Thursday, November 25, 2010

:: Budi Pada Tanah ::

Berapa ramai antara korang yang suka berkebun? Membajak? Bajak orang ramailah kot yang suka, bajak tanah, tak pasti siapa antara kawan atau kenalan cK yang minat. cK akui yang cK sangatlah lemah dengan perkara-perkara yang membabitkan hasil tanah ni. Kalau beli pokok bunga bolehlah. Nak jaga, baja, siram...so not my thing. Tangan panas dan juga malas. 

Itu beza cK dengan Mama. Mama memang suka tanam-tanam pokok ni. Dia pernah obses dengan orkid - baik yang dalam pasu atau yang atas tanah. Bila berbunga tu, memang dia suka. Kat belakang rumah dulu pernah ada pokok mata kucing tapi tak pernah rasa hasilnya. Sebabnya pokok tu ditanam dekat sangat dengan longkang, maka akar dia dah tak sengaja pecahkan dinding longkang tu. So, kena caras. Pokok pisang emas dan tanduk pun ada kat belakang rumah sampai tak termakan hasilnya. Lagi satu buah, nenas Sarawak. Memang manis. Suka lah sangat!

Limau purut Mama saya
Now, Mama suka tanam sayur. Cili padi je ada 3 pokok dan pedas gila! Cili merah pon ada juga. Tu tak kira kacang botol ngan kacang panjang lagi. Macam best je main petik2 bila nak makan. Daun kari tidak terkecuali. Senang nak masak, tak payah pegi beli. Baru-baru ni pokok limau purut Mama yang sehat tu telah pun selamat berbuah. Besar dan banyak buahnya. Nasiblah tak boleh nak buat teh o ais limau...Kalau tak, mau licin cK kerjakan. 

Tapikan, dalam banyak2 pokok yang ada kat rumah cK (baik kat laman depan mahupun laman belakang) pelaburan paling tinggi adalah pada pokok anggur hijau yang cK belikan masa kat Cameron. Masa beli tu, tak yakin yang pokok tu boleh bertahan lama. Masa beli pokok strawberry dulu pun, 2-3 minggu je dia leh tahan. Pastu khatam. Tapi pokok anggur ni memang hebat. Dah berbuah pun dia...Boleh la pasni buat aksi makan anggur dongak2 macam Cleopatra nu. Huhuu...

Buah anggur Mama saya
Lagi satu, pokok Vanilla. Well, vanilla tu murah je harganya. RM25 sepokok. Tapi! sekilo vanilla cuba tengok berapa hengget! Ho ho ho! Cuma masa mula2 beli tu rasa terkilan sikit. Sesudah bayar, baru abang tu bagitahu yang hasilnya cuma dapat dilihat selepas 3 tahun. Lama tu! Pokok vanilla cK ni gemok dan sihat dijaga Mama. Dah almost 3 years dah..Tak lama lagi sure berbunga dan bolehlah guna buat kek atau kuih raya. Tak pun, kita jual! Sekilo pun sekilo lah!

Maka dengan ini saya berfikir, perlukah saya jadi seorang petani moden? Baahahahaha....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...