Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Tuesday, November 09, 2010

:: Update Edisi Lebih Kurang ::

3 comments:
Apa yang baru? Ada la dua tiga ketul kot menda-menda baru yang jadi dalam kehidupan cK lately. Jangan dok bising tanya pasai apa dah nak setengah bulan baru gatai nak update bahan. Mau cK cili kang...

Mula-mula sekali, sesiapa yang rasa nak stalk cK silalah berhenti dari usha kat opis lama. cK dah pun selamat menjejakkan kaki ke opis baru. baru masuk 1 November yang lalu dan selamat bercuti 4-8 November. Gigih kan? Korang leh buat? Ha...ni tengah fikir camne nak abiskan 14.5 hari lagi cuti yang bersisa ni...tolak 5 hari leh carry foward next year, maka...adalah dalam 9.5 hari lagi...Mana mau pegi?

Yang keduanya, cK baru pulang dari cuti-sambil-dapat duit kat KK. Bukan Kuala Kangsar, tapi yang penuh ngan Bah sana..Bah sini tu...Met loads of interesting people. Cumanya kali ni cK travel sengsorang plus time limited sangat nak bershopping. Kena jadi nanny untuk Dafi ngan Farah Breep Breep. Dengan muka ala-ala Yolanda ni, selamba je la cK layan dorang brief apa yang patut. Been a long time since i was kelam-kabut-rasa-nak-teriak-kekuat while doing event. To Chris, lain kali kita marathon lagi cari riben merah. 

Yang ketiga, cK bakal ada family day merangkap dinner hujung minggu ni. Lepas tu, hujung minggu cK akan penuh yang jemputan orang kahwin disana sini yang rata2 semua lagi muda dari cK. Hoh! Bilalah turn cK? Turn on selalu dah...miahahhah...Maka, rabaklah poket membeli hadiah dan juga baju baru (mungkin) untuk ke acara-acara tersebut. Oh, nangis!

Yang keempat, cK akan jarang-jarang buat public appearance dalam fesbuk ya kawan-kawan. Itu pun atas arahan Mr. IT yang suka buat sekatan jalan. Add gadget pun dah tak jalan. Sampai ke Twitter pun dia jejak juga. Sentap mak nok!

Tu je lah kot buat masa ni...Nanti cK tambah tolak apa yang patut . Korang rindu, cK tahu...Sabarlah...Daaaa....

Monday, April 12, 2010

:: Jenis-jenis Gelak Ketawa ::

2 comments:
Setelah sekian lama pemerhatian dilakukan dengan tekun, cK berjaya mengenal pasti beberapa jenis gelak ketawa yang ada disekeliling kita. Ianya mungkin kedengaran sama, tapi hakikatnya tujuan/sebab dan akbiat dari gelak tawa itu ada pelbagai. Tak caya, korang try baca.


1. Gelak sinis
  • Pendek. Tak sampai dua harkat. 
  • Selalunya berbunyi 'Heh' dan diikuti gerakan bibir atas yang agak terangkat dibahagian sudut kiri.
  • Kerap kedengaran bila ada unsur-undur ketidak puasan hati tentang sesuatu.
2. Gelak terpaksa 
  • Tidak berbunyi.
  • Lebih kepada senyum.
  • Bibir akan cenderung untuk herot ke kanan dan bertahan untuk berberapa saat seolah2 seronok mendengar cerita yang disampaikan.
  • Terjadi apabila individu bosan dengan cerita mebangga diri dan cerita yang repeat berkali-kali.
3. Gelak ikhlas
  • Selalunya berbunyi "Ha ha."
  • Hanya berkadar 2-3 harkat.
  • Akan mengakibatkan bukaan mulut yang sederhana luasnya dan seketika. 
  • Kerap berlaku bila seseorang merasa lucu dan tulus bergembira.
4. Gelak tak hengat
  • Hilai tawa boleh mencecah berharkat2 lamanya.
  • Kadang-kala bebunyi "Muahahhaha"...ada juga "Wakakakakaka"
  • Ia boleh berhenti seketika dan bersambung semula tidak lama kemudian. 
  • Ianya sering diikuti dengan titisan air mata kegembiraan yang tidak terkata.
  • Ada juga unsur-unsur kurang oksigen / sesak nafas gara2 penggunaan udara yang banyak.
  • Gelak berpunca dari unsur-unsur mendajalkan orang-orang sekitar
5. Gelak dibuat-buat
  • Tak berapa panjang, tak berapa pendek.
  • He he he...atau kih kih kih...
  • Sukar dipastikan niat sebenar - boleh jadi sekadar mengambil hati atau menyakitkan hati
  • Volume kurang kuat dan selalunya tone agak mendatar
6. Gelak munafik
  • Raja segala gelak
  • Hilaian yang boleh memeranjatkan pontianak
  • Desibel yang maha tinggi dan boleh mengakibatkan pekak sementara
  • Selalu terjadi di opis-opis keparat oleh durjana  kelas atasan
  • Mengakibatkan tindakan susulan seperti jelingan tajam, rasa meluat tahap gaban pada para pendengar
7. Gelak tak bley blah
  • Respon pada gelak no 6.
  • Amat ringkas dan berbunyi "Ho Ho Ho"
  • Terzahir secara natural kerana meluat tengok si durjana kelas atasan
  • Kadang kala turut digunakan oleh Mr Santa Claus ketika Christmas
Now that u know, bila gelak tu ingat-ingat la ye. Da gak gelak-gelak lain yang tak masuk dalam list ni : Gelak guling2 (dalam YM), gelak dekah-dekah (konon2 kelakar, tapi taklah sangat), gelak manja (ni bila gopren nak apa2 kat bopren). Tak semua orang suka bila dengar kita gelak tak tentu pasal.Apa-apa pun, renungkan baris dibawah ini :

