Friday, May 30, 2008

Nitrus Anyone?

3 comments:
To the Die-Hard-Fan, Sila-silalah...

P. Ramleee The Musical - Al Kisah...

No comments:
Guys, I just missed the chance to actually have my first theater exposure. Well..Its may fault for not be able to check my Facebook's inbox message (every 5 minutes?).The result :-

First Message:-

Free Tickets for Opening Night!
To members of friends of Enfiniti

May 27 at 4:12pm (The rush started!)
Extra! Extra! FREE TICKETS for Opening Night May 29th 2008, specially for Friends of Enfiniti! Limited number only, first come first served.

please call Ms Nora Lim at
+6012 255 3658
nora@enfiniti.com.my

before 6pm on 28th May 2008 to get your tickets. Hurry up guys!

This offer is specially for Friends of Enfiniti !


Second Message :-

free tickets updates
To members of friends of Enfiniti

May 27 at 4:53pm (not so long huh?)
Due to overwhelming response to the free tickets give away, members are advised to ONLY email Ms Nora Lim at nora@enfiniti.com.my

Limited to 2 tickets per member only and limited seats available. First come first served.


Third Message :-

Invites for Opening Nights update
To members of friends of Enfiniti

May 27 at 5:22pm (+ - 45 minutes n my tickets are gone!!!!)
The invites are now all taken. Thank you for your quick response. Keep a look out here for latest news.

Tickets for other nights are still available for sale but moving really fast.

you can purchase your tickets via http://axcess.com.my 03 7711 5000

Chedd


p/s : Huwaaaaaa!!!Cik Kuntum kuciwaaa!!!

The Hotline

No comments:

Panduan talian bantuan sepanjang masa :-

A)Ketika Anda memanggil-Nya, sila gunakan nombor utama ini: 24434


2 : solat Subuh
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya

B) Atau untuk lebih sempurna dan lebih banyak afdhalnya, gunakan nombor ini : 28443483

2 : solat Subuh
8 : solat Dhuha
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya
8 : Solat Tahajjud atau lainnya
3 : Solat Witir

Untuk maklumat terperinci, sila rujuk di naskah berjudul "Al Qur'anul Karim & Hadis Rasul"

Talian terus , tanpa Operator tanpa Perantara, tanpa bil dan tanpa bimbang harus mendail semula kerana talian terputus

Nombor 24434 dan 28443483 ini memiliki jumlah talian hunting yang tak terhingga dan dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun!!!

Thursday, May 29, 2008

Piss Off !

2 comments:

Apalah masalah ko ni eh? Dah la dulu aku berbulu ngan ko kes wangi2 wangian. Beli barang tapi tak simpan resit. Ape jadah? Dah tuh ko nak aku angguk2 geleng2 je dengar temberang kau? Takper..aku pikir ko budak mentah, aku maafkan.Esok lusa, harap2 ko sedar diri.

Tapi darah aku naik balik bila aku mintak kau tapaw untuk aku. Bukannya aku mintak pizza ke , lasagne ke...aku suh ko tolong tapaw Kuey Teow goreng je. Tu pon ko nak berkira , makan duit aku. Semalam baru aku bayarkan Kuey Teow kau takla sampai banyak yang ko claim dari aku ari ni. Sengal! Lima posen pon kelabu mata? Buat2 muka bodo alang, ke ko memang modo?

Ko pinjam duit aku, al-kisah katanya urgent giler. Rupe2 ko nak g bersantai kat puncak bukit sana? Tak ke cam shilake? Ko sapa nk perabiskan aku nyer harta? Berbulu giler aku dengar cerita! Konon patah hati gagal bercinta.Abis tu ko nak suh aku tanggung plak duit makan minum kau berfoya2? Aku sakit jiwa, takde susahkan sapa! Tak abis2 nak layan kerenah betina!Ukur baju kat badan sendiri la brader!

Ni ha...aku tengok claim kau. Rasa nak mengarok je. Aku suh hanta proper, ko melantun kat aku watpe? Takleh kena tegor? Boleh blah! Kuar konon bawak nama kompeni. Aku tataw ape hasil yang ko dah bagi. Datang keje pon ko bole claim beriya, meh sini aku tolak gaji ko hasil MC yang tak nampak bayang! Ada hati nak menyinga, kang aku herdik mau terkedip2 mata. Harapkan pada rupa, tapi sayang...tak untung ape!

p/s : Chantek tak gamba Cik Kuntum snap from jejantas @ MRR2?

Happy Bday Toti!

No comments:


Another Year To Cherish!

Tuesday, May 27, 2008

S for Superman?

7 comments:

I was a bit sleepy this evening due to raining (Yeah, rite!). I am doin payroll while talking to Andy. Well, its more to chatting actually. Thanks Andy ,for brighten up my eyes at least for 10 minutes.This is how it goes :


Andy : Hey, do u know why there's S written on Superman's outfit?


