Wednesday, August 10, 2011

:: Nak Naik Teksi Biarlah Orang Yang Mampu ::

No comments:
"Pergi kerja?"
"Ya, cik"
"Tadi naik apa?"
"Naik LRT dari Gombak. Turun Sentral, ambil teksi"

"Hari-hari?"
"Ha'ah. Hari-hari. Dulu naik bas. Tapi semenjak dua ni, waktu asyik lari. So senang naik teksi"

"Heh. Kalau nak naik teksi tu biarlah orang yang mampu"
Diam.
Kerut dahi.
Separuh ngaga.

Apa yang patut cK jawab? Nak tinggi suara, orang tua. Nak berbudi bahasa, hati ada rasa sentap tiba-tiba. Apa maksud sebenar ayat makcik pemandu teksi tu? Ok fine kalau dia ambil berat tentang perbelanjaan cK. Mungkin dia rasa cK ni budak lagi dan tak mampu nak berbelanja lebih. Lebih baik kalau cK bersesak2 dengan warga "antarabangsa" read : Bangla, Indonesian, Vietnamese kat dalam bas rapid tu.Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian agaknya.

Tapi bila difikir-fikirkan semula, siapa dia untuk berkata demikian dengan nada yang agak mengejek itu? Apa cK ni tiada kuasa pengguna? Wang yang saya bayar tidak bernilai Ringgit Malaysia? cK tak layak nak naik teksi wira 1.5 auto yang semput bila naik bukit tu? Macam tu? Hoh, emo betul!
Patutnya awal pagi makcik tu perlu murahkan senyuman dan lemparkan kata-kata yang merangsang minda. Cerita pasal cuaca pun takpa. Tanya pasal kerja boleh juga. Tapi tak perlu rasanya keluarkan kenyataan bisa tu. Perkhidmatan yang ditawarkan itu dibayar oleh pengguna berdasarkan sistem kupon. Walaupun nilainya cuma RM13, ia cukup untuk memberikan sedikit keuntungan pada pemandu teksi kerana bayaran itu telah termasuk upah pergi-balik ke KL Sentral dan konsortium cuma mengambil 10% dari jumlah bayaran. 

Bersyukurlah makcik bahawasanya masih ada orang memerlukan khidmat makcik dan sekaligus rezeki buat makcik. Jangan sampai saya black list makcik macam teksi iswara hijau HWC6979 yang bau hapak tu. Dahlah berbau, pemandu pula suka tekan brek mengejut. Semput mak! Naik dua kali, terus surrender cK. Sanggup tengok dulu teksi yang beratur tu sebelum naik. Tak daya weih. Silap haribulan ada yang muntah darah.
Jabatan yang berkenaan macam Puspakom tu, cuba luaskan lagi skop penilaian kenderaan awam ni. Jangan hanya titik beratkan keadaan fizikal luaran kenderaan semata-mata, Cuba pantau bahagian dalam kenderaan. Bukan saja enjin malah tempat duduk, sistem hawa dingin, radio dan sebagainya. Malulah dengan orang luar. Negara bukan main maju dengan bangunan tinggi melangit, tapi teksinya semua hangit. 

Tuesday, August 09, 2011

:: My First Stadium Experience ::

No comments:
Sebelum korang semua baca post ni, mula-mula sekali korang kena tahu yang :
a. cK bukan jenis makan bola, tidor bola, minum coca cola tu
b. cK tak sokong mana2 pasukan bola mana-mana liga Malaysia, Inggeris, Eropah etc
c. cK tak pernah masuk stadium tengok bola

Ya, point yang last tu penting ya kawan2. Memang tak pernah! Never in my entire live until 28 July 2011. Tu dia. At the age yang three series ni barulah pertama kali cK beli tiket bola, tengok bola live kat stadium. For what game? Malaysia lawan Singapura. Ya, our kiasu neighbour.

And i must say, it was the best night of my life man! Gila happening though we lost the game to the Lions. Tak percaya ? Korang tengok clip bawah :



Serius happening kan? Meremang bulu roma ok. Now i kinda addicted to it. And i highly recommend for those who always have a dream to watch the actions right in front of your eyes, go ahead buddies! You may remember it for the rest of your life. Kenangan terindah katanya.

Di stadium itulah semangat patriotik terasa membuak2 dari sanubari. Semangat cintakan negara, bangga bersulam harapan yang tinggi dan laungan semangat 1Malaysia tidak berbelah bahagi. Secara automatik, kita akan merasakan satu aliran tenaga yang luar biasa. Ya, sukan bola sepak boleh menyatu padukan semua lapisan masyarakat tanpa batas usia, agama, mahu pun jantina. Demi sukan dan maruah negara, kita bersatu menentang seteru!

Teringat cK bagaimana gelagat mereka yang sanggup duduk dilantai, berkongsi kerusi demi memastikan semua yang berada dslam stadium terhibur dengan aksi pasukan kebangsaan. Tatkala lagu Negaraku berkumandang, gema suara puluhan ribu yang hadir cukup menggentarkan. Sorakan sokongan "Malaysia!" yang lebih mirip pada "Meysia!" dan formasi ombak manusia ternyata amat mengujakan.

Called me Jakun and i wont mind it at all. There's always a first-of-something-in-some-point of your life, right. And now, its football time for me and it certainly keeps me happy. So, just let it be. *sigh*

Friday, August 05, 2011

:: Salam Ramadhan Semua! ::

No comments:
Selamat hari Jumaat korang! Hari ni adalah hari kelima semua umat Islam berpuasa. Oh ya, memang ada yang masih belum nampak anak bulan Ramadhan dan ada juga yang nampak anak bulan lambat. Itu perkara biasa. Nak2 kalau korang perempuan.

Agak lama juga cK tak post eh terbitkan (sokong bahasa Malaysia ok!) di laman rumah ni. Ttak perlu bagi macam2 alasan, cuma yang pendeknya cK agak tebal Vitamin M. M untuk Malas ya kawan2. cK dah mula mencari hiburan luar dan cinta hati yang baru. Teman lama cK si FB tu pun dah macam cemburu dah. Hoho. Sekarang ni cK banyak berlibur dengan si burung biru dan ikan paus Twitter tu.

Kebanyakan masanya korang boleh berinteraksi terus (wah... bahasa!!!) dengan cK dilaman twitter menggunakan twithandle/id @adzra. Pendek saja. Senang nak ingat. Pernah cuba nak pakai @cK tapi dah ada orang lain yang dah guna pakai. Nak pakai @CikKuntum macam panjang sangat korang nak taip, terutamanya yang log in pakai twitter mobile. Maka @adzra dah cukup baik.

Wajib hafal untuk sebulan ok?
Ok ok..berbalik kepada cerita Ramadhan. Masih lagi berbuka dah bersahur dengan keluarga tercinta. Belum lagi ke mana2 hotel atau restoran untuk memenuhi undangan berbuka puasa. Awal sangat lagi pun. Biarlah dulu. Lagipun, tak sampai hati bila tengok Mama siapkan menu yang best2 untuk berbuka tu. Penat2 dia masak untuk anak dia, alih2 makan buffet juga yang menjadi pilihan. Tak boleh lah macam tu kan.