Sabda Baginda saw : "Banyak ketawa itu mematikan hati dan melalaikan daripada mengingati akhirat dan mempusakai marah dalam hati".  

Monday, February 08, 2010

:: Gian FB ::

No comments:
Orang kata Fb ni berhantu.
Orang kata lagi FB ni leh bikin orang berbulu.
Orang kata juga FB boleh buat kita leka.
Orang percaya FB bisa tambah wang saku kita.

Korang sendiri macam mana? Tepuk dada tanya selera. cK takde masalah ngan FB setakat ni. Ya, ada masa dan ketika waktu kerja terjebak juga. But mind you, kerja i siap ya? Siap ditambah-tambah menimbun lagi ada. Itu pentingnya pengurusan masa. Eh? Silap topik sudah.

Adakah anda tergolong dalam insan-insan yang hidupnya 24/7 jam mesti nak update status FB atau upload gambar atau main game? Atau korang jenis tak kisah...? Bila boring tengok...kalau tak, takper. Hak individu, with all respect buatlah apa yang korang nak ngan akaun korang. Sapa tak suka, jangan tengok. As simple as that.

But then...i wonder how many of us are willingly to pay to use FB? Let say, satu masa nanti FB mula mengenakan bayaran pada ahli-ahlinya, adakah korang akan turut serta membayar dan meneruskan penggunaan FB masing-masing? Atau, korang takkan keluar sesen pun untuk FB dan mula merasakan tibalah masanya untuk menoleh kebelakang pada Friendster atau mencari alternatif lain untuk berhubung?

As for me...i have yet to decide. Maybe i gotta find another way to bergumbira kot? Hiks!

Thursday, December 03, 2009

:: Rokok Vs. Gula ::

No comments:
Kisah Rokok :

Semalam keluar kenyataan yang mulai Jun 2010 hanya rokok berpek 20 batang sahaja yang akan dijual dalam negara. Langkah ini diambil untuk menggalakkan amalan kesihatan di kalangan penduduk negara kita. Kiranya pasni cik abang2, pakcik, atok2 dan akak2 kita takleh la merasa nak beli rokok 7 batang, 14 batang dah.
Tapi, berjaya kah konsep ni dilaksanakan ke perokok tegar? Dah kalau selagi ada rokok depan mata, dorang dok hadap hisap sampai paru2 itam...Lagi lah berkotak2 kot kalau pek 20 je jual. Cane? Erm...rasional lain, baik kata cik Arief dalam my FB comment langkah ni boleh membantu menaikkan ekonomi negara. Pasal apa? Pasal rokok kan ada tax. The more they buy, melantun la revenue negara. Sapa yang untung? oh...sudah tentu lah orang gomen yang tak pernah tak dapat bonus tu kan.
Personal Thot : Jual je pek rokok 7 batang dengan harga 20btg. Bley?


