Thursday, July 16, 2009

:: Harapkan Datuk, Datuk Bengkang Bengkok ::

Utusan Online kata :

"17 anggota sindiket dadah jenis syabu termasuk seorang yang bergelar Datuk mengumpul kekayaan lebih RM22 juta. Kekayaan luar biasa itu termasuk RM65,994 tunai, akaun bank berjumlah RM4.63 juta, lapan unit rumah dan kedai, 16 bidang tanah sekitar Johor Bahru, Pontian dan Kota Tinggi "

Nak baca laporan penuh, boleh klik kat sini.

Kesimpulan:

1. Haruslah muka yang sama juga amalkan politik wang disini sana. Nak suh orang pangkah, tabur duit je merata2. Kalau tak pangkah, mau ada yang kena sergah dek konco2 dia.

2. Agak2 Datuk ni dapat jadi ADUN tak? Kalau ya, memang buang masa je. Semuanya pasal nak kuasa je. Lepas tu mulalah setan bermaharajalela.

3. Harta yang ada plak, bukan calang-calang collectionnya. Ada kereta mewah juga. Cakap je nak apa. Kia Sportage, Mitsubishi Triton, Honda City, Ford Ranger ke Toyota Harrier? Semua ada!

4. Ehem...agak2 dia bayar tak income tax eh?


Ngeee...Donia...donia...

Read more...

:: Poligami Vs Zina ::

Buka saja blog pagi nih, ada notis untuk approvo comment. Ya, cK setkan supaya comment yang lebih daripada 14 hari mesti disahkan cK dulu baru boleh dipublishkan.

Dan komen yang dibuat itu adalah berdasarkan entry terdahulu yang ada kat sini. Pasal apa? Senaman lipat pinggang yang sorang pakcik tu amalkan yang menyebabkan dia keluar statement "Sorang isteri pun tak cukup kalau amalkan senaman ni".

Maka, keluarlah satu komen dari seorang hamba Allah yang tiada profile diri (main sorok2 nampak?) yang berbunyi camni :


Dalam banyak2 komen yang ada kat entry tu, tidak ada satu pun komen yang membangkang apa yang diperkatakan oleh hamba Allah tersebut. Ternyata apa yang diberitahu untuk benar2 belaka. Namun, i wanna tell him something.

Apa punca sebenar lelaki nak kahwin lagi? Supaya dia tak berzina? Maka eloklah para isteri izinkan saja suami2 anda kahwin baru. Mungkin dia dah bosan dengan layanan yang sama setiap hari. Lagi? That's it? Itu je? Sebab tak mahu berzina je?

Secara tak langsung itu dah menunjukkan perkahwinan bagi seorang lelaki adalah semata2 berlandaskan SEX semata? Yang lain2 takde? Bukan sebab cinta, memerlukan perkongsian baru, nak jadi hero selamatkan wanita teraniyai bla bla bla...macam2 alasan lain lah kononnya. Wayang semata2 ye? Pokok utama tetap "Kalau tak bagi kahwin lagi, kitaorang berzina".

Kalau ikatan perkahwinan itu diukur berlandaskan hubungan kelamin semata, maka ramailah lelaki yang lulus. Keadilan? Nak tolak mana tu? Dapatkah meraka berlaku adil seadil-adilnya kepada isteri2 mereka dari semua segi? Bukan takat nafkah batin je, yang zahir pon juga. Anak2 lagi. SEMUA. Yang tu, sapa nak tolong jawab?

Time nak puaskan nafsu diri, masing2 pandai buka kitab rujuk segala hadis ayat Al-Quraan. Tapi nak melaksanakan yang sampingan dan berkaitan ngan ayat2 dalam hadis dan Al-Quraan tu, gagal dilaksanakan. Kalau mampu, ya silakanlah. Ini tidak. Lebih sudu dari kuah.

Cermin-cerminkan diri ya?

Read more...

