Friday, August 29, 2008

Heya...Puasa Datang Lagi!

1 comment:


To All Penduduk Kampung, Pelawat2 Laman Rumah Cik Kuntum

Salam dihulur, tanda mohon maaf
Sempena tiba bulan Ramadhan
Puasa nanti jangan la half2
Penuhkan puasa baru rasa keberkatan!


Tergantung Sudah!

1 comment:

Auwww! Tak sakit ke aaarrr....Semalam Cik Kuntum buat rondaan/lawatan amal ke pasar malam Melawati.

Kira amal la tu bila terjebak melabur beberapa not duit kertas membeli rojak buah, kepok lekor, air soya, taufoo fa(betul ke eja gini?) dan tak lupa juwa baju!

First time beb! Cik Kuntum tak penah beli baju kat pasar malam - kebaya pendek lagi u! Auww...ghheheh...nanti Cik Kuntum haplod.

Pusing punya pusing...Nahhhh...Nampak kepala tergantung cantek je...Bukan la kepala orang, kalau tak naya je kene jadi saksi kejadian plak. Sekonyong2 ke balai kitak!

Kepala lembu seh! Macam psiko je jual daging lembu sambil gantung kepala gitu. Seram...Cik Kuntum tak beli pon daging semalam. Usha2 jer. Tu pon ada satu g gerai buh kepala lembu gak tapi yang dah siat (tanggal) kulit. Horror u!

Kot kalau kepala orang leh buat gitu....sapa la mangsa pertama Cik Kuntum agak2nya yer?

Thursday, August 28, 2008

Restoran Bawah Jambatan

2 comments:
Morning Sumer! Harap2 u ols sume dah bersarapan pagi la hendaknyer. I just did. Almaklumlah pagi nih kebzan melanda Cik Kuntum. Maka lewat la kuar makannya. Memandangkan lokasi oopis Cik Kuntum yang terletak kat tengah2 kotaraya metropolitan ini (cewaaahh!), ada la few places yang bole dituju untuk melunaskan hasrat makan2.

Walaupon kat opis ni ada kafetaria, tapi kot ari2 balun makan kat situ..Borink la juwe. Memandangkan minggu depan dah puasa, makanya kitaorang pergi la jalan2 cari makan. Hasilnya, sepakat sarapan kat RBJ - Restoran Bawah Jambatan.

~Pemandangan dari bawah flyover~

Kat mana? Korang yang tahu jalan2 dalam KL ni sure pernah dengar Bulatan Syed Putra. The one yang bole menuju je Masjid Negara, stesen Keretapi Tanah Melayu or else boleh juwe menghala ke Pudu dan Loke Yew. Kat situ ada flyover. Atas kereta lalu tapi part bawah flyover, manusia makan minum.

Speciality? Mee kari (buh kerang) yang enak, according to my boss la. Sebab Cik Kuntum tak makan kerang tapikan bau Mee kari tu memang nyaman jek! Ada kedai kopitiam cina yang mana aroma kopinya ala2 Old Town gitu.

~Menu pilihan Cik Kuntum~

But then, pilihan utama Cik Kuntum adalah Roti Canai banjir + Teh Ais yang memang kaw giler! Salute beb! Kuah dhal yang pekat tapi lazat!Maka itu la sarapan Cik Kuntum pagi ni. I am a simple person ok!Dun complicated my perot. Hahaha! Or else, i will end up buat lawatan ke Cik Jam Ban jerk..Tobat tamaw!

~Tanda harga & senarai makanan~

Ha...yang ni signage untuk makanan & minuman yang ada. Yang tak boleh layan tu, adaker burger masuk dalam kategori minuman? Pehtu Roti John ada kategor panas / sejok? Kot yang panas tu baru buat kot? Hak yang sejok tu mungkin yang awal pagi or semalam punya? Itu macam ka? Hik hik hik...Takde hal la tu. Masing2 dah cerdik so sendiri pikirlah.

Sapa2 yang rasa nak buat lawatan tu sila2 la ke gerai2 yang berkenaan. Ampun Tok Ketua, Cik Kuntum makan bawah jambatan. Kedai tok nyer roti canai cepat naw abisnye!Kempunan i!eheeheh!

Wednesday, August 27, 2008

Sonata Musim Hujan

2 comments:
Under my umbrella..ella...ellaa.eeeiii!!!

Lagu yang memang sesuai di jadikan tema untuk waktu2 sekarang nih kat Mesia - ke KL je ke?

Sekarang ni telah berlakunya perubahan musim kat negara kita. Musykil Cik Kuntum bila orang kata Mesia nih takde musim.

Sapa kata? Memang la kite takde 4 musim macam kat Eropah sinun. Tapi Cik Kuntum rasa kita ada musim juwe - musim ujan, musim panas dan haaa...jangan tak caya ada musim luruh juge!

Macam kat umah Cik Kuntum kan, musim bunga pon ada.Jangan tak caya! Lepas2 musim panas tu sure pokok depan umah Cik Kuntum akan berbunga2 cinta. Seyes beb!

