penulis santai lain yang sememangnya tidak terlalu taksub akan penggunaan bait kata, ejaan lengkap hatta peribasa dalam setiap hasil tulisan mereka.

Sekian.

p/s : Agaknya apa reaksi dia nanti? Akankah dia menari-nari? Atau cuma berdiam diri?

The New Taarif - TNB

No comments:
Untuk tatapan sumer kengkawan yang masih ada kat Mesia. Untuk yang dah fly tu, sudi2kan la kalau rasa nak membantu sama..!

KATEGORI TARIF

UNIT

KADAR

1.

Tarif A - Tarif Kediaman

Bagi Jumlah Pengunaan di antara 0-400 kWj/sebulan

200 kWj pertama (1 - 200 kWj) sebulan

sen/kWj

21.80

200 kWj berikutnya (201 - 400 kWj) sebulan

sen/kWj

34.50

Caj minimum bulanan ialah RM3.00

Bagi Jumlah Penggunaan melebihi 400 kWj/sebulan

500 kWj pertama (1-500 kWj) sebulan

sen/kWj

30.00

100 kWj berikutnya (501- 600 kWj) sebulan

sen/kWj

39.00

100 kWj berikutnya (601- 700 kWj) sebulan

sen/kWj

40.00

100 kWj berikutnya (701- 800 kWj) sebulan

sen/kWj

41.00

100 kWj berikutnya (801- 900 kWj) sebulan

sen/kWj

43.00

Setiap kWj berikutnya (901 kWj ke atas) sebulan

sen/kWj

46.00

Caj minimum bulanan ialah is RM3.00


p/s : Camno nih...?

Sick Mind!

4 comments:
"Kita harus menerima seseorang itu seadanya tanpa menghakimi kelebihan dan keburukan yang telah dilahirkan bersama-sama tuan empunya".

Nicely quote, kan? Satu baris ayat yang sesuai dipraktikkan dalam kehidupan seharian terutamanya dalam perhubungan kita dengan orang luar. Namun, sejauh manakah kata-kata ini dapat diguna pakai dan diterima baik oleh kebanyakan dari kita? Cik Kuntum musykil, sangat musykil!

Nak dijadikan kisah, pagi ni Cik Kuntum hantarlah satu baris ayat meminta pertolongan pada seorang hamba Allah yang ada di office. Oh yeah, Cik Kuntum sedang dalam proses menghabiskan cuti tahunan sebelum memulakan langkah untuk berkerja di tempat baru. Soalan yang cukup simple dan senang , "Bole tolong tak?". Tapi reply, " Aku takde masa. Aku nak carik keje lain. Ko jangan buang masa aku."Ape kejadahnya??!!!Bole jerk Cik Kuntum sabar. Nasib baiklah menda tu urgent, dan lebih penting daripada nak merasa sakit hati membaca jawapan seorg designer yang memang takde kerja dan menghabiskan masa melayan website porno semata!

Cuba berlembut la juga, walaupon ada ayat yang mungkin meruntun jiwa. Cik Kuntum bertanya lagi dan kali nih jawapan yang diterima lebih agresif."Betina Sundal, ko boleh blah!" Pergh! Hotak ayam dea! As far as I'm concern, yes I'm on leave but I'm still the Company's HR Personnel. Or else, aku nih seorang manusia yang ada maruah dan akal juga perasaan yang bole merasa kepedihan dan sakit ati lantaran tindakan bodo kau tuh.Suka ati mak bapak kau je nak sundal2kan aku? Dari dulu Cik Kuntum memang berbulu ngan mangkak yang sorang nih. Sakit otak semendang je dea. Ntah ape la masalahnya.

Cik Kuntum bukan la judgemental nyer type of people. Tapi sampai bilakah kita je harus menerima sahaja keadaan orang (speshly yang cacat mental mcm mamat nih) ? Bukankah kita patut bersikap lebih terbuka dalam memberikan pandangan dan nasihat? Atau kita patut buat tak peduli saja? For me, baiklah Cik Kuntum ditegur salah dan silapnya daripada orang membiarkan kita terjerumus dan rosak binasa. Namun begitu, biarlah teguran itu membina dan kena gayanya.Bukan la main hentam kromo saja. Budi bahasa kan budaya kita?

Tuesday, June 17, 2008

Me n The Otherside...

2 comments:
I come across so many comments from my friends who've been reading my entries-written and verbally. Thanks for all the critics. As mentioned in my "Warning" column, I just wanted to share my thoughts on certain issues. Good to know that some of you have taken some of your time to actually read my blog and leave your comment for me to respond.

Some of the comment (some ok, not all) describes me as "too critical on the topic", cynical, sarcastic - i always falls to this category wat...? Guess, everyone of us has their own thought towards things. I'd shared mine. You can share urs too. By all mean, please do.

Someone said when asked to comment on my writing,"In my experience casual critics always do damage more than good, unless professional critics with clear goal.So, no critics from me to u". Was i suppose to feel offended? Upset? Others maybe, not me. I took it positively. Rather than having him nagging or cursing me on my writing and does not come out with a solution, better off to be silent. Or, there's nothing constructive to be comment on. Therefore, I have decided to take my writing to another level, i hope. So that, I can have comments / critics coming from any level or background of people. Wish me luck!

p/s : i can just ignore wat they said, but being me i choose not to.

