Friday, April 22, 2011

:: Aku Tak Suka... ::

"Hello, busy ker?"
"Ha ah. Busy sket. Office undergo refurbishment so kena pack things".
"Oh..ok".

3 minit kemudian. Bunyi sms masuk.

SMS : Hi. Bz ker?

Tak balas.

Selang beberapa minit kemudian, bunyi sms masuk lagi.

SMS : Hi.Hello. Tak balas msg pon?

Tarik nafas panjang-panjang, dalam-dalam. Dua jam kemudian.....

"Hello, busy ker?"
"Hurm".
"Oh bz. Buat apa?"

Ok. That's it. cK memang ada masalah bila orang yang either:
a) memang jenis tak faham bahasa
b) jenis yang buat-buat tak faham bahasa

Berdasarkan pekerjaan mamat yang menelefon ni, dia sepatutnya tidaklah berkelakuan sebegitu. Ya, saya kurang gemar bila orang tanya soalan sama berjuta kali macam limited vocabulary plak rasanya. Atau dia pekak? 
Lebih panas, bila dia hantar sms bertalu-talu dan antaranya bunyi camni "Awak sudi ke nak berkawan dengan saya?" tak pun "Ikhlas tak nak terima saya?". Omaigod! Ko kenapa mamat oi? Baru nak kenal je kot, taklah saya nyanyi lagu Bruno "I think i'm gonna marry you" pun kan?Pastu jenis main paksa-paksa plak suh online la itu ini. Bila online, lambat reply je BUZZ. Wrong move. If you love to BUZZ, you may buzz off lah. By all  mean, please do.

Please people. I stop dating a younger guy cause most of them are still kiddo. Ask yourself, are you looking for a girlfriend or a mother that will always pamper you regardless how tired she is? Dengan umur yang dah three series ni, kecenderungan untuk melayan makhluk gedik dan mengada terlampau ni bukanlah agenda utama kehidupan cK.

Dan tolonglah, saya bukanlah budak sekolah yang awak kena call setiap jam dan sms setiap saat. Rimas. Lemas. Bikin panas. Kalau nak jenis perempuan yang macam tu, awak boleh cuba cari budak skolah menengah takpun budak2 yang baru masuk universiti. Yang tu memang tengah miang. Serius tak tipu. Siap ada pertandingan tak rasmi kot sapa dapat call paling banyak dalam sehari!

Memang saya puas hati sebab dah terus terang ngan awak yang saya menyampah orang yang pentingkan diri. Apatah lagi yang baru nak kenal2 dengan saya yang selalu moody tak ikut jadual ni. Memang berbakul-bakul jugalah awak kena marah ngan saya tadi. Boleh tahan, bagus. Tak boleh tahan, lebih bagus. Dah. Aku nak tido.

2 comments:

yaya|azura said...

Hohoho....sengal sungguh itew mamat. Takpayah mamat, ada jugak minah yang sengal camni. Sabo jerlah.... rasa nak bako. I pun pernah kena camni nasib baik i kasi nomot prepet so i boleh sokati campak lombong. Lol.

DoOrDie said...

seyes la yaya...saya memang kurang sabar dengan spesis yang tegar tak bertempat ni. Ada satu g kes dalam lrt, gwe ni duk sebok main game kat HP dia sebok2 nak sembang. Gwe jwb sinikal pun dia nak tanya gak macam2. Cant he see that im not interested to entertain him? aaahhh!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...