Dan selepas berbunga2 sakan, sampai masa...luruh lah segalanya...Pehtu sebok la pekerja MPAJ menyapu hatta selang sehari. Pehtu, time ni la Cik Kuntum akan merajinkan diri menyapu laman umah (kalau tak, harap kat Sue Siput jek!). Sambil2 nyapu (potray ala2 pompuan melayu kedua terakhir...) jeling2 la tengok mana2 brother2 yang jogging2..Hehehee....

Monday, August 25, 2008

Devils Wear Prada, I Wear Vincci

2 comments:

Huhu....Merahnyer mak ngah! Ahaks! Itu dea penangan Cik Kuntum. Sebenarnya lama dah aim nak beli kasut kaler merah. Tapi dok usha2 rege, macam patut simpan je duit kasik beranak pinak dalam bank nun. Walaupun hakikatnya takla membiak2 banyak pon duit tu!

Makanya, ari Sabtu lepas Cik Kuntum gagah juga bersama partner in crime menuju je JJ Alpha Angle kat Wangsa Maju sinun. Plan asal nak menambah koleksi baju raya tapi apakan daya, KL ujan selebat2 alam. End up, kena la buat back up plan.

Memandangkan gaji yang belum masuk (walaupun takde la beza banyak hatta dah masuk sekalipun) buat la window shopping. Ntah macam mana, terbeli gak. ("Ter" ok!?Hehhehhe..) Dengan potongan 50% yang memang dalam bajet (eh? bila plak aku buat bajet nih!?), maka kasut tu pun ikut balik umah Cik Kuntum.


Maka arini, ngan baju kurung merahnya ngan kasut merah juwe Cik Kuntum melangkah yakin ke opis. My opis mate called me "Red riding hood". Siot sungguh! Tapi takpe, Cik Kuntum ada kasut merah..Deaorang ape ada?

Yang 2nd pic tu bakal2 jadi bahan kidnap pulang ke rumah juga. Rasa nak beli yang kaler biru itu..Sebabnya nak beli kain kaler biru untuk tambah koleksi baju. U look blue! I do? Dah yang besh...ada sumber dok announce "Gaji dah masuk!". Apalagi? Melangkah kitak!


The PhD

No comments:
Tak paham betul la dengan perangai masyarakat Mesia nih. Sana sini kecoh sekampung. Tak kira hal kecil, besar hatta dalam kelambu sekalipun.

Kalau buat perkara luar tabii memang la kecoh orang dok heboh nih benda baik pon nak di riuh riuhkan. Orang tu tak puas hati, orang ni tak puas hati.

Rumah siap tapi pahat dok mengetok, berbunyik2 lagi. Tak paham konsep sungguh! Yang baru2 nih kes sumpah segala. Kang aku sumpah sekor2 jadi sesumpah. I am not taking anyone's side. But apalah masalah kalau dea nak sumpah dalam masjid? Daripada dea buat kat atas katil ke, tepi kolam ke? Kang kalau dea buat kat umah dea, ada gak suara sumbang yang kata "Kenapa tak dibuat di masjid? Itu lebih baik".

Kenapa sumer orang selalu tak puas hati tentang orang lain? Phd kuat - Perasaan Hasad Dengki. Kot PhD yang terrer tu lain cite nih dak..Dok ngumpat mengata setiap masa. Apa ntah faedah yang dea dapat? Nak kata jadi ahli debat, tak jugak. Bahasa sumer grammar sepah merata.

Kita yang serba kekurangan ni selalu menjadikan kekurangan orang lain sebagai topik bahan bualan. Tak bersivik sungguh. Kalau aku kureng, ape kurang kau orang?

Fakta Atau Auta?

No comments:
Adakah anda tau?



1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..

2. Bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.

3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.

5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.

6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka.. (Korang agak2 Genting camni gak ke?)

7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar
biasa dari orang lain.

9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh.Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan di mana mangsa berada.

10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan ketiki korang flush tandas.

11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 korang akan dapat jawapan = 12345678987654321. try test!

12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.

13. Tanda (#) di keyboard komputer korang tu sebenarnya dinamakan 'octothorp'.

14. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.

15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala. Kalau orang macam ni ramai dah jadi antu!

16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.

17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.

18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.

19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.

20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inchi setiap tahun. So, sapa2 nk g melawat bole la pegi.

21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.

22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.


23. Terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk penduduknya. Masalahnya sume phone to leh pakai tak? Kalau kat sini....Cik Kuntum was was!

24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta. Tapi kan...kalau tangan kita yg dea baham dulu amacam?

25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.

26. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa (10 tahun untuk bahagian bibirnya sahaja)

27. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah'flutterby' .

28. 90% dari korang yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda
kita sendiri.

29. Perasan tak senarai ini tiada no 8.

29. Dan kebanyakan pembacanya membaca fakta ini semasa waktu office......Pelik bukan!Heehee..contoh cam korang2 ni la!

30. Dan korang sure scroll ke atas balik untuk confirmkan senarai ini sekali takde no 8. kan?


heh..heh..hehh..!!! OK dah! pergi buat keja.......





Wednesday, August 20, 2008

Why Dun You Listen?