Sunday, June 15, 2008

Killing Them Softly

6 comments:

Now Showing - Buletin Utama. Selalunya kalau berada di rumah, jarang Cik Kuntum lepaskan peluang menonton berita. Selain daripada kemalasan Cik Kuntum nak baca helaian surat khabar, inilah medium paling mudah untuk Cik Kuntum mengikuti perkembangan dalam dan luar negeri. Part 10-15 minit terawal biasanya akan berkisar kepada hal2 yang major dalam negara kita nih speshly hal2 berkaitan kerajaan la. So let it be. Cik Kuntum lebih fokus pada the next segment.

Zup! Berderau darah dengar pembaca berita melontarkan suara sebutir2 tentang berita seorang bayi dibuang lagi. Yang marveles tu, bayi nih diletakkan dalam bag sekolah kaler pink (kaler Mem nih, but i know u wont do that!) dan disangkut kat tiang surau! Kejadian ni berlaku kat N9. Ada ke patut? Apalah nak jadi ngan mentaliti orang2 zaman sekarang nih? Personally, Cik Kuntum rasa..kalau dah sangkut kat tiang surau tuh sahlah mak atau ayah sure orang Melayu dan berkemungkinan besar beragama Islam. Pada firasat Cik Kuntum lagi, mesti mak atau ayah baby nih nak harapkan orang2 surau yang jumpa mayat tu nanti tolong uruskan jenazah tu sewajarnya.

Macam ni ke dikatakan bertanggungjawab? Alahai...ceteknya akal. Cik Kuntum akur, zaman sekarang ni kalau ditegah makin menjadi. Makin kita larang, makin dia miang! Maka, bukan niat Cik Kuntum nak menggalakkan atau mengiyakan perbuatan sumbang yang dah sah hukumnya haram tapi sekurang2 nya pakailah perlindungan! Yang Cik Kuntum hairan tu, sanggup tunggu 9 bulan dengan perut membuyung dan akhirnya apa? Tinggalkan saja? Mazhab manalah mereka ambil pakai guna. Tidakkah ada rasa sayang, jatuh cinta pada bayinya selepas detik melahirkan? Mana mungkin tidak akan ada sekelumit pun detik rasa mahu bertanggungjawab diatas segala dosa? Dosa zina belum tertebus, ditambah pula dosa membunuh? Apalah salah si kenit hingga layak dihukum begitu?

Ya Allah! Ko jauhkanlah aku dari segala rasa takbur, riak serta menzalimi sesama sendiri juga hindarkan aku dari mendekati perkara2 mungkar yang amat Kau keji. Bukalah dan tetapkan hatiku kepada Nur dan rahmat Mu agar aku sentiasa berada dalam kelompok hamba Mu yang soleh. Amin....

Saturday, June 14, 2008

Ape Kaler Rambut Saya?

No comments:



You Are Blonde Highlights



Men see you as flexible and versatile - you fit in to every situation

You've got the inner glow of a blonde, the intensity of a redhead...

And the wisdom of a brunette.

Friday, June 13, 2008

Sharing is Loving but....

No comments:
Sharing is loving..Yeah, thats what they said. Speshly kalau terjebak beli DVD Ah Beng, kan kan kan? Dialog like "Eh, kitaorang kalau local product memang tak beli cetak rompak. Tapi cam cerita2 Hollywood ni, takper beli ngan Ah Beng. Deaorang kat sana dah kaya raya, umah berjuta2. Neway, sharing kan bagus!". Kan kan kan???

Cuma...bukan itu yang Cik Kuntum nak utarakan hari nih. Its about your level of trust. How do u measure or set the KPI or criteria for this? Adakah disebabkan tahap kepercayaan yang sangat tinggi, maka semuanya bole dikongsi bersama? Jom tengok from one scene to another:-

Scene 1 : Friendship

Setiap orang atas muka bumi nih tak dapat tidak mesti ada sorang orang kepercayaan. Yang pasti selalunya orang yang paling rapat la kan. Juga, orang nih dikenali sebagai kawan baik or buddies. Dan selalunya, this two person (or more) will share the ups n down. Maka, mereka akan berkongsi cerita. Sampai tahap mana? Ngan kawan2 biasa, mungkin la pelbagai cerita tapi bukan sumtin personal. Kawan baik, maybe a bit personal or maybe all out ie-masalah family, duit, relation..pendek kata mcm2 la. This people akan jadi reference dalam membuat sesuatu keputusan yang besar. Pendek kata , penasihat la kan. Selalunya adala main peranan dalam 60%-70% mempengaruhi keputusan seseorang. But have u heard orang tua2 kata " Your best friend is your best enemy"?. Sapa nak jawab tu?


Scene 2 : Couple

I lebiu...u lap me...erm...time nih ada jugak yang set limit partner should know more than friend. Yet, they want to be the first to know on every move his/her partner make. Erm..camne tu? Rasa2nyer inilah sebab kenapa ada service friendfinder tu. Buat senang orang nak jejak kasih and monitor pergerakan setiap orang - or maybe orang2 tertentu. Kalau korang lak? Ape pendapat korang? I have a fren yang tak suka kalau ada sapa2 yang berhasrat nak add dea in frenfind nyer list. Speaking from experience, Cik Kuntum pon penah hide kan diri dalam frenfind (till today) supaya tak dapat dikesan oleh spesis yang kurang menyenangkan. I am matured to plan and tanggung my move. Tak payah nak psiko2 soal jawab mana pegi, ngan sapa sumer. Konsep Cik Kuntum senang je, nak taw tanya je. Takyah nak frenfind2 bagai! Lagi satu, edisi share2 password YM, Gtalk, Blog ntah macam2. Apehal la nak share2? Ish..sendiri punya sendiri jaga la..Kalo nk share gak, meh sini ATM kad bagi Cik Kuntum. Senang nak uruskan akaun!


