Tuesday, March 31, 2009

:: Sedut Darah ::

13 comments:
Ok, cK cuba untuk mengemaskini blog ini walaupun hakikatnya tangan lapan saya masih tak dapat nak dipakai semua! Just a quick one okie?

Nak dijadikan cerita, semalam cK termakan hasutan dak Boy ngan Emma untuk berbekam. Jangan tak caya plak korang. Memang betol woo...tak tipu. Sebelum cK, mama dah buat dulu. Mama bagi testimonial, katanya badan rasa ringan. Dengan kadar jakun yang amat tinggi (disamping saja menggatal nak try), cK pon menyerah diri.

My bro tuh baru je beli full set alatan berbekam. Tu yang dia excited. Dia kata biasa for one cup dia kena charge RM15. Boleh tahan la mahal gak kan? Semalam session cK tu, takde la sampai bab toreh2 kuarkan darah. Just sedut je angin dan memang biru2 la few parts of my body. Exactly the part yang cK selalu rasa sengal2 tu.

Ada spot yang Boy buat, langsung tak merah pon. Pagi nih mandi, tengok dah takde bekas da. Tapi yang biru2 lebam tu, memang seram i tell u! But memang ringan la rasa. Nak plak, lepas bekam mama ngan dekdek gilir2 tolong picit. Heheheh...Best je ala2 rumah urut kat umah sendiri. Ha ha ha...! Boy kata sapa nak bekam ngan dia, dia kira tak pakai cup tapi baper kali sendawa. Sekali sendawa (burp) RM5, limit sampai RM50. Kot kalau kentut, sekali je cas RM10. Dah lebih RM50, kira halal la...hahaha. Bole gitu?

Sunday, March 29, 2009

:: Filem Malaysia :

9 comments:
Kunjungan ke panggung bagi menonton karya Yasmin Ahmad nyata tidak sia-sia. Mungkin sesetengah dari peminat filem tempatan masih tidak dapat menerima corak penyampaian dan jalan penceritaan beliau,, namun begitu bagi cK ianya cukup untuk membuat cK melekat di kerusi dan mengikuti setiap gerak geri pelakonnya.

Sungguhpun masih membariskan beberapa muka "favourite" - Harith, Ida Nerina, Adibah Noor, Syafie Naswip; Talentime kali ini turut diwarnai oleh muka-muka baru antaranya Pamela Chong (akak Vince AF tu), Jac Victor dan tak lupa seniwati tersohor Azean Irdawaty. Penglibatan 3 kaum utama negara kita telah mengangkat filem mencerminkan wajah Malaysia. Filem Malaysia!

Jalan cerita yang ringkas namun sarat dengan isu dan mesej. Majlis Talentime yang akan diadakan kali ketujuh dan disertai oleh tujuh orang pelajar yang berlainan latar belakang. Sounds so simple kan? Namun begitu, apa yang ingin dikupas dalam kehidupan setiap individu dalam filem ini amat menarik.

Beberapa perkara yang mungkin telah kita terlepas pandang dan ambil mudah turut diselitkan. Isu agama turut disuntik dalam penceritaan Talentime. Ianya diimbangi dengan jenaka yang biasa namun mencuit hati kerana ianya memang terjadi dalam kehidupan kita.

Apa yang buat cK jatuh cinta pada Talentime ?

1. Mesejnya :
Agama bukan sebab seseorang itu akan kehilangan ahli keluarganya.
Cinta dan kasih sayang itu tidak mengenal batas agama, bangsa atau budaya
Islam itu bukan diukur atas nama seseorang

2. Lagu :
Keindahan bait lirik yang dinata oleh Pete Teo nyanyian Atilia dan Aizat. Ingat sungguh!
Diulangi berkali-kali menyebabkan kita rasa terbuai-buai (apatah lagi bila ditemani seseorang)

3. Sinematografi
Tidak banyak perbezaan dengan filem-filem Yasmin yang lain. Trademark kamera pacak - long shot tu memang masih berjaya menimbulkan kesan.

Guys, i highly recommend Talentime! Gi tengok gi! Ia akan mengajak kita berfikir seketika tentang beberapa kejadian pertumpahan darah antara kaum yang terjadi di negara kita. Klue tragedi Kg Medan, perhaps?




Saturday, March 28, 2009

:: The Missing Docs ::

7 comments:

By M. KUMAR


KUALA LUMPUR: The two specialist doctors, missing since Wednesday, were found dead deep in a ravine near the Klang Gates in Ulu Ampang Saturday morning.

Search and rescue teams had a tough time airlifting them out as ravine was thickly forested.

Police believe the two had slipped and fallen when they went hiking at the popular hiker’s place in Bukit Tabuh near Taman Melawati.

Haliza, 53, and Amin Tai Abdullah @ Tai Yen Ming, 57, - a paediatrician and a paediatric surgeon at a medical centre in Ampang - were reported missing since Wednesday.

The families of Haliza and Amin Tai, both fond of jungle trekking, had made police reports when they did not return home Wednesday night, State Chief Police Officer Deputy Commissioner Datuk Khalid Abu Bakar had said Friday

Police received information that Haliza’s car was found Saturday morning. Tracker dogs and a helicopter search spotted the two, said Ampang Deputy OCPD Supt Amiruddin Jamaluddin.

The bodies were found decomposed.


Inilah puncanya kenapa kawasan rumah cK riud rendah ngan bunyi heli bomba dan polis yang dua unit itu. Sememangnya kawasan bukit bukau depan rumah ni memang menjadi pilihan ramai untuk jungle trekking. Terasa bahagia bila dah sampai ke puncak. Lawa beb!

Cuma hari ini, keadaan agak pelik. Ramai photog, wartawan, polis, JPA..ramai la kira orang. Memang dah jangka, mesti ada "scene". Selalunya kalau dah huru hara macam tu, yang akan keluar dari hutan itu hanyalah jasad tanpa nyawanya. Dan, itulah yang terjadi.

Sempat cK rakam detik2 pencarian, dan operasi mengeluarkan mayat mangsa dari tapak kejadian. Keluarga mangsa memang berendam ngan air mata. Ramai juga warga2 Melawati nih yang turut sama menemankan keluarga mangsa ketika operasi di jalankan.

cK harap kalian sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah.


Friday, March 27, 2009

:: Makan Cili dan Rasa Pedas ::

11 comments:
"And then! A fan whose daily doings sometime seem to revolve around me and my friends pasted that particular James Bond theme song on her site and shared it with all. The fan even had the cheek to agree with my notion about Malay folks and forums. I was hoping for some defense on my part, but no, you broke me down as well, just like the rest. So I guess that proves, there’s really nobody left to trust or rely on, not even fans."