Walaupun cK ni bukanlah kaki Bazaar Ramadhan, tapi cK dah 2 kali buat lawatan di Bazaar Ramadhan kawasan rumah cK. Hari pertama puasa - sesak giler! Hari kedua - kurang tapi ramai juga. Kalau korang nak tahu, Bazaar kat Melawati ni memang selalu menjadi tumpuan ramai. Yang datang pun bukan hanya penduduk Melawati tapi dari Selayang, Wangsa Maju, Gombak malah Rawang pun ada! So korang cuba bayangkan! Maaf ya, cK tak snap gambar sebab haha... sekali lagi..... Malas!

Seriklah dua hari berkunjung. Tak sanggup rasa nak mengharung perjalanan, selit menyelit. Oh Tuhan! Tak Kuasa ok! ha...cukup dulu kot catatan pembukaan ni. cK nak kena lap habuk2 blog, sapu laman rumah..lama sangat kena tinggal. Kang orang ingat rumah berhantu pula kan?


Monday, June 27, 2011

:: Bukan Semua Yang Kecil Itu Cute ::

No comments:

Ha! Apa korang fikir tu? Fokus2. Kecil di sini merujuk kepada kejadian fizikal manusia yang lebih dikenali sebagai kanak-kanak. Budak kecil tak sikat rambut ala-ala out of bed - comel. Budak kecil bikin fringe meleret tutup mata macam Bieber - comel. Budak kecil pakai stokin lain2 warna - comel. 

Tapi, budak perempuan rambut kerinting terpekik terlolong marahkan mak bapak dia sebab tak dapat belon - so NOT comel. Budak lelaki yang berguling hentak2 kaki atas lantai sebab mak dia taknak belikan permainan - langsung TAK comel. Sama juga dengan budak kecil yang sibuk lompat2 kerusi lepas tu tersalah landing sampai kena orang dan langsung tak reti nak minta maaf. Lagi sadis bila mak ayah dia tak menegur sepatah pun perbuatan anak kesayangan mereka itu. Memang panas beb.

Mind you, cK bukan anti budak kecil ni tapi biarlah berpada2. Kalau terjatuh pastu nangis manja2, takpun kena marah then dia mencebik tu...Yes, itu comel. Kalau jenis yang boleh menaikkan darah dan rasa nak terkeluar biji mata bila kita pandang tu...Yang itu memang minta dijauhkan dari cK sejauh mungkin. Silap2 kang, cK ajar je budak tu cukup2. Dah mak ayah dia tak reti nak mengajar kan, kita tolong-tolonglah. Tak gitu?

:: Dah Kenapa Nak Merokok Depan Budak? ::

No comments:
Ok. Cubaan gagal. cK cuba nak biarkan je bulan Jun berlalu tanpa sebarang entry. Tapi makin dibiar, makin meluap2 pula semangat nak mengemaskini laman sesawang saya yang satu ni. Terima kasih cK ucapkan kepada dua pasangan suami isteri yang merupakan penyebab untuk cK menulis entry ini. 

Kalau nampak lelaki merokok tu pelik tak? Tak. Kalau terserempak perempuan lepak tepi LRT atau tangga tepi air terjun KLCC tu merokok pula pelik tak? Pun tidak. Budak2 sekolah yang pakai uniform sekolah selamba singgah kedai mamak, beli rokok sorang sebatang tu pelik tak? Lagilah tak. Buatlah apa jenis kempen TakNak ke apa ke, hasilnya orang masih hisap rokok. 

cK bukanlah insan yang tergolong dalam golongan penyedut asap primary, tapi cK jatuh ke tahap sekunder. Mana taknya, asyik sedut asap rokok orang je hari2. Terkesan jugalah hati, paru2 cK ni. Yang paling cK tak boleh terima sama sekali, bilamana ada ibubapa yang sukarela lawan hembus asap depan anak kecil depa. Dalam banyak2 tempat nak merokok, apa halnya nak merokok depan budak, anak?

Rasa berkuasa ke kalau merokok secara terbuka? Sedangkan kalau dorang merokok depan anak dewasa dorang pun  cK menyampah ini pula depan anak kecil umur 4-5 tahun. Apa yang korang cuba buktikan? Kalau dari kecil dah didedahkan dengan rokok, jangan buat2 terkejut bila stok korang makin lama makin susut. Nak beli tak mampu, maka rembat saja stok yang ada di depan mata. 

Tengok gaya si isteri ngan suami macam muka terpelajar. Tapi sayang, meleset sama sekali. Mereka masih perlu diajar. Perlu diajar yang cara mereka mendidik itu salah dan tidak beretika. Cuba didik anak2 mereka dengan perkara2 yang lebih bermanfaat - mengaji qura'an, belajar jawi hatta membaca buku cerita Inggeris. Ini tak, belajar mengenal tobacco. Makin lama makin tidak sihat generasi muda kita. Hasilnya, anak cucu kita semua punya masalah kesihatan. Salahnya siapa? Salahnya kita! 

Tuesday, May 17, 2011

:: Cubaan Pertama Bikin Molten Cake ::

2 comments:
Post pertama untuk bulan May akan dimulakan dengan makanan! Huma huma! Hari ni cK cuti sempena Hari Wesak. Macam biasa, bila hari cuti ni otak akan ligat berkordinasi dengan perut dalam usaha mencetuskan nafsu makan yang melampau. Maka, secara automatiknya cK terus mengidam nak merasa kek. 

Mungkin juga salah baby phat (Nabil, don't kill me) sebab berjaya memancing mood makan dengan gambar lemon cheese cakenya. I am so gonna do that soon. Untuk hari ni, cK cuma guna bahan2 yang ada di dapur tu. Terhasillah dengan penuh kasih sayang Molten Chocolate Cake. Nama lain untuk kek ni  adalah Lava Choc. Yang sibuk merata Secret Recipe, Domino, Rasamas tu dok promote tu. Being me yang berjimat cermat ni, terasa mau bikin sendiri. Puas hati kot kan? 

So, kat bawah ni resepi yang korang leh praktikkan. Dan yang best semua ni boleh siap dalam 10 minit. Best tak ? Best tak? Bahan2 yang cK senaraikan dibawah ni boleh dicampur sekaligus tapi cK bikin dua mangkuk. Konon2 lebih tertib.



Bahan A
a. 3 sudu besar mentega - cairkan
b. 3/4 cawan gula
c. 1 biji telur
d. 1/4 cawan susu - cK try pakai HL sedap je
e. 1 sudu kecil vanilla - bajet satu penutup pon ok


 
Bahan B
a. 1/2 cawan tepung serba guna - tepung gandum pun ok je
b. 2 sudu besar serbuk koko - cK guna Van Houten
c. 1/4 sudu kecil baking powder
d. Secubit garam halus

Cara-cara pembikinan:
1. Gaulkan semua bahan2 diatas sehingga rata mengikut agihan bahan2 dalam dua mangkuk berlainan.
2. Setelah Bahan A larut sepenuhnya, masukkan Bahan B sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.
3. Greasekan mangkuk atau apa saja bekas (bekas plastik pun ok) janji microwave safe supaya tidak melekat.
5.Tuangkan adunan tadi dalam bekas. Tutupkan bekas tersebut
6. Set microwave pada High dan masak untuk 2 minit maximum.
7. Keluarkan dan tunggu sejuk 5 minit. Terbalikkan atas pinggan.