Kisah Gula :

Rata-rata semua dah dengar pasal penarikan subsidi gula. So, silalah jangkakan penaikan harga ya. Dah la sekarang ni stok susah nak dapat (nak nyer bila time ada perayaan), ni dah naik harga plak. How? Jangan sampai ada kategori gula premium ngan gula biasa plak nanti. Auw! Kalah minyak u!
Again, langkah ini turut tempias pada amalan kesihatan masyarakat kita. Kurangkan gula dalam makanan, lebihkan gula dalam senyuman. Cewaah...konsep nya. Next time kita gi mamak pekena teh tarik, jangan komplen ya kalau kurang manis. Its either naikkan harga or, kurangkan bahan.
Personal Thot : Minum air suam suda. Lebih elok untuk pencernaan. Itu pun ada sesetengah tempat cas 20 posen. Nak cover duit gas kot?


Kesimpulan :

" Merokok meningkatkan risiko sakit jantung serta stroke karena nikotin akan membentuk daya tahan terhadap insulin, sehingga menimbulkan kondisi pra-diabetes"
Tak kisah la korang ni perokok tegar or sugar junkie...dedua leh dapat diabetes. Dedua leh jadi tak sihat. Abis tu apalagi? tak reti2? Buatlah apa yang terbaik untuk diri.

Thursday, November 26, 2009

:: Cant Get Off The Net? ::

2 comments:

Can’t stay off the internet?

Are you permanently signed into instant messaging chats?

Do you refer to Facebook affectionately as FB?

Do your thoughts come in Twitter bursts of 140 characters or less?
We’re looking for Malaysia’s top 500 social media users to be a partof the next big thing to explode in the social media scene.

Think you’re up for the challenge?

Register now at http://www.project-500.com/ because we've got 2 HP Mini 110Netbooks to give away as well!

Monday, October 19, 2009

:: Tua2 Berisi Ok ::

4 comments:


Sapa belum baca Utusan hari ni, leh klik sini.

Sapa yang dah baca, mesti perasan statement ni :

“Pada masa ini, orang yang obes amat ramai, malah semasa mereka berjalan, gear box (merujuk kepada perut) mereka turut bergerak dan dibuai dengan kuat"

Sapa yang kata? Bukan fitness trainer ye kawan2...Che Det yang kata. Mantan PM kita tu sentiasa make sure berat badannya tidak melebihi daripada 60kg. Dan pada usianya, dia masih lagi larat angkat dumbell! Adeh..tamparan sungguh. Nasib baik dia tak letak situ the exact weight of the dumbell, mau cK larik!

Menyahut seruan Che Det, marilah kita bersama2 menggembeling tenaga bersenam untuk kecantikan dan kesihatan tubuh badan. Jangan cuma hangat2 tahi ayam dan melidi bila nak naik pelamin je ok kawan2?!

Wednesday, September 30, 2009

:: Cerita Tentang Hidung ::

No comments:

Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda "Apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur".

Berdasarkan pada hadis di atas, ia menunjukkan betapa hidung mainkan peranan dalam kehidupan. Siapa yang nak hidungnya dijadikan markas untuk syaitan berumahtangga. Sesungguhnya iblis dan syaitan amat gemar duduk diantara sesuatu. Maka, hidung adalah tempat strategik kerana ia terletak diantara luar badan dan dalam badan.

Selalunya bila kita mendapat berita2 yang dirahsiakan kerana faktor sensasi..kita akan kata "menghidu berita". Dari mana kita hidu? Hidunglah juga tempatnya. Sekali lagi, teori hidung itu boleh digunapakai dalam menentukan keberkesanan amalan seharian.

Andai kata berita yang diterima itu pula berita yang kurang bernasib baik kerana kemalangan atau kematian. Kita akan pakai istilah "malang tidak berbau". Bau lagi yang kita guna pakai. tak pula kita kata "Malang tidak terdengar" atau "Malang tak dilihat". Betul tak?

Lagi satu keadaan untuk menyokong betapa pentingnya kita menjaga hidung masing, adalah istilah "hidung tak mancung, pipi tersorong2". Ini membawa maksud kasar, kalau orang tak kecoh or sudi...jangan nak heboh2 gatai2 nak offer diri. Apalah malangnya jadi hidung. Semuanya serba tak kena.

Sedangkan mat salleh pun gunakan hidung untuk menunjukkan perbuatan jahat seseorang. Ambil contoh kisah Pinochio. Bila dia menipu je, hidung dia panjang. Cuba buat tangan ke, peha ke, ke apa2 yang lain la yang boleh diguna untuk kesenangan masa depan. Hiks! Hidung gak jadi mangsa...

Maka, jagalah hidung masing2 ya? Jangan biarkan ia bersawang berpanjangan. Sesekali lakukan aktiviti melombong demi kecemerlangan masa hadapan. Apakah?