Guess I made it to the headlines! Yey! It's funny how well-known ppl (does he) is threaten by my FB's entry. This is not the first time (yet not the last ), we have come to arguments and seriously it's suck. Mind my language, peeps. Here's my comment on his note (above):

1. My world does not revolve around any of the so called big shot. It's not fame that i look for. I am blessed with all the love from the good people.

2. So what if I put it the on my page? Did i mentioned u? Did i told the crowd about your finding in those forums? As my brain recalled, nutin related to you or any of your celebs fren being mentioned in the video post. Even up to this entry, i have mentioned zero that can connect you to the post. Why so sensitive?

3. Yes, i second you for your thought on how shallow some Malay folks and forum could be. Still, i dont think they should be blame 100%. Speaking from experience, seems like there's lots to badmouth bout you compares to compliments. Have you ever learn from your mistake? Did you accept it when people criticized? Ask yourself, honestly. A change will do you good. Fyi, I am not going to starts any gossip/thread on you as i find it a waste of time.

4. The most you can do is just delete me from your list? Oh yea, some of your frens did the same too. Wonder why eh? They have those sixth sense and suddenly realize how evil i am? I guess, more are believed to leave. Is that the best solution for you to settle your unsatisfactory? C'mon. Try harder.

5. By bitching infront of your thousands fan (biyatch?) sounds so typical Malay to me. Don't you have "discuss" or "advice" in your life dictionary? Add in if you dont.

6. You should hold the responsible for your downfall and stop pointing fingers to others.

To all my loved ones, friends and acquaintance who know me personally, your thought counts. For a stranger who constantly condemn-his-own-kind-but-act-like-one, I don't give a damn.

Thursday, March 26, 2009

:: Am I That Big?!

12 comments:
Beberapa hari ni, cK telah berusaha membz-bodykan diri dengan kerja-kerja pejabat. Nak dikatakan banyak sangat, tidak juga. I'll be busier next week I guess. Mana nak pegi jelajah IPT, uruskan industry visit, pergi menyebok untuk corporate social responsibilities, having Assistance Governor for Prominent Leader session..macam2 lagi lah.

Still, cK dalam mode berkecil hati. Pada siapa? Biarlah, i don't want to discuss about it. Period. back to business. Dalam pada sibuk tu, terdetik gak kat dalam hati.."Aiseh!! Hari nih tak update blog la!". Heheheh.. sungguh kemaruk ok! Tak senang duduk dibuatnya.

I have a few things to share but what happened this evening during my journey home memang rasa gempak nak share ngan korang. Ianya telah membuatkan cK tertanya2, apakah cK sudah sangat2 terlebih muatan?

Al-kisah, ada seorang akak ni elok lentok kat kusi dalam LRT. No one bother pon. Macam biasa cK memang akan berdiri tak kira time pergi or balik kerja (guess Cik Nad pon nasib serupa jek). From Pasar Seni tu cK dah nampak akak nih lentok baik punya.

Cekci apa perot besor nih. Heh!

Sehinggalah di KLCC, tiba2 akak tu cam tersedar. Terus dia angkat muka, offer seat. Acik sebelah cK tu geleng2, pastu akak tu pandang cK lak. Apalagi, cK just senyum dan geleng je. Dah biasa berdiri, takde hal lah! Alih-alih akak tu bersuara "Eh, duduklah. Meh sini meh. Duduk lah ye?"

Bila cK geleng beria2 baru akak tu berhenti tanya. Tapi, kejap2 dia usha cK. Sampai je kat stesen Wangsa Maju, Leq dah sedia menunggu. My first question to her, " Am i so big that you can see me as a pregnant lady?". Apalagi, gelak je la member!

Tapi kan korang...cK memang besar sangat ke? Last week masa main2 timbang kat FF tu, looks like i have lost weight. Camne nih? Masihkah saya menjadi raksaksa di mata anda?

Wednesday, March 25, 2009

Tuesday, March 24, 2009

:: Pandang Sebelah Mata::

5 comments:
Dua tiga hari lepas cK sempat mendengar sekali imbas berita yang tersiar di kaca tv. Ada perkara yang ditimbulkan oleh golongan yang kurang bernasib baik. Pendek kata OKU - Orang Kurang Upaya.

Isu nih kalau dilihat oleh kita, golongan yang normal ini mungkin agak remeh. Namun sebagai seorang ahli masyarakat yang prihatin, cK rasa ada benarnya apa yang mereka perjuangkan. Ada beberapa perkara yang cK rasa perlu dipertimbangkan oleh pihak-pihak berwajib tentang kemudahan-kemudahan yang ada di negara kita dan sejauh mana ianya sesuai ke atas semua golongan warga kita.

1. Auto Teller Machine

Tak kira bank mana yang ada dalam negara kita, cK rasa kaunter ATM khusus patut diadakan untuk golongan OKU ini. Perasan tak ATM machine selaunya tinggi2. cK faham, ini adalah untuk tujuan keselamatan. So that, bila tekan2 nombor PIN tu orang lain tak nampak. Tapi, bayangkan kalau u guys on a wheelchair. How? Nak datang dekat-dekat ngan kaunter ATM tuh pun payah. Apatah lagi nak jenguk skrin. Susah kan?

2. Shopping Complex

Not all shopping complexes in our country has this special trail for them. Ada beberapa pusat beli belah yang punyai kemudahan ni. Antaranya, One Utama dan the Curve. Yang lain2? Don't tell me this group of people do not have the power of buying. So shallow kan? Sepatutnya setiap mall mesti ada laluan khas untuk golongan ini. Bukan untuk membeza-bezakan keupayaan mereka cuma, kita berikan mereka sedikit keselesaan untuk bergerak. Takkan nak suruh diaorang nih naik tangga macam kita. Plus, eskelator and elevator patutnya di sediakan alatan khas untuk menyokong mereka yang menggunakan kerusi roda.

3. Pengangkutan awam

LRT station memang menyediakan penggunaan lift untuk golongan OKU. Tetapi selalu di salahguna oleh orang2 normal nih hingga menyebabkan pihak pengurusan kadang kala terpaksa menghentikan perkhidmatan lift. It makes me think, sapa yang lebih sakit sebenarnya nih? So guys, please. Kalau dalam tren pula, memang ada tempat duduk khas. Again, orang-orang kita ni pantang ada tempat kosong je mulalah laju je nak labuh punggung. Takde hirau dah orang lain. Tolonglah kikis sikap pentingkan diri korang tuh eh?

