Showing posts with label muvie. Show all posts
Showing posts with label muvie. Show all posts

Friday, January 21, 2011

:: Jom Wayang ::

No comments:
Untuk tahun 2011, cK baru sempat menonton 2 filem. Sikit? Yelah kot. Lainlah kalau ada boyfren ke girlfren ke kan yang boleh buat wayang ni aktiviti mingguan. Plus, cK agak memilih juga la nak tengok cerita kat wayang ni. Selalunya cK bukanlah orang yang terlalu awal ke panggung juga bukan yang terakhir untuk menonton cerita di panggung. cK dah tengok filem ex-cK The Tourist tu dan semalam cK gigihkan juga menonton Khurafat. Memandangkan mood semangat Hari Wilayah yang menebal dalam diri, cK nak review Khurafat.

Secara jujur, cK tak pernah tertarik nak tengok cerita Syamsul Yusuf kat panggung. Walaupun dia handsome (sangat terserlah dalam filem ni), itu belum cukup kuat untuk menarik cK menonton hasil garapan beliau. Tapi, dek kerana hasutan media - surat khabar, MHI, Melodi cK terpanggil. Apatah lagi bila nampak kat Twitter yang Khurafat berjaya kutip 800k pada hari Sabtu alone. Gempak tu. Ada sesuatu pada anak 6million dollar man ini.

Cubaan pertama cK untuk menonton pada malam Rabu menemui kegagalan. Hall full dari petang bawa ke midnite buat cK tertanya "best sangat ke cerita ni weih?". Maka, bersempena cuti Thaipussam semalam, gigih cK check availability TGV Wangsa Walk seawal 9.30 pagi. Tengok early bird RM9 pastu ada banyak lagi available seats, cK bersiap2 terus g TGV. Sampai2 sana, agak ramai la orang beratur. Dalam 15minit, berjaya juga cK dapat tiket. Oh, cK tengok ngan 2 perempuan jelita.

Bila start je movie, cK kurang gemor dengan background music dia. Agak debor2 ler juga jantung cK dibuatnya. cK suka babak bacaan ayat Quraan siap close up Quraan. Nice shot. Awal2 lagi dah ada scene kena rasuk and yes, pretty good lah. Tak nampak overly done make up or effect. Just nice and seems more real lah. 


Johan (Syamsul), seorang pekerja perubatan baru je memutuskan hubungan dengan Ana (Sabrina Ali), seorang wanita sosial lalu berkahwin dengan Aishah (Liyana Jasmay), anak orang kaya. Ana cuba merebut Johan kembali ke pangkuan namun gagal dan berakhir dengan tragis. Sejak pulang dari kampung, Johan dan Aishah terus diganggu dari hari ke hari.Kat hospital, kat rumah, tengah jalan . Semua ada. Johan mula saspek ada benda yang tak kena cuma dia tak pasti angkara siapa. Korang rasa2 siapa? Adakah makcik cleaner kat hospital plak suka stalk Johan dan gemor bagi kuih hari-hari? Atau Ana? Atau mungkin juga Aishah yang takmau Johan jatuh ke tangan Ana? Ha...tu korang kena tengok sendiri lah.

Scene2 yang korang kena observed dan bersedia untuk menjerit :
1. Time Johan kat bilik mayat dan lampu tiba2 padam lepas tu jeng jeng jeng...
2. Time Aishah terjaga sebab dengar bunyi aneh dan Johan tidor mati
3. Masa perjalanan bawa jenazah dan radio mati
4. Aishah baru nak start engine kereta bila dia nampak sesuatu, lari dan nampak lagi...huhu...
5. Johan meredah hutan sambil usung mayat....

Ha..cukup2lah tu. Seriously, pergilah tengok. cK tak sempat nak menguap pun tengok cerita ni. Which mean, its good thou not great (just yet). I am glad to the fact that, this is my first 'contribution' (RM) for Syamsul's movie. Kalau tengok KL Drift kat wayang, mahu gwe nangis wo! I can now say he deserve to win the title and Farid, Afdlin please do something about it. Your audience need more good stuff in store. Syamsul, espresi muka tu kena lebih lagi and Liyana too. Ada few scene nampak kaku and too script reading.Next in line, cK nak tengok filem Haq, Hikayat Merong Mahawangsa, Karak.