1 comment:


maafkanlah bila ku selalu, membuatmu marah dan benci padaku
kulakukan itu semua, hanya untuk buatmu bahagia
mungkin ku cuma, tak bisa pahami, bagaimana cara tunjukkan maksudku
aku cuma ingin jadi, terbaik untukmu
kuingin terbaik untuk dirimu

Dulu Minyak Sekarang Tanah Pulak!

No comments:
Baru je abis layan Debat kat NTV7 tadi. Kalau dulu isunya pasal harga minyak, kali ni isu tanah pula.

Debat antara bekas orang yang berkuasa dengan orang yang sedang berkuasa berjalan dalam keadaan yang lebih tertib berbanding debat yang terdahulu.

Serangan peribadi? Cik Kuntum tak nampak pun ada unsur2 ke arah itu. Walaupun kedua2nya bukanlah orang kita, penggunaan bahasa mereka bolehlah dibanggakan.

Lebih selesa ditonton dan lebih memuaskan daripada medengar orang2 kita bertikam lidah di khalayak ramai. Pelik kan?

Mungkin itu lumrah alam. Mana tahu kalau kita nanti bergasak guna bahasa mereka mungkin kita dianggap lebih sopan dari mereka sendiri. Budak baru belajarlah katakan. Tatakata semuanya hars dititik beratkan. Tak gitu?

Tongkat Sakti

1 comment:

Tongkat ini tongkat sakti
Jangan cuba engkau khianati
Tongkat ini emangnya begini
Tersusun indah berlian melingkari
Tongkat ini milik sang dewi
Silap caturmu, ku sumpah kau nanti!

Obatku..Obatku Jua...

No comments:
Dua tiga hari ni Cik Kuntum bermanja2 ngan mama papa mintak anta sampai depan pintu opis. Lucky me hari ni LRT wat hal lagi.

Bukan apa, pagi2 ni Cik Kuntum tak mau orang ilang mood atau terganggu tidurnya bila dengar Cik Kuntum batuk2 bagai nak rak.

Doc kata haze punya pasal. Sampai 2 klinik Cik Kuntum redah. Demam dah kebah tapi batuk tak sudah.

Ais tak tinggal, tu la yang susah. Obat plak ikut dan ati je. Rasa terok makan, tak terok kalu jeling2 je ubat. Siap tinggal kat drawer opis g tu! Haru!

U ols doa2kan yer kesejahteraan Cik Kuntum dah orang2 kampung yang lain. Menjelang Ramadhan ni (ish, nak pose dah eh!) harap semuanya ok!

Eh ehhh...Dea tu...

No comments:

Alhamdulillah..Berjaya gak Cik Kuntum menghabiskan satu rotation pembelajaran untuk budak2 stream investment. Upacara penutup ni kan (kira penghabis satu stream la before move to the other stream) diselitkan dengan adanya Personal Development Programme. Kalau korang ingat last month Cik Kuntum ada published kat blog on sapa2 yang rasa ada contact or layak nak menyahut cabaran untuk mengendalikan program tu.

Atas dasar ikhlas dan minat yang mendalam, Cik Kuntum tekad untuk cari yang terbaik untuk budak2 ni. Maklum...dah penat2 belajar, bagila fun sikit. Takkan nak jadi banker kene stress gegila. Tol? Mesti loosen up sikit..Baru ada masyuk...


Makanya..Cik Kuntum contact sumber2 yang bole dipercayai dan hasilnya datangla Nazril Idrus ngan teamnya for 2 days program. He's kewl. Sapa yang blur2, Nazril nih pendek cita husband pada Sazzy Falak (Ria Sentral, kwn baik Yasmin Hani)..but hey bukan pasal tu i jemput dea k?

He came in as usual facilitator. Having strong background in banking industry give him advantage. Tak sombong, gila2 yet ada student bitaw Cik Kuntum dia garang! I think its good! FYI, student2 yang study kat sini ditanggung oleh BNM ok? Dapat elaun tiap2 bulan riban2 bersih je tak tolak epf socso pon hatta pcb sekalipun. Have to admit, his presence menyebabkan ada yang sawan kejap. Being a celebrity, last day of his program tu penat la member sengeh...Sana sini lip lap kamera i tell u.


Guess wat? Specialist i suke u! He even asked me to book Nazril for the next rotation! Yey! Leh ah Cik Kuntum nyanyi lagi... Memang best beb! Another thing i like knowing him, money is not everything. Kalau pasal duit, takde la dea sudi nak ikut Bank Negara nyer program ni.

Monday, August 18, 2008

Ali Din?

2 comments:

Ali Din merupakan sebuah drama versi moden yang diadaptasi daripada kisah dongeng rakyat Aladdin tetapi diolah dan diberikan nafas baru. Ali Din akan menemui penonton TV3 mulai 23 Jun 2008, jam 4.30 petang, setiap hari Isnin hingga Khamis.

Ali Din dibintangi oleh Fazren Rafi, Umie Nazira, Hans Isaac, Vanidah Imran, Datuk Aziz Satar, Shaheizy Sam dan ramai lagi. Ali Din merupakan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun yang hidup di dalam kemiskinan bersama ibunya. T
anpa pengetahuannya dia merupakan satu-satunya pewaris kepada Sheikh Mahfuz. FYI, I tak tengok pon cite nih..tu yang blur sotong tuh!