Bas pula lain ceritanya. Jarang cK nampak ada bas yang sediakan laluan khas untuk golongan ini. Tempat duduk mungkin ada dikhaskan but the thing to get on the bus pon dah susah dan sometime tak dapat, macam mana nak duduk dalam bas pula? Pelik kan? Kena berikan perhatian ni. Mungkin En. Jusoh boleh membantu?

4. Senibina bangunan - rumah

Perhatikan rumah-rumah yang ada di negara kita. Suiz utama, suiz lampu atau kipas sinki, power point, paip air dan macam-macam lagi yang ada samada terlalu tinggi atau terlalu rendah. Macam mana tu? Apa penyudah untuk situasi begini? Golongan OKU terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk membuat pengubahsuaian. Secara tak langsung, ini memberitahu kita bahawasanya golongan ini terpaksa mempunyai simpanan yang banyak in order to fund their renovation. Will they succeed when there's lot of people who doubt their capabilities with their innabilities? Tepuk dada tanya diri.

Itu mungkin tiga perkara yang cK boleh nampak ketara berlaku dalam kehidupan seharian kita. Jangan terkejut andai terdapat lebih banyak perkara yang ada dalam situasi kehidupan kita ini tidak mesra pengguna terhadap golongan OKU. Yes, they can continue to keep on improvise (menggunakan pembaris untuk menutup suis) dan hidup dalam belas ihsan orang lain but wouldnt it be better if they can have better living environment?




Monday, March 23, 2009

:: Hot Balloon ::

7 comments:
How i wish to be there! Sob sob sob...Still waiting for Mek or maybe PL to upload more picas. Lain yang dirancang, lain pula yang jadi. What to do? Fird, i cilok the pic from your FB. Mekasih!

Anyway, there'll always second time. (Hope so...sob sob sob). I don't regret the fact i'm not there to witness such a wonderful event, the first of its kind in Malaysia. Fishing trip to De Bunte, Klang was fine.

I went there along with the whole family. Dah jadi cam get together nyer event plak. Not too boring (as i expected it would be). Sounds to good to be true eh? That's because i brought my lappy n broadband too! Huhu. Thanks to Cik Nad meng'update' elimination result untuk AF. Ha ha ha!

Learning experience for Ewok. Now i know, he hate fishing! Dia ingat bila campak je mata kail tu ikan terus ngap! Panas hati gak dia rupanya. Neway, nanti cK tengok gamba2 yang Dekdek snap. kot ade yang lawa2 nanti i upload kan okie?

Saturday, March 21, 2009

:: Si Amos Yang Femes ::

8 comments:
Another bag of surprise. Thanks to Ms Kim for the sweet thought. She dont need a special reason to show her love. Cewaaah!!! Tenkiu tenkiu , xie xie leng lui!

Tadi baru baca blog Yaya on "Appreciation". I guess, some people shows their appreciation by giving a surprise to the dearest ones. Bila kata surprise tu, ada macam2 style la. As for me, i got a box of Famous Amous cookies tied up with a cute bear.

Kan sedap buat kunyah2 di masa senggang. Heaven la! See, told u guys i love this week so much! I'm blessed with all the love from all of u. Sekarang nih tengah excited nak pegi putrajaya. Ini semua gara2 belon panas itu.

Kata Mek, malam kang ade glowing show tu. Musti cantek kan? Walaupun malam ni ada AF7, takper itu tak penting! AF ada repeat berkali2 ulang sampai tepu. Show belon tu? Sekali setahun! Itu pun bergantung pada sambutan malam ni kot?

Buat sang khambeng madu, tahniah kerana telah berjaya meng'upgrade' title ke suami orang despite the fact 4 kali ketor nak jawab akad. Nasib baik dia tak mengembek! Ha ha ha. Esok kenduri, saya akan cuba datang jika berkesempatan. cK ada seminar esok, tengok camne keadaannya. Tahniah Dzul Khairy!

Ya Tuhan, terima kasih atas segalanya!

:: Eeemm...Wanginya ::

4 comments:
I must say this is the best week so far. Sangat menggembirakan saya. Dengan hadirnya 3 pasang sandal yang memenuhi citarasa, ada dua lagi surprise untuk cK.

My ex-boss told me to drop by at his place (whenever i dekat area One Utama or The Curve) to pick up some stuff being KIV for so long. Malas nak put high hope. Orang suh datang, kita datang la kan.

Maka, dah lepas berhuha2 beli sandal i called him. He gave me his house address so kita sekereta ni pun menonong la cari malam2 tuh. Kalau ikutkan tak payah sangat nak cari rumah dia tuh. It just that, tu la kali pertama masuk area rumah dia tu dan keadaan malam yang gelap (macam la takde lampu!) pasal tu la jadi macam blur2 ayam.

Despite all susah payah, its worth to do so. Huhu...Sampai2 je dia hulur one paper bag - Hallmark lagi tuh. Comel je gamba baby kat depan paper bag tu. Dah berdebar nih. Suddenly i recalled, oh yes! Dia mesti nak bagi hadiah besday cK yang tertunda from last year punya open house. Yey! I loike.

Lagi best bila cK sambut paper bag tu. Jengok kat bahagian dalam paper bag maka....Ada 4 kotak minyak wangi telah sedia untuk disemburkan ke badan cK yang amat mesra ngan perfume ni.


Waaahhh!!! indahnya donia ini ku rasakan! Baru rasa nak tambah koleksi perfume bulan depan. Sudah kena kensel la itu plan. Sekali dapat 4 botol! Suka2! My boss bagi a bottle of Anna Sui Dolly Girl - Lil' Starlet, Hugo Boss - Femme, Escada Moon Sparkle : For Woman (1 btl) & Men (1 btl). Best kan kan kan!

The next surprise will be in my next entry. This one completes what woman wants. Huhhuu..apakah?

Friday, March 20, 2009

:: The Blues ::

13 comments:
The third sandal of the month. Brought to me by Vincci.


cK rasa dah jadi ala2 blog jual kasut dah umah cK ni. Huhuh...takper...janji cK kepoh2 kat umah sendiri bukan laman org lain. Kan kan kan? Daripada sebok2 g laman orang menjaja nak jual kain la, gelang la..ntah apa2 lagi la..baiklah cK tampal gamba2 reta benda yang cK ada.