Wednesday, September 02, 2009

:: Kecoh Tarian Pendet ::

2 comments:


Malas betul. Dok tanya berkali-kali soalan yang sama. Nak tunggu si Norman jawab apa? Ya, saya yang salah...gitu? Apalah dorang nih. Dah terang, nyata lagi bersuluh dia kata pihak Malaysia ni cuma sediakan dokumentari dan promo yang Discovery tuh takde kaitan ngan dorang. Bukan hasil kerja dia pun. So, yang silap tafsirnya sapa? Sendiri fikir lah beb!

Monday, August 24, 2009

:: Topeng Lindungan ::

2 comments:
Ya, saya sedar title tu macam ada repeatition. Kalau dah bertopeng tu, mestilah untuk melindung kan? Tapi! Apa yang nak kita lindung? Ha, yang itu kena ikut masing-masing punya keperluanlah ya?

Semenjak dua ni, adalah amat dicanang-canangkan untuk penggunaan topeng sebagai langkah berjaga-jaga daripada terkena serangan penyakit epidermik yang hebat melanda antaranya H1N1. Maka, banyak pihak dah keluarkan peringatan untuk sekalian rakyat jelata untuk memakai topeng muka ini.

Cuma ada sesuatu yang agak mengganggu perhatian cK ni. Ya, cK ngaku cK tak pakai pon mask ke opis atau ke mana-mana sekalipun. Paling kuat, cK tutup mulut bila nak bersin atau batuk dan bawa tisu. Yang cK rasa kurang selesa bila tengok orang yang pakai topeng ni jenis recycle. Dok ulang tayang mask dia tu. Kot kalau jernih lagi takper. Ni dah ada sambal segala. Macam mana tu? Kalau lah tak kena H1N1, mau kena penyakit lain tu. Penyakit kuku dan mulut ke? Eh...boleh ke? Hehehe...Cuba pakai topeng cam kat bawah ni ah :

Ha, barulah betul cara pemakaiannya. Kita hanya berusaha untuk menghindarkan diri dari mempunyai peluang cerah terkena jangkitan, namun Tuhan yang menentukan. Yang penting usaha ya kawan-kawan.

Kepada sesiapa yang rasa nak pakai mask tu, pakailah yang senonoh dan berhemah. Bagus niat korang tu. Tapi, tukarlah mask tu. Jangan pakai sampai lebam! Kat sesetengah tempat memang dah ada dijual pelbagai fashion mask untuk pilihan kalian. So, pilihlah yang mana berkenan di mata. Macam ada sorang hamba Allah ni, dia pilih pakai yang camni :

Korang sanggup tak?

Monday, August 17, 2009

:: Jangan Kacau lah ::

2 comments:
Pernah tak korang rasa macam privacy / pribadi korang dicabuli? Macam2 cara ianya boleh terjadi. Kadang kala orang sebarkan gamba kita yang agak seksi (ni kes bopren2 lama yang tak berapa puas hati la ni)..ada juga yang sabotaj anta kat america's funniest home video klip yang menunjukkan betapa tongongnya kita..macam2 lah kan.

Jenis yang paling cK tak boleh terima ada tiga. Ni dua golongan ni kira top of the list lah. Meh baca perinciannya (pergh...macam iklan minyak la plak).


1. Jenis amik makanan dari pinggan tanpa bertanya.

Ewah-ewah. Pinggan tu ada tulis nama dia agaknya. Boleh plak dia main cedok2 pinggan kita, pehtu amik part yang isi plak tu. Wahh...bikin panas nih! cK ni bukanlah berkira sangat but sumtime, berbudi bahasa la sikit. Cuba tanya tuan punya hidangan tu. Macam cK, i like to s ave the best for last. So, dalam pada kita ketepikan udang2 yang beso tu alih2 ada sorang hamba Allah sedap je amik the masuk mulut. Putih mata woo..Mau menanges time tu juga. Seyes! Tanya dulu.

2. Jenis pakai banyak nombor henpon, tapi bila call satu pun tak dapat.

Ha...ni memang sentap noks! Cannot tahan lor. Nak2 nyer bila time emergency. Abis semua number cK dail, satu pun tak sangkut. Mula la rasa nak buat sumpahan mendam berahi je kan. Lenkali susah2 pakai public phone sudah. heh!

3. Jenis datang umah tanpa diundang.

Cukuplah pantang. Zaman teknologi dah ni, bukan zaman batu. Maka, sila call atau sms sebelum korang muncul. Rumah saya nih bukan rumah tumpangan beb atau tempat persinggahan. So, sila hormat tuan rumah ye. Plus, tu umah mama saya...Jangan nak tunjuk terra na main redah suka2 jiwa.