Scene 3 : Pre-Married

Tunang munang sume nyer kes. Ada orang, bila da tunang2 nih..sumer nk share. Spehly duit la. Yang lelaki bagi duit kat girl, mintak girl managekan so that nanti nak kawin cukup la akaun. Ini secara tak langsung dah tunjukkan betapa la orang lelaki ni bad in managing they belanjawan. Yang tak syok tu, bila belakang2 kecoh..Sembang ngan kawan2, aku takde duit la..Tunang aku pegang la. Yang lag hanget, bila kes pinjam duit orang. Ada patut alasan gini "Sorry la, aku takleh byr la utang ko tuh. Aku susah nak mintak duit kat tunang aku. Nanti dia bising!". Cewaaahh...sedap mulut ko? Cik Kuntum paham, eloklah kalau dea cuba menjaga hati pasangan, tapi...helllo!!!!Ko tuh dah buat utang ma..pandai2 la nak settle. Takkan aku nak tunggu ko beranak pinak, baru leh tuntut? Itu pon kalau ko tak lupa lagi la..tapi sure nanti ko buat2 lupa...Tol tak?


Scene 3 : Suami Isteri

Part yang nih, Cik Kuntum rasa mcm ni lah..Perkahwinan tu pon dah dikatakan satu perkongsian hidup. Makanaya automatik, mereka ni layak berkongsi. Tapi adakah ianya in total? Contohnya mcm...Share buat keje umah - masak2, basuh baju, lipat kain, mengemas, cuci ek ek...Dr Fadzillah Kamsah kata,"Tugas wanita adalah melayan suami, mendidik anak2 (and another two which i cant recall). Maka basuh membasuh, cuci mencuci nih keje bersama.Paham2 la yer orang lelaki...". Errmm...taw pon!How about money matters lak? Duit ku duit duitmu juwa kah? Atau camna? Sebab sekarang ni banyak gak konsep "Duit Bini = Duit Laki" but "Duit Laki = Duit Laki Jer! Ha..Camno tuh Jep? Huhuhu....

Pendek kata " Lu pikir la sendiri"


Thursday, June 12, 2008

Senaman Lipat Pinggang?

9 comments:
Sila Baca Komen Cik Kuntum dalam kaler pink ....
**Sumber : Email berdasarkan petikan akhbar Kosmo!

ABU BAKAR dan ketiga-tiga isterinya (dari kiri) Norazlina, Mazumi dan Hasnah ceria bersama-sama barangan hantaran untuk Suhaili di rumah mereka di Manir semalam.


KUALA TERENGGANU – Selepas mendapat kebenaran mahkamah untuk berkahwin empat kelmarin, seorang broker tanah, Abu Bakar Embong, 54, menyimpan satu lagi impian iaitu mempunyai sehingga 40 orang anak. (Pergh...dia ingat pompuan ni kilang buat anak ke? Makaih...Giler la Pok Cik Nih!)

Menurutnya, dengan jumlah anak sekarang seramai 25 orang daripada tiga isteri, beliau menyasarkan sekurang-kurangnya 15 lagi orang cahaya mata untuk mencapai hajatnya itu.(Ngeri pulok Cik Kuntum baca...Ada lagi 15 kuota dea nak sumbat? Ni datang dari wife yang mana satu nih? Takkan nak pulun dari yang bini baru tuh?)

Bagi datuk kepada tiga cucu itu, hajat yang disimpan sejak berusia awal 20-an itu ingin dikotakan jika termampu dan tiada halangan serta diizinkan Tuhan.(Dah jadi datuk da pon...ish ish ish...Kalau kata nak kumpul cucu..lega gak dengar...ni anak, beb!)

Sebab itulah katanya, beliau berkahwin awal malah dua daripada isterinya dikahwini pada usia 15 tahun dan isteri ketiga berusia 21 tahun.(Ni nak kata apa nih? Kawin muda sebab time tu pompuan bergetah lagi? N sedap dilanyak? Maka leh produce ramai anak?)

Namun begitu, katanya, walaupun ingin mencukupkan jumlah anak seramai 40 orang, ia bukan paksaan kepada semua isterinya termasuk bakal isteri keempat, Suhaili Alias, 24, untuk menjadikan impiannya itu satu kenyataan.(Bukan paksaan eh...Takper, kita tengok sampai bila...Tak dapat dibayangkan betapa perit, jerihnya wife dia melahirkan zuriat..tapi, kalau dah rezeki, tak bole tolak kan?)

"Dulu semasa saya muda bila difikirkan dengan usia isteri-isteri saya yang turut muda, mesti kami mampu mendapat 40 orang anak," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Teluk Menara, Manir di sini semalam.(baper kali dea nak ulang nombor 40 tu? Ish orang tua ni, seriau teman weih!)

