Untuk tahun 2011, cK baru sempat  menonton 2 filem. Sikit? Yelah kot. Lainlah kalau ada boyfren ke  girlfren ke kan yang boleh buat wayang ni aktiviti mingguan. Plus, cK  agak memilih juga la nak tengok cerita kat wayang ni. Selalunya cK  bukanlah orang yang terlalu awal ke panggung juga bukan yang terakhir  untuk menonton cerita di panggung. cK dah tengok filem ex-cK The Tourist  tu dan semalam cK gigihkan juga menonton Khurafat. Memandangkan mood  semangat Hari Wilayah yang menebal dalam diri, cK nak review Khurafat.
Secara  jujur, cK tak pernah tertarik nak tengok cerita Syamsul Yusuf kat  panggung. Walaupun dia handsome (sangat terserlah dalam filem ni), itu  belum cukup kuat untuk menarik cK menonton hasil garapan beliau. Tapi,  dek kerana hasutan media - surat khabar, MHI, Melodi cK terpanggil.  Apatah lagi bila nampak kat Twitter yang Khurafat berjaya kutip 800k  pada hari Sabtu alone. Gempak tu. Ada sesuatu pada anak 6million dollar  man ini.
 Cubaan pertama cK untuk menonton pada malam Rabu  menemui kegagalan. Hall full dari petang bawa ke midnite buat cK  tertanya "best sangat ke cerita ni weih?". Maka, bersempena cuti  Thaipussam semalam, gigih cK check availability TGV Wangsa Walk seawal  9.30 pagi. Tengok early bird RM9 pastu ada banyak lagi available seats,  cK bersiap2 terus g TGV. Sampai2 sana, agak ramai la orang beratur.  Dalam 15minit, berjaya juga cK dapat tiket. Oh, cK tengok ngan 2  perempuan jelita. 
Bila start je movie, cK kurang gemor  dengan background music dia. Agak debor2 ler juga jantung cK dibuatnya.  cK suka babak bacaan ayat Quraan siap close up Quraan. Nice shot. Awal2  lagi dah ada scene kena rasuk and yes, pretty good lah. Tak nampak  overly done make up or effect. Just nice and seems more real lah. 
Johan  (Syamsul), seorang pekerja perubatan baru je memutuskan hubungan dengan  Ana (Sabrina Ali), seorang wanita sosial lalu berkahwin dengan Aishah  (Liyana Jasmay), anak orang kaya. Ana cuba merebut Johan kembali ke  pangkuan namun gagal dan berakhir dengan tragis. Sejak pulang dari  kampung, Johan dan Aishah terus diganggu dari hari ke hari.Kat hospital,  kat rumah, tengah jalan . Semua ada. Johan mula saspek ada benda yang tak kena cuma dia tak pasti angkara siapa. Korang rasa2 siapa? Adakah makcik cleaner kat hospital plak suka stalk Johan dan gemor bagi kuih hari-hari? Atau Ana? Atau mungkin juga Aishah yang takmau Johan jatuh ke tangan Ana? Ha...tu korang kena tengok sendiri lah. 
Scene2 yang korang kena observed dan bersedia untuk menjerit :
1. Time Johan kat bilik mayat dan lampu tiba2 padam lepas tu jeng jeng jeng...
2. Time Aishah terjaga sebab dengar bunyi aneh dan Johan tidor mati
3. Masa perjalanan bawa jenazah dan radio mati4. Aishah baru nak start engine kereta bila dia nampak sesuatu, lari dan nampak lagi...huhu...
5. Johan meredah hutan sambil usung mayat....
Ha..cukup2lah tu. Seriously, pergilah tengok. cK tak sempat nak menguap pun tengok cerita ni. Which mean, its good thou not great (just yet). I am glad to the fact that, this is my first 'contribution' (RM) for Syamsul's movie. Kalau tengok KL Drift kat wayang, mahu gwe nangis wo! I can now say he deserve to win the title and Farid, Afdlin please do something about it. Your audience need more good stuff in store. Syamsul, espresi muka tu kena lebih lagi and Liyana too. Ada few scene nampak kaku and too script reading.Next in line, cK nak tengok filem Haq, Hikayat Merong Mahawangsa, Karak.

No comments:
Post a Comment