That's it. No more shoes for this month and next month .. Errr.....??!

Thursday, March 19, 2009

:: The Black Strap ::

5 comments:
My second sandal for this month. Thanks to Vincci, The Curve.

Semalam jenjalan ke The Curve, cK jumpa (ke carik eh?) sepasang lagi sandal yang menawan kalbu. Actually, a day before pon dah jumpa but saiznya enggak ada donk!

Kat sini best. Senang nak jenjalan berkaki ayam dalam kedai pilih2 kasut. Tak perlu bergasak, bergesel2 ngan perempuan lain yang sam
a-sama skodeng kasut or sandal. Just notice, it has been a while i did not wear black as for footwear. That's why i end up with this one.

The strappy thinggy, melt me more. Being me, lagi bersilang tali2 tu..lagi bulat mata tengok. What can i say...Heh! But hey, this is not the end. I still have another pair of sandal which i bought yesterday. Later, i'll upload the pics ok?



I haven't told u bout the surprise i got from my ex-boss, rite? That will be the second entry after my 3rd sandals of the month. Nyeeeee....

Wednesday, March 18, 2009

:: Gladiator Wannabe ::

5 comments:
Taaaraaaaa.....Dengan discount 20% yang diwar2kan oleh Vincci, inilah hasilnya:

Pandangan dari atas

Pandangan sisi

Nota kaki : Mak happy u olz!

Tuesday, March 17, 2009

:: Kerekz ::

6 comments:
Semalam cK ke menara keramat itu untuk bersedekah barang sekeping dua note2 kaler hijau merah kat dalam mesin epk tu. Out of three machine, 2 tak mahu terima cash. Mungkin dah terlalu penuh dengan isi kot? Si hijau putih ni kan, rajin hantar reminder bagitau limit dah nak cecah. So kena bayar cecepat kalau tak, kena cut!

Dalam tengah beratur tu, adalah sorang perempuan ni menonong jalan kat epk machine tu nak buat payment. Macam biasa tekan2 skrin tuh (ala2 hp touch skrin). Dah masuk number hand phone, baru la dia nak keluarkan cash nak pulun masuk mesin. Then nampak la notification kata mesin tuh tak mahu terima cash dah.

Tiba-tiba........

"Eh, cannot except cash? Teroknya, takde sapa pun nak inform i!"
Dia jeling cK yang tengah beratur kat EPK machine yang satu lagi ni.

Waaaaahhhh...suka hati je nak jeling-jeling. Korek kang! Malas la nak cari pasal semalam kan. cK dalam mood sopan semalam. But then, ni nak khabarkan ni:

1) Dah kau nampak orang semua bertumppu kat satu machine tu, ko sebok2 nak try mesin lain tu kenapa? Konon2 pandai la eh?

2) Aku nih tak sure ko nak bayar bill ko yang pat ratus tu pakai cash ke credit card sebab ko tak keluar duit awal2. Kalau ko kuar cash tu, awal2 aku dah sound ko "Cik kak, cash tak terima kat sana. Nak pakai kad utang bolehlah".

3) Apahal nak sound kekuat sambil jeling2 kat gwe nih? Ada rupa macam cK ni keje situ ke? Ada rupa budak2 pakai uniform dok kaunter customer service tuh? Apadaaaa!!!!

4) Senang cerita la..."Malu bertanya, sesat jalan la kan?". Kalau tak sure kenapa orang dok berlonggok kat satu mesin je, tanya la. Berat sangat ke mulut nak tanya?

*Sigh* Orang Kita!

Monday, March 16, 2009

:: Masam Nok! ::

4 comments:
Hari ini mood mengantuk.

Rasa macam tersenggguk-sengguk.

Dah jadi macam burung belatuk.

Bila tunduk cuba mematuk.

Apa ubat wahai Atok?


Cucu-cucu, berdarah muda

Kenapa hilang semua tenaga

Usia belum menginjak senja

Cuba kemam sebiji dua

Asam anggur nama di kata

Nescaya cerah biji mata!

Sunday, March 15, 2009

:: Drag @ Dinner ? ::

8 comments:
Pernahkah anda menghadiri jamuan makan malam anjuran syarikat korang bekerja? Kira pendek cerita, Annual Dinner. I have experienced few. I bet you did too.

Jamuan yang dianjurkan pada dasarnya untuk meraikan para pekerja yang telah berpenat lelah menjayakan sesebuah organisasi. Kadang kala ianya juga salah satu cara untuk mengambil hati sebelum berita penting diumumkan iaitu "No bonus for this year". Ha ha.. Dan setiap anual dinner selalunya ada tema - Arabian Nite, Hawaian, Superhero etc.

Dalam aturcara majlis akan ada beberapa segmen. Antara yang wajib ada mestilah ucapan oleh CEO, Director atau ringkasnya boss2 besar. Dah habis speech yang panjang lebar pasal company perfomance segala, ada plak lucky draw. Kadang kala kalau organisasi tuh besar, hadiah lucky draw nih bole tahan grand la juga or else, ada hamper vitamin je. Ok la tu kan?

Kemudian, show time. Yang ni ada option. Ada yang jemput artis ternama (atau suam2 kuku), ada juga yang galakkan staff sendiri perform. Cuma yang cK tak berkenan, bila ade paperdolls. Aisehmen! Bukanlah nak menyekat rezeki mana2 manusia. Cuma, cK tak paham kenapa golongan auw2 nih seringkali dipanggil untuk memeriahkan majlis (as what they refers it to).

Dan yang lebih tak paham, kenapa so drag nih boleh tampil dengan pakaian yang berani mati. Pendek kata ala2 kain perca yang main tutup2 bahagian tertentu sahaja. Paling tidak , mesti menonjolka bahagian2 yang telah disuntik, dibedah dengan bantuan mekap yang tebal. Orang yang tengok plak, kemain bersorak. Cuba kalau orang normal tampil macam tu, mau kena kutuk berbakul. Tak sedar diri lah, macam jalang la dan macam2 lagi (mind the harsh word).

Mengapa mesti ada pertunjukan dari puak yang satu nih speshly company besar? And wat surprise me more, bila ada organisasi besar yang diterajui oleh orang2 Melayu yang beragama Islam turut menitip kupon untuk minuman keras di malam jamuan. Wah wah wah!!! Tak ke melampau?