Tarrrraaaaaaa.....

 
Senang bukan? Maka apa lagi tunggu, cubalah!

Monday, April 25, 2011

:: Dia Malay ke Muslim ?::

No comments:
Siapa berani jawab soalan tu sila tinggalkan komen. Tak, cK tak paksa. Siapa rasa dia nak jawab, cK baca. Kalau tak nak tak mengapa. cK ok je.

Dalam Twitter baru-baru ni, cK ditanya satu soalan "You really have problem with Muslim Gay don't you?".
Stunned. 

Bukan sebab cK sentap atau gagap. Tapi cK tak tahu macam mana dua perkataan yang macam langit dengan bumi itu boleh dijadikan satu terma. It just sound so wrong. Serba tak kena. Tak pernah cK jumpa atau baca kat mana statement : Hi, I'm Christian Gay ke Hello, I'm Hindu Pervert or Hey there, I'm Buddha Lesbian. Korang pernah?

Orang yang berfikir secara normal, tidak akan sesekali menyatukan dua elemen ini. Ianya terlalu suci untuk dicemari. Lain bezanya bila seseorang itu cuma menyatakan yang dia begini atau dia begitu "Saya gay, saya ok". Bangsa pun kadang2 dia tak announce. Kerana apa? Ia sangat sensitif untuk disentuh sebarangan apatah lagi dicabuli.

Agama itu tak mengenal bangsa. Tidak perlu jadi Melayu untuk jadi Muslim. Tidak semestinya jadi Caucasian untuk jadi penganut Christian. Agama setiap orang dalam sesuatu bangsa itu boleh berubah-ubah. Namun, bangsanya tetap sama. Walau dia menganut apa saja agama, tapi jika Cina lahirnya hingga ke matinya masih Cina. Sama juga bila lahirnya Melayu, walau di'blonde'kan rambut, di'tan'kan kulit, diseksikan pakaian....dia tetap Melayu. Agama? Mungkin Buddha? Mungkin Christian? Muslim? Mungkin juga. Tapi dengan begitu banyak kesilapan yang dilakukan Muslim kah dia? Wallahualam. Hanya Tuhan yang bisa tentukan. 

Cuma atas dasar majoriti, Melayu dia bumi Malaysia dipukul rata sebagai Muslim. Muslim sejati, muslim liberal, muslim moden dan ntah apa lagi. cK hanya tahu, Islam punya mazhab bukan jenis yang berbeza2 dalam satu negara. Itu semua mainan minda bila hidup dalam penipuan (living in denial) dan cuba membenarkan yang bathil dan menidakkan yang hak. Dan itu semua mainan siapa? Mainan manusia yang berbangsa Melayu. Bila ada saja isu sensitif yang diutarakan, cuba korang perhatikan siapa yang akan berkompang kencang? Itu tak kena, ini tak boleh, itu salah, itu hak individu dan macam-macam lagi jawapan mereka.

Back to basic. Tidak ada satu pun agama dalam dunia yang menggalakkan penganutnya membuat kemungkaran. Tidak ada seks sebelum kahwin, tiada hubungan songsang sesama jenis atau sebarang jenis tingkah laku lain yang tidak berlandaskan nilai murni. Jadi bagaimana dengan bangganya ada antara kita yang mengaku dia Muslim Gay? Jika dia menjalani kehidupan sebagai seorang yang punya agama dan mahu berubah, pasti dia tidak akan terus-terusan hanyut dalam dosa dan cuba memperbaiki dirinya. Mana mungkin dia terlalu selesa dan berlagak seperti ianya semua biasa-biasa saja.

cK tak nafikan, kita semua tak lepas dari berbuat dosa. Tapi, itu bukan alasan untuk kita untuk buat derk forever.Every saint has its past and every sinner has a future.Tepuk dada masing2, fikir baik2 sebelum nak kata apa2. Kerana mulut & jari, badan mungkin binasa.

:: The S ::

2 comments:
Semua ni punca dari laporan English daily pasal kem Besut. Dah baca? Meh baca sini. Dek kerana perkataan SISSIES tu, semua orang panas punggung. Baik yang golongan marhaen atau memanda menteri. Banyak feedback yang negatif daripada yang positif sampai ada menteri yang bersifat ibu mithali membantah tindakan itu kerana ianya dikatakan mencabuli Child Act. 

Tapi, berapa ramai yang baca laporan ni. Ada? Malas nak klik? Meh sini cK tepek sebaris dua ayat yang cK rasa amat relevan :

1. The Student Personality Development Programme carried out by the Terengganu Education Department aims to boost the confidence of male students facing an identity crisis.

2."We have taken an early step towards realising this by identifying male students who are not active in associations, uniformed bodies and sports to join the personality development programme".

Now, tell me berapa ramai yang akan melompat kalau berita dari Bernama tu keluar dulu sebelum English daily tu? Ada sapa2 yang beria-ria nak highlight pasal berita Bernama ni kat satu dunia? Ada? Yang kecoh giler that english daily punya post as if semua orang Malaysia ni nak buat penghapusan etnik kat golongan soft ni. For this, i blame that english daily for the headline. Beb, kalau kau nak lakukan paper pun tak payah la nak provok sampai macam tu sekali. 

Hatta kalau benar pun budak2 tu sissies, cK tak rasa perlunya diwar-warkan satu dunia. Lembut tak maksud dia songsang. Tapi bila korang buh headline yang macam tu rupa, tak ke buruk benar impaknya? Looking at the damage done, gila besar. Dan ya, saya perasan yang marah meluap2 tu bukanlah lembut semata tapi yang trang tang tang. 

Bila agaknya media kita nak cerdik bila bagi headline yang berguna? Ia memang patut sensasi tapi bukanlah yang makan diri. Dahlah English daily, ramai manusia kat pelusuk dunia yang faham. Kita ni hidup bermasyarakat, kelat macam mana pun kita sama2 pimpin tangan untuk ke arah kebaikan. cK memang sakit hati bila baca entry camni. Shallow.

cK faham rasional kem tu diadakan. Pernah dengar melentur buluh biarlah dari rebungnya? Pernah?Maka cK rasa tak ada salahnya kalau mereka lakukan seperti apa yang orang tua2 kita sarankan. Kalau dah tua bangka, cakap apa pun tak guna. Sebab kalau dinasihatkan juga, ramai la yang kena baling tumit pastu kena laser sampai keluar statement "Kubur asing2". Ha ah memang. Tapi bila aku dah tau, aku pun sama share sikit percentage dosa kau tu. Oh, dosa aku pun tak tertanggung kot? 

Friday, April 22, 2011

:: Aku Tak Suka... ::

2 comments:
"Hello, busy ker?"
"Ha ah. Busy sket. Office undergo refurbishment so kena pack things".
"Oh..ok".

3 minit kemudian. Bunyi sms masuk.

SMS : Hi. Bz ker?

Tak balas.

Selang beberapa minit kemudian, bunyi sms masuk lagi.

SMS : Hi.Hello. Tak balas msg pon?

Tarik nafas panjang-panjang, dalam-dalam. Dua jam kemudian.....

"Hello, busy ker?"
"Hurm".
"Oh bz. Buat apa?"