Tuesday, October 05, 2010

:: Makan. Doa. Cinta ::

2 comments:
"You have been to hell, Ketut?"
He smiled. Of course he's been there.
What's it like in hell?"
Same like in heaven," he said.
He saw my confusion and tried to explain. "Universe is a circle, Liss."
He said. "To up, to down -- all same, at end."
I remembered an old Christian mystic notion: As above, so below.
I asked. "Then how can you tell the difference between heaven and hell?"
Because of how you go. Heaven, you go up, through seven happy places. Hell, you go down, through seven sad places. This is why it better for you to go up, Liss." He laughed.
Same-same," he said. "Same in end, so better to be happy in journey."
I said, "So, if heaven is love, then hell is.. "
Love, too," he said.
Ketut laughed again, "Always so difficult for young people to understand this!"

Elizabeth Gilbert (Eat, Pray, Love

cK bukanlah peminat tegar filem-filem cinta yang ditayangkan di pawagam. Namun, harus diakui yang cK menangis bila menonton Titanic, Armageddon, Cinta dan Sepi. Tak kisah berapa kali tengok pun, sure rebeh air mata. Panggillah apa pun, hati jeli ke...hati kuntum ke..apa saja...cK terima. But please remember ye, NOT every lovey-dovey movie can make me cry a river ok. Not something like Maria Mariana or not even Sembilu. So, please people. Hiks.

So, recently cK pergi ke menonton Eat.Pray.Love (now on EPL) kat TGV, Wangsa Walk nun. Julia Robert bukanlah seorang pelakon wanita kegilaan cK but damned she's good. Ok unfair nak puji dia sorang. First thing first, the story itself memang best. Again, please remember people that is my personal view so kalau korang jenis hati batu, sorry can't help.

It is adapted from a novel written by Elizabeth Gilbert who's unhappy with her marriage. Decided to divorce and travel to Italy - for the food, India - stayed in the ashram to make peace with God and Bali - to find herself fall in love once again. Seriously, for those yang pernah bercinta dengan sepenuh hati will find that they can totally relates to this movie. And please people, kalau sesiapa rasa nak tengok hot chick sexy-mexy sampai terjojol mata, meleleh air liur ...nope. Tidak ada sama sekali. The most u can get is by using your mind to translate a line saying "You, American girl always come to Italy for two reasons. The Pasta and the Sausage".

Its a sweet, emotional kinda story. You'll be surprised to see Christine Hakim - a well-known Indonesian actress as one of the cast in the movie and Ketut will definitely make you smile when he come up with this "You need to learn to smile with your face, your mind and your liver". Get it? Orang selalu refer soal cinta ni dengan Heart...whereby heart is translated as Jantung. So, liver refer to hati. Bravo Ketut! Its Ketut not Kentut ok. And yes, korang boleh belajar a word or two of Italian - "Il bel far niente." yang membawa maksud "the beauty of doing nothing."

Think i have to have another round of this as i missed few minutes at the starting point. But, i have decided that this shall be a perfect gift for my upcoming birthday. I have made my reservation and i'm gonna collect it this evening. Which mean, u'll see me reading in the train tomorrow. How's that?!

Tuesday, August 03, 2010

:: Krisis Garam dan Mentera Semerah Padi ::

No comments:
Dengan semangat ngeblog yang sedang membara ni, maka eloklah cK ambil kesempatan tang mana yang patut untuk buat movie review.Sebagai tanda sokongan dan cinta yang meluap2 pada produk tempatan, cK mulakan review untuk cerita Mentera dulu.

Jalan cerita dia simple je. Semuanya pasal dengki, khianat dan ilmu hitam. Barisan pelakon filem ni pula, muka baru kebanyakannya. Kalau ada yang cam senior sikit pun, dorang lebih banyak berlakon drama instead of film. Keseluruhannya filem ni OK-OK je. CGI yang cantik especially time 'menurun' dalam penjara Pudu. Naik jap bulu roma. Still, cK masih tak faham kenapa hero cerita ni perlu ala-ala nude gitu. Over tau!

