Monday, January 25, 2010

:: Wayang Mana Lagi Best? ::

5 comments:
Berikut adalah sinopsis baru cerekarama minggu ini. Kami berharap ianya dapat membantu anda memilih wayang manakah yang lebih mencuri perhatian dan sanubari untuk dijadikan bahan kutukan tontonan satu family.

1. In the cinema for Legion:
  • cK gi nonton bioskop sama senior-senorita zaman sekolah menengah dahulu. 
  • One of them, cK dah pernah ngedet before but yang lagi dua tu kira our reunion so called after almost 10-11 years tak jumpa
  • Tengok show pukul 7.40 malam , habis show dalam 9 sumtin
  • Cerita yang ada motif - mankind dah banyak yang ingkar, Tuhan marah, turunkan bala so that masing-masing leh insaf
  • The show was ok, but both me n Dy expect for something more. Mungkin terpengaruh ngan kegilaan Pandora yang masih ada di mana-mana pawagam


2. Outside the cinema before Legion:
  • cK habis keje pukul 5.00 bergegas kemas2 segala balik sebab Dy nak fetch kol 6.50 ptg
  • Sampai rumah, mandi manda bersiap, tukar beg sebab beg yang pakai gi keje tu beso plak rasanya
  • Plan lepas muvee nak makan-makan kat Rasa Sayang ramai-ramai
  • Masa ambil tiket kat TGV, cK kuarkan wallet nak bayar...TAPI dang! Wallet ku tiada! Panik attack. Kerok sana, kerok sini...takde plak bocor kat mana-mana
  • Muka dah biru, camne nak bayar tiket ngan makan-makan nanti woo! Kak Elly pakat gelak-gelakkan sambil sebar berita kat semua rombongan
  • Muka cK rasa tebal berinchi2 speshly time makan kat Rasa Sayang so end up makan