Ok. That's it. cK memang ada masalah bila orang yang either:
a) memang jenis tak faham bahasa
b) jenis yang buat-buat tak faham bahasa

Berdasarkan pekerjaan mamat yang menelefon ni, dia sepatutnya tidaklah berkelakuan sebegitu. Ya, saya kurang gemar bila orang tanya soalan sama berjuta kali macam limited vocabulary plak rasanya. Atau dia pekak? 
Lebih panas, bila dia hantar sms bertalu-talu dan antaranya bunyi camni "Awak sudi ke nak berkawan dengan saya?" tak pun "Ikhlas tak nak terima saya?". Omaigod! Ko kenapa mamat oi? Baru nak kenal je kot, taklah saya nyanyi lagu Bruno "I think i'm gonna marry you" pun kan?Pastu jenis main paksa-paksa plak suh online la itu ini. Bila online, lambat reply je BUZZ. Wrong move. If you love to BUZZ, you may buzz off lah. By all  mean, please do.

Please people. I stop dating a younger guy cause most of them are still kiddo. Ask yourself, are you looking for a girlfriend or a mother that will always pamper you regardless how tired she is? Dengan umur yang dah three series ni, kecenderungan untuk melayan makhluk gedik dan mengada terlampau ni bukanlah agenda utama kehidupan cK.

Dan tolonglah, saya bukanlah budak sekolah yang awak kena call setiap jam dan sms setiap saat. Rimas. Lemas. Bikin panas. Kalau nak jenis perempuan yang macam tu, awak boleh cuba cari budak skolah menengah takpun budak2 yang baru masuk universiti. Yang tu memang tengah miang. Serius tak tipu. Siap ada pertandingan tak rasmi kot sapa dapat call paling banyak dalam sehari!

Memang saya puas hati sebab dah terus terang ngan awak yang saya menyampah orang yang pentingkan diri. Apatah lagi yang baru nak kenal2 dengan saya yang selalu moody tak ikut jadual ni. Memang berbakul-bakul jugalah awak kena marah ngan saya tadi. Boleh tahan, bagus. Tak boleh tahan, lebih bagus. Dah. Aku nak tido.

Sunday, April 17, 2011

:: When East Meet the West End Stars in Concert ::

2 comments:
It all begin with this :


I quickly hit the compose button on my Gmail account and type something. I don't want it to be sound to 'kipas' or sucking up kinda thing. I just want to be honest. As sincere as i could be. So my reply goes as below:

Hola Enfiniti team,


Here we goes...


What are the titles of the 2 stage musicals produced by Enfiniti?
a) P.Ramlee the Musical
b) Puteri Gunung Ledang the Musical


I WANT to be at West End Stars in Concert because i am broke and cant afford to be at bruno, rain, bieber or maroon5. Show me some mercy!

Dekdek said that i would never stand a chance to get anything from that 'effortless' and 'gedik' response i sent to the Enfiniti team. I have to agree with her until my mobile rang somewhere at 3pm on Thursday from Enfiniti's Office! Weehoo! Got two tix for the night itself - the media night. Shuweettt!

Still, the weather decided to go against me when the day rain heavily and i was trapped in a massive MRR2 traffic not to mention the flood. Gosh! There goes my chance to see three hot hunks on stage and our very own song bird, Jaclyn Victor. No, this is ain't right. Grab my phone and I have to thank Twitter for this. I twitted DS Tiara herself and also her most loyal employee, Chedd. Did i said, i manage to text Pat Ibrahim too? Sounds so desperate, isn't it? Don't care. All i'm asking is to have my winning tix be rescheduled for Friday.

Alhamdulillah. Got another call from Enfiniti's office after Friday prayer, saying that i can watch the performance on Friday's nite. But only ONE tix made available for me. No problem. I won't be alone. I will be surrounded by a bunch of people who appreciate the musical, the commercial theater - the West End way.

As i was collecting my tix, i am nearly fainted to see : First - the cost, Second - the seating. I am feeling so cloud nine already. Fyi, the tickets are available at RM80, RM130, RM200, RM300, RM350, RM400, RM480 and RM1,000. Patrons who purchase the RM1,000 tickets will be able to participate in a special session to meet the artists plus exclusive gifts complete with autographs. And my tix is worth :


Ho ho ho! Second mahal after the 1k tix. Kidding me? What good have i done in my life that DS and her team are being so nice awarding the tix to her fans, read : ME. Doncha wish to be me? I mean seriously? Exaggerate...Haha. Another good reason for feeling like Blair Waldorf for a moment are seeing the Datuk, Datin and celebrities including the soprano vocal power Ning Baizura. 


Ok. Serious now. The West End Stars namely Ramin Karimloo (Phantom of the Opera), Simon Bailey (Les Miserables) and no-stranger our Merong, Stephen Hughes Rahman (Bombay Dreams) took the stage with few numbers which is close to our heart including Memory (Cats Musical), I Dreamed a Dream (remember Susan Boyle?), Defying Gravity (Wicked / Glee), Something's Coming (West Side Story) and A Song for You (Carpenters / Michael Buble). The performance were also featuring a choreograph by Suhaili Machelin and Pat Ibrahim. Not to forget Lee Sze Wan, the brilliant musical director. 

Learning from his experiences as Hang Tuah, Stephen sang Di Puncak Tertinggi, the original score from Puteri Gunung Leadang the Musical with Jaclyn Victor. He also sang his first Malay single (yet to be released) which i cant recalled the exact title due to 'leleh' hearing how cute he said "Alamak! Nasi Lemak!" when he stumbled. It would probably called 'Hingga ke Pintu Syurga'. (Tiara / Chedd if you are reading this, do correct me yeah?).

Jac do us proud singing Phantom of the Opera's - All I Ask of You (with the three hot hunks) and West Side Story's - Somewhere. I get goosebumps hearing almost all of the numbers performed that night. Luarbiasa! The crowd gone wild when the boys sang the Queen's Medley - We Will Rock You, We Are the Champion and Bohemian Rhapsody. I'm a Faizal Tahir's fan but seriously the boys rendition of the medley was way superb! Sorry Faizal, i have to tell the truth. 
When the light turn off, the crowd (including me) were shouting "We want more! We want more!". Imagine a bunch of people with dress code : decent, black tie, were shouting as if we were in the stadium watching Adam Lambert. The boys and girl made a comeback and surprise the audience singing the ultimate Search's hits - Fantasia Bulan Madu. Histeria weih! Salute! Tabik! 

I am glad that I managed to personally went up to DS Tiara and thanked her kindness and consideration. It was my bad for not be able to catch Chedd but a few twit and FB message will hopefully reach him and made him understand how grateful i am to be given the chance to be a part of a great production. And it was more meaningful when DS Tiara permit the audience to do whatever we want to be it singing, dancing, picture snapping, video recording. Awesome! 

Looking forward for another piece from TJ and team. I don't have eye popping pictures to share, but i leave you guys with these 'orgasms' performance. Enjoy!

Sunday, April 10, 2011

:: Facebook Vs. Twitter ::

2 comments:
cK sepatutnya tak perlu ambil pusing dengan perkara ini. Umpama memberikan publisiti kepada mereka yang terlibat. Cuma anggaplah cK seorang wanita yang sedang PMS dan tidak akan lengkap hidupnya jika tidak mengomel tentang perkara yang mengganggu penglihatan serta pemikirannya.

