Tuesday, November 09, 2010

:: Update Edisi Lebih Kurang ::

Apa yang baru? Ada la dua tiga ketul kot menda-menda baru yang jadi dalam kehidupan cK lately. Jangan dok bising tanya pasai apa dah nak setengah bulan baru gatai nak update bahan. Mau cK cili kang...

Mula-mula sekali, sesiapa yang rasa nak stalk cK silalah berhenti dari usha kat opis lama. cK dah pun selamat menjejakkan kaki ke opis baru. baru masuk 1 November yang lalu dan selamat bercuti 4-8 November. Gigih kan? Korang leh buat? Ha...ni tengah fikir camne nak abiskan 14.5 hari lagi cuti yang bersisa ni...tolak 5 hari leh carry foward next year, maka...adalah dalam 9.5 hari lagi...Mana mau pegi?

Yang keduanya, cK baru pulang dari cuti-sambil-dapat duit kat KK. Bukan Kuala Kangsar, tapi yang penuh ngan Bah sana..Bah sini tu...Met loads of interesting people. Cumanya kali ni cK travel sengsorang plus time limited sangat nak bershopping. Kena jadi nanny untuk Dafi ngan Farah Breep Breep. Dengan muka ala-ala Yolanda ni, selamba je la cK layan dorang brief apa yang patut. Been a long time since i was kelam-kabut-rasa-nak-teriak-kekuat while doing event. To Chris, lain kali kita marathon lagi cari riben merah. 

Yang ketiga, cK bakal ada family day merangkap dinner hujung minggu ni. Lepas tu, hujung minggu cK akan penuh yang jemputan orang kahwin disana sini yang rata2 semua lagi muda dari cK. Hoh! Bilalah turn cK? Turn on selalu dah...miahahhah...Maka, rabaklah poket membeli hadiah dan juga baju baru (mungkin) untuk ke acara-acara tersebut. Oh, nangis!

Yang keempat, cK akan jarang-jarang buat public appearance dalam fesbuk ya kawan-kawan. Itu pun atas arahan Mr. IT yang suka buat sekatan jalan. Add gadget pun dah tak jalan. Sampai ke Twitter pun dia jejak juga. Sentap mak nok!

Tu je lah kot buat masa ni...Nanti cK tambah tolak apa yang patut . Korang rindu, cK tahu...Sabarlah...Daaaa....

3 comments:

yaya|azura said...

ck... orang IT tu nama dia Mohd Azlin Ahmad ka? Hihih.

DoOrDie said...

org IT mana ni pn yaya? tiba2 keluar tajuk ni...konpius mak!

DoOrDie said...

ooooo...bukan bukan dan bukan lagi.....Silap pandang komen ni untuk entry yang mana satu...miahahahah...

mamat tu sapa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...