Wednesday, June 18, 2008

En Bandar Utopia

Setelah membaca nukilan MamaMok dan juga perbahasan (atau perbalahan) bersama "rakan baik", Cik Kuntum terjebak memberikan komen terhadap En Bandar Utopia tersebut. Komen Cik Kuntum berbunyi begini:

Encik Asrul,

Pada awalnya, saya menjangka akan dapat membaca isi yang bernas dari penulisan anda. Malangnya, apa yang dapat saya rumuskan adalah seperti di bawah :

a) Perlukah dicanang kepada seantero dunia akan ketidak puasan hati anda terhadap sesuatu? Satu dua saluran sudah mencukupi pada saya. Namun, itu cuma pendapat saya.

b) Argumen? Konsekuen? Memandangkan niat anda yang ingin memartabatkan bahasa jiwa bangsa, bukankah sebaik-baiknya setiap baris bait kata yang dipakai guna ditulis dalam bahasa ibunda yang sebenarnya. Contoh :

Argumen - Hujah
Konsekuen - Kesinambungan / Akibat

Malah saya keliru, adakah response juga telah diMelayukan? Adakah:

Respon - merujuk pada hanya satu maklum balas

Respons - merujuk kepada dua/lebih maklumbalas

c) Bagi saya, tiada bezanya anda dan penulis santai lain yang sememangnya tidak terlalu taksub akan penggunaan bait kata, ejaan lengkap hatta peribasa dalam setiap hasil tulisan mereka.

Sekian.

p/s : Agaknya apa reaksi dia nanti? Akankah dia menari-nari? Atau cuma berdiam diri?

5 comments:

Asrul Muzaffar Mohammed said...

Saya dah balas komen anda di blog saya :)

Si Tukang Karut said...

maka kita menunggu serta ikuti kesinambungan beliau dalam menghujah dengan kening terangkat!...

menyemarakan lagi al kisah makcik-makcik menyiang ikan lagi adzra...

menunggu penuh debaran...

huhuhuhuhu

Adzra a.k.a DoOrDie said...

komen di balas penuh mesra seadanya....huhuu...

Asrul Muzaffar Mohammed said...

The pleasure's all mine, dear... :)

Adzra a.k.a DoOrDie said...

pergh, ada respons (terikut plak)!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...