Berapa kerap korang update Facebook atau Twitter korang. Sehari sekali? Sejam sekali? 5 minit sekali pun ada kan/ Toksah nak tipu. Kalau Twitter ok, tapi kalau Facebook tak Ok. Fine. Ni nak cerita sikit pengalaman peribadi cK kat korang semua. Dulu cK pernah gak dilaser-laser dek orang keliling "Kejap2 update". Tak pun...balik2 dia update. Dia dia dia. Snap gambar je update. Buat tu sikit, update. Tol? Angguk je la tak rugi pun. Ada antara korang juga yang laser2 tu. Toksah nak buat muka blur2 plak.


As time goes by, cK jumpa Twitter. Mula2 kekok. Tapi lama2 cK rasa selesa. Boleh update apa saja, bila2 masa. Sesaat sekali pun boleh kalau sanggup la kan. Maka, segala update cK lebih diberatkan dalam Twitter. Alhamdulillah, dah sampai 8 ribu twit so far dan ianya akan bertambah hari demi hari. Trust me. Typing your thought / feeling is so damn fun rather than keeping it inside and soon to know it kills u slowly. Go give it a try. 

Yang cK dapat simpul kat sini, ada beberapa perkara yang boleh dipertimbangkan bila korang nak buat update. Ia juga akan membantu korang untuk mengenal pasti yang mana lebih sesuai untuk korang.Nah baca. Kalau korang......

1....jenis suka baca update2 orang tapi tak suka nak update akaun sendiri : Facebook. Takda makna ada Twitter kalau tak update ya.
2....suka kuiz mengarut dengan aplikasi yang tah apa-apa : Facebook je yang ada kuiz2 tu.
3....suka sangat nak update status korang setiap lima minit sekali atau kurang dari 2 jam sekali : Twitter. Takde sapa kisah ko nak twit berapa kali.
4....beria2 nak type status panjang lebar macam karangan : Facebook sebab Twitter limited. Tapi lebih baik korang blogkan saja. Aku pun muak tengok status panjang2.
5....nak seluruh alam maya tahu siapa sedara mara, pakwe korang : Facebook sebab ada option untuk pilih update relationship status
6....jenis yang suka fast movement kat timeline korang : Twitter tapi sila pastikan korang follow ramai orang kalau tak nampak orang tu je la.
7....suka snap gamba pastu nak update kawan2 : Facebook / Twitpic - Dedua boleh sebab gambar ni selalu kurang menyakitkan hati dari update status banyak2 kali
8....suka jadi mafia, bercucuk tanam, judi, bela pet : Facebook je ada game2 tak tentu arah camni. Twitter tak plak jumpa lagi.
9....nak dapat respon cepat dari artis, tokoh2 korporat, ahli poltik : Twitter. Janji dorang tu bukan yang kekwat la. Kalau Facebook, sekali artis tu update..yang lain2 penuh ngan komen2 peminat je.
10...nak buat marketing untuk produk korang : Facebook lah. Sebabnya Twitter agak limited kecuali korang post link. Tapi cK memang kurang gemar pesen tag2 orang buat marketing ni. 

So, dah dapat dah? Simple je guide yang cK bagi tu. Harap-harap korang faham la ya. Penat nak hide semua kat facebook tu. Kalau remove ke delete ke, kecik hati pula. So, Mark lepas ni patut buat group hide. Senang. Semua campak kat situ je. Bukan setakat takleh tengok wall/update cK tapi cK pun takmau nak tengok hyper update dia. Kalau ada masa nanti, baru cK turun melawat k? Peace.

Wednesday, April 06, 2011

:: Balaslah Twit Saya!!! ::

No comments:
Berapa ramai diantara korang yang ada akaun Facebook? Ramai kan? Ok. Soalan seterusnya. berapa ramai yang ada akaun Twitter? Ha, yang ada icon burung warna biru tu. Ala..yang kadang2 keluar gamba burung gigih angkat paus pehtu ada nota tempelan "over kaw nyah capacity" tu.cK pun tak terkecuali untuk kepoci register account. Sesiapa yang rasa nak follow leh je cari id cK : adzra. Sempat promo plak! Hiks!

Dengan umur pembabitan yang setahun jagung ni, cK baru je cecah tweet yang ke 8k. Kadang2 cK pun lupa ingatan apa yang ditweetkan / retweet sampai cecah angka tu. Follower cK tak ramai. Sikit je. Selalu bertukar ganti. Mungkin sebab dorang semua tak faham bahasa Malaysia kot? Oh, cK tweet dalam dwibahasa bergantung pada mood hari tersebut. Kalau rasa nak satu donia paham apa yang cK tweetkan, cK akan tweet in English. Kalau takat lingkungan negara jiran, bahasa Malaysia pun dah cukup da.

Uiiihhh....hebak2!Ko ada?
Berapa ramai yang cK follow? Hurm...ramai sikit je dari follower cK. Lebih kurang dalam seratus lebih la juga. Ada yang memang kawan, ada politician, bloggers dan ya, artis. Untuk hari ni, fokus kita pada artis2 yang ada akaun twittter. Yang lain2 tolak tepi ok?

 Boleh tahan ramai juga artis negara kita yang ada akaun. Tiara Jacquelina, Ning Baizura, Ella, Fazley, Imran Ajmain, Aznil Nawawi, Yuna, Najwa (ni yang cK follow la) semuanya ada akaun masing-masing. Si mak hayam amboi3 tu pun ada juga dek non. Sampaikan Tok Ti pun akhirnya akur. Cuba korang bayangkan betapa hebatnya penangan twitter ni. Soalannya "Siapa yang update tweet dorang tu?" Dorang sendiri? Manager dorang? Kawan2 rapat dorang? Jeng jeng jeng jeng....

Lebih tepat lagi kalau tanya "Rajin ke dorang balas tweet?". Ahah! Itulah yang misteri untuk sesetengah artis kita terutamanya yang bajet hot. Well...oklah. Bukan semua yang bajet hot tapi ada juga yang memang hot tak balas tweet fans dorang. Al-maklumlah, bila hot ... mau banjir timeline tu hari2 peminat tweet. Mana ada masa nak balas semua. Kita yang golongan kebanyakan ni pun kadang2 tertinggal nak reply tweet kawan2 yang tak berapa kerat tu. Ni kan pulak SELEBRITI katanya. 

Cuma yang tak syok tu bila korang gigih menaip tweet untuk artis tu tiap2 hari, satu line respond pun korang tak dapat. Nak buat tambah sakit hati lagi...Korang tengok si artis ni boleh je reply tweet kawan2 artis dia. Siap ada gossip2 lagi. Tapi tweet korang? Macam tak nampak je. Tak cukup dengan tu, tweet dorang tu pula dok busy cerita pasal 'dunia' dorang. Tweet cam ".....lawa la baju si polan u pakai malam ni. I pakai si anu punya" tak pun "....i tengah bz shooting ngan si malaun, u camana?". Pernah nampak? 

