Tuesday, March 24, 2009

:: Pandang Sebelah Mata::

Dua tiga hari lepas cK sempat mendengar sekali imbas berita yang tersiar di kaca tv. Ada perkara yang ditimbulkan oleh golongan yang kurang bernasib baik. Pendek kata OKU - Orang Kurang Upaya.

Isu nih kalau dilihat oleh kita, golongan yang normal ini mungkin agak remeh. Namun sebagai seorang ahli masyarakat yang prihatin, cK rasa ada benarnya apa yang mereka perjuangkan. Ada beberapa perkara yang cK rasa perlu dipertimbangkan oleh pihak-pihak berwajib tentang kemudahan-kemudahan yang ada di negara kita dan sejauh mana ianya sesuai ke atas semua golongan warga kita.

1. Auto Teller Machine

Tak kira bank mana yang ada dalam negara kita, cK rasa kaunter ATM khusus patut diadakan untuk golongan OKU ini. Perasan tak ATM machine selaunya tinggi2. cK faham, ini adalah untuk tujuan keselamatan. So that, bila tekan2 nombor PIN tu orang lain tak nampak. Tapi, bayangkan kalau u guys on a wheelchair. How? Nak datang dekat-dekat ngan kaunter ATM tuh pun payah. Apatah lagi nak jenguk skrin. Susah kan?

2. Shopping Complex

Not all shopping complexes in our country has this special trail for them. Ada beberapa pusat beli belah yang punyai kemudahan ni. Antaranya, One Utama dan the Curve. Yang lain2? Don't tell me this group of people do not have the power of buying. So shallow kan? Sepatutnya setiap mall mesti ada laluan khas untuk golongan ini. Bukan untuk membeza-bezakan keupayaan mereka cuma, kita berikan mereka sedikit keselesaan untuk bergerak. Takkan nak suruh diaorang nih naik tangga macam kita. Plus, eskelator and elevator patutnya di sediakan alatan khas untuk menyokong mereka yang menggunakan kerusi roda.

3. Pengangkutan awam

LRT station memang menyediakan penggunaan lift untuk golongan OKU. Tetapi selalu di salahguna oleh orang2 normal nih hingga menyebabkan pihak pengurusan kadang kala terpaksa menghentikan perkhidmatan lift. It makes me think, sapa yang lebih sakit sebenarnya nih? So guys, please. Kalau dalam tren pula, memang ada tempat duduk khas. Again, orang-orang kita ni pantang ada tempat kosong je mulalah laju je nak labuh punggung. Takde hirau dah orang lain. Tolonglah kikis sikap pentingkan diri korang tuh eh?

Bas pula lain ceritanya. Jarang cK nampak ada bas yang sediakan laluan khas untuk golongan ini. Tempat duduk mungkin ada dikhaskan but the thing to get on the bus pon dah susah dan sometime tak dapat, macam mana nak duduk dalam bas pula? Pelik kan? Kena berikan perhatian ni. Mungkin En. Jusoh boleh membantu?

4. Senibina bangunan - rumah

Perhatikan rumah-rumah yang ada di negara kita. Suiz utama, suiz lampu atau kipas sinki, power point, paip air dan macam-macam lagi yang ada samada terlalu tinggi atau terlalu rendah. Macam mana tu? Apa penyudah untuk situasi begini? Golongan OKU terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk membuat pengubahsuaian. Secara tak langsung, ini memberitahu kita bahawasanya golongan ini terpaksa mempunyai simpanan yang banyak in order to fund their renovation. Will they succeed when there's lot of people who doubt their capabilities with their innabilities? Tepuk dada tanya diri.

Itu mungkin tiga perkara yang cK boleh nampak ketara berlaku dalam kehidupan seharian kita. Jangan terkejut andai terdapat lebih banyak perkara yang ada dalam situasi kehidupan kita ini tidak mesra pengguna terhadap golongan OKU. Yes, they can continue to keep on improvise (menggunakan pembaris untuk menutup suis) dan hidup dalam belas ihsan orang lain but wouldnt it be better if they can have better living environment?




5 comments:

SilverFerio said...

lately kira ok jugak la... sebab gomen dah ada guideline kemudahan awam dan perkhidmatan, buildings perlu sediakan fasiliti utk OKU. rasanya enforcement je lom ada...

DoOrDie said...

we need more awareness among us.

SilverFerio said...

ada otak fikir... hahaha
i dont need awareness

Tan Sri Jusoh Patail AMN, PJK, PMN, PJN, AJK, KRU, PSP, PS2, PS3, PPSMI, GMP, MoU, PAS said...

kita yang normal tak rasa susah pasal menteri-menteri kita takde dari golongan OKU...menteri2 kita tu sume golongan OKO - Orang Kurang Otak jee...

DoOrDie said...

baman - i know u r smart, bro.

jusoh, oh...no komen!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...