Cik Kuntum : Ermmm...heard it before but I can recall why...


Andy : But u know rite there's S on his baju?


Cik Kuntum : Yeaaa....indicate the size kot?


Andy : Size?


Cik Kuntum : Yup...Means he's wearing S size i assume?


Andy : Okie. But why S?


Cik Kuntum : Erk....ermmm....dunno....why eh?


Andy : Owh...tataw?


Cik Kuntum : I dun know why la....Ntah? Why?


Andy : It has to S . If its L or XL, the suit become his Pyjamas lor. Kenot fit him nicely!

Cik Kuntum :

Euro Fever!

No comments:

Lets the poster speaks for itself. T-shirt available :

Size : XS, S, M, L, XL

Price : RM35.00 (nett)

Buzz me via YM : lady_adzra or email me at lady_adzra@yahoo.com to place your order

Monday, May 26, 2008

Hujan Oh Hujan

No comments:

Hujan Oh Hujan
Kau datang tanpa perlu undangan
Titismu itu bagaikan ratapan
Derumu itu bagai tanda kekuasaan
Gegar guruhmu umpama satu penaklukan
Kerdilnya kita di bumi Tuhan

Hujan Oh Hujan
Kau bawa bersama suatu ketenangan
Membenih bersama rasa keinsafan
Beriring doa satu pengharapan
Pohon hajat agar dimakbulkan
Pinta khilaf untuk dimaafkan

~ DoOrDie @ Ukay Perdana ~

Sunday, May 25, 2008

The End of AF6

2 comments:


Well, sume orang (hampir2 semua la) dah taw sapa pemenang AF6 kan? Kudos to Stacy for doing such a good job and at least AF still sumtin yang bole diingati la. Takla tak berkualiti sangat pemenangnyer. She deserve it. Means, two years in a row la gal power - after Milla. Nampak la trend pengundi dah agak bijak, kot? Heheh.. Still yang kaya - 1) the winner 2) maxis 3) astro!

Out of all the perfomances, Cik Kuntum terpegun kat lagu yang nih. I know angsa tu yang nyanyi but then feel dea ada rasa. Thou its too ballad, suits him la. Enjoy!

Saturday, May 24, 2008

Jari Jadi Juara?

No comments:
It has finally down to 5 of them. Nothing much to say. During my earlier entry, I've chosen Toi, Riz n Nadia as my favorite singers. Just that for tonite, I wish the top 3 will be either Stacy, Riz or Nubhan - face it guys..This angsa have loads of fans. N yes, i admire his unique tone. But rumors says that Toi is getting his votes in from the royalty side of Johor. Like that oso ken meh?

For die hard fans this is the colour code for tonite :

NADIA



Aku Lebih Tahu (Mila)

Kalut Lagi Mengarut (Lagu Baru)


Fan club colour to wear at finals: BLACK



NUBHAN


Bukan Di Sini (Sofaz)

Ada Untukmu (Lagu Baru)

Fan club colour to wear at finals: ORANGE WITH WHITE



RIZ


11 Januari (Gigi)

Hanya Sandiwara (Lagu Baru)

Fan club colour to wear at finals: YELLOW



STACY



Atas Nama Cinta (Rossa)

Aku Stacy (Lagu Baru)

Fan club colour to wear at finals: MAROON



TOI



Cinta Zulaikha (Mawi)


Paling Terindah (Lagu Baru)


Fan club colour to wear at finals: UNDECIDED (suka ati korang la nk pakai kaler ape pon!

Kredit to : Mr Manager & Mr Joe

Friday, May 23, 2008

Doplo Lapan

5 comments:

Due Puluh + Lapan = Doplo Lapan. So? U have to be 28 before u gotta chance to be 29. Dah kalau tahun ni umur 27, tahun depan mesti 28. Kan kan kan? So, wats the big deal? Apakah yang dahsyat sangat dengan angka 28 itu? Tak penah dengar ke org putih kata "Age is just a number"?

Waaahh...lepas tuh sedap2 mulut je nak kata Cik Kuntum ni ala2 anak dara tua. Apakah kerana antara sebab2 dibawah ini yang penting sangat untuk kumbang memekak2 :-

a) Cik Kuntum tak bagi no enpon maka Cik Kuntum akan membujang sehingga ke tua?
b) 28 tahun telah diwartakan sebagai umur wajib berkahwin?
c) Kalau tak kahwin umor 28 nanti kene tangkap polis? Masuk penjara?
d) Cik Kuntum sorang je rakyat Mesia yang berumur 28 dan tak kawen2 lagi?
e) Populasi rakyat Mesia dah berkurangan, maka Cik Kuntum kena kawen then beranak ramai2
f) Cik Kuntum akan monopos?