C'mon la. Kalau takat nak nyembang ngan kawan2, sila pakai SMS. Takpun sekarang ni ramai pakai Blackberry. So add la sapa2 yang patut dalam BBM group. Share la BBPIN korang ngan 'kaum' sedarjat. Kalau tak, donlod je Whatsapp tu. Pehtu leh je mesej2. Tak luak kredit pun. Errr...artis pakai prepaid meh? LOL.

Still, it will be nice kalau ada selebriti ni yang luangkan masa untuk balas tweet2 yang ada regardless sapa pun korang. Masa tu sure ada rasa happy, bangga dan dihargai bila baca tweet dari artis ni. Meaning to say, dorang ambil berat dan tak pilih bulu. Ada juga yang follow balik followers dorang. Fair kan? cK cuma follow orang2 yang kelihatan rajin berinteraksi. It takes two to tango kan? Kalau cakap sorang2 tak syok la. Baik cakap ngan dinding. At least dengar gak suara melantun.

So, kalau ada artis yang terbaca ni...no offense but that's the reality. We are human. We make mistakes. And there's always a room of improvement. jangan bodoh sombong. Peace.

nota kaki : teringat plak lisa surirumah tak balas g tweet cK. dah 5 kali weih.hiks!

Monday, April 04, 2011

:: When A Picture Sharing Site Looking Like a Porn Related Page ::

2 comments:
I've been doing my observation for quite sometime now. Not once, nor twice. I've been uploading a total of 134 pictures to this one site that can be accessed via twitter. No, i wont be sharing the name for a simple reason that i don't want to get sued for saying all these. I might be outspoken but i am not that dumb to burn my pocket just to pay some strangers who have made million? billion than i do.

Here's the story. I am disturbed by a few avatar / image or whatever that you may called it that seems to appear  in that particular page. Is there anyone out there that can explain to me in a very simple English or Malay to the fact why does below image has to be there at all time :



See that? Do any of you get horny when you upload your picture to the net? Would that kind of image / ads turn you on? Why cant they put an apple? Pizza? Or maybe doughnut to fill that empty space? Is that necessary to have such image? Sometime, it gets worst than that. A half-naked man and women holding each other with that half-open eyes and hopeless look. Like seriously why?!!!

Each time Daniel come to look at my screen i have to just tab it to something else. I am not pleased to answer any of his intelligent questions in regards to that disturbing picture. A big no. Plus, a kid shouldn't be exposed with that kind of info at a very early age. The bird the bees and where do baby come from kind of questions is a big capital NO for a 9 years old boy. 

So, please be sensitive will ya? Put up something else rather than that sexual driven image you had so far. I'm saying this again n again, it just not healthy for the mind..if you don't mind.

:: That Lazy Breakie ::

2 comments:
This entry is dedicated to Ms. Dory. It's simple and yes, you need to have an oven la dear. Or else, how to get it done and melt the cheese?






I am not good in sukat menyukat ni cuz my style is buh je janji sedap dan lazat. haha! So Dory, bare with me!

What u need :
6 slices of bread - Gardenia if possible
2-3 slices of chicken loaf - supermarket banyak
1 capsicum - slice it or dice it
5-6 cherry tomatoes - can cut to half / quarter
1 union - dice or slice
Tomato ketchup
Mozzarella cheese

What to do:
1. Chicken loaf + Capsicum + Union + Cherry tomatoes + 3 table spoon of tomato ketchup in one bowl. Mix them. (Item A)

2. Take one tea spoon of tomato ketchup for each slice of bread and spread it well.

3. Once done, put the Item A on top of your bread. At this stage, the smell of pizza will filled ur kitchen.

4. Sprinkle some mozzarella on each slice of bread. Its really up to you on how much it should be. For those who love cheese like me, we opt for more n more cheese. try moderate, for more healthy.

5. Bake it in ur oven for max 10 minutes. Take it out and voila, u r done.

Simple isn't it?

Sunday, March 27, 2011

:: Nonton Porno Kita ? ::

2 comments:
Sepanjang minggu ini saja kita disogokkan dengan cerita video seks salah seorang pemimpin ternama negara. Belum pun lagi reda isu nak sahihkan DNA yang tersisa di lubang keramat tu, dah naik cerita baru. Seriously, I am bored. Dah kalahkan USA pula arena politik kita. Mesti lebih hebat, lagi dahsyat. Lebih pelik,lagi aneh...itu lebih bagus.

Media kita pula berlumba-lumba nak jadi pelapor pertama. Janji ada berita, sahih belum tentu asalkan boleh buat pembaca nganga. Habis segala isu dalam selimut, kelambu, bilik hotel sampai ke rakaman cctv pun jadi mangsa. Yang cK pelik, langsung tiada rasa malu untuk mereka kupas perkara ini terang-terangan hari demi hari. Beb, yang lu orang dok condemn sana sini tu bukan ke blood brothers lu orang? Oklah, dia dah masuk parti lain tapi still...bukan korang ke yang terpekik terlolong gigih mempertahankan Melayu? So, dia tu haper?

Dulu, masa kejadian bekas menteri tu kantoi melanggan sampai ramai yang dapat copy DVD free tu...Ingat? Dengan gentle je dia letak jawatan. Tak payah nak bunyi banyak. For that, I salute him. Tapi kalau orang-orang Melayu yang kena semuanya kena disahihkan dulu. Semuanya ada unsur2 fitnah. Semuanya kena geledah. Orang bangsa lain akan gelak mengikik2 baca surat khabar baik yang dicetak atau yang online. It's not about whether he is guilty or not but what have you done to make things right? Ada? Setakat suruh dia lepaskan segala jawatan sedangkan korang tu kat kerusi kerajaan ada buat apa2 perubahan untuk kebaikan rakyat? Atau memang ada dalam KPI masing-masing untuk bergossip dan memfitnah sesama sendiri?

nampak haper ntah dalam cctv ni?
Yang lagi memalukan terjadi baru-baru ni sesi tontonan porno beramai2. Yang datang tengok tu sahlah dahagakan berita nak ditulis dalam suratkhabar dan mungkin mereka juga horny orangnya. Yang panggil datang tu pula, bukan calang-calang orang. Pangkat tinggi melangit. Apa ni weih? Dah tua-tua pun ada hati nak buat groupie layan porn ramai2? Kat Carcosa plak tu! Tinggi bajet? Ada plak duit. Hurm...masa nonton tu ada pop corn ngan soda tak? Ke ada makan-makan lepas tu?

Memiliki porno je dah salah. Merakam pon salah. Menonton pun dah salah besar. Apatah lagi bila ajak orang ramai-ramai turut serta menonton. Sedangkan Faizal Tahir dulu bukak baju tulis S sampai berbulan dia kena gam dan kena sembur dek Tok Rais...Yang ni? Pasal apa pula boleh senyap je? Apa video tu dah pernah dihantar tapis ke FINAS atau SKMM? Dah dapat sijil lulus tayang? Ke sebab yang host acara tu berpangkat besar makan semua buat derk je? Atau sebab video tu menggunakan bahasa kebangsaan sebagai perantaranya? Maka tiada sebarang tentangan untuk siaran? Tolonglah jawab kenapa?!

Dulu bukan main bising lagi masing-masing nak banned laman sesawang yang lucah, separa lucah yang mempunyai trafik kunjungan yang tinggi. Kononnya nak mengekang gejala sosial dan tidak sihat dikalangan rakyat. Habis tu, yang jadi kepala rakyat ni siap simpan copy CCTV apa kes? Tak kira melanggar privacy? Macam mana copy tu boleh jatuh ke tangan dia..oh mereka..si trio berdebah tu?