Lagi satu yang tak boleh blah...bila terkenangkan dialog heroin cerita ni "Abang....Abang...." dari awal sampailah habis diulang-ulang. Mungkinkah dia ni susah nak hafal dialog yang panjang2? Atau wujudnya dia dalam filem ni sebenarnya hanya tempelan semata-mata? First timelah juga rasa macam nak baling je tin air tu kat skrin sebab heroin dia ni lampi (lambat pickup) . Geram ok!

Pengajaran yang boleh diperolehi lepas tengok cerita ni ada few lah kan. Antaranya - jangan amalkan ilmu hitam nanti korang jadi hitam ...errr...i mean, internally lah..bahasa kiasan yang bermaksud nanti korang jadi jahat. Then, betapa lemahnya manusia apabila ia berkait dengan orang yang tersayang hingga sanggup melakukan apa sahaja - halal atau haram. 

Next, si GARAM plak. Macam biasalah, cerita-cerita dunia perisikan antarabangsa ni mesti gempak kan. Isunya masih pasal loyalty, kawan makan kawan pehtu nak last2 tu baru nampak twist dia. Tak susah sangat korang nak paham cerita Angie Jolie ni cumanya korang mungkin tertipu kejap lah. Ala...kejap je pun, tak lama. 

Apa yang cK suka ngan cerita ni? The fiction fact that Angie is so fit for just about anything. Dah bengkak bengkil. calar balar, darah2 tapi still tough ok. Nak la juga kot ikut jejak langkah belasah orang sesuka jiwa raga tapi apakan daya, takde cikgu yang sudi nak ngajor. Huhuu...

Oh ye..on the personal notes - i dont like Angie in blonde. Terasa aneh ok. Its like watching a bimbo yang giler expert. It just don't jive. So, back to black color..memang kinda sexy and yes, jiwa kental. Tu cK suka giler. Yang tak suka lagi - mamat yang jadi hubby Angie tu. Apakah? Ok ok...it make sense la kot with the Beauty and the Beast concept. Fairytale je ada couple yang hensem ngan lawa. So, cK terima je lah kenyataan tu. 

Deep down, i believe that there will be a sequel for the movie. Tak mungkin kot ending dia camtu je. Mesti ada punyalah. My next list would be hurm...let see...ape eh? Harry Porter kot? Jangan Pandang Belakang Congkak 2? Har har har....Tunggguuuu.....

Monday, January 25, 2010

:: Wayang Mana Lagi Best? ::

4 comments:
Berikut adalah sinopsis baru cerekarama minggu ini. Kami berharap ianya dapat membantu anda memilih wayang manakah yang lebih mencuri perhatian dan sanubari untuk dijadikan bahan kutukan tontonan satu family.

1. In the cinema for Legion:
  • cK gi nonton bioskop sama senior-senorita zaman sekolah menengah dahulu. 
  • One of them, cK dah pernah ngedet before but yang lagi dua tu kira our reunion so called after almost 10-11 years tak jumpa
  • Tengok show pukul 7.40 malam , habis show dalam 9 sumtin
  • Cerita yang ada motif - mankind dah banyak yang ingkar, Tuhan marah, turunkan bala so that masing-masing leh insaf
  • The show was ok, but both me n Dy expect for something more. Mungkin terpengaruh ngan kegilaan Pandora yang masih ada di mana-mana pawagam


2. Outside the cinema before Legion:
  • cK habis keje pukul 5.00 bergegas kemas2 segala balik sebab Dy nak fetch kol 6.50 ptg
  • Sampai rumah, mandi manda bersiap, tukar beg sebab beg yang pakai gi keje tu beso plak rasanya
  • Plan lepas muvee nak makan-makan kat Rasa Sayang ramai-ramai
  • Masa ambil tiket kat TGV, cK kuarkan wallet nak bayar...TAPI dang! Wallet ku tiada! Panik attack. Kerok sana, kerok sini...takde plak bocor kat mana-mana
  • Muka dah biru, camne nak bayar tiket ngan makan-makan nanti woo! Kak Elly pakat gelak-gelakkan sambil sebar berita kat semua rombongan
  • Muka cK rasa tebal berinchi2 speshly time makan kat Rasa Sayang so end up makan tossai je di malam hari. Anggap je la diet, walhal tak mampu nak sara diri. Ni semua wallet punya pasal la ni!
  • Terima kasih kat Dy sebab sudi menaja diri ku yang hanya mampu senyum sipu2.
Sila taip UNDI01 kalau anda rasa cerita pertama lebih mencabar minda atau UNDI02 kalau anda rasa cerita kedua lebih menggeletek menyayat hati. Selamat mengundi!