Ermmm....apakah yang cuba disampaikan oleh Cik Kuntum? Tadaaaa!!!!Tu tengok le gamba atas tuh…Kalau u ols nak taw, masa coti2 kat Melaka tu...sempat la jumpa ngan mamat Ali Din nih...Dah sembang2 baru taw..Nama dea Fazren Rafi..Adala terselit berlakon dalam Spa-Q.Sumpah, Cik Kuntum tataw dea ni sapa actually nya. Tapi adik Cik Kuntum yang beriya2 try explain. Sampai fedup juga la dea. Apa nak buat, pelakon kita kan ada musim...Tiba2 naik...tup2 ilang..Tak gitu?


Sunday, August 17, 2008

Hamba Duit

No comments:


Sms diwaktu senja :

Mangkuk : Nak tanya, EPF yang lepas2 dah masuk ker? Kalau belom aku nak sms pak din.

Ayun : Chq issue. Nk g byr dah. Maghrib2 pon ingat duit?

Ayun : Apa masalah ko? Cuba cite. Kije tpt baru, gaji besar. Tak paham aku.

Diam seketika, tiada jawapan....Keadaan berlarutan hampir 30 minit. Hormat waktu solat barangkali.

Mangkuk : Aku dah sms pak din. Dea tak perlu carum epf part aku. Tolong aku. Ok?

Ayun : Tinggal bulan brape je pun? 6,7 memang tak potong (sebab ko taknak potong).2,3 dah berbayar.4,5 ?Socso? Pcb? Xnak? Org epf dah datang opis, senarai nama dah kuar ngan total yang patut bayar. Kenapalah ko susahkan pak din?

Diam sediam2 alam.....

Kesimpulan :

1) Mangkuk tu tergedik2 nak duit pasal nak raya..Sibuk nak belanja sakan.Almaklum tahun ni dah takde g boss yang dea boleh buli2 mintak naik gaji, duit raya sesuka hati
2) Mangkuk tu memang sacara semulajadi dah dianugerahkan sifat nak jadi hamba duit
3) Berapa kali aku nak tolong ko ah? Pantang pasal duit je, ko gelabah. Duit aku ngan orang2 lain takde plak ko pikir?

Yang nyata...sms itu membuatkan Cik Kuntum sakit dada!

Thursday, August 14, 2008

Kapla Jingga!

4 comments:
Sesak nafas nih bila lalu kat LRT Pasar Seni tu hari hari.

Bau hancing yang melampau menusuk idung. Menyucuk2 sampai terpaksa praktis tahap nafas.

Yang musykil tu, toilet dekat jer ngan stesen tuh. So, kesimpulan yang Cik Kuntum leh buat adalah...Toilet tuh semua berbayar. So orang2 kita nih kedekut. Lokek sangat nak kuarkan duit.

Sebab tu depa prefer pancut je merata2. Dan Cik Kuntum yakin yang gagah buat macam tu cumalah makhluk yang tebal kulit muka dan perasan kebal.

Sapa lagi kalau orang Jantan. Tengok elok2 eh..Cik Kuntum tak kutuk orang lelaki taw! Sebabnya, kalau lelaki, deaorg sure taw adab tatatertib nak melepaskan hasil2 kumuhan.

Jantan mcm kucing jantan dan binatang2 jantan yang lain je yang suke melepaskan hasil merata2. Tak bersivik punya makhluk! Oh ye...lupa pule...Manusia je yang berakal , tol?

Tuesday, August 12, 2008

Jaga Sikit Barang Kau Tu!

7 comments:

Pagi2 naik LRT
Sesak sungguh diwaktu pagi
Terpaksa behimpit tatkala berdiri
Rasa punggung bagai dicerobohi
Toleh nampak jantan berdiri
Senyum simpul sampai nampak gigi
Rupanya dia melayan horny
Muka manusia rupanya monkey!

p/s : marahnyer den!!!!!Soka ati kau je tonyoh2 punai ko tu kat punggung aku!


Monday, August 11, 2008

Apa Ada Dalam Cermin?

4 comments:

Ini gamba cermin ngan almari dalam chalet tempat kiteorang menginap @ Tanjung Bidara itu. Cermin ni berjaya mencemaskan jantung, jiwa raga Cik Kuntum. Nak taw kenapa? Ha...sapa2 yang baca Harian Metro minggu lepas sure paham gelora jiwe Cik Kuntum. Di khabarkan, bahawasanya ada hubby n wifey yang bercuti kat sebuat resort ni terlah tertaksengaja snap gamba makhluk dalam cermin.

Hubby dea tu, try2 main snap jer. Almaklumlah enpon baru pehtu tak bole tido plak tu. Dah balik KL baru la dea tengok balik gamba2 yang dea dah snap. Sekali tak semena2...ade gamba yang tak best kuar. Sapa yang tak pernah tengok ...ha bole tengok kat bawah nih la..


Menda tu ada kat dalam cermin yang rupa bentuknya...mirip je ngan cermin dalam TBBR (Tanjung Bidara Beach Resort). Nak jadikan cerita, orang2 lain sume sebok kuar memancing. Tinggal Cik Kuntum ngan dak Ewok je. Dea plak ngantok, bantai tido. Maka...Cik Kuntum terkebil2..jantung dah dup dap dup dap.Kerling2 cermin je, ati rasa tak sedap. Tak bley jadi ni!