Bosan, muak, jengkel. Semua ada. Sejajar dengan niat Tok Rais nak membudayakan bahasa kebangsaan, molek benar kalau kita mula mengajar anak-anak kecil dengan perkataan2 onani, liwat, seks dan yang sewaktu dengannya. Bukannya apa, kita tak mahu anak2 kita ketinggalan dengan perkembangan terkini politik negara kan? Sigh. 

:: Hak ::

No comments:
Orang selalu berkata tentang Hak. Hak suami, hak isteri, hak anak-anak dalam institusi kekeluargaan. Hak pengguna, hak asasi manusia dan macam-macam hak lagi termasuklah Hulk Hogan. Hiks. Ok, itu tak kira. Yang cK perhatikan kebelakangan ini ramai sangat individu yang salah gunakan hak yang ada untuk kepentingan diri sendiri. 

cK bukanlah berniat untuk menghina jauh sekali untuk menghukum sesiapa. Mungkin coretan kali ini akan membuat beberapa hati terasa. Nak perjuangkan hak memang suatu perbuatan yang bagus andai ia tidak bertentangan dengan landasan agama. Itu yang paling utama, yang membezakan manusia dengan makhluk lain. Ya, akal untuk percaya bahawasanya kita adalah hamba pada-Nya. 

Tak guna bersuara lantang jika apa yang kita katakan itu hanya terpesong dari agama. Dewasa ini ramai yang enak berkata-kata diatas kebenaran dunia dan ditolak mentah pegangan agama. Ia dianggap beban pada mereka. Kenapa? Kerana mereka melakukan sesuatu yang bertentangan dengannya. Ramai yang cuba berselindung disebalik hak seorang manusia dan memohon untuk diterima kehadiran mereka seadanya.Tidak mahu dipertikaikan atau dibandingkan.

Jika benar bagai dikata, mereka perlu sedar akan tanggungjawab seorang insan bergelar manusia yang dianggap khalifah di bumi pinjaman Esa.Sekaligus ini menyatakan, jika mereka hamba yang bertanggungjawab dan taat pada perintah-Nya juga ajaran para Nabi-Nya mana mungkin akan timbul soal terasa dtindas dan tidak diterima. Lumrah manusia menggunakan nafsu sebagai alasan utama untuk hilang pegangan dan tersasar dari landasan. Itu bukan sebab untuk ck, kamu, mereka berhenti memohon keampunan-Nya dan bertaubat sebelum terlambat. Mati bukanlah sesuatu yang boleh diduga bila datangnya dan bukan hak kita untuk menentukannya.

Berhentilah dari bercakap tentang perkara-perkara yang tidak memberikan kebaikan malah lebih membawa kepada keburukan yang berpanjangan. Ambil masa untuk menginsafi setiap kejadian dan jangan sesekali dengan bangga menyalahkan tuhan atas apa yang terjadi. Tidak, kamu tidak dilahirkan begitu. Setiap hari kita diduga dengan pelbagai situasi yang memerlukan pilihan dilakukan. Andainya tersilap membuat percaturan, kembalilah ke pangkal jalan. 

Masih belum terlewat kerana sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang. Insyaallah.

Monday, March 21, 2011

:: Supermoon ::

No comments:
 What?

Supermoon is a term used to describe how large or how close the moon is to Earth and this year on Saturday, March 19, 2011 the full moon are at the closest it has been to Earth since 1992.The moon appear to be fuller, bigger and brighter too. There is a conspiracy theory brewing in that the Supermoons are related to the massive earthquakes and tsunamis. This however has not been proven. The moon is however shown to cause increased tides on a full moon because of gravitational pull.

Sounds too technical? Well, put it this way. Supermoon / full moon is also known as 'bulan penuh' to many of us. I almost missed the moment, thanks to Mr. Rain who've been visiting since morning. But all that changed when the Moon finally showed up. Mesmerize with the beauty, i grab my Ixus and snapped a few shots. I am not a professional photographer and i don't own a SLR/DSLR, so save your critics if you have any.  

 
And all these are captured from my front yard. I am blessed. What's your story?

Thursday, March 17, 2011

:: Bila Jepun dilanda Tsunami ::

No comments:
Musibah yang melanda negara Matahari Terbit baru-baru ini telah mengundang banyak reaksi dari seleuruh pelusuk dunia. cK sendiri berharap agar mereka yang berada dikawasan yang terjejas khasnya tabah mengharungi detik detik ini. Khabar terkini pagi tadi yang sempat cK dengar dari MHI bahawa perubahan cuaca yang agak mendadak di Jepun dan sesuatu yang diluar jangkaan telah berlaku. Jepun kini diselaputi salji di bulan Mac. Pelik tapi benar.Subhannallah.

Dalam pada itu, lambakan ucapan takziah dan simpati dilahirkan dari segenap golongan pemerintah, bangsawan, rakyat kebanyakan malah golongan artis dan selebriti. Dan Malaysia sendiri berjaya meletakkan namanya sebagai negara yang berjaya mencuri perhatian dunia dengan komen / tindakan yang kurang sensitif segelintir rakyatnya. Antara yang paling sukses meletakkan Malaysia dalam highlight dunia :

1.  Kartun Ultraman dalam akhbar arus perdana :


Kesian sungguh cK pada kartunis yang terang-terangan tak dapat membezakan antara realiti dan fantasi. Kot ye pun nak melawak, agak-agak la kan. Nak nyer bab hidup mati orang. Ultraman tu pun selalunya dok musnahkan benda je. Tak pernah pula cK dengar yang dia bekerja dengan jabatan kaji cuaca dan boleh siapkan protection plan nak menghadapi bencana.


2. Komen dari first-lady-wannabe :


Ok...pengajaran? Green technology? Siapa kita nak halang kuasa Tuhan? Hujan lebat kat KL sampai bajir kilat pun dah buat orang panik, inikan pulak tsunami. Kenapa tak suruh kerajaan bina kubah besar tutup KL dari hujan ke jerebu ke kan? Its call NATURAL disaster. Tak paham? Oh yea, nutin ni natural on her. From the hair, the cheek, the chin ... and the list goes on. Just say sorry next time. Period.

3. Artis yang ala-ala ustadz dalam Nur Kasih tapi ..... :


Daripada korang dok buat havoc tak tentu pasal camtu, cuba cari publisiti yang lebih bagus and kreatif sikit. Tak tau camne? Cuba tengok pengikut illuminati si Mother Monster yang sentiasa kontroversi, Lady Gaga. Jangan salah faham. cK tak suruh korang jadi cam dia but to think out of the box macam dia. She came out with this :



Gelang merah putih (warna bendera jepun) yang ditulis dengan ungkapan 'We Pray For Japan' dalam bahasa Inggeris dan juga Jepun. Trademark Gaga 'The Claw' turut menempek kat gelang tu. Gelang ni dorang jual online USD5 setiap satu. Affordable kan? Korang dapat gelang Gaga, orang Jepun dapat duit. Majalah 'People' laporkan yang hasil jualan gelang tu dah mencecah RM770,000 (16/03/11). How cool is that?