C'mon brader! Kang kalau Cik Kuntum list down orang2 keliling yang sebaya dan lebih tua dan masih solo...Ada lak yang heart attack plak. I'm happy with my life, and people around me. So, stop pissing me off! Sesedap rasa kata Cik Kuntum nih garang sangat, kumbang takleh nak hoye2 so takde orang nak. So wat? Tak suka, blah! Ko g la carik partner hoye2 ko tu. Ape ade susah. Member Cik Kuntum yang ala2 Wanita Melayu Terakhir tuh pon tak kawen g. Tu nak komen ape plak? Owwhh...dea terlalu sempurna so susah sangat nak carik lelaki yang setanding ngan dia? Duuuhhhh.... So not true!

Apa2 keputusan Cik Kuntum, itu hak Cik Kuntum. Pencacai2 nih tak diperlukan untuk memberikan khidmat nasihat. Panel2 terhormat Cik Kuntum dah cukup untuk membahaskan apa saja pertanyaan atau keraguan Cik Kuntum , dan ianya adalah permintaan Cik Kuntum sendiri. So, for those people yang takde kena mengena dalam muka surat idup Cik Kuntum tu..leh la dok2 tepi corner. Perati dari bucu je pon cukup. Toksah nak mandai2 bagi nasihat bagai. Tak pasal2 ada plak kes dilanda badai!

p/s : Cik Kuntum da jangkit Akak Tiri nyer syndrome daaa.... Wateva!

Nasib si Kumbang!

1 comment:
Cik Kuntum sungguh tak paham. Apakah permasalahan kumbang2 atau patutkah dipanggil langau saja golongan ini? Cik Kuntum ni ada masanya memang peramah. Tapi berpada2 la juga. I'm not the type yang sekali sembang..."Eh, u...i nk no enpon u la.Nanti bole calling2". Hengat Cik Kuntum nih ape? Call girl? Ek ena!

Guys, these are the warning signs dan maksudnya sekali :-

Kumbang : I nak no u, so bole la senang2 kite sembang.
Cik Kuntum : Sorry, i prefer sms. Tak suke sembang lama.Sakit tinge.

Maksud : No number, no way.

Kumbang : Alaa...Saya bukan nak call sekarang. Bila2 nanti la.
Cik Kuntum : Bila-bila? Owh...sorry la. No late nite call, pls.

Maksud : Dude, siang aku koje. Malam, aku tgk tv tkpon tido. Ape pesen ntah nak gayut2!

Kumbang : Ish, time yang awak tak bz la. Siang2 saya call.Ok kan?
Cik Kuntum : Erm,siang saya nih keje. Tak salah, awak pon kan?

Maksud : Pekehal ngan ko nih ? Tak paham ke NO?

Kumbang : Apelah banyak sangat alasan awak nih. Bagi je la nombor tu.Pleaseeee...
Cik Kuntum : Sorry. Not now.

Maksud : Banyak la ko punye pleaseeee.No hp aku, aku punya suka la nak bagi ke tak!

Kumbang : Alahai...Saya nih bukan selalu online. Bagi la number tuh.
Cik Kuntum : Ala..email kan ade.Ape ada hal.

Maksud : Ko mintak sampai kuar air mata darah pon, tak dapat tu beb!


Moral : Dun asked me stupid question, i'm not good in answering those.



Thursday, May 22, 2008

Live Animals Inside @ Gallery Wei Ling

5 comments:

I was reading Utusan - Hits, today's print. Dalam selak menyelak tu, mata Cik Kuntum tertancap pada satu post berkenaan saudara Azril Ismail. This has really lighten up my day. Previously Cik Kuntum ada menonton @ MHI that there will be a show / pameran on hasil kerja Azril on capturing the beauty, mystery and sorrow of Penjara Pudu.

Dengar nama Penjara Pudu tuh pon dah buat goosebump. Thou I dun really know who was Azril in real life, i was impressed by his masterpiece. The photos that he shot for this exhibition took him from year 2000 - 2003 to complete. This is due to his patience to capture everything using pencahayaan semulajadi. No effect was added to his artwork. He will wait for a perfect time to have just the right lighting to bring his shots alive. Bayangkan, betapa penyabar nyer dea! Yet, he really snapped those shots using black n white film. Its not using the normal colour nyer film / digital camera and start using all those effects to make things look good. This is more back to basic. He is using all his skills and experience in this field to make them a valuable collection.

"A researcher at heart, Azril Ismail is a Malaysian photographer to watch for his inquisitive, layered works which probe, question, and document moments and lives, which we have all chosen to overlook or ignore. It is through photographers like Azril, who keep exploring ‘unseen’ areas of life, that allow us to carry on our lives knowing that whatever we are missing out on , or not seeing, is being ‘safely stored away’ in his photographs.

Azril Ismail, graduated in Photography and Media Studies from the Columbus College of Art and Design, Ohio in 2001. On returning to Malaysia in 2002 he attained his Masters in Photography from Uitm.He has held numerous group exhibitions in the United States and Malaysia.This will be his first solo exhibition."