Cik Kuntum ambil tuala (yang resort bagi pinjam) tutup cermin tu. Still, hati tak keruan beb! Maka, Cik Kuntum sms Mama suh balik cepat. Tak sampai 5 minit, Mama sampai depan pintu. Phew! Lega beb! Seyes, rasa aman damai. Tapi kan...malam tu...kiteorang dengar orang main ketuk2 tingkap..Bila tengok takde orang. Pehtu ade dengar orang nyanyi2...Alahai! No Komen la!

I'm Back!!!!

4 comments:
Assalammualaikum!!! Its good to be home! Not saying i dun like my vacation, but like ol saying...Home Sweet Home..tak gitu? Mekasih kat Cik Sue yang rajin benor nyapu halaman umah Cik Kuntum. Rajin dea sms kita yer? (Nak tunjuk dea buat koje la tu!). Ni ada beberapa gambo yang Cik Kuntum amik from HP Cik No Kia...Gamba2 lain, to be follow.Okies?



Masa 1st day at the beach...Excited la tu...bayu laut yang menghembus lembut.Eceh! Tapi Cik Kuntum musykil sikit, sebab bau laut sini tak sekuat bau kat Penang sana...Apsal eh? Takkan ada filter kot? Ke laut tu dah bercampur ngan macam2 bahan kimia je ape ke..sampai ilang bau asal nyer?


Wwoohooo...Muka heksited tak hengat! Macam biasa la kan..Gamab snap sendiri! Lihat la doniaaa...Laut yang ku poja2...Here i comeeeee!!!!


Erk...Mesti ada yang musykil2...Tadi gamba ada tudung..ni ilang plak! Errm...Cik Kuntum pakai topi ni...tapi sorok rambut kat celah2 topi...Lagipun, tu gamba peribadi (aahahah...skrip macam terkantoi je ala2 Zarina Anne Julie - anak pontianak tu la!)..Tu waktu bersantai, bermalas malasan berbaring di tepi pantai. Silap, sebab tertinggal buku cerita. Kalau tak, mesti feel je baca buku tepi pantai..kan kan kan...Oh ye, Cik Kuntum takdela buat operasi berjemur ala2 kat Miami Beach sana..Takde pon edisi buka2..Ahahahah!


Taaadaaaa!!!Ni air ol skool. Rasa cam air sarsi bikarbonat tu la..Cuma botol lain patern. Air ni ada macam2 perisa just like F&N punya line la. Abah Cik Kuntum kata, dulu murah je air nih. Kira memang kegilaan ramai la. Sebelom wujudnya macam2 brand air gas macam yang kita ada sekarang nih. Kitaorang beli la juga air nih, sebab nak buat kenang-kenangan. Singgit doposen je harga dea. (Consider mahal la compare dulu 20 jerk...). Sempat la rasa perisa eskrem soda, oren, anggur. Dengar khabarnyer, air nih cuma jumpa kat selatan tanahair. Idok le teman taw betol ke tidak...heheh...Cukup2 la dulu Cik Kuntum hapdet eh..Kang tak buat koje pula...To be cont, ok!

The Numeric Essay

No comments:

You might like it. This is hilarious.....even an Englishman could not construct sentences using numeric, which is exclusive only to Malaysians and Singaporeans.

Ah Lek was asked to make a sentence using 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10.

Not only did he do it 1 to 10, he did it again from 10 back to 1. This is what

he came up with.....


1 day I go 2 climb a 3 outside a house to peep. But the couple saw me, so I panic

and 4 down. The man rushed out and wanted to 5 with me. I ran until I fell 6 and

threw up. So I go into 7-eleven and grabbed some 8 to throw at him. Then I took

a 9 and try to stab at him. 10 God he run away.


10 I put the 9 back and pay for the 8 and left 7-eleven. Next day I called my

boss and told him I was 6. He said 5, tomorrow also no need to come back 4 work.

He also asked me to go climb a 3 and jump down. I don't understand. I am so nice

2 him but I don't know what else he 1 from me. Pitty Me!

Friday, August 08, 2008

Tangan Mintak, Jarum Cucuk!

1 comment:
Guys...Cak! hehehe...Jangan terkejut lak..Kuntum bertolak malam nanti...not yet ilang di bumi Kolumpo ini. Cik Siput, tq for the sms..Belom jauh pon lagi kita ni...dah rindu2an eh?

Well, tadi masa lunch kan..Cik Kuntum jalan la dari opis terchenta nih menuju LRT Pasar Seni nak nunggu Leq to lunch togede2.

Tengok2 ada sorang acik ni (Ah Pek) mintak sedekah dok kat tepi eskelator stesen tu. Memula rasa nk ulur le singgit due. Tapi..Cik Kuntum tahan je...

Ramai plak orang lalu lalang yang menghulur. Maklumlah ari nih kan ari Jumaat. Ramailah yang nak buat amal kan. Ada yang bagi note kaler ijau, biru merah pon ade...Cik Kuntum nengok je dari tepi.Takla rasa irihati ke ape...Cuma banyak2 gak dea dapat!