So, dah dapat idea nak jual apa? Rambut palsu? Harap-harap takde la yang rasa nak jual diri. Tapi mana tau kot si Ratu Porno yang terselamat tu nak buat ke kan? Ya, cK rasa akhbar arus perdana ngan anak beranak company tu agak tongong bila cover cerita ni:



Bila tengok balik semua yang kat atas ni, semuanya sekaum. Haih, sedih!

Wednesday, March 16, 2011

:: Crying for Help ::

No comments:
It's not easy to admit how incapable you are and to ask for help from another person. Having said, a help or favor from a complete stranger will either make your day or break your egos. God knows how it feels when you are walking proud with your new glamorous black with a dazzle of diamond lookalike Charles & Keith stilettos you bought at no discounted price and to find it stuck in the 2 inches deep hole on the pavement. To make more interesting, you try hard to take it out and succeed with the heels left in the hole. You almost fall and that's when a mat salleh with Brian Green's look come and help you out. Oh sweet! You can almost feel like floating and do not hesitate to thank him. That my friend, can really make your day.

But what if one day when you are driving your Lancer's twin car (read : Inspira) and starts to ram it like mad while stopping at the red light and you purposely give that one-eyebrow-raise-smile to the Kancil next to you to find the engine suddenly stop. The light turn green but you are not moving and people start honking. Then you realize the machine has ran out of gas. Great. 

The Kancil has make its way through and you are still there with a big question marks on your face (read : Why Today?). It was then you saw that lil Kancil pull over and the driver walk to you and ask should you need any assistance. You nod and nod again but with silent remain. Wouldn't it be embarrassing? Ego so big and now it makes you feel like a freak. 

Enough said. Being a human especially a lady myself, I have to admit that i am crying for help. Seriously. It has been so long before I finally decided to let go of my ego so that others can lead me. I am praying so hard that this will be an eye opener for me so that i can move on with my life happily.


Would you help me please?

Monday, March 07, 2011

:: Ada Ropol2 Silau Milau Lah ::

No comments:
Idea cK datang mencurah2 tapi cK malas nak menaip. Kalaulah ada satu alat yang boleh baca minda dan terus taip je semua yang cK fikirkan, memanglah syok. Tapi takde. So, kenalah ambil masa untuk menaip dan kenalah tunggu bila mood datang. Selalunya mood ngan idea ni tak berkawan baik. Dek kerana itu, post yang patut cepat jadi lambat. Tapi takper, tak luak apa pun.

Kalau nak diikutkan peredaran fesyen, dah jarang kita nampak orang terutamanya artis nak pakai baju ropol2 kain kilat-kilat yang macam team boria Pulau Pinang pakai tu. Ala..yang warna meriah, stricking ala-ala sedondon tu. Lepas tu, siap pakai lipstick yang merah menyala siap dengan eye shadow warna garang blink2 ngan eye liner tebal warna hitam pekat. Pendek kata, fesyen ala 80s and early 90s. Masa time Ziana Zain mekap tebal, kening belum rias, lipstik pink, baju sendat multi color nyanyi Madah Berhelah. Got the picture? Bagus.

cK sangka zaman tu dah lama berlalu. Rupanya tidak. Buktinya Anugerah Seri Angkasa yang baru-baru ni. Terasa macam penganjuran acara di zaman lampau. Dengan latar pentas yang tidak berapa mengagumkan, ditambah pula dengan nyanyian lagu-lagu rakyat yang dirasakan tidak perlu. Ok, jap. cK bukanlah lupa diri dan asal usul. Ya, budaya itu memang penting. Tapi, acara ni adalah satu majlis pengiktirafan untuk para penggiat seni dibelakang tabir mahupun di layar sesuatu produksi. Pelakon, pengacara, penulis skrip, penata bunyi, penyunting...banyak lagilah. Bukannya kerana satu sambutan perayaan atau promosi pelancongan yang memerlukan begitu banyak elemen kebudayaan dalam setiap persembahan.

Ambil contoh, Emmy Awards atau Oscar sekalipun ke Cannes Festival. Pernah ke korang tengok diaorang berlumba-lumba nak tayang tarian atau nyanyian suku kaum etnik negara yang mengambil bahagian? Paling kuat pun, ada persembahan nyanyian artis-artis yang tengah top. Apa orang-orang berwajib di belakang penganjuran anugerah tu tak pernah tengok ke festival filem yang besar2 tu? Tak maju lagi?



Dari segi baju, cK setuju mereka lebih banyak menutup kulit walaupun ketat dan sendat. Kalau anugerah lain, nak2 stesen televisyen swasta mau nak terkeluar segala aset depa tayang. Still, nampak sangat fake bila dorang beria2 nak tutup body. Tengok muka sorang-sorang pun nampak tak ikhlas. Siapalah yang jaga wardrobe artis2 yang naik pentas tu. So 80s! Nasib baik Anuar Zain  tak pakaibaju kotak2? macam event yang satu lagi tu. Baiklah pakai baju melayu songket ngan keris macam laksamana kot lagi bagus?

Tu tak masuk skrip. Tak kelakar. Tak professional. Tak best. Whoa! Negatif betul bunyinya kan? Kalau nak bercakap tu, semua yang atas pentas nak bercakap. Bila diam, semua senyap. Apa korang ni tak berlatih ke sebelum go live camtu? Bila nak belajar untuk cuba memberikan sedikit value pada majlis penganugerahan? Be elegant. Simple yet impressive. Less is more people. Bila nak faham?

Kalau saluran kerajaan masih lagi menunjukkan ciri-ciri yang jauh terkebelakang dan tidak seiring dengan zaman...Apa yang boleh kita simpulkan adalah negara sedang membazir. Membazirkan bakat-bakat muda yang boleh membawa perubahan besar pada stesen tv nasional. Terus terang, dah lama cK tak menonton berita di saluran nasional kerana ia kelihatan dan kedengaran membosankan. cK bagi kelonggaran untuk acara2 sukan je. Itu pun dek kerana Hasbullah Awang. Kalau Mohd Hafizal Bin Ahmad yang mengulas, memang tak buka pun stesen tu. cK pilih Arena. Please do something.

:: Doncha Mess With Momma ::

No comments:
Today's lesson : Tentative Booking
A tentative reservation is one that needs to be confirmed before it is final.

Does it mean final? NO.
Does it mean confirmed? NO

So, tell me what does these mean?





Lil missy, are you lost or something? Firstly, you asked for my confirmation. Have to answer that very first question and you are now seeking for payment? On what basis? So, i decided to reply in the polite manner as possible. Here goes:


Thought it will end there. To my surprise, lil-miss-bitchy-wannabe-replied me:



Fine. That's it. You wanna play a game with me? You wanna mess with Momma? Careful what you wish for, cuz you might just get it all bebeh. Hambik ko!


I failed to sense any customer service practice been put in place anywhere in the conversation. Practice aside, check out the grammar. Is this how a front-liner of a big name in the industry should response to a customer? Seriously, that's how you treat a customer? I wonder how does she talks to them. I don't mind the languange tunggang langgang but i do mind the attitude. She is rude. No manner. And i personally think she deserve to receive that cynical email with her boss in the loop. She started it, and i just want to end it. My way.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...