Sekian.

Friday, July 31, 2009

:: 170A Lawan 257 ::

No comments:
Korang pernah kena saman?

Saman yang macam mana yang korang dapat?

Saman bertulis dan bertandatangan korang?

Saman ekor?

Tak tahu bila kena saman tapi tiba2 sampai je surat kat umah?

Al-kisahnya....my besties tak dapat nak renew roadtax insurance sebab ada saman belom bayar. Dia nih boleh jadi penyumbang utama la kepada gaji dan bonus polis2 dalam negara ni. Dia ada 4 keping saman yang bernilai hampir seribu ringgit malaysia.

Maka, dengan tegar dan berkobar2 cK temankan dia check her saman nyer details. Ada satu saman tanda * yang the rest tanda #. Dan..yang paling best sekali...Waran tangkap dah keluar last Februari! Woohooo!

Pegawai pendakwa bernama Tn. Abdullah pon nasihatkan dia to pay saman yang ada tanda * - twinkle2 little star. Why? Saman tu jatuh dalam kategori saman 170A saman bersama tandatangan. Means korang sign atas surat saman tu. Maka, ia bole dijadikan bahan bukti yang kuat atas kes tak mau byr saman koran. So, better pay!

Yang tandanya #, keep aside pon ok gak. Sebab yang dalam kategori 257 ni hasil daripada saman ekor..ala..yang polis main tembak2 je kat kereta tu. So that method bole dipertikaikan kesahihan dan kebenarannya. Kot kot nak tembak keta lain kena keta korang ke kan. camtulah.

Bila korang dapat saman yang korang sign tu, sila bayar sebelom tarikh bicara mahkamah. Or else, korang pergi mahkamah pada tarikh yang tertera tu dan rayuan pengurangan bayaran masih boleh dipertimbangkan. Namun, andai kata korang terlepas tarikh tu...makanya, korang kena g Mahkamah Trafik Jalan Duta (ni kalau kat KL la) untuk ambil tarikh perbicaraan yang baru or korang leh la cuba buat baik ngan orang kat sana untuk terus buat pembayaran. Cumanya korang takleh dapat diskaun la.

Bila dah kena waran tangkap untuk kes tak bayar saman ni, more or else kena penjamin. Tapi, tak payah risau sangat ye. Sebabnya penjamin ni boleh jamin mulut je, tak perlu kuar duit pun. Camtu lah al-kisahnya.

Maka, silalah semak saman yang korang ada kat sini.

Wednesday, July 15, 2009

:: Di manakah Solat Kita? ::

2 comments:

SUDAH lama kita bersolat, tetapi nampaknya keajaiban dan jaminan solat yang disebut Allah masih samar-samar dalam kehidupan kita.Allah memberi jaminan dalam firman-Nya, bermaksud:


“Sudah pasti berjaya orang mukmin iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya.” (Surah al-Mukminun: 1,2)


Pada pertemuan kali ini, mari kita bermuhasabah mengenai peringkat solat.Bukannya konsep kejayaan dan cara hendak mencapai khusyuk, tetapi ada beberapa jenis dan golongan serta gaya bersolat di kalangan orang Islam yang semuanya akan mempengaruhi perangai dan cara hidup.

  • Jenis Pertama

Hari ini, ramai umat Islam yang tidak bersolat, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak bersolat. Ada yang menafikan kewajipan solat, mereka jatuh kafir sebab itu kadangkala perangainya dengan si kafir tidak ada beza.

  • Jenis Kedua

Orang yang melakukan solat secara zahir saja, malah bacaan pun masih tidak betul, taklid buta dan main ikut-ikut orang lain.Jadi, golongan ini sekejap bersolat, sekejap tidak. Jika ada masa dan emosi baik, dia bersolat. Kalau sibuk dan ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, dia tidak bersolat.


Orang ini jatuh fasik. Tidak belajar solat mahupun secara rasmi atau tidak rasmi. Ilmu mengenai solat ialah apa yang dipelajari ketika kecil dan tadika saja. Golongan ini tertolak, bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah.

  • Jenis Ketiga

Golongan yang melakukan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, Fatihah, doa Iftitah dan tahiyatnya, tetapi tidak dihayati dalam solat itu.Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia tanpa menghayati solat. Golongan ini dikategorikan sebagai solat ‘awamul Muslimin’ dan jika dididik serta ditambah mujahadah (kesungguhan), dia akan berjaya dalam solat.