Saturday, December 26, 2009

:: Another Reason To Spent ::

1 comment:
After the non-stop working period, cheers to holiday. A long one. I need to line up the must-list muvie to fill up my time. Done with Avatar - bring the whole family to watch, my treats yea. They love it.

Next would be Mualaf-from the late Yasmin Ahmad, Sherlock Holmes- who can say NO to Jude Law?...and yes...maybe this?

Sapa lagi kiut? Yay!

Friday, December 11, 2009

:: At Last!!!!! ::

No comments:
I was soooo excited when i read this :




(just click to enlarge)



or you can visit here for more details



At last I will be able to watch it. After a long wait, arwah's masterpiece is now up for showing. Who should i watch it with yea? Hurmm....


Sunday, November 15, 2009

:: True Legend ::

No comments:
This is it.



This should be big, really big! True performer.It's in his blood.
May he rest in peace.

To Kenny Ortega, u r brilliant! U just never too old for anything, huh? High School Musical, This Is It...You are full of energy!

Saturday, November 14, 2009

:: We Were Warned ::

No comments:
What if something big gonna hot you bad and you actually can do nothing to avoid it? jeng jeng jeng...



Mat Salleh ni memang suka buat cerita2 pasal doomsday - hari kiamat, more than our local producure can think of. As expexted, kemusnahan secara besar-besaran yang memang boleh menaikkan bulu roma korang. Bila terbayang tafsir Quraan dan tengok cara ianya digambarkan dalam filem...Ish, ngeri!

2012 - the year yang telah disebut2 oleh puak Mayan akan menjadi pengakhiran bumi. Seawal tahun 2009, Adrian Helmsley (Chiwetel Ejiofor) seorang saintis telah dapat mengesan peningkatan suhu yang mendadak ketika lawatan ke India untuk berjumpa kawan baiknya. Maka, dia pun submit report kat org2 penting Rumah Putih.

From that on, perkara ni jadi rahsia negara. Masyarakat tak diberitahu tentang berita buruk ni except those orang2 kaya dunia. They are trying to make money out of the tragedy that soon will happen. Amik kesempatan - normal la tu.

Ada few watak dalam cerita ni yang kena take note:

Jackson Curtis (John Cusack) : seorang penulis, yang juga hero cerita

Kate Curtis (Amanda Peet) : Ex wife John yang ada bf lain tapi last2 balik ke pangkuan John. Hero la katakan...Ngee..

Noah (Liam James) and Lily (Morgan Lily) : Anak2 John and Kate

Gordon (Thomas McCarthy) : Bopren Kate yang poyo

Charlie Frost (Woody Harrelson) : Deejay Yellowstone yang dapat hidu taktik kotor kerajaan

Apa yang boleh ditafsirkan dari movie ni:

1. Manusia memang cepat panik nak2 nya soal hidup mati
2. Duit, kekayaan mampu beli nyawa

Apa yang tak best masa tengok movie ni:

1. Sekumpulan amoi yang bermulut tempayan memekak kat baris belakang cK
2. Masa tayangan yang almost 3 jam menyebabkan babak kemusnahan tu rasa terlalu lama
3. Cheesy momment (pinjam ayat Dy) yang dirasakan tak logik dan tak perlu. Contoh : dalam huru hara, masih sempat dok manja2 ngan pet ke? Dang!

Yang best dalam movie ni:

1. Watch out line ni. "Quiet everybody! Engine, start!"
2. Middle finger.

Apa pun, its not as bad as Jen's Bod. *sigh*


Saturday, November 07, 2009

:: Demam Nur Kasih ::

5 comments:
Taraaaaa.....