Menurut beliau, walaupun sedar usia beliau bukan lagi muda dan secergas 25 tahun lalu, namun amalan 'senaman lipat pinggang' yang diamalkan memberinya 'lebih tenaga.' (Lebih tenaga? hahahah...ramai la nanti nak mai secawan!)

"Kalau buat senaman itu satu isteri pun tak cukup," ujarnya yang mempelajari senaman itu daripada adik iparnya pada tahun 1970-an. (Satu isteri pon tak cukup? Eh eh ehhh...Nak kata atok nih ala2 sex machine ke? Non stop? Horny je sepanjang masa? Lohai...Yang wartawan nih pon satu...Menda ni pon tulis? Sengal! marah plak rasa hati Cik Kuntum ah!)

Abu Bakar turut mengamalkan kaedah mandi tertentu iaitu dengan menyiram dahulu kaki kanan diikuti kaki kiri sebelum anggota badan lain kanan dan kiri dengan kepala bahagian terakhir disiram air. (Ni ramai la yang polo nanti nih...Untuk amalan, apa salahnye ye dak? kang ramai yang condemn pompuan je...Sedangkan lelaki pon kena la jaga apa yang patut. Tol tak?)

Beliau menasihatkan mereka yang ingin berkahwin lebih daripada satu, mestilah mempunyai kemampuan baik dari segi zahir dan batin kerana perkahwinan bukan perkara main-main.(cewahhh...sempat nasihat g tuh....ada la point kat situ..tapi brape kerat la yang dengar sangat menda nih...ramai kawin sebab miang keladi!)

Kosmo! semalam melaporkan Abu Bakar memperoleh kebenaran berkahwin dengan Suhaili daripada Mahkamah Tinggi Syariah di sini walaupun sudah beristeri tiga.

Permohonan itu turut disokong tiga isterinya iaitu Hasnah Jusoh, 43, (isteri pertama); Mazumi Ismail, 45, (kedua) dan Norazlina Arifin, 25, (ketiga). (Calon2 untuk Anugerah Isteri Mitahli ni)

Menurut Abu Bakar, beliau merancang melangsungkan perkahwinan dengan Suhaili sebelum hujung bulan ini dengan barang hantaran RM7,000 serba satu yang telah disiapkan isteri-isterinya.(Dah pakat tolong siapkan hantaran lagi tu...ish ish ish...anak sapa la nih? Baik sungguh na?)

"Saya perlu menyerahkan borang kelulusan perkahwinan dan mendapatkan surat kebenaran daripada mahkamah sebelum berbincang dengan pihak perempuan untuk menetapkan tarikh perkahwinan," katanya.

Ujarnya, walaupun ketika ini beliau membelanjakan kira-kira RM20,000 sebulan untuk menyara keluarga, namun hajat berkahwin empat akan diteruskan.

Sementara itu, hajat Abu Bakar menambah jumlah anak direstui tiga isterinya. (Isteri restu dea kawin dan tambah anak...Mcm mana ngan anak2 dea? restu jugak ke nak dapat mak baru ni?)

Menurut Mazumi, mereka semua akan memberikan peluang sepenuhnya kepada suami untuk bersama isteri baru dan 'memansuhkan' sistem giliran ketika ini. (ishh....menda dalam kain ni weih...takyah story...geli ah!)

"Kami akan beri peluang kepada pengantin baru tanpa perlu merisaukan soal lain," katanya.

Dalam pada itu, bagi bakal isteri baru, Abu Bakar sudahpun menyediakan sebuah rumah berhampiran rumah isteri-isteri yang lain di kawasan sama.Rumah tersebut merupakan salah sebuah daripada sebelas unit rumah milik Abu Bakar di kampung itu yang didiami keluarga besar itu serta sanak-saudara. (Aman damai la hendaknya dia bersama isteri-isterinya...Amiiinnnn)



Makan Dimana, Makan Dimana...?

3 comments:
Korang,
Manakah tempat yang syok untuk pergi mengabiskan duit dan mengenyangkan perot?

1) Cheng Ho - ada can jumpa Amy Search tak?

2) Kunang2 - tghari tak bukak kan?

3) Tupai2 - jauh jugak tu...Dewan Bahasa

4) Kak Eita - ermm.....musykil2

5) Kenny Rogers/Nandos - nyum2


p/s : Errrghhhhh....mana korang nak bawak Cik Kuntum makan nih!!!


Sapa Maw Redeem?

No comments:

Sila-sila la kawan-kawan sumer amik Perhatian!

Wednesday, June 11, 2008

Wat Does It Means?

3 comments:
WHAT EACH KISS MEANS????

If its on the :-
  • Upperchest: I'm ready.
  • Forehead: We're cute together .
  • Cheek: We're friends.
  • Hand: I adore you.
  • Neck: I want you, now.
  • Shoulder: Your perfect.
  • Lips: I think I like you.

WHAT EACH GESTURE MEANS???

  • Holding Hands: We definitely likeeach other.
  • Touching on the Butt: Your fun.
  • Holding you tight pressed against each other: I want you.
  • Looking into each other's Eyes: I like you, for who you are.
  • Playing with Hair: Let's fool around.
  • Arms around the Waist: I like you too much to let go.
  • Laughing while Kissing: I am completely comfortable with you.

A PIECE OF ADVICE:

- If you were thinking about someone while reading this, you're definitely in Love.