  • Jenis Keempat

Golongan ini baik sedikit daripada golongan sebelumnya, tetapi main tarik tali dalam solatnya.

Sesekali dia khusyuk, sesekali lalai pula. Apabila teringat sesuatu dalam solatnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya.Apabila teringat Allah secara tiba-tiba, insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hati serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan dalam solat. Begitulah sehingga selesai solatnya.Peringkat ini orang terbabit akan mula memasuki zon ‘memelihara solat’, tetapi masih belum seronok dengan solat.

  • Jenis Kelima

Golongan yang melakukan solat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya.Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling sehingga pekerjaan serta apa pun yang dilakukan atau difikirkan di luar solat itu tidak mempengaruhi so latnya.


Walaupun dia memiliki harta dunia, menjalankan kewajipan dan tugas keduniaan seperti perniagaan, semua itu tidak mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah dalam solat. Golongan ini disebut orang soleh.


Sebenarnya banyak lagi peringkat solat, tetapi keterbatasan ruangan sekadar lima tahap ini rasanya sudah boleh mu hasabah diri mengenai tahap solat yang kita lakukan.Jika kita berada di peringkat satu, dua dan tiga, kita sebenarnya belum selamat dan mungkin solat tidak mampu mendapat jaminan Allah.


Ibadat solat boleh membangunkan jiwa dan iman, men jauhkan daripada yang buruk dan merungkai mazmumah (sifat keji), menanamkan mahmudah (sifat terpuji), me lahirkan disiplin hidup dan akhlak yang agung. Semoga solat kita akan berlangsung sebagai mi’raj.

Saturday, July 11, 2009

:: Mangga Oh Mangga? ::

No comments:
Dengan pertanyaan yang ringkas dari seorang tulang belakang majalah Mangga:

"Ada brainstorming Majalah Mangga esok... Nak present apa pun tak tau ni pasal Mangga. Ada apa-apa pandangan ker mengenai majalah ini?"

Pandangan jujur cK :

Pertama:

"u mite hate me for saying these but sumhow mangga cam dh ilang paksi. More like semi porn plak. Dedah sana sini. Tang mana yang membina minda dan sahsiah pn taktaw lah. Hiburan, yes. But do it in the right way. Not by menjual tubuh artis but more to kerja mereka. My two cents."

Kedua:

"Balik2 pasal cinta, skandal. Menda camtu, kat internet berlambak. U gotta be different. Kena fikirkan apa jenis sumbangan yg mangga leh buat to the industry itself. Kalau org2 diblkg tabir sndiri tk pernah pndang serius ngan hasil seni anda dan sibuk mengeksplotasi populariti dan rating semata2, makin teruk la industri seni."

Honestly that's how i feel towards Mangga.. Sheleq kata, i can comment but i am not the one yang spent on those thing. So its a bit buyers la kat situ. I see it differently. Masa umur belasan tahun lagi, cK dah nampak Mangga ni. During those days cerita perkembangan kerjaya artis diberikan penekanan. Kerjaya. Thats what public should know more.

Nowadays, tenngok cover je pon dah cuak. More towards sogokan seksual. Dengan posing2 tepi kolam renang, baju yang terbelah, terdedah dan aksi2 yang ghairah. Sekarang ni pula, penuh dengan cerita skandal, putus cinta, kahwin-cerai. Is that what dunia seni in Malaysia is all about?

Mana perginyer bahagian untuk new album in store? new artis? New record review?Event calendar maybe? C'mon la. Zaman dah maju, and i bet pembaca2 Mangga pun semakin bijak. Kenapa perlu adanya sogokan seksual itu? Dan penuh ngan unsur-unser semi porn tu, kita risau pula masalah sosial muda remaja. Apakah?

I have to say i prefer Galaxy more. Ada section untuk poster, lirik lagu, review album wayang..then the interesting part...bila diaorang ada anjurkan pertandingan or maybe dapat peluang untuk nonton wayang percuma. Adalah benefit something gak to the nation. Mungkin kecil tapi ada manfaatnya.

Plus, i think its about time for the people to find new strategy. Do something good for the name of art. Inilah masanya utuk media hormat dan berusaha untuk memberikan sedikit sumbangan pada mansyarakat. Tak gitu?




Monday, June 29, 2009

:: Tenaga Batin ::

5 comments:
Korang pernah tahu tak, berapa kuat 'Qi' dalam badan korang? Qi refer to tenaga dalam setiap orang. Ye, itu bahasa cina lah.