Dah lebih kurang 10-15 minit kat situ, dea pon bangun. Dengan jalan terjengkot2 dea pegi kat tepi tiang sebelah eskelator tu. Tiba2...Dea tarik kuar sumtin. Jarum Suntik! Hamek ko! Cess! rasa nak nyumpah jek! Apakah!

Adui!!Nasib la Cik Kuntum tak terlibat sekali berbelas ihsan kat dea tu. Fikir2 balik, inilah manusia. Kalau dah jadi hamba menatang tu, maaf..lambat la nak taubat! Memang kuang ajor!

Tolong Jaga Umah Kami

2 comments:
Bahawa dengan ini, saya yang bernama Cik Kuntum akan meninggalkan tanah Kolumpo ini untuk beberapa detik lamanya.

Pemergian ini telah direncanakan oleh ahli keluarga Cik Kuntum dalam usaha menenangkan diri masing2 selepas sibuk melakukan persiapan perkahwinan adik Cik Kuntum.

Dengan pemergian ini, diharapkan agar jiran2 dan ahli komuniti kampung dapat sama2 menjenguk halaman umah Cik Kuntum bagi memastikan tiada pencerobohan dilakukan oleh pihak2 yang memang tidak bertanggungjawab.

Dengan harapan yang menggunung, Cik Kuntum harap agar Tok Ketua dapat melakukan rondaan yang lebih kerap dengan beskal pinknya. Kak Tiri pula diharap dapat meminjam sebarang dua lucky charm atau evil eye nyer itu. MamaKet, sila2 jaga kucin2 Cik Kuntum (makanan suma da ada dalam tin..Kuar kan je)..Untuk Fz, Ross dan Sue...ringan2la menyapu kat laman umah tu. Cik Sri Yaya..kot kalau melintas lalu nak melawat jiran2 yang lain...jeling2 la umah kita ye.Mana taw kot terkopak pintu ke ape...

Tak lupa buat Sinchan, tolong updatekan perisian CCTV umah i, occay! I nak buat jadi bahan bukti kot2 jadi perkara2 luar tabii!Heheheh...Yang kawan2 lain, usha2 la eh..Laporkan pada yang berkenaan jika berlaku perkara2 yang tidak diingini kat umah kami. ok!

p/s : Miss me...Not! Cik Kuntum ke Melaka je...Tanjung Bidara u...Nak menghirup udara laut la plak!

Thursday, August 07, 2008

Whos Dat Gal?

2 comments:
Hai....

Siapa nama?

Bole kenal atau pun tidak?

Duduk kat mana?

Dengan siapa?

Bolehkah kita bersama?

Adeeehhh2! Mood gilo di petang yang ujan ini!

Tahan Je La!

No comments:
Alahai omak oiii!

Humang aiiii....Apo jonih spesis ntah nih ah!

Lomeh, somput dah dado den nahan napas ni!

Adehh..Cik Kuntum terasa sangat katek. Why eh? Cik Kuntum punya hidung ari nih, betol2 selevel ngan ketiak hanget sorang mamat nih.

Dea tuh la memang la tinggi, yang tak tahan tu..Bau2 kureng harum yang kuar tu. Isk...pepagi lagi dah potong mood. Tak ke dea sedar akan gangguan bau itu? nak kata tak mandi...tengok rupa cam mandi, rambut basah je. Tapi tuh la tu...apasal la still bau2 dasyat itu masih menerawang di ruang udara. Chesss!

p/s : pehni mai keje kena pakai topeng nih!

Wednesday, August 06, 2008

Sammy Suda Tada, Flyover Sapa Maw Jaga?

4 comments:
Fakta Bukan Auta :

1) Lebuhraya MRR2 Kepong dan Selayang - Kuala lumpur = 1.7 kilometer

2) Pada Februari 2006 jejambat tersebut pernah ditutup kepada semua lalu lintas setelah 31 tiangnya mengalami lebih 7,000 keretakan

3) Pada Ogos 2004, laluan tersebut juga telah ditutup akibat kejadian serupa.

4) 2 hari lepas, laluan itu ditutup lagi dan hanya dibenarkan untuk dibuka pada 5 ptg semalam dengan hanya 6 laluan boleh digunakan.



Aku suda konpius.Satu kali gegar kuat, satu kali juga mari tampal. Suda tampal kalu, mekap tada tebal. Itu retak nampak juga. Serupa itu kedut juga atas muka. Suda berapa kali la dey?! Selalu kalau aci2 semua, taruk bedak sejok saja bole setel. Tada nampak itu jerawat batu ka batu bata ka simen ka. Ini macam kalu, apa maw bikin?


Aiyoyooyooo! Ini batu turun dari langit ka? Jatuh atas kapla satu kali, musti kena MC. Apa suda jadi? Inilah akibat bila penjaga jambatan suda mogok,tidak bertugas lagi. Siapa maw jawab ni? Aiyyooooyyooo...Help me!


Berbudi Pada Siapa...?