Tuesday, June 10, 2008

Wats U'r Wearing?

2 comments:
Dem! Naik temperature badan sat. Ape kejadah nyer ko tanya aku pakai apa..Kaler ape....Baju apa...jenis kain apa...Pehal? Ko nak belikan aku baju ke ape? Ke ko tengah buat bancian pasal kain baju?Tak hingin aku nak report kat nko de.

Guys...Ooppsss....Kawan2 sekaum, dun you feel that man are so idiot that they cant think of one (seriously ONE) good issue to keep the conversation alive? Dah tataw nak sembang pasal apa dah..Sampai soalan2 modo pon deaorang nak sebok tanya. Buat malu je la..

Somehow, sembang ngan budak kecik pon lagi best sekarang nih. Ala2 budak2 tom tom bak tu. Dari layan org jantan, i repeat JANTAN (hard to find a man nowadays) yang sentiasa sakit otak. Yang dah ada girlfriend, sebok canang pasal barang so called "bini" deaorg like this like that. Ello, yang ko kutuk or canang tu pompuan gak kan? Macam aku gak kan? Sendiri mau ingat! Berbulu je mata aku baca PM ko tuh!Bila aku tak layan, sebok buzz sana sini. Sengal sungguh la. Nak ajak kick boxing kang...buat ngabiskan boreh yo!

Sebanyak2 topik dalam Mesia ni yang bole dibincangkan..Ada ke cita isu baju? Alahai...tak berkembang betul! Kalaulah cerita pasal designer or detail jahitan laen cerita. Berminat la jugak nak mendengar nyer. Or else kot ada jualan murah designer's line ke. Ni tak...tanya aku pakai baju ape? Pastu kang melalut2 sampai part dalam2...Otak ko la! Eiii...marah sungguh rasa Cik Kuntum. Get a life la!

p/s : aku tak sibuk tanya pasal baju ko pon kan?


Busuknye Kaw Nyahhh!

2 comments:

Errghhh.....

Emmmmppphhh.......

Err....Err....

Snniifff...snifff.......iskkk.....

Bwekkk.......!!!!


Ever been caught in such situation? I bet u did! Alahai....Cik Kuntum ni naik rimas bila aroma-aroma yang kureng nyaman menusuk masuk ke rerongga pernafasan. Menakutkan...kan!? (Baca ala-ala style Sarimah dalam Diari AF)

Bukan niat hati nak mengutuk, apatah lagi mengeji. Cik Kuntum paham, kita semua dijadikan Tuhan ada kelebihan dan kekurangan yang perlu diterima setiap insan. Namun begitu ada jua dinyatakan setiap sesuatu itu ada penawarnya. Kan kan kan?

Jadi seorang insan dalam masyarakat yang mementingkan budaya dan budi bahasa menyebabkan kita sukar menegur atau memberikan pandangan secara terbuka. Macam kes Cik Kuntum, macam mana nak bagitau hamba Allah yang sorang ni bahawasanya Cik Kuntum rasa bau ketiak dea Ya Rabbi!!Memang boleh makan diri. FYI, dia nih bolehlah dikategorikan ada rupa la juga. Cuma Cik Kuntum rasa semenjak kebelakangan ni, bauan dia tu..Tak dapat nak dibendung lagi. Camna nak buat tu?

Ingat lagi dulu masa kat UiTM...Ada sorang junior roommate ni bau kaki dea..Masyaallah! Pergh! Kalau rendam kaki dalam sungai tu, maybe leh jadi tuba untuk ikan-ikan dalam tu. Sampai gitu sekali seriousness aroma kaki dea. What we did (me n partner in crime la) , bagi hint2 kat dia...Siap bagi perfume, then bagi pinjam deodorant kaki n stuff la. Hampeh, dea kata malas dan tak yakin nak pakai produk tu. Alahai....paling sengsara bila Hari Ko...Balik berkawad, bukak boot jek..rasa nak pitam! Maw takmaw..Cik Kuntum gak dijadikan wakil jurucakap anggota2 badan anti bau ni. Bukan sebab Cik Kuntum ni lantang bersuara, cuma diyakini Cik Kuntum leh susun ayat bagi molek agar orang tak sakit hati.

Nak jadikan cerita, Cik Kuntum slow talk la ngan dea. Yang paling hampeh bila dia kata "La...tak perasan pulak kaki saya berbau. Rasa ok je!". Apa nak kata? I said, maybe idung dea dan lali kot. So, Cik Kuntum bagi dea satu pack tawas. Taw tak menda ape tawas tu? Pandai2 la korang tengok gamba yang Cik Kuntum bubuh nih. tawas nih ala2 macam baru kristal..Keras la juga, jernih warnanya. Fungi tawas? Menyerap air atau lembapan. Sebab tu Cik Kuntum bagi dia tawas ni. So that dea leh buh serbuk2 tu kat kaki dia. Bila tak basah, takdela bau. Lagi satu, ada juga orang buh tawas ni kat ketiak. It's a traditional deodorant la kira. Infact, ada juga sekarang ni tawas yang dah dikomersialkan. Antaranya jenama Smelly No More. Cari kat farmasi, sure jumpa!Ni dah bagi tips2 terbuka ni, silalah bertindak kot ada sapa2 yang tergolong dalam kategori ni. A change will do you good, ait?

Monday, June 09, 2008

Tele Kom

3 comments:

Hadehh...Pagi2 dah bikin hangin! Cik Kuntum nih kan takde la niat nak jadi kaki gadoh, gengstar or kaki buli. C'mon, jalankan tanggungjawab memasing la kan. Sure Cik Kuntum tak kaco nyer. Ni kalau korang baca nih, sure korang pon borink sebab Cik Kuntum gado lagi. Akak tak mintak u, deaorang yang carik!Hehheheehe....Kes dea start camni ha..Cik Kuntum anta application on behalf Company la to register as vendor. Konsep Cek Tele Kom ni, kena register baru dapat payment. Dan untuk pengetahuan korang, invois Company Cik Kuntum ni dah kena peram dari bulan 1! Hangen sungguh. Tambah sakit jiwa, bila orang2 kat situ kata application form tu tak cukup 2 form sokongan. Cik Kuntum gagah, g submit lagi. Pehtu bila call polo up, katanya tataw Form tu ilang ke mana. Ada toyol gamaknya! Kata nak return call, haram takde!Ari ni, Cik Kuntum call lagi:

CK : Hi, Ms Helen is it? This is Adzra from Bahtera. Wats the update on the application, yea?

HT : Oh, Bahtera. Eh, Miss...We could not allocate the document la. Surprisingly u see...

CK : Why didn't any of you inform me on this?

HT : We dunno how to contact you. Luckily u call! (heheh...gelak kamben!)

CK : I gave my number to few people there including yourself. I even left my call card.

HT : Yea..lucky la u call.

CK : If i didnt make this call, how n when did you guys actually will inform me on the status?

HT : We will ...we will....Err....err....

CK : This is totally unacceptable. U've lost my documents n now refuse to update me! Are you telling me that people in Tele Kom are inefficient?

HT : Aiyoo...Dun say like that la Miss.

CK : That is how i look at it. Now you tell me wat to do. Help me!

HT : I think u better call my boss la, Miss.

CK : What different will it make? Will the document suddenly pop up? Or should I just lodge a report and things will still stuck there??C'mon. I need a better excuse!

HT : You talk to her first la Miss. I know you are upset but talk to her la.

CK : Give me her number, mobile if possible. I'm sick n tired of all this lame excuses.

HT : Her name would be Puan ***** n office number will be ******

CK : Mobile? I know all head of department in Tele Kom will used one TM number.Wats hers?

HT : Aiyo...she went for kursus. She will be back after two. Call her la.

CK : I will!

Slam! Guess wat? By 3 o'clock, the document has been found and I will get my payment by end of the week. Huh!

U r 6!

No comments:

To

Muhammad Amirul Daniel a.k.a Ewok

Fr

The Whole Family

Message

Happy Birthday, Cutie! U r 6 now! Enjoy keta control yang cister beli tu eh? Kalau tak blajar, cister jual balik keta tu!

Aku Terima Nikahnya....

2 comments:
Phew! Selamat Pengantin Baru, moga kekal ke akhir nafas kedua kamu.

Cik Kuntum nih nak story telling nih. Penat la jugak sebenarnya nak menguruskan kerja2 kawin nih. Al-maklumlah, takde pengalaman handle kerja kawin sendiri lagi (hint hint! Ahhah!). Last time, terjebak juga time uncle2 menikah, bersanding sumer. Tapi time tu, menda sumer dah ready, kita nih mengikut arahan je. Masa wedding kat Tugu Negara dulu tu pun,thou bidang terjun..tak rasa sangat kot. Ni bila memang darah daging sendiri yang jadi pengantinnya..rasa la jugak bahang. Ada gak terdetik "Eh, kawin dah adik aku eh...aku nih bila la plak?". Tapi...itu some Cik Kuntum ketepikan. Ape ada hal..Ilek2 la dulu..ye dak? hhehehe...

Neway, kinda kewl experience la jugak. Persiapan terakhir agak menggabrakan keadaan la. Cik Kuntum ni ditugaskan menggodam duit mas kahwin..Sorang suh buat rama2 , pengantin suh buat bunga. Ntah mana silapnya...Cik Kuntum pintal2, rasa tk lawa pulak bunga yang Cik Kuntum buat tu. Pulun pikir naik pecah kepala. Nak nikah pukul 5, nak kena gerak pukul 3! La ni dah nk pukul 2!Heheheh...ngan muka selamba, Cik Kuntum kuar ngan Leq pegi carik kotak ngan kertas shreded.Pehtu singgah McD isi perot memasing. Balik umah, Cik Kuntum buatla duit2 merah tu ala2 peti harta karun nyer konsep. Ok la tu. Pehtu gagah gosok baju...Ijau in kaler i tell u!

Yang kat sebelah ni deretan hantaran yang digodamkan oleh Cik Kuntum sefamily. Dulang 5 balas 7 je. Takde la meriah sampai bederet1 lori ke ape....Dalam banyak2 menda yang ada dalam dulang tu, Cik Kuntum dok target kek Sikret Resepi tu je...Yang lain2 tak hirau weih! Pengalaman yang best la juga sebenarnya bila ikut orang nikah kat masjid ni. Dapat plak ustadz sorang tu, dea punya khutbah nikah.Makaih! Menusuk kalbu i tell you! Meleleh kejap air mata audience termasuklah Cik Kuntum n family sumer. Memang touching! Ada ayat " Wahai kalian, anak-anak yang ingin mendirikan rumah tangga. Pergilah kamu kepada kedua ibubapa kamu dan pohonlah kemaafan yang sewajarnya, minta dihalalkan makan minum sepanjang kamu dibesarkan dan mintalah kamu dari ibumu untuk dihalalkan setiap titik air susunya". Tangkap syadu weih mendengarnya. Pengantin pon layan emo je dah...