Lepas mengisi perut kat kenduri kahwin Melaka tu, cK ngan kawan2 sempat la jalan2 pusing bandar Melaka sat. Sakit la juga kaki sebab meronda pakai heels la katanya. Dalam pada pusing2 tu, ternampak la sorang mamat cina ni dok gosok2 pemegang mangkuk tembaga.

Apekehe nyer kan? Pemegang mangkuk tu sampai berkilat la jadinya. Dalam mangkuk tu ade isi air ala2 3/4 penuh. Terdetik hati lalu bertanya "Auntie, ni apa?". Auntie tu pon explain, mangkuk tembaga tu gunanya nak tengok sekuat mana tenaga dalaman setiap individu.

Caranya ? Korang kena basahkan sikit tapak tangan, then gosok2 kat pemegang mangkuk tu. Masa mamat tu buat, cK tak nampak apa pon. Kitaorang suh Will buat. Mula2 dia gosok, tak jadi apa..then second rubs baru nampak air tu berkocak! Wahlaw! So, air tuh gegar2 macam kena getaran la jadinya.

Next, Leq plak try. Getar tak banyak, tapi bunyik dengung kuat! Hebat! Last sekali cK pon buat la..Sekali gosok, air memercik2. Auntie tu kata "Waaah!!!! U Qi banyak kuat wooo!". Apakah? Giler la memang kuat air tuh memercik ngan bunyi2 sekali. Tenaga / Aura apalah yang banyak sangat dalam badan ku ini?

helep2!

Monday, May 25, 2009

:: Larangan Solat ::

1 comment:
Mula-mula dorang kata camni.


Lepas ada orang buat aduan, dorang kuar surat camni plak.


Apalah yang nak jadi nih? Salah siapa? I have to say, orang2 Islam dalam syarikat itu pun memainkan peranan mereka. Kalau dah mengular je kejenya, sampai orang pun tak respect dah. Camni lah jadinya. Tak ke malu diri sendiri?

Bab management yang beria-ria kira waktu, jam orang bersolat ni..dahsyat juga la kiranya. Ada masa eh, dorang amik time. Pakai jam randik ke apa? Dunia...dunia...

Thursday, May 14, 2009

:: Minum Tapi Tak Mabuk ? ::

No comments:
Try klik kalau nak besarkan.

Tataw nak kata apa, cuma ada sedikit pesanan penaja.

"Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan:

(1) yang memerasnya
(2) yang minta diperaskannya
(3) yang meminumnya
(4) yang membawanya
(5) yang minta dihantarinya
(6) yang menuangkannya
(7) yang menjualnya
(8) yang makan harganya
(9) yang membelinya
(10) yang minta dibelikannya.

p/s : makin karut lagu mengarut!

Sunday, April 26, 2009

:: Selsema Punya Cerita ::

5 comments:
Percaya atau tidak, kehidupan seharian kita dilingkari dengan pelbagai wabak dan jenis penyakit. Daripada yang biasa kita dengar sampailah ke yang pelik pelik. Itu belum kira penyakit-penyakit mistik lagi. Berjela-jela jenisnya.

Jom kita ungkai penyakit yang ada secara rawak.

a) Selsema Biasa

Selsema ini turut mempunyai nama glamer iaitu influenza. Cam sedap je nama dia kan? Tapi tidak pabila korang sendiri yang menanggungnya. Ada dua stage dalam penyakit ni. Yang mula dengan cairan cair jernih keluar dari hidung masih dikira peringkat awal.

Namun begitu bila mula rasa langit-langit agak sakit itu menunjukkan selsema telah masuk ke peringkat serius. Ini diikuti dengan cairan berwarna hijau yang mula membeku didalam saluran hidung. Ada masanya cairan pekat ini turun bercampur dengan darah hasil dari hembusan kita yang agak kuat untuk mengeluarkannya dari salur hidung.

Bagi jenis orang yang agak pengotor, cairan itu dibiarkan membeku supaya mereka dapat melakukan operasi melombong tanpa melekit. Percayalah, selsema ini juga boleh menyebabkan kesukaran bernafas dan hidung tersumbat.

b) Selsema Burung

Sejajar dengan namanya, agen utama pembawa kepada penyaki ini adalah keluarga burung. Tak kira burung gagak ke, burung merak, burung unta malah ayam juga tergolong dalam agen yang bertindak untuk menyebarkan wabak ini.