Berbekalkan rating lebih 2.5 juta setiap minggu, maka inilah hadiah terbaik bagi para peminat dan juga yang baru2 belajar nak minat siri Nur Kasih ni. Dah jadi fenomena ok! Tahniah Kabir & crew, tahniah TV3.

p/s : Berita dari sumber2 yang bole dipercayai iaitu KE.

Tuesday, November 03, 2009

:: Badan Megan...Opss..Jeniffer ::

2 comments:
Haiyo.. was so excited (at first) to watch this movie. Not a big fan of Ms Fox thou, i just wanted to see the different side of her rather than that leather-mustang costume in a robotic fight - Transformer that is.

There goes my RM9 watching her latest movie directed by Karyn Kusama. Nothing much to be impressed of let it be the make up, the storyline, the line up...Ehem, except for Needy's bf - Chip..he's kinda cute lah!

If you are looking for a serious thriller muvee, this would dissapoint you in total. Seriously! But, if you come to the cinema for the sake to watch Megan..this would be it.Infact, the movie should be called Megan's Body instead of Jeniffer's Body. More direct i guess?

Anyway, its about how Jeniffer and Needy (Amanda Seyfried) who has befriend since kids. Until this one day, Jeniffer somehow has this addiction of killing people - the ppl from school to survive. She's involved with this 'black magic' done by bunch of guys who wants to become rich and famous rock band in US. Can u imagine? White ppl involve in this 'bomoh' kinda thing? Move on, things become uglier till Chip were killed. It's like a wake up call for Needy so she fight back. That's about it lah.
See, told ya! It's as simple as that. Kinda high skool-teen stuff. Watch it with no expectation EXCEPT to see how Megan seduce those ppl before she ate them alive. By doing that, u'll be fine. Trust me.

Friday, October 30, 2009

:: Inglourious Basterds

2 comments:

cK bukanlah peminat cerita perang. Apatah lagi nak ambil tahu segala Perang Dunia, Nazi segala. Tapi! Inglourious Basterds buat saya suka tengok cerita gelap ni. Haip! Bukan sebab adanya Brad Pitt semata-mata ya. Sebagai pengarah, Quentin Tarantino berjaya menghidupkan setiap watak dan plot cerita.
Dengan tajuk yang agak kasar, cukup untuk membayangkan penyiksaan yang ada. Namun begitu, korang jangan salah sangka. Filem ni cukup dengan gabungan pelbagai elemen. Sedih, gembira, cinta..jenaka pun ada. Watak yang best :

Shosanna Dreyfus - Jew yang lari ke Paris - jadi tokey panggung dan nak balas dendam kat Nazi yang bunuh family dia.

Colonel Hans Landa - Nama glemer dia The Jew Hunter. Kolonel Nazi yang jahat giler dan menggunakan pendekatan psiko dalam interogation. Instinct dia yang sangat power dan menggerunkan.

Bridget Von Hammersmack - Aktres German yang belot dan berkomplot untuk menjatuhkan Third Reich. Kira nak suh nazi gulung tikar la ni.

Lt. Aldo Raine - Ha..ni Brad Pitt la ni kan. Dia ni Jewish American soldier yang jadi kepala untuk the Basterds. Kira method balas dendam dorang ni cam Apache.

Donny Donowitz - Badan besor giler orang panggil The Bear Jew. Part paling best bila dia sebot 'Margariiitiiii....'

Sgt. Hugo Stiglitz - Jenis panas baran dan membunuh tanpa perasaan. Kira yang paling kejam la.


Babak2 yang korang akan teruja:

1. Each time Landa interogate orang. Memang sangat gerun. Nak tipu pun cam tak sanggup.

2. Bab Aldo toreh logo Nazi kat dahi orang2 Nazi yang kalah. Konsep : You may take off your uniform, but i will give u sumtin to make you different from others so that we kno who you are.

3. The Basterds toreh 100 scalps of Nazi's.

4. Transmission from Chapter to another chapter.



Sunday, October 11, 2009

:: Goodbye Twitter!!! ::

No comments:
Well....what can i say. At last! Hi 5 Miley! Errrmm....think i better start practicing to rap or maybe i put a whole new element of zapin in the upcoming Goodbye video on quitting Twitter.