Syabas mere bette la kat Ustadz tuh. Pehtu pandai dea cover, bagi cerita lawak jenaka pule. Gelak beria! After abis sumer akad nikah..Tukar2 cincin sumer, berduyun2 la semuanya ke umah mentua Boboy. Sessi bergambar bersama keluarga dan juga sahabat handai adanya. Off course, the main thing is acara menjamu selera la. Masing2 dapat je menegok air sejok kaler merah hati tu...sengih je. Memang happy giler! Ada la time Cik Kuntum hangin sekejap bila pengantin harok pasal gambar dea..I guess, memang camtu kot? Gabra2 je bila ari nikah? Malas nak amik port, Cik Kuntum terima kata2 penasihat (sile refer gamba sebelah ni) .."Ala...hari kawin dea...dea gabra la tu...Buat modo je". At the end of the day dapat la satu mesej berbunyi "La, Thks alot. Ko bila lagi? Jgn amik ati, aku nk yang terbaik..cuz ari ni skali je..dalam sejarah!Harap memahami...thank you!I lap u!I lap my family!Nite2!". Ha camtulah , sejok ati Cik Kuntum...eheheh...Maka...tunggu la the making and producing of anak buah! Ammiiinnnn...

Friday, June 06, 2008

Pak Pak Pung Pak!

2 comments:
Dah sampai masanya! At last! 6 Jun 2008, tarikh keramat untuk adik lelaki Cik Kuntum, Boy (bukan nama sebenar) akan diakad nikahkan dengan Emma (juga bukan nama IC). Mengambil lokasi di masjid terapung @ Puchong Permai (ala...bukan la terapung ape pon...bina atas tasik), tepat jam 5 ptg nanti bakal sah lah mereka berdua menjadi pasangan suami isteri. Alhamdulillah, akhirnya akan terlaksana sudah salah satu tuntutan agama.

Tak ramai yang tau kewujudan adik Cik Kuntum nih (al-maklum, Cik Kuntum kan lebih terserlah, menyerlah) kecuali Mem Alunyah je kot? Itu pun gara2 kejadian luar kawal masa kat umah lama @ 360. Lets bygone be bygone. As a sister, I'm wishing the very best for your future together as hubby n wifey. Jangan lupakan tanggung jawab pada tuhan, pasangan, keluarga dan masyarakat sekitar amnya.

Checklist Cik Kuntum untuk event esok :-
  • Adjust hantaran - separa siap, tunggu nk godam sirih junjung ngan kek Siklet Lesepi
  • Konpirm attendance - Kena calling2 Leq esok pagi (dea jadi EL tak!ahhh!)
  • Baju Dak Ewok - setel! Dea pakai jubah ala2 Pak Arab
  • Kamera - Snap2! Cik Kuntum bawak je la dua2...Minolta n Canon
  • Baju Cik Kuntum - Uwaaaa!!!!Pakai baju recycle! Takper...Kenduri nanti baru beli baju baru!
Itu je la kot...Heheheh...Neway, ni majlis akad nikah je. Insyaallah, majlis makan2 membaham nanti Cik Kuntum ajak ahli mesyorat tingkap k?

p/s : ndaknyer....dapat la tempias berkat pengantin!har har har!:agi due hari besday ewok! yey!


Thursday, June 05, 2008

Lets Talk About Love

No comments:

Cam gempak je tajuk tu kan? Cik Kuntum bukan la nak bercerita pasal kebakaran hati atau hangen dalam badan (yang memang macam hari2 je tak ilang2). Come across a blog yang bercerita tentang ape beza kasih, sayang, cinta, suka (tak mengikut urutan yang sepatutnyaa kan). Cik Kuntum rasa topik ni menarik la juga. Setiap individu ada persepsi berbeza. Mungkin turutan setiap rentetan emosi tu pon berlainan. Mungkin juga tahap penerimaan dan pemahaman masing2 juwe turut berbeza. Cik Kuntum selalu kuarkan statement yang bunyik ala2 gini " Perempuan ni sebenarnya tamak. They always want things thou they dun need them". Bukanlah bermaksud Cik Kuntum ni memperkecilkan2 kaum wanita. But kagum juga, how kita ni leh maintain benda tu suma.

Hasil daripada ini la yang menyebabkan orang2 lelaki ni konpius alam! Admit it, memang ada gals yang player out there. Still, ada orang yang personaliti nyer memang ramah mesra menyebabkan orang rasa dea dah jatuh cinta.Walhal member tu just suka! Tafsiran yang berbeza dari dua insan yang berbeza. Tanda2 kalau Cik Kuntum suka kat orang tu, Cik Kuntum akan sembang, sms or even ajak kuar beramai2. Cuz he is fun to be with. Good to have sumone to talk about almost anything - still not includes the P&C part.