Towards the end of those dinner, ada plak tari menari. Dek kerana mabuk, laki orang peluk bini orang...yang bujang plak main rembat je. Mula meraba2, kissing segala. Alahai...! Surprise2 those people yang selalunya ting tong tu...orang melayu kita. Bukan berniat nak mengaibkan sesiapa tapi tidakkah mereka sedar yang agama kita disaat dan ketika itu sedang dipijak2 dan dibenam ke tempat yang paling jauh? Bukan oleh orang lain, tapi diri sendiri!

I now understand why some of the people i know, refuse to come to the annual dinner. Bukan kah bersubahat itu sama saja dengan melakukan dosa yang terlihat atau didengari kita? Renung-renungkan....

This is what i found @ youtube. Sumhow, impressive la juga. layan .....

:: Penuhkan Tangkimu ::

4 comments:
cK rasa usaha mendietkan diri telah terbengkalai seketika. Hujung minggu telah diwarnai dengan pelbagai makanan yang bisa membuatkan pengsan kekenyangan!

Selalunya hujung minggu, cK memang makan lebih sikit. Al-maklum seluruh ahli keluarga berkumpul maka selera tu 'up' sikit dari biasa. Namun begitu, minggu ini menunjukkan tahap melantak yang sangat maksima.

Ikut kronologi eh :


Sabtu
Pagi : Capati, Nasi lemak (beli tapi mama yang makan), nasi ayam hainan (mengidam), cincau
Tengahari : Tak makan sebab kenyang
Malam : Masak nasi lemak (kes tak puas hati tak dapat makan pagi tadi), drummet, dimsum.

**Leq sempat merasa nasi lemak cK sebab dia singgah umah semalam. Dengan selamba badaknye..dia mengoffer diri sendiri nak makan. Dah nama tetamu, jamulah apa patut.


Ahad
Pagi: Bihun goreng, teh o
Tengahari : Ikan terubuk bakar, kangkung belacan, sambal lala, kerabu mangga, kicap pedas, jus mangga
Malam : Errr....insaf la tak makan..kenyang lagi!


Amacam? Ada sesapa yang bley celen? cK memang dah lama target ikan terubuk tu. Masa pergi pasar tani pun dah usha2 tapi apakan daya sekilo sampai RM26 hengget! Tak daya den! Amik seekor mau pegi sekilo lebih! Besar wooo....


So, bila pegi Selayang tadi nampak pula yang murah. Apa lagi, 2 ekor cK beli. Bab lala besar tu, satu peket RM2..kenyal2 je rasanya. Itu beli 2 peket. yelah, nak makan ramai kan? Cuma cK jamah satu je. Seafood meefood ni cK kureng sikit. Kalau masuk mulut pun, terus telan je. Takde nak kunyah2. Takleh rasa pasir2 ni. Paling kuat pun, cK makan siput sedut...Ermm...lama dah tak merasa tuh...Next!

p/s : camno la nak kecik nih! aiyakk!!!

Saturday, March 14, 2009

:: Amin !!!

4 comments:
Backdrop ( I loike!)

Pesta Balloon

Minggu ini adalah minggu yang paling mencabar di kantor (eh...jangkit lak sindrom cik nad ngan baman!). Opis cK ada acara perasmian laman web. And let me tell you, there are no meeting been done for this event by the organizer until a day before the event. Cam apa ntah!

The stage

En. Zainal (ex-Affin) ketika ketibaan

Kalau korang nak taw, department cK ni kan dah macam multi purpose je function nyer. Baik dari cleaner (to clean up other ppl nyer shit), damage control, event organizer, IT consultant, Photog..u name it la...memang ada je ruang to improve dalam dept kitaorang ni. Melepz tak? Nak buat camna, the one who supposed to handle the event blur2 sotong, then yang offer diri with so called so good in everything asyik hilang je kejenya..kitaorang kena la rescue. See, i used the word kitaorang (we) , means kerjasama semua. Walaupun ada tense momment yang jadi but hey we can work together kan?

Mr Koh (CEO Great Eastern - kegilaan Dilla) & Pn. Lini (BNM)

cK & Mr Frankie (one of our speaker yang bayek hati)

Lupakan saja nonsense act sesetengah pihak yang cakap tak serupa bikin tu, we managed to pull out a good outcome. Everything went smoothly but a bit distract towards the end - refreshment time! Ada ke caterer sampai lambat! Nasib la luar opis tu ada cafe, terus setup kat sana. Sioot!Langkah menyelamat yang paling hardcore la kiranya.

Message on the Guess Book

Mr. Michael (CEO AXA), LKJ (Abah - Head, FSTEP ) and Mr. Daniel (Head, FSEC)

Apa-apa pun, guest yang datang puji la deco, proogramme, setup segala. And thanks to my boss yang puji video montaj untuk opening gambit tu. Dia ingat budak IT consultant tu yang buat. Hello!!!! It was me la...!!! Sorry, from the last event (somewhere), i will NOT let others to take the credit for my effort. Nope, no more. Ni sikit2 la gamba yang cK snap (owh...did i mentioned i am the photographer as well?) ...

Opening Gambit - LKJ (Head, FSTEP) & Dr. Kamal (CEO, Ins Bank-Bank Msia)

Blurry Mala

Apa apa pon, sonok la jugak. Kitaorang akan buat buat post mortem on Tuesday next week. Itu pun lepas cK n few others mengeluarkan rasa kurang senang kitaorang terhadap event flow direct to big boss. Dari last event kat Lanai sampai la semalam. Huhuuh...jahat dok? Dan cK rasa opis cK nih pun memang dah ade due orang ungka...macam opis sincan! Ahaks!

3 femfuan garang opis

We rox kan kan kan!

Amin!!!!!

Thursday, March 12, 2009

:: To All Pink Freak ::

16 comments:
For those who loves pink so much. Dare to take up the challenge?


p/s : Mek, Toti, Yaya...amacam?

Wednesday, March 11, 2009

:: Son of A Bitch!!! ::

9 comments:

I was on my way home yesterday when it happened. Selalunya cK akan bawak beg galas je. Senang nak menyelit. Tapi semalam, sebab ada function segala i opt for hand bag.

Nak kata seksi takde la plak rasanya. I wore my songket baju kurung in brown. Its kinda fit sikit (maybe due to kegemokan dan kesehatan tubuh badan saya yang cumil ini). I dun find it sexy or seksa at all. Plain Jane. Period!

Normal to bersesak-sesak dalam tren. Takde apa yang pelik. This one chinese guy (no offend yea, me oso mixed chinese ok!) naik sama2 dari stesen Pasar Seni. Along the journey, ada awek diri belakang cK yang memang suka sangat bergerak2. Ntah hapa yang dia rimaskan ntah. The guy popn kat belakang cK tapi belah kanan. And there this indian lady kat belah kiri cK.