I don't know bout you guys, but i wanted to be there. For a record, Cik Kuntum ni seorang yang menghargai seni ok? One thing about art, you should be able to appreciate it in wat so ever medium you mite called it. It doesn't have to be a hit, huge presentation in order for the lover of art to actually see the beauty in it. Live Animals Inside will took place at :

Location : Wei-ling Gallery

Address : 8, Jalan Scott, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur

Period : May 13th- June 2nd 2008.


Contact : 03-22601106/07, 0123025302


Showtime : Mon-Fri ( 12 noon - 7pm), Sat (10am-5pm) . Close on Sundays.


** Seating is limited so please call 03-22601106 to reserve a place. Admission is free.


Or visit www.weiling-gallery.com for a preview of the works.



Wednesday, May 21, 2008

Dinner @ Malis, TBR

7 comments:
Wah wah....dah cerita pasal breakfast and lunch mestinya ada dinner. Tol tak? huhuh...Tapi dinner Cik Kuntum nih bukan la kat hotel memahal tu..But its more to ecomical and affordable hangout place @ Taman Bunga Raya, Setapak.

For those yang live around the neighborhood speshly students, mesti taw tempat nih. Located near to TAR College, it will fulfill your dream to have a good nasi lemak and kuey teow basah. Huhuhu...Being one the peminat, i tend to celebrate my victory (from IMPACT) there. Ordered nasi lemak + ayam goreng (fresh from kuali) + telor mata. Yang tak tahan tuh...bile ayam tu dipotong, nampak berasap2 then...sambal dea yang berantu dicurahkan dala pinggan membasahi potongan ayam itu. Nai lemak sini special la sikit sebab kaler dea kekuingan dan yes, deaorg ade buh halia sikit nak bagi naik aroma. Nyum2!

Layan tekak sambil menghirup teh ais yang leh tahan sedap. Normally i go for teh o ais limau.Cuma semlm rasa pingin banget nk minum teh ais.huhuhu...After few months tak pegi sana, rasa memang best. And lucky me tak yah nak q panjang2 to get my meal. Trust me, tak kene gaya kene beratur panjang beb! Mau mengaruk plak lu orang nanti. KLUE magazine penah buat review pasal this place few years back. They have nominated this place , Malis as the best nasi lemak stall in KL. Coba lah...Mai sepinggan!

Luncheon IMPACT, Shangri-La

2 comments:
Hehehehehe...Kalau before this cite pasal breakfast...la nih cite makan tghari. Thanks to IMPACT and MCMC to spare us foods during luncheon. It was nice. Ade nasi beriani, ikan merah masak asam (ikan masak just nice), then acar buah (yang buat Cik Kuntum repeat amik 3-4 kali), broccoli masak ala2 teo chew then..ayam ala2 masal merah (isi jek taw)!

But that is nothing compare to the dessert. Waaaahhhhh....Mula2 Cik Kuntum tertanya2 jugak, kenapa ade la beberapa makcik2 kementerian nih kemain amik dessert sampai due tige pinggan...Ade delegate mat Salleh nih pon siap pesan suh amik extra plater..Why Eh?
Sekali tuh..sampai la piring dessert Cik Kuntum...

Mola2 Cik Kuntum dah teruja tengok presentation yang ade. Strawberry disusun berlapis2 beralaskan kepingan chocolate yang berlainan jenis.Layer paling bawah, dark chocolate dan di sulam dengan whipped krim sebelom strawberry disusun kat side atas chocolate. Ade 3 lapisan kesemuanya...Lapisan chocolate kedua adalah coklat biasa yang lemak berkrim then again whipped krim n strawberry. Untuk layer terkahir dan paling atas, white chocolate kegemaran Cik Kuntum!Mamamia!

Side plater tuh plak dilorek2 ngan mango puree dan ditaburkan ngan pistachio. Adddoii...syahdu sungguh Cik Kuntum suap masuk mulut. Slow motion seh...Menikmati kelazatan, kenikmatan rase segar manis buah starwberry yang dikunyah bercampor chocolate yang mencair dalam mulut. Cuit sikit mango tu..then grrukk graaakkk rangupnya pistachio. I want more!!!!

Breakfast @ Shangri-La

2 comments:

Nyum2...Cik Kuntum taw there'll be alot of u out there yang leleh2..air liur baca entry2 Cik Kuntum pas nih. Am so sorry guys. The next few entries will be all about food. Cant help it la.Despite all the tension, heart broken scene happen throughout the event...The least i can say is that i do enjoy the food.


On Saturday, Shen spent me bfast buffet @ Shangri-La. Makan2 sambil gossiping memang la syiok. At first we wanted to have a-la-carte..Tapi musykil rasa hati sebab nyer menu ala-carte ade la dalam 10 jenis je. Giler ape?Dah la takde menu2 selara asian. Aduuii...masalah negara sungguh. Makanya, we decided to go with buffett - American breakfast.