No comments:

~ Ala chomey2...mandi ehhh?~

Chosan! Morning! Selamat Pagi Malaysia! Heehhee..Mood Cik Kuntum ceria gila today. Mungkin gara2 baju kurung kaler ijao pucuk pisang ini (Tok , kalau nampak ari nih ada awek cun pakai baju ijao yang sebatu dah silau..Cik Kuntum la tu!). Cik Kuntum nih tengah curik2 time (sneaking kata Omputih) kuar daripada dengar session Prominent Leader kat Auditorium itu.

Cik Kuntum tertarik nak story telling ngan u ols. Corporate Social Responsibilty. Pernah dengar? Tanggungjawab sosial. First thing yang akan terlintas kat kotak minda mesti la kerja2 charity, welfare la kira. Tol? Cumanya Cik Kuntum rasa kerja2 kebajikan, amal ni tidaklah cuma terhad pada sesama manusia sahaja. Kalau dah asyik2 anak yatim, orang tua dan orang miskin..Orang2 yang lain macam mana plak? Orang cacat ke? Orang sakit ke?

Makhluk Tuhan ni dijadikan dalam pelbagai bentuk. Salahke kalau kita nak beramal ngan binatang? Macam buat program volunteer kat Zoo Negara sana? Ada la plak suara sumbang yang gelak2 bila dengar idea tu. Hello! Wa bukan suluh lu pigi buat lawatan sambil belajar, mengenal binatang2. Dengan umur yang dah suku abad, korang patut nya dah kenal rupa haiwan dan namanya. Correct? Bukak la pemikiran yang sempit tu buat seketika. Tak pernah tengok ke orang g Zoo mandikan binatang, bersihkan hasil2 buangan & kandang. Tell me, berapa ramai orang yang sanggup secara sukarela nak bersihkan najis binatang hatta binatang peliharan sendiri? I look it like this. By doing this dirty job, diri kita akan merasa rendah diri. Yet, kita akan jadi lebih bekerjasama.

Dalam organisasi, kalau takde teamwork and contribution dari semua orang ...macam mana nak deliver hasil yang sukses? Boss2 besar taw nyer petik je jari, taaraaa..sume dah siap. So kita2 ni yang kene kerah tenaga nak bagi results chantek.
Sama la kalau g Zoo tu. Kalau takde staff/orang yang keje untuk mandikan binatang2 tu, gosokkan gigi segala...korang datang nak melawat apa yang dapat? Binatang sakit, kandang bau musok dan ntahape2 lagi la. Betol tak?

So, kot kalau ada sapa2 antara kita yang tak pernah terfikir pasal menda ni, not too late to have a thought about it.


p/s : Ada banyak menda lain yang kadang2 tak tercapai dek akal kita, tapi ianya ada.


Monday, August 04, 2008

STML

No comments:

BIODATA SAYA

Nama : Ms Dory
Nama IC :Rahsia, untuk keselamatan diri
Jawatan : Hubungan Sulit Pelajar
Tugasan : Mengarahkan orang bawahan untuk mengikut arahan yang kurang jelas

Kelebihan :
1) Lebih banyak lupa dari ingat
2) Lebih banyak bergayut kat phone dari bekerja
3) Boleh menggunakan talian tetap bersembang sambil jari menaip sms
4) Buat muka derk lepas kena serang bertubi2 dalam meeting

Yang last ni paling gempak.....Taaaaddaaaa

5) Memori akan terpadam apabila melangkah lebih dari 3 langkah atau bila mata berkelip lebih dari 2 kali! Seyes!

Siapakah dia....? Ahahaha...itu rahsia. Tapi gaji banyak woooo....Blur semendang je pompuan tu! Aiyakkk! Tercakap plak!

p/s : STML - Short Term Memory Loss


Hero

No comments:
And so it is
Just like you said it would be
Life goes easy on me
Most of the time
And so it is
The shorter story
No love, no glory
No hero in her skies

He mite be a hero, but what kind of hero?
The one you deserve
OR
The one that you need

p/s : Cik Kuntum menjiwang lagi!

NO = YES

No comments:
Mak aii! Luas betul bila singa menguap! Agak2 time korang2 berleter (speshly kaum2 Hawa la) ada tak sampai seluas itu? Hehhee....Cik Kuntum tak sure tapi..mungkin kot?

No = Yes? Hell No! First impression...camtu la perhitungannya. Logikal thinking kata orang2 kampung.

Pernah terlintas apakah kenapa lelaki selalunya susah sangat nak paham bahasa? No..bukan pasal mereka ni pekak ke ape..Cuma, kaum Adam dan Hawa ni tertakluk kepada cara penerimaan yang berbeza.

When a man say NO - it means, the discussion is over. Contoh:

W : Dear, leh tak kita g tengok movie Sabtu nih?
M : NO.

Maksud : Simpan je la harapan nak wayang2 tu.

Akan tetapi,

When a woman say NO - its the beginning of negotiation. Tak caya? Contoh:

M : Yang, nanti temankan i g kedai spare part sat eh?
W : NO
M : Ala yang..kejap je..Then kita g tengok movie ke, shopping beg rimau yang u nak tu. Ok?
W : Errmm....