Whatever it is, hail to you Miley Cyrus...It's all about the climb.


Tuesday, September 29, 2009

:: If I Were A Singer ::

2 comments:
Kalau cK ni penyanyi, WAJIB concert nak camni :



p/s : Kalau gi keliling uni, funfair...errr..payah2...

Sunday, August 02, 2009

:: Setem ::

2 comments:
Geng Tosai.

Geng Piranha.

Geng Bakso.

Geng Anak Yatim.

Yang Teraniya.

Tahniah Kabir Bhatia!



This is yet another 1Malaysia true value. You don't need a film with pretty face who looks more like Eurasian than local. We need US. Yes, the faces you will see daily and not the type who walks on the runaway.

Jalan cerita yang mudah difahami dan jenaka yang bersahaja. Tabik pada semua pelakon yang berjaya membawakan watak masing2. Kabir telah berjaya membuka lembaran baru dalam kerjaya seninya. Daripada cerita cinta, sedih, pilu dibawa ke cereka seram dan sekarang kelakar. He did great. Sayang, promosinya kurang.

Things i like about the movee:

1. Tokey Gengster bercakap loghat utara
2. Pakar bom yang stylo, mylo...i heart Bront!
3. Sathia nail it this time around.
4. Despite me demam, i can laugh n laugh n laugh out loud
5. Again, its Malaysian muvee..not malay, not chinese nor indian. Its Malaysian.

Wednesday, June 24, 2009

:: The Sweetest REVENGE ::

4 comments:
MUST WATCH MUVEE!



FACTS & FIGURES



1. 4 Hall @ Cineleisure semalam full house.
2. CGI yang giler babas gempak
3. Soul cerita yang complete secukup rasa
4. Runut bunyi yang enak - mekasih Linkin Park!
5. Giler lah rasa nak transform juwa!!!!!!!

Monday, June 22, 2009

:: Masa Untuk ??? ::

3 comments:
Transform la dude!!!!Esok masa yang ditunggu2! Bumblebee i miss u!


Cineleisure, kita serang kamo esok!!!!!

Sunday, June 07, 2009

:: Ku Tunggu Jandamu ::

1 comment:
"Biar Janda, Asal Terhormat"

"Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh"

"Amin! Any plan ke malam ni?"
"Ha ha. So far takde la kenapa?"

"Buat plan untuk muvee la. Jom"
"Cerita apa?"

"Other than Terminator, ok"
"I dah tengok dah Terminator. Monster vs Alien pon dah. Nite at Museum?"

"Dah tengok. But ok la"
"Ok.."

Alih2 tu dah nak dekat kol 10 mlm, ada kejutan.

"We go Mines for movie"
"Boleh. U fetch and send both of us"

"Ok bole"
"Wat time nak jumpa? Kat ne?"

"Pick u guys at Ampang Point. 10"
"Ok. Cerita apa?"

"Ku tunggu jandamu. Best ok"
"What? Ku tunggu jandamu?"


Ha ha.. camtula lebih kurang perbualan sms kitaorang. So, off to the Mines layan movie kat sana. Bukanlah masuk dalam list cK pon cerita Indon yang satu nih tapi dah alang2 tu layankan aja. Kalau nak taw, kitaorang ni berempat. Dan total dalam panggung yang besor tu adalah 6 orang. So, layan gelak tak hengat la. Cerita dia camni:

Permohonan Persik untuk bercerai dengan suaminya Rozak telah diluluskan mahkamah. So, Persik pon pergilah membawa diri. Tapi, Rozak ni tak mahu lepaskan Persik sebab minah ni seksi banget dan selalu menjadi perhatian di mana saja dia berada.

Persik pegilah menumpang kat umah akak dia nama Cherry yang juga seorang janda. Dan di sana ada sorang ketua kompleks perumahan tu nama Ibu Rahmah yang sangat anti ngan janda. Anak Ibu Rahmah ni syokkan Cherry. Anak yang lagi sorang nama Tampan lak jadi mangsa buli kat high school.