From one station to another till i reached Setiawangsa. I felt some movement at my bum. Gosh! This lady memang tak eti dok dediam ke apa? It was then i realized that lady dah takde! Malas nak sangka buruk, cK layan dengar mp3.

Another movement. This time around dari reflection kat cermin lrt tu i saw the chinese guy starring at my bun. Dem! Then, i felt his hand groping my ass. He was about to squeeze it when i turned and yelled "Wat are u trying to do?".

"Sorry" he said and tunduk malu. Another ayat bisa keluar from my mouth "Asshole!!!!". Entire couch looked at him. Merah muka mangkuk tuh macam baru lepas tonggang botol. Sampai Wangsa Maju, dia kelam kabut lari turun. Sampai kat bawah dia sempat angkat muka pandang cK. I was about to give him the middle finger when he started to run.

Bangang punya budak! I should have slapped him hard. Come to think about it, maybe lady yang belakang cK tu dok bergerak2 pasal tak selesa kena raba kot? Dem u idiot!

Tuesday, March 10, 2009

:: Tribute to Yaya ::

7 comments:

Yaya,

Ku tahu engkau amat cemburu

Melihat ABC yang enak itu

Terbayang lazatnya cairan coklat

Langsung tidak berasa kelat



Yaya,

Usahlah kau menahan selera mu

Pergilah dikau ke Shah Alam situ

Lunaskan semua tuntutan nafsu

Sesudah lega, teruskan dietmu!

:: Cheetah Jahat!!!! ::

2 comments:

Kita nak boikot Cheetah!

Kita biar dia makan sekali sehari je!

Kita nak suh dia tidur luar!

Kita nak panggil dia GEMOK je, takmo panggey nama dia!

Bencinya kita!!!!!


:: How Well Do U Know Me? ::

2 comments:
cK baru sahaja membaca salah satu tag (memang musim sekarang nih) kat FB. Korang leh refer kat notes yang ni.

cK tag beberapa orang dengan harapan mereka dapat memberikan maklum balas yang paling jujur. Among them are my primary, secondary, uni colleague as well my beloved bloggers citizen and not forgetting my opismate. Macam-macam feedback yang cK dapat. Ianya membuatkan cK terkenang zaman muda remaja yang pernah dilalui.


Antara perkara-perkara yang mengimbau kenangan lama adalah:

1. Bekal makanan / Lunch Box

cK pernah jadi mangsa paw. Ada budak darjah dua yang suka amik duit cK. Nasib baik jam casio yang mama bagi tu tak jadi mangsa. Hampir2 la juga...huhuuh. Iktibar dari kejadian itu, cK diharamkan dari membawa duit belanja. So, untuk waktu rehat cK akan makan bekal yang dibawa dari rumah. Kira tabik la kat mama, yang akan bangun awal semata untuk siapkan sarapan dan bekal cK. Skolah ngan umah jauh taw. Umah kat Ulu Kelang tapi sekolah kat Semarak sana (dekat ngan UTM, Semarak).

Lagi satu sebab kenapa cK bawa bekal adalah kerana Mama takut cK keracunan makanan. Yelah, kantin skolah kan famous ngan isu ni. Sikit2 keracunan. So, baiklah elak daripada kena. Namun begitu, dalam Tingkatan 3 gitu, cK mula bawa duit belanja. Takde dah bekal2 ni.

2. Panggilan manja / Nickname

Percaya atau tidak, cK amat tak suka bila orang panggil Adzra. Mesti kena panggil in full - Adzratul. Period. Bukan apa, pernah cuba nak tukar panggilan nama end up cK demam. Samalah macam sekarang. Kalau panggil nama2 yang diluar kebiasaan, confirm panas badan. Tak serasi kot? Heh.

Ada sorang je cikgu pelatih dulu panggil cK - Wahidah (ala2 Wa sini lu sana tu). Berkenan sangat dia ngan nama tuh. Puhleeezz!!! Masuk skolah menengah barulah mula guna nama Adzra tuh. Walaupon ada ramai orang komplen kata nak terbelit lidah nyebut nama cK. Ala...bukan susah pon, huruf 'd' tuh tak bunyik pon. Apeda... So takyah susah2 nak pikir camna nak sebut. Sebut je Azra. Kan senang.

3. Menyonteng

Aha! Yang ni memang berlarutan sampailah sekarang. Pantang ada kertas ngan pen, gatai je conteng. Dulu2 buku nota muzik jadi mangsa. Sekarang ni tak kisah apa. Normally, i will write not draw. Most of the time, i will write my name in different style. Shading la, gegar la, block la..macam-macam ada.

Ada one time, i suka lukis gamba model. Design baju! Kelaka la u ol! cK ni taklah pandai melukis sangat pun. Still kadang2 kambing leh jadi cam lembu, nyamuk cam lalat. Haha! Cuma sebab minat kot menyebabkan cK meneruskan usaha2 contengan.

Nowadays, kalau conteng2 cK akan buat soalan. Like..Why? Me? U? Janji ada tanda soal kat penghujung perkataan tuh. Giler la!

That just a small piece of my personality. Banyak lagi beb yang pelik2 dan aneh pasal cK ni. It will take you numbers of years just to master me. Yang ada ni pun, kadang2 konpius ngan my attitude. So, yang baru2 nak kenal tu..pandai2 lah bawa diri ok. I am not easy to handle but i am not a complicated creature. Camno tuh?

:: Midnite ::

3 comments:
Muvie?
Sounds good to me.

Midnite?
Not fond to.

Still, manage to catch few late night shows. And when i said few, it should be less than three times? The first one would be "Fantastic Four". My brother need a reason to went for a date with his gf (ex now) so, i kena la follow. Plus, i'm the noble 'supir' remember?

Second time would be "The Underworld 3" which end up with a late night supper at nasi lemak Kg Baru. And again, last Sunday (technically its Monday cuz the show started at 12.30 midnite) , I watched "The Watchmen" along with Toti and few other frens.

Its kinda slow run movie and consume neraly to 3 hours. Hey, i did terlelap few times ok. Basically this movie requires patience and deep, serious thinking. It's not a commercial, light movie as the title might caught u. Its not a comedy. Nope. Directed by Zack Snyder featuring act like Matthew Goode (the Hero guy, plays Adrian Veidt / Ozymandias), Billy Crudup (Dr Manhattan / Jon Osterman), Jackie Earle Haley ( Walter Kovacs / Rorschach) and Jeffrey Dean Morgan (Edward Blake / The Comedian) - just to name a few.