Dah nama lapa..Shen asked me to grab my food 1st. Usha punya usha, Cik Kuntum nampak la a few faveret food. Ade hash brown yang masih panas - Cik Kuntum sambar due sekali gus. Nenok2 ade plak sausage - pon Cik Kuntum bedal 2 sekali gus. Thinking of not to be so tamak, dan konon2 nak jaga body with healthy eating diet..Cik Kuntum g ah kat salad bar. Amik la salad, carrot ngan few vegies combine buat salad untuk perot Cik Kuntum. Tapi jangan tak taw, dalam nk kontrol diet..Nahhh...thousand island ngan mayonis..kemain g taboh. pehtu touch up sikit presentation ngan scrambled egg..taaaraaa...jadila cam gamba kat atas tu. Pehtu cik Kuntum amik juice dea. Pergh, memang fresh seh! Tahap puree lagi tu. Mula2 bedal yang orange, pehtu bedal mango last2 amik kiwi 2 kali. Wahaaha...sonngooohhh sedddaaappp.


Round punya round, baru la nampak nasi lemak, bihun goreng semer.Tapi cik Kuntum takde selera plak. Nak amik kek ngan pastry sumer da tak lalu. Maybe sebab lapo sangat, fill up ngan makanan sehat..maka dah rasa penoh tangki. Oleh itu, buffet for two @ RM113.00 tuh ala2 bazir la jugak. Shen pon tak makan banyak sangat...But if u guys rasa nk sesekali makan kat hotel, g la...Siap ade chocolate fountain tuh nk kasik celup ngan strawberry! Alahai, ingat kat Dato CT!

Tuesday, May 20, 2008

IMPACT, 20th-23rd May 2008 @ Shangri-La

2 comments:


Phew! What an IMPACT! Cik Kuntum dah nak seminggu dok kene pollow up pasal event nih International Multilateral Partnership Against Cyber-Terrorism (IMPACT) yang diadakan bersempena dengan WCIT.For those yang blur2 ..This event nih sebenarnye ade kait mengait ngan dunia IT, cyber..that kinda thing la.

Kenapa Cik Kuntum terjebak? Yang pasti bukanlah untuk memberikan ucapan atau pun sebagai usher yang nk mengiring Pak Lah masuk dewan...Tidak juga sebagai speaker atau jemputan tetamu kenamaan. Heheheh...This is more to last minute job. SKMM (Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia) mintak the company to handle the registration part. Only registration. But then, i think its more to printing out the badges. We are not the event manager, cuz the event being handle by the SKMM's people themselves. Sounds like an ez task rite? Hell NO!

From day 1, me and my boss have been depressed. Feels like in a deep shit. As day goes by, its getting worst. Serius wei! Terok! There's alot of changes, trust me ALOT. Kiteorg nih atas dasar nak jaga hati (fikirkan future job) terpaksala bermanis muka juga menyambut pertukaran2 yang rata2 sumernye last minit. Ape mau buat....Hasilnya, Cik Kuntum dah selesa terok,batok and the best part...MUTE! Cik Kuntum dah takde sore dah nk menyembang ngan sape2 pon. Cik Kuntum communicate pon main bisik2..HAhaha...Bayangkan betapa stress nyer Cik Kuntum. Its so unorganized, I tell u!Nih la dea cemerlang, gemilang, terbilang...huhuu....so not true! Yet they claim they are far more better than people in the govt themselves - the chosen one la konon2!

But the nightmare is almost over la..Hope i dun have to be here to witness more. Rite now, am so lapa ..Try to get sumtin to eat from the secretariat's room lor...Bley gak Cik Kuntum cuci mata!Chiow!

p/s : More on IMPACT, just click
here

Wednesday, May 14, 2008

Huwarghhh!!!

3 comments:
Aiyark!Why is this happening to me? Cik Kuntum rase nk menyinga saje ari nih.Walaupon Cik Kuntum sedar bahawa "rakan baik" Cik Kuntum ,Puan Menjana Subur baru saja datang menjengah..itu bukan alasan untuk Cik Kuntum berasa amat kecewa dan marah tahap dewa!(sungguhpon Cik Kuntum layak juwe menyalahkannyer). Banyak mende yang membuatkan Cik Kuntum berasa kuarang selesa ari nih. Antaranya adalah:

1. Memulakan pagi dengan lagu keroncong asli dari perot
2. Menaip di komputer yang Maha Lembab secara tiba2
3. Menjadi mangsa menahan sabar gara2 komputer kejong sesuke jiwa
4.Keluar makan tengahari dalam keadaan hujan yang agak lebat juwe
5.Rase senak dan mencucuk2 di perot gara2 lawatan Cik Puan Menjana Subur
6.Kadar kerja yang berada di medium perlahan dari sebuah organisasi yang gah
7.Terpaksa balik lambat gara2 ketidakefisyenan (bleh eh) orang lain
8.Menghabiskan kepingan duit terakhir dengan memberi pinjaman kepada orang lain
9.Akibat kebodohan diri memberi pinjaman, diri terpaksa berlapa
10. PC Cik Kuntum semakin mencabar kesabaran apabile main game kejong2 otot
Tolong Cik Kuntum!!!!!!