Time-time ni lah, Tok Ketua mula rasa risau kerana ayam peliharaan terpaksa dilupuskan. Kalau tak dihapuskan, nanti satu kampung plak kena penyakit. Mangsa yang terkena penyakit ni selalunya akan mengidap demam panas yang amat teruk dan sukar diubati.

Maka dengan itu, langkah awal pencegahan amatlah dititik beratkan. So, no ayam when this flu strikes.

c) Selsema babi

Yang nih paling latest dalam market. Kot sapa sapa yang berkenan boleh la melanggan. Manalah tahu kot korang nak dapat MC senang kan. Namun begitu yang ni la yang paling bahaya setakat ni.

Sebabnya dia menjangkit melalu orang. Mula dikenal pasti Kat Mexico. So, kalau korang nak pegi melancong ke sana baiklah batalkan niat. Layan je telenovela Mexico dah cukup, takyah ngada2 nak pegi sana untuk sementara waktu nih. Kot ada yang baru pulang dari sana, cuba2 la check up kat Hospital untuk langkah berjaga-jaga.

Kenapa ianya tak dipanggil selsema homo eh? Ke selsema sapien ke? Awat selsema Babi...musykil cK. Nak kena bakar ke semua stok2 babi yang ade dimuka bumi? Ermm...takleh kot..kang wabak lain lak tersebar. Tak daya!

Anyway, korang jjaga diri baik2 ye. Amalkan permakanan yang seimbang dan jalan hidup yang sihat. Berkat, selamat!

Wednesday, April 15, 2009

:: Anak dan Kantor ::

6 comments:
Masa tengah menggosok tudung pagi ni, cK pasang telinga mendengar berita-berita utama dalam surat khabar kita hari ini. Mekasih Ally dan Fedtri (gosh, tenang je mata pagi-pagi tengok makhluk2 comey).

I am pleased to hear that our country new Man has decided to kurangkan pemotongan cukai sebanyak 10% bagi syarikat yang menyediakan pusat jagaan kanak-kanak dalam premis mereka. Not bad!

If i'm not mistaken, kat DBKL ada sistem macam ni (Cik Nad tolong verify kalau u tau). So that, parent yang bekerja dalam company tu boleh bawa anak2 kecil mereka kat taska pejabat. Bila ada waktu senggang, boleh juga jengok2 anak dorang tu.

Think, this is a good step dalam usaha membina keluarga bahagia dan menyenangkan ibubapa. Takdelah mereka bagi bergunung2 alasan untuk tidak ke pejabat sebab "orang jaga anak takde hari ni". Mungkin juga dapat mengurangkan perbelanjaan mereka. I dont know whether pusat jagaan kat opis tuh nanti akan dikenakan bayaran atau tak but hey, at least dah jimat petrol dan masa kan? Tak perlu nak terkejar2 sebab nak hantar anak ke penjaga.

Dan untuk syarikat, kira oklah kan dapat pengurangan 10% tu. At least they play their part in becoming such a concern employers. Penat gak kalau hari-hari kena maki, caci, kutuk ngan pekerja gara-gara takde increment, no bonus..Sekurang-kurangnya, cara ni buat pekerja tarik nafas lega. Not bad , huh?

Amin.

Thursday, April 09, 2009

:: THE NEW LINE UP ::

4 comments:

KUALA LUMPUR: Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak's new Cabinet will have 28 members. Two ministries have been abolished.

New Cabinet line-up:

Prime Minister and Finance Minister 1 - Datuk Seri Najib Tun Razak

Deputy PM and Education Minister - Tan Sri Muhyiddin Yassin

Finance Minister 2 - Ahmad Husni

Ministers in PM dept - Nazri, Nor Yaakob, Koh Tsu Koon and Jamil

Transport - Ong Tee Keat

Maximus Ongkili - Science and Technology

Ahmad Zahid Hamidi - Defence

Hishammuddin - Home

Shafie Apdal - Rural Development

Kong Cho Ha - Housing and Local Govt

Liow Tiong Lai - Health

Ng Yen Yen - Tourism

S. Subramaniam - Human Resource

Douglas Uggah - Natural Resources and Environment

Shahrizat - Women, Family and Community Development

Mustapa Mohamed - International Trade and Industry

Khaled Nordin - Higher Education

Rais Yatim - Information, Unity, Culture and Arts

Noh Omar - Agriculture

Shahziman Mansor - Works

Ismail Sabri - Domestic Trade

Ahmad Shabery Cheek - Sports

Anifah Aman - Foreign

Raja Nong Chik - Federal Territories


CAN THEY MAKE IT OR BREAK IT?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...