Now, let me simplify the story line eh (according to my understanding and discussion with few others) :

"Watchmen" is set in an alternate 1985 America in which costumed superheroes are part of the fabric of everyday society, and the "Doomsday Clock" - which charts the USA's tension with the Soviet Union - is permanently set at five minutes to midnight. When one of his former colleagues is murdered, the washed up but no less determined masked vigilante Rorschach sets out to uncover a plot to kill and discredit all past and present superheroes.

As he reconnects with his former crime-fighting legion - a ragtag group of retired superheroes, only one of whom has true powers - Rorschach glimpses a wide-ranging and disturbing conspiracy with links to their shared past and catastrophic consequences for the future. Their mission is to watch over humanity among people around the world.

Sounds simple? Cuz i make it sounds like one! The soundtrack is kinda fun. That's whats keep me awake most of the time. Cinematography? It's dark - 90% percent of the shot. If u need to relax, don't spent your money on this. But by relax mean sleep, by all mean please.

Monday, March 09, 2009

:: Alasan ::

4 comments:
cK dah cuba untuk jadi seorang yang tidak merungut tentang segala perkara. Its better for one to open their mouth with a suggestion or solution rather than a never ending complains. But i guess, being Malaysian especially Malays, we are used to have millions of excuses when something went wrong.

Al-kisahnya, cK pergi survey few souvenier shop kat Central Market also known as Pasar Seni. Yes, tempat banyak hasil seni dihasilkan tu..Ni semua gara-gara nak tempah souvenier untuk Deputy Governer. He'll be at my place tomorrow to give his key note address to all the participant.

Dah habis pusing-pusing CM (sambil tersangkut kejap masuk kedai Spa Fish tu) cK pun masuk kedai kristal ni. Belek punya belek, I choose one design yang nampak classy gitu. Ok la for the price of RM 109.90. With a few lines of compliments, i think thats fair deal. Maka, cK pun order. Dah bagi segala artwork, the girl kata dalam 2 jam bole siap.

SO, i end up having my lunch kat Secret Recipe. Ralit bersembang, pukul 2.30 ptg baru cK kembali ke kedai tu untuk ambil my kristal. Sekali tuh awek tuh kata "Cik, boleh tak datang petang sikit? Belum siap la".

Malas nak tunjuk muka toya, i agreed to come back the next day. At least, dia ada banyak masa nak fokus buat kerja dia. So, as promised cK datang on Saturday to collect the souvenier. Sampai di kedai dalam pukul 11 pagi. cK pun check hasil kerja awek tuh. Then i spotted something.

"U, website nih salah la."
"Ye ke? Saya ikut macam dalam namecard cik tuh la"
"Mana boleh. Cuba tengok"

(Dalam hati cK dah mula meluat! Heh! Nak tipu aku la tuh!)

"Ok la cik. Saya buatkan yang baru"
"Baik. Esok sajalah saya datang"
"Saya akan call cik bila siap yer?"
"Ok"

Maka hari Ahad, cK tunggu panggilan. Eh, dah tengahari pun tiada bunyi lagi? Lantas, jari pantas menghantar sms.

"Hi, pukul berapa saya boleh datang ambil barang tu?"
"Maaflah. Staff yang nak betulkan kristal tu MC hari ni. Petang nanti baru masuk"
"Macam tu saya datang esok"

WTH!?Kalau cK tak text, dia pun senyap je la? Dem betol la! Mula la panas ni! Orang Melayu macam tu la perangai. Kita nak buat baik bagi bisnes, dia main2. Lepas tuh kang, cas tinggi2. Nak makan untung sekali je, tak fikir orang tuh akan datang ulang kali. Papentah!

Di pagi Isnin yang almost sempurna, cK di'spoil'kan dengan satu baris sms.

"Salam cik. Kristal cik tu pecah. Jadi kami akan gantikan yang baru. Kena tambah sikit harganya"
"Pecah? Macam2. Kalau tak dapat, saya beli barang lain"
"Memang dah nak buat dah"
"Ada picture? MMS atau email pada saya"

Selang beberapa minit.

"Saya dah emailkan. Kalau setuju, kami terus buat"
"Ok. Agreed. With the cost u mentioned"
"Jadi kami buat ye?"
"Yes, pls siapkan. I need to have it TODAY. I'll be using it tmrw morning. Thks"

So, pukul 4.00 petang tadi cK ke CM untuk collect the crystal. Nasib baik cun! Kalau tak, ade yang kena sembur berbakul2. Am i demanding? I have to. I hate to hear all those craps, the nonsense ones! Nampak na tak efisyen! Nak tarik nafas jap!



Sunday, March 08, 2009

:: Makan dan Parking ::

No comments:
Pagi Ahad selalunya cK dan keluarga akan keluar bersarapan di luar. Selalunya kami akan menikmati sarapan ala mamak. Biasalah tu kan? I still think roti canai patut jadi makanan warisan alongwith teh tarik n nasi lemak.

But for me, i will order tossai. Tak banyak tempat yang leh buat tossai yang menepati selera cK ni. Demand sungguh! Heh! Satu yang pasti bandar Melawati ni kalau hujung minggu memang banyak tempat parking.

Cuma yang cK tak faham, kenapa ada sekumpulan manusia yang tak reti nak park kereta diaorang betul2. Kalau dapat parking betul2 depan kedai, itu lebih bagus. Ada yang sanggup double park lagi! Walhal, parking lot tu ada berlambak2 lagi ruangan kosong sedia menanti masa untuk di isi.

Ini tidak, masih lagi tercangak2 mengendap kalau2 ada parking space yang dekat dan tidak mengeluarkan peluh kalau nak smapai ke kedai yang dihajati. Kalau tak menyusahkan orang mungkin boleh dimaafkan. Ini , sampaikan dekat simpang pon ada yang buat onar. Jalan jadi sempit. Memang mengundang pergeseran bahagian2 tertentu kenderaan.

Memang kita bole berhati2 dalam memandu. Tapi, malang kan tidak berbau. Kalaulah tergesel, tercium bumper atau tepi kereta macam mana? Nak salahkan siapa? Berapa kerat orang kita yang sudi nak menyalahkan diri sendiri kerana parking membuta tuli?