I Can Hear Dead People Talking

2 comments:

Clairaudio
Sound is your sixth sense. You're probably not surprised since you might be found rockin' a pair of headphones at anytime. So how does this relate to your inner voice? A person gifted with clairaudio (clear hearing) is someone very in-tune with sounds. Often a clairaudio "hears" their inner voice or gut feeling. For example, if you were about to do something you might regret (like, hooking up with your best friend's sweetie), you might hear a voice telling you to watch out or reevaluate your choice. You might also hear music at odd times or someone speaking even when no one is around (or when you dream). According to some, you might even be able to hear voices when someone is passing or has died. Now, we probably wouldn't advertise the fact that you hear voices, but you have to admit, it's pretty cool...

Source : The Facebook

Tuesday, May 13, 2008

Pusak Kamik!

3 comments:
Welcome guys! Born last Saturday, 10th May 2008. Still thinking on their names but one of it must be Kitty (hehehe...bet would be the white one!). Any suggestion , guys?

Aku pingin kamu!

4 comments:
Aduhai...Cik Kuntum baru je balik dari lunch. Penat la juga mendaki bukit. Tapi takper, anggaplah itu semua satu cara bersenam. Hehehe...Lagipun dah lama Cik Kuntum tak bejogging2 nih. Maka Cik Kuntum tertanya2 juwe adakah target Cik Kuntum untuk mekar menguntum harum akan berjaya atau tidak. Ataw adakah Cik Kuntum akan mekar mengembang, seluas taman?

Tiiidaaakkkkkk!!!Yang pasti, Cik Kuntum dah terasa2 kat tekak ni kenikmatan membaham semangkuk lasagne seperti tertera di gamba di atas. Rasa daging cincang yang disulami dengan masam2 manis dan pedas tumisan cili dan tomato diperkuat lagi dengan aroma dari keju cair. Waaahhhh....Aku pingin banget kamu!!!!!

Mahalnye!

2 comments:

Ni Cik Kuntum nk cite sikit nih. Al-kisahnya, semalam Cik Kuntum pegi la singgah kat stall jual nasi lemak kat area umah Cik Kuntum. Macam biasa, Cik Kuntum memang suka air tangan acik tuh atau lebih mesra ngan panggilan 'Akak Abang' dikalangan pelanggan setia. Bukannya apa, appearance dea nampak cam abang2 tapi..bila bukak mulut, memang sah akak2. Its not the other way round k? Whereby looks like akak2 turns out bukak mulut the abang2 nyer suara yang keluar!

Ok..I have to admit, sejak zaman awal2 tahun 2002 bermulalah aktiviti membeli nasi lemak, kuih muih or bihun dari akak nih. Bukan ape, dah depan opis...sedap pun sedap speshly sambal sotong kering dea tu. Malatop beb! Krisis naik harga berkali2 tp, akak ni menten je. Still remember last time i bought her nasi lemak (portion byk ok!) for only RM0.90. It was until 2007, dea naikkan harga ke RM1.00. Took her at least 7 years to naikkan RM0.10 even though harga barang2 mentah nih dah naik lebih dari 2 kali.

But then, kesan daripada kenaikan melampau hargaberas, minyak baru2 ni...akak tuh telah mengambil langkah harakiri dengan menaikkan harga nasik lemaknyer kepada RM1.20. Walaupon ade beberapa tempat lain yang Cik Kuntum taw dah lama mengamalkan harga RM1.20 nih. Cik Kuntum tak kisah sangat, sebabnya Cik Kuntum memang turun padang bab2 beli barang bulan untuk umah. Maka Cik Kuntum tahu turun naik harga market.Tapi...yang Cik Kuntum geram kat sorang awek nih....

Mengikut kata Akak Abang, awek nih anak sorang Ustadz yang ngajar kat sebuah institusi agama kanak2 area situ juga. Dea nih akak suruh budak2 tuh g anta order kat Akak Abang nih pagi2 then ada lak budak lain untuk datang collect bungkusan2 yang dah dipesan tadi. Yang tak syok, minah nih leh datang serang Akak Abang ni time Cik Kuntum tengah membeli. Kemain lagi dea tempik, " Akak! Tadi saya kira lain!Kenapa jadi lain?". Dengan rilek Akak Abang kata "Ni ade akak buh breakdown harga. Korang nyer akak naikkan seposen je.Jadi la RM0.80 daripada RM0.70. Orang lain sumer akak kira RM1.20, taw."