See...see....tak caya gak? Cuba korang fikir elok2, dalam2.Mesti penah jadi dalam kehidupan masing2. Even pompuan ngan pompuan pon. Cakap la NO bagai nak berjuta kali, last2 mesti terjebak jugak. Cuma kadang2 kena la tengok pompuan yang camne peel nye. Kot yang tegar berhati batu tu, tak dapat den nak nolongnya.

Bak kata pepatah orang lelaki, pompuan ni golongan yang lemah la konon2. Tu yang kurang tetap pendirian tu. Pantang ade usaha2 sampingan, godaan berlebihan..gagal la misi garang mengaum itu. Still, depend la...NO tu atas dasar ape. Kalau jenis CJA tu, rasa2 kaum puteri kampung ni kebal lagi. Cuma CJA n The Gang tu yang nak kene disekolahkan balik. Sebab kurang pemahaman bahasa ibunda!





Busok La Dey!

3 comments:
Hadehh...You ols nak taw tak..(kalau takmo pon korang kena amik taw gak!). Pagi nih Cik Kuntum bangun agak lewat untuk ke opis terchenta.

Dengan muka yang masih sebal je gagah juwa melangkah ke LRT Putra sana. As expexted, sekonyong2 la makhluk2 seangkatan yang lain bersama2 memulakan perjalanan ke tempat kerja.

Sambil melayan alunan lagu2 kat corong telinga, Cik Kuntum maintain je gagah berdiri berhimpit2 ngan aweks2 dan cowok2 lain yang tidak hensem. Sampai kat Wangsa Maju ade la awek2 Ca Ya Nun Alif nih masuk. Sambil bersembang2 sesama sendiri, Cik Kuntum buat la derk.

Dengan muka yang nampak sangat jenis tak mandi pagi, Cik Kuntum tak selera la nak usha pon deaorang2 tu. Out of no where, ada satu bau yang kureng menyenangkan telah menusuk rongga pernafasan. Adeehh.....takkan ada bangkai kot sini? Seyes beb..busuk gilos! Daripada pandangan mata makrifat Cik Kuntum, tengok salah sorang amoi tu muka berkerut macam menahan sesuatu. Cheit! Lahabau sungguh!

Udara2!!!Helep! Terus je Cik Kuntum berpaling muka mencari udara yang lebih normal untuk memenuhi tuntutan pernafasan. Perghhh!Semput! Orang2 keliling mula menyedari kehadira gas beracun tersebut. Cuma masing2 konpius angkara siapakah yang sanggup bertindak kejam melepaskan toksik itu diwaktu pagi tatkala sekalian alam cuba mempertahankan kewangian sabun mandian badan masing2. Aiyaaa...sungguh kulang hajar!


Friday, August 01, 2008

PC Fair!

No comments:
Ermm....Teruja sungguh...Cik Kuntum nih membuak2 rasa hati nak membeli notebook.Tapi tu ah...sejak2 tukar keje nih rasa dah takde la pakai sangat pon notebook tuh berjalan ke mana2. Infact, leh je kalau nak pakai opis punya bawak balik umah. Kalau nak sangat la. Tapi takper, Cik Kuntum nyer desktop kat umah tuh pon mampu lagi nak berjasa.

Untuk kengkawan yang berkenaan, sila2 la melawat PC Fair eh. Mana taw ade hajat nak membeli belah hardisk ke, MP4 ke, hatta kamera sekali pun (I did that, n trust me it's cheap ok!



PIKOM PC Fair 2008 (II)
Dates and Venues

1 - 3 August 2008
11:00 am - 9:00 pm
KL Convention Centre, Kuala Lumpur
Kuala Lumpur City Centre, 50888 Kuala Lumpur

Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru, Johor
Jalan Abdullah Ibrahim, 80000 Johor Bahru

Central Square, Sungai Petani, Kedah
Jalan Kampung Baru, 08000 Sungai Petani

Dewan Sri Mentakab, Mentakab, Pahang
28400 Mentakab

8 - 10 August 2008
11:00 am - 9:00 pm
Penang International Sports Arena, Penang
Jalan Tun Dr Awang, 11900 Relau

Mahkota Parade Melaka, Melaka
Jalan Merdeka, 75000 Bandar Hilir

Sabah Trade Centre, Kota Kinabalu, Sabah
Jalan Istiadat, Teluk Likas, 88400 Kota Kinabalu

Dewan Tun Hj Mustapha, Lahad Datu, Sabah
91100 Lahad Datu

14 - 16 August 2008
11:00 am - 9:00 pm
KB Mall, Kota Bharu, Kelantan
Jalan Hamzah, 15050 Kota Bharu

Pusat Dagangan Terengganu, Kuala Terengganu, Terengganu
Padang Hiliran, 21100 Kuala Terengganu

Star Parade, Alor Star, Kedah
Jalan Teluk Wanjah, 05200 Alor Star

15 - 17 August 2008
11:00 am - 9:00 pm
Berjaya Megamall, Kuantan, Pahang
Jalan Tun Ismail, Sri Dagangan, 25000 Kuantan


12 - 14 September 2008
11:00 am - 9:00 pm
Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak
Jalan Stadium Perak, 31400 Ipoh
This event has been postponed to 12 - 14 September
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...