Lagi satu feel yang kuran cK berkenan termasuklah perangai orang-orang yang dah selesai makan. Nak tunggu dia keluar dari parking, punyalah lama. Jalan lenggang lenggok lagi tuh! Sempat bersembang segala. Dah masuk dalam kereta, segala benda nak di adjustnya! Memang molek, bila ambil langkah berjaga-jaga tapi kalau dah sampai lipstik dan maskara pun nak diperiksa...Itu dah lain kira!

Kesimpulannya, parkinglah secara efisyen. Namun begitu, takkan luak apa pun kalau kita park jauh sikit dari tempat yang nak dituju. Anggaplah seperti bersenam. Tak salah kan? Kalau yang nak keluar parking tuh, cuba2 lah check make up sebelum nak masuk kereta. Nak korek cili ke, tambah powder ke. So that, bila masuk je kereta..on enjin terus vroom!

:: Risau ::

2 comments:
Last few days, i've done this so called medical check up. Adalah sorang akak tu, menjual produk so dia bagi free examination untuk sesiapa yang berminat. Pakai elektromagnet. Ada jarum yang dia cucuk2 kat part2 tertentu di tapak tangan, celah2 jari.

Another reason for doing so pun sebab Ayu beria2 suh buat. Saja nak test kesahihan kata-kata akak tuh. Maka, cK pun buatlah. Yelah, tak salah mendengar kan? Meh baca hasil (finding) yang akak tuh leh simpulkan masa mendialisis cK.

1. "Buah pinggang adik ni kurang air."
Ye...saya tahu..Saya kan lemah nak minum air suam ni. Dok balun air sejok or air manis je.

2. "Ada sikit gula dalam darah."
Ouch...tuh la...minum lagi ice lemon tea, teh ais...kan dah naik gula dah!

3. "Suka mandi malam ke? Paru2 berair sikit nih"
Ehhh...pandai betul akak nih. Macam taw2 je.

4. "Susah nak tidur malam kan?"
Errk....this is sooo spooky. Akak nih tilik nasib ke apa? Ni sume YM, FB n blog punya pasal nih!

5. "Pinggang selalu sakit2 tak?"
Uwaaa...kenapa akak nih tahu semua nih!!!

6. "Angin banyak dalam badan. Ni mesti selalu makan tak ikut masa."
Bukan angin je kak oii!! Hangen pon ada! Akak tu kata juga cK suka delayed makan. Dah betol2 lapar, baru nak makan. Tak elok sebab time tu angin dah pun masuk dalam badan. Tu la...cK dah kata....Susah la nk diet camni! Heheheh...

7. "Ovari ada masalah sikit. Period tak teratur."
Ishhh...betol wooo!!! Ini memang cK sedar. Salah satu ovari cK ni ada yang kurang cerdik sikit. Sebab tu la kadang2 cK boleh puasa full sebulan! Dah tak period, nak buat camne kan? Rasanya maybe yang sebelah kiri kot. Sebabnya, pernah berlatih taekwando dulu partner cK tertendang kuat giler kat side kiri tuh. Memang sakit yang amat! Mula la risau nih!!

8. "Sel aktif ye"
Wow...aktif! Hehhee..Then cK tanya "Sel apa kak?"
Sekali akak tu jawab "Payudara!".
"Maksudnya?"
"Selalu check sendiri tak bila period?"
"Ada"
"Ada rasa macam ketul2?"
"Tak."
"Pernah buat memogram? Baik pegi buat. Sebab sel adik nih aktif. Kadang2 bukan cancer. Tapi kita berjaga2. Maklumlah kita mengadap komputer, henpon sumer tu...radiasi".
"Eh akak ni...takkan laaahh"


Ahhh...sudaaahhh...Biar benar akak nih! Then, cK tanya dia satu soalan.

"Kak, kalau tumit kaki kanan selalu sakit macam mencucuk2 tuh kenapa ye?"
"Dah kahwin?"
"Belum"
"Peranakan adik ada masalah tu"

Aiyooooo!!!!! Ye, cK pernah terhentak masa naik mountain bike dulu. Tapi, takde la rasa macam kesannya sangat hebat. Ishh...memogram? Ermm..nak kena buat nih. Now i am really worried! Apakah!


Thursday, March 05, 2009

:: Cekci u Ols! ::

8 comments:

I mite get kill for uploading this pic in my blog. Ampun Pak Bukit! Peace!

Apa impression korang bila mula2 tengok gamba macam ni?

Ada rasa seksi?

Ada rasa teruja?

Ada rasa naik nafsu?

Apa kaitan soalan2 cK ni ngan entry hari ni?

Sekarang ni dah jadi musim orang dok sebar gambar2 luar tabii merata di merata tempat. Kadangkala bukannya mereka yang ingin gambar-gambar tersebut diedarkan namun atas dasar dengki, iri hati dan kecewa...Adalah satu dua pihak yang rajin menaik turun gambar tersebut.

Perkara ini tidak hanya terjadi di kalangan artis, ahli politik, malah orang awam juga tidak terlepas dari gejala yang kurang sihat ini. Yang cK kurang paham, mengapakah si mangsa secara suka rela membiarkan diri mereka di potretkan dalam keadaan yang kurang sesuai? Untuk kenang-kenangan kah? Suka-suka kah?

Mungkin juga kerna sayang? Semuanya di kongsi bersama. Kot tak lena tidur waktu malam nya, bila melihat wajah si dia di wallpaper HP, tenang rasa di jiwa. Atau mungkin juga gamba itu berguna di kala gelora. Dari dibayangkan artis2 tempatan atau luar negara yang tak mungkin dapat di tackle, eloklah tengok muka awek/boipren masing2 je. Untung nasib, boleh je mengada2!

Well, mungkin ada juga jenis manusia yang amat menyukai tubuh mereka hinggakan mahu orang lain berpeluang menatap setiap inci yang ada. Jadi, tidak ada timbul rasa sedih atau malu bila melihat gambar mereka keluar di mana-mana. Ada juga yang jadikan kerjaya! Cuma hangin bila tak dapat nak merasa duit royalti saja.

Orang-orang kita pula, tak boleh tidak memang suka nak menengok benda2 yang pelik2 di depan mata. Maklum, yang susah nak dapat tuh la yang lebih mencabar minda katanya! Nak kata jakun, tak tahu la pula. Cukup2lah bini kat depan mata. Tak payah nak cuci2 mata. I love my body and i mite share the reflection only with the mirror - my mirror! Yang lain-lain tu, tepuk dada errr...baik2 jangan gegar ye!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...