Dengan sungguh lantang minah tu kata " Ah(sambil tunjuk2 list yang akak tu tulis)...ni ape...tuh ape...ni harga ape lak?".Dengan penuh hikmah Akak Abang tuh explain. Cik Kuntum yang tengok nih pon hangen. Rase nk hempok ngan batu bata da...Sengal betol. Dea terpekik2.Walaupon bertudung, rupe dea yang berkulit cerah tu cengis giler!Keruh, wa cakap lu beb! "Hah, nah! Amik nih...lagi 30 utang dulu. Macam2 hal..lepas nih ntah2 nasi ngan sotong jadi Rm3-3.50 lak. Ntah hape2. Cekik darah!!!". Then minah tuh angkat kaki blah.

Memang takleh pakai minah tu! Korang taw tak..minah nih beli nasik kat akak tuh harga lain, tapi dea leh jual balik nasi lemak tu kat budak2 yang belajar kat tempat dea harga lain lak! Sungguh tak malu dea mengaut keuntungan atas angin dari hasil titik peluh orang lain. Dahla akak tuh penat masak, budak2 skolah plak yang tolong jadi kuli order n ambik nasi tuh.Dea lak dapat untung goyang kaki!Bile kena bayar lebih sikit, takmo. Takut duit habis katanya!

Macam nih punya orang pon ade. Moral :

1. Lenkali nk bercakap ngan org yg lebih tua, hormatlah
2. Rasa tk puas hati sangat..jangan beli kedai...buat je sendiri!
3. Rajin2 la pegi pasar ke hypermarket ke . Taklah nampak sangat mcm awak tu ngok sangat!
4. Kalau takut busuk g pasar, rajin baca, tengok berita. Ni tak, tgk AF jer!

Friday, May 09, 2008

Emplyer Vs Employee

2 comments:

These is what an employee wrote to his employer on asking for a salary increment:

Dear Bo $$

In thi $ life, we all need $ omething mo $t de $ perately. I think you $ hould be under $tanding of the need $ of u $ worker $ who have given $ o much $ upport including $ weat and $ ervice to your company . I am $ ure you will gue $$ what I mean and re$ pond $ oon.

Your $ $ incerely,
Your Employee



The next day, he received this letter of reply:

My dear employee,

I k NO w you have been working very hard. NO wadays, NO thing much has changed. You must have NO ticed that our company is NO t doing NO ticeably well as yet.

NO w the newspaper are saying the world`s leading eco NO mists are NO t sure if the United States may go into a NOther recession. After the NO vember presidential elections things may turn bad .

I have NO thing more to add NO w. You k NOw what I mean.

Yours truly,
Manager

Hutang La lagi!

4 comments:

7hb Mei 2008

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

Unit Kewangan, Bahagian Pengurusan

Aras 10, Blok Menara, Lot 2G6

Presint 2, 62100 Putrajaya Serahan Tangan


Untuk Perhatian : Encik Shafie bin Paduka


Tuan,

BAHTERA EVENTS SDN BHD (XXXXX-A)

BAYARAN TERTUNGGAK BAGI PAMERAN APLIKASI ISLAM 2007

- NO PESANAN PERKHIDMATAN: S0204101010007XXXX


Merujuk kepada perkara di atas dan surat kami yang bertarikh 12hb Mac 2008.

Dengan dukacitanya ingin dimaklumkan bahawasanya sehingga kini, kami masih tidak menerima sebarang bayaran untuk tujuan penyediaan 20 unit booth pameran bagi pihak Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi bersempena penganjuran Pameran Aplikasi Islam 2007 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Seperti yang dinyatakan dalam surat kami sebelum ini, kami telah mengeluarkan dua invois yang bernombor BE-174 berjumlah RM 19,000.00 (Ringgit Malaysia Sembilan Belas Ribu sahaja) dan invois BE-175 berjumlah RM 48,000.00 (Ringgit Malaysia Empat Puluh Lapan Ribu Sahaja) masing-masing bertarikh 24 September 2007 bagi tujuan di atas.

Untuk makluman Tuan, bayaran bagi invois BE-174 telah dikreditkan ke akaun semasa kami pada petengahan bulan Januari 2008. Atas dasar ingin tahu, kami telah membuat panggilan susulan berhubung bayaran bagi invois BE-175 dan dinasihatkan agar menunggu sehingga invois perkhidmatan dikeluarkan di laman E-Perolehan.

Sehingga awal bulan Mac 2008, bayaran bagi invois tersebut masih belum diproses. Panggilan susulan yang dibuat kepada jabatan Tuan telah meminta kami menulis surat dan memberikan butiran terperinci berhubung permohonan kami bagi membolehkan proses pembayaran dilakukan secepat mungkin.

Namun begitu, usaha kami seolah-olah menemui jalan buntu kerana kegagalan beberapa pegawai di jabatan Tuan untuk memberikan maklumat terkini berhubung perkara ini. Secara peribadi, kejadian seumpama ini merupakan sesuatu yang amat mendukacitakan kami sebagai sebuah syarikat bumiputera yang berkhimat untuk sebuah agensi kerajaan.