Ada sorang g jiran, bermasalah ngan suaminya yang mengabaikan tanggungjawab rohaniah. Ada lagi satu group budak2 universitas tiga orang yang jadi jiran Cherry. Plus, jaga kompleks nama Yuno yang suka songlap pakaian dalam penduduk.

Berjayakah rancangan Rozak untuk mendapatkan Persik kembali? Dapatkah Persik membantu semua jiran2 menyelesaikan masalah mereka? Sendiri tengok!

Nota kaki :
  • Moral : Jangan prejudis kat janda or sesiapa sahaja
  • Untuk orang2 yang nak cuci mata, berbaloilah tengok cerita ni
  • Sila tonton tanpa mengharapkan mesej yang sangat berat kerana ianya hiburan semata
  • Rating 18PL ok!


Wednesday, June 03, 2009

:: Debok Vs Ketot ::

3 comments:
Miahahaha...last week hari Sabtu gitu, cK g layan muvee kat MBO, Ampang. Oh no...bukan berdating atau bertenet. TETAPI!!!! Bermesra-mesra ngan Ewok...mauahahha!

Bawak dia g tengok Monster Vs Alien. Terkikik2 dia tengok itu wayang. Yang buat tak puas hati tu, budak2 yang ramai dalam panggung tidak bermanners. Mak bapak plak main biar je. Ingat kat dalam hall umah ke? Hall panggung la weih. Control2 la sikit.

Ewok tu pun budak gak, leh je dok dendiam. Takde pun nak terjerit or kuar dialog2 "Abah, nak kencing tak taahhaaaaannnnnn!!!!" tak pon, "MAAAAAAKKKK!!!! Orang nak cikedis tu!!!!". Mengong tol.

Tak cukup ngan tu, boleh plak main tolak2 kerusi orang. Nasib la korang nih belum akil baligh. Kalau tak, lama da kena sekeh! Whatever it is, its a good show. We enjoyed it much.

Cumil je monster2 yang ada...The part yang tak bley tahan "Sssuuuuuusaaaannnn". Sapa yang rasa nak gelak2, release tensi pergi la tengok gi!

Wednesday, April 29, 2009

:: Kuku Besi ::

7 comments:
Sessi SMS.

CK : Dear, can i tell u sumtin?
JH : Sure sayang...tell la..

CK : I serba salah...Takut u salah faham.
JH : Takper, silakan

Next, cK anta mms gamba bawah nih :


cK : So...u ok ke?
JH : Gambar dah dapat..Kenapa?

cK : I'm watching it now! Yeay!
JH : FARK!!!! Hahaha...Lepas i tengok i review.

cK : Eleh...u have to pay for it...Mine is free..Lalalalalaaaa...
JH : Dem!

Need i say more? I watched the premier YESTERDAY (let say 14 hours before u guys did). Owh..seronok! Keliling artis u...apa nak buat kata PRO kampung..kena la mingle2. Dapat gift lagi...Larik!

p/s : Nak kena cerita dari awal ke pasal muvee nih???Ngeeee!!!

Monday, April 06, 2009

:: Pantas dan Garang ::

4 comments:
Sounds funny init? Kalau korang pegi tengok wayang cerita Fast and Furious, memang itulah translation tajuk cerita. Tapi takper, tak berapa penting pun translation tu. Tidak sama sekali mencacatkan jalan cerita.

Semua pelakon (baik pelakon utama or pak pacak sekalipun) memainkan watak masing-masing dengan sangat baik. Jalan cerita yang menarik. Stunt, CGI yang langsung tak mengecewakan. Walaupun bukan dalam format 3D (yang korang kena tengok pakai spek kaler merah biru tu), Fast and Furious memang sarat dengan aksi yang gempak.

Di awal filem pon dan rasa sentap kecut perut menonton. Belom masuk lagi bab lumba atas jalan yang langsung tak ditutup. Laluan perjalanan pula hanya diterima dari GPS semasa perlumbaan telah bermula. Seyes best! Bab cintan cintun plak, takde nak melucah2 pelok2, raba2 sini sana. I loike. Its a tough but sincere feeling gitu.

As a result, cK sanggup nonton lagi kalau ada antara kamu yang pingin teman. Dominic Toretto, Brian O'Conner... u melt me lah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...