I have a fren yang kata, "Dalam bercinta, tak perlu melafazkannya andai kedua2 pihak merasainya". Cik Kuntum kurang percaya dengan kenyataan ni. Biarlah orang kata "Dah terang lagi nak suluh!", takper! Janji kita tahu kedudukan kita. Dan ingat, cinta tak bole dipaksa!Orang yang nak bercinta kena siap sedia ngan apa sahaja. Asas hubungan adalah kepercayaan. Cinta ni tak semestinya wajib datang ngan hadiah atau barangan tapi perasaan kita tuh yang membuatkan kita setia. Tanda2 Cik Kuntum dilamun cinta atau bercinta - mood baik, ajak dating, ada own effort buat sumtin yang ada personal touch and off course to different gender la! Maka automatik, insan itu akan digelar kekasih kita. Ada juga kes puppy love, love at first sight kan? Cik Kuntum rasa, itu bukan Cinta tapi..suka-suka je.

Kasih dan sayang ni selalunya datang bersama. Kira macam buy one free one gitu. Macam kita sayangkan family dan kawan2 kita. Still, Cik Kuntum rasa seseorang tu perlu ada rasa kasih yang meluap2 untuk menyanyangi seseorang dalam hidupnya. Kalau takat ungkapan2 "i sayang u la.sumpah!!!".. erghh...c'mon olskool sangat da tuh. Rentikan la. Udah2. Bila Cik Kuntum sayangkan seseorang - Cik Kuntum akan amik berat, risau giler bila berbalah, suka spent masa bersama, kongsi suka duka.

So guys, I dun know bout u. But thats what i have to say on the topic. Emangnya kita berbeda kan?

Wednesday, June 04, 2008

Minyak @ RM2.70 / liter!

2 comments:



As on 6.26 pm - 04/06/2008
Source : NST Online
BREAKING NEWS: Petrol will be RM2.70 a litre at midnight tonight
Email to friend Email to Friend Print article Print Article

PUTRAJAYA, Wed:

The new price of premium leaded petrol (ULG 97) is RM2.70 per litre beginning midnight tonight, it was announced a moment ago. The price for ULG 92 petrol per litre went up by 74 sen. Diesel will go up by RM1 per litre. The 78 sen hike or 40 per cent increase for the ULG 97 petrol is still below the antiticpated RM4 per litre price projected earlier and among the cheapest in Asia.

P/s : APE LAGI TUNGGU!!!!

Janji Tinggal Janji

3 comments:

According to Kamus DwiBahasa Oxford Fajar Edisi Ketiga:-

Promise - Declaration in verbally or in writing that one will give/do/deliver a certain thing

Korang mesti penah dengar istilah Janji Melayu, Cakap Cam KapLamYaNga dan macam2 lagi la dalam kehidupan seharian bila melibatkan janji. Teruk sangat ke orang2 kita ni dalam berjanji?

Personal experience, Cik Kuntum lebih suka dengar dan terus laksanakan (listen and act) apabila diberitahu tentang sesuatu. Time2 orang mintak tolong terutamanya yang Cik Kuntum trust - tak kiralah kederat ke, duit speshly...Cik Kuntum cuba tolong sedaya upaya. Kalau tak dapat, Cik Kuntum bagitaw kata tak boleh. Kalau ada syarat, Cik Kuntum bitaw ape syaratnya. Bukan la Cik Kuntum ni nak jadi ala2 Ah Long Bukit Beruntung atau pon hencek Ceti ke hulu hilir bawak payung tu..Tidakk...It just that, for the time being maybe Cik Kuntum tak ada kepentingan untuk menggunakan fund tu. Sebab tu Cik Kuntum bila bab money matters, Cik Kuntum akan be specific. I'm willinng to help but please help me too. Bukan nyer Cik Kuntum mintak duit bunga, faedah, interest ke ape. It just, I need u to keep your promise plak. To pay me accordingly.

Cik Kuntum bukan nyer chop duit. I have problem to say NO. Lagi satu, Cik Kuntum nih segan nak bukak2 mulut mintak2 walaupun Cik Kuntum sedar, itu duit Cik Kuntum. Sebab tuh, kalau korang rasa korang takleh nak full fill your promise , tolong bitaw awal2. So that Cik Kuntum bole tolong mengikut nilai yang sepatutnya. I'm not saying I value the friendship with money. No, its not that. Manusia pegang pada janji, dah kalau tak bole nak tunaikan janji baik jangan berjanji dari esok lusa buat orang sakit hati. Contoh macam...Korang nak pinjam 500 la kononnya. But i need that 500 in another 2 weeks let say. I still can loan u, not an issue but u have to pay me back within the period. Kalau boleh dapat, no problem. Kalau takleh, Cik Kuntum kena la adjust maybe bole bagi half je ke or how. Dun lie.I dun want to trouble myself. U pinjam duit i, then i plak kene pinjam duit orang untuk settle my things. Tak ke modo namanya?

I dun have to tell evrione on my account balance . But as for u to loan, I need to know wats the repayment like. Seyes, Cik Kuntum nih bukan la berkira. Ada yang pinjam sikit2 berkurun lama pon Cik Kuntum wat derk je. But for me, myself..Nak bukak mulut pinjam from my own buddies pon i susah, even adik bradik. I suffer takper, jangan deaorg. Wats comes around, goes around. But i guess, orang lebih pentingkan nak lepas sesak sendiri then others kan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...