Sehubungan dengan itu, kami berharap agar Tuan dapat memberikan perhatian serius terhadap perkara ini. Bersama-sama ini dilampirkan beberapa dokumen untuk rujukan pihak Tuan; yang mengandungi:

a) Salinan Nota Perlaksanaan Perkhidmatan bagi pesanan perkhidmatan yang bernombor S024101010007xxxx bertarikh 26/11/2007

b) Salinan Nota Pengesahan Pesanan Perkhidmatan bagi pesanan perkhidmatan yang bernombor S024101010007xxxx bertarikh 03/10/2007

c) Salinan invois BE-175 bertarikh 24/9/2007

Kami memohon jasa baik Tuan agar dapat mempertimbangkan supaya permohonan ini dapat diproses dalam waktu yang terdekat. Kami juga berharap agar proses pembayaran ini dapat dikreditkan terus ke akaun semasa kami di CIMB Bank Berhad, cawangan xxxxxxxxxx yang bernombor 121800080xxxxx.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berhubung perkara ini, sila hubungi Eksekutif Pentadbiran dan Kewangan kami, Cik Adzra di talian 03-4108 xxxx (pejabat) atau 012-9247 xxx (telefon bimbit). Kerjasama Tuan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

p/s : Kalau tak respon gak, cek hanta surat g Menteri!

1955

No comments:

A crusty old Sergeant Major found himself at a gala event, hosted by a local liberal arts college. There was no shortage of extremely young, idealistic ladies in attendance, one of whom approached the Sergeant Major for conversation.

She said, "Excuse me, Sergeant Major, but you seem to be a very serious man. Is something bothering you?"

"Negative, ma'am," the Sergeant Major said, "Just serious by nature."

"The young lady looked at his awards and decorations and said, "It looks like you have seen a lot of action."

The Sergeant Major's short reply was, "Yes, ma'am, a lot of action."

The young lady, tiring of trying to start up a conversation, said, "You know, you should lighten up a little. Relax and enjoy yourself."

The Sergeant Major just stared at her in his serious manner. Finally the young lady said, "You know, I hope you don't take this the wrong way, but when is the last time you had sex?"

The Sergeant Major looked at her and replied, "1955."

She said, "Well, there you are. You really need to chill out and quit taking everything so seriously! I mean, no sex since 1955! She took his hand and led him to a private room, where she proceeded to "relax" him several times.

Afterwards, and panting for breath, she leaned against his bare chest and said, "Wow, you sure didn't forget much since 1955!"

The Sergeant Major, glancing at his watch, said in his matter-of-fact voice, "I hope not, it's only 2130 now!"

p/s : YOU GOTTA LOVE THAT MILITARY TIME CODE !!!!

Thursday, May 08, 2008

What Should I Do?

6 comments:


Dear Blog,
  • Should i stay thou the ground is rocky?
  • Should i be ok cuz she said she will take a good care?
  • Should i go so that i can earn more?
  • Should i be there when the hectic make me hate the job more?
  • Should i shut my eyes, ears and pretend that I'm gonna be fin

Wednesday, May 07, 2008

Tiesto Anyone?

2 comments:

Freedom Festival 2008 feat DJ Tiesto @ Port Dickson on 9-10th May 2008. T shirt available for RM38. Size available : XS,S,M,L only. Drop your message to order!

Friday, May 02, 2008

Che Det on Net?

2 comments:

Dia Datang!

~http://www.chedet.com~

Love Vs Cinta

No comments:







"Iya iya nyang....Please deh!"

It was 1st May 2008. I've been thinking to watch 'Love' , Indonesia's version of our local film, Cinta. It's not that I'm falling head over heels with Indo's buah tangan, I just wanted to compare both version. Still, it was directed by Khabir Bahtia wat...?


Think, few parts of the storyline has been change a bit here n there. I dun recalled watching Cinta with a cancer person being apart of it. Or seorang penulis novel jatuh cinta with pekerja kedai buku? Hello...Eizlan Yusof was not a writer, dea cuma jadi cover magazine je. Maybe, jalan cerita tuh cuba diselaraskan dengan mood masyarakat Indonesia secara umunya. Well, needless to say apart of the soundtrack - Gita Gutawa remade for Andra n The Backbone's Sempurna, Padi - Kasih Tak Sudah...Love has failed to make me fall in love with it.


If Cinta made me shed my tears sebab tersentuh bab Rashidee Ishak pelok the daughter on their last nite together - with Jac's vocal yang mendayu2....Love does not give me the same impact. Xcept for the part, Dinda cabut rambut palsu dan menerima kekurangan diri yang telah diserang kanser - sambil layan lagu Padi. I sincerely think, sebak tu datang from the lagu not from the movie kot?


Personal advice - Tak tengok pon takpe.Acha Sepriasa nmpak kelaka time menangis! Gonna head for Ironman!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...