Wednesday, July 15, 2009

:: Di manakah Solat Kita? ::

SUDAH lama kita bersolat, tetapi nampaknya keajaiban dan jaminan solat yang disebut Allah masih samar-samar dalam kehidupan kita.Allah memberi jaminan dalam firman-Nya, bermaksud:


“Sudah pasti berjaya orang mukmin iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya.” (Surah al-Mukminun: 1,2)


Pada pertemuan kali ini, mari kita bermuhasabah mengenai peringkat solat.Bukannya konsep kejayaan dan cara hendak mencapai khusyuk, tetapi ada beberapa jenis dan golongan serta gaya bersolat di kalangan orang Islam yang semuanya akan mempengaruhi perangai dan cara hidup.

  • Jenis Pertama

Hari ini, ramai umat Islam yang tidak bersolat, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak bersolat. Ada yang menafikan kewajipan solat, mereka jatuh kafir sebab itu kadangkala perangainya dengan si kafir tidak ada beza.

  • Jenis Kedua

Orang yang melakukan solat secara zahir saja, malah bacaan pun masih tidak betul, taklid buta dan main ikut-ikut orang lain.Jadi, golongan ini sekejap bersolat, sekejap tidak. Jika ada masa dan emosi baik, dia bersolat. Kalau sibuk dan ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, dia tidak bersolat.


Orang ini jatuh fasik. Tidak belajar solat mahupun secara rasmi atau tidak rasmi. Ilmu mengenai solat ialah apa yang dipelajari ketika kecil dan tadika saja. Golongan ini tertolak, bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah.

  • Jenis Ketiga

Golongan yang melakukan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, Fatihah, doa Iftitah dan tahiyatnya, tetapi tidak dihayati dalam solat itu.Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia tanpa menghayati solat. Golongan ini dikategorikan sebagai solat ‘awamul Muslimin’ dan jika dididik serta ditambah mujahadah (kesungguhan), dia akan berjaya dalam solat.

  • Jenis Keempat

Golongan ini baik sedikit daripada golongan sebelumnya, tetapi main tarik tali dalam solatnya.

Sesekali dia khusyuk, sesekali lalai pula. Apabila teringat sesuatu dalam solatnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya.Apabila teringat Allah secara tiba-tiba, insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hati serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan dalam solat. Begitulah sehingga selesai solatnya.Peringkat ini orang terbabit akan mula memasuki zon ‘memelihara solat’, tetapi masih belum seronok dengan solat.

  • Jenis Kelima

Golongan yang melakukan solat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya.Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling sehingga pekerjaan serta apa pun yang dilakukan atau difikirkan di luar solat itu tidak mempengaruhi so latnya.


Walaupun dia memiliki harta dunia, menjalankan kewajipan dan tugas keduniaan seperti perniagaan, semua itu tidak mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah dalam solat. Golongan ini disebut orang soleh.


Sebenarnya banyak lagi peringkat solat, tetapi keterbatasan ruangan sekadar lima tahap ini rasanya sudah boleh mu hasabah diri mengenai tahap solat yang kita lakukan.Jika kita berada di peringkat satu, dua dan tiga, kita sebenarnya belum selamat dan mungkin solat tidak mampu mendapat jaminan Allah.


Ibadat solat boleh membangunkan jiwa dan iman, men jauhkan daripada yang buruk dan merungkai mazmumah (sifat keji), menanamkan mahmudah (sifat terpuji), me lahirkan disiplin hidup dan akhlak yang agung. Semoga solat kita akan berlangsung sebagai mi’raj.

Read more...

Sunday, July 12, 2009

:: Ganu Ko Siam Ko? ::

Watch this :




The part i don't understand :

a. Motif. What's the motif of this shoot? To announce to the whole world that you guys are a bunch of ladies who are so kool by drinking that Tiger?

b. What's with the slang? I'd tried to take u as Siamese ladies but something does bother me. If you are Siamese, why don't u just speak in Siam instead of Ganu slang? For sure da kuar "kap kung kap prong kra" n wat so eva kan? Ini tak...kuar "hok ni free, percume."

c. Apakah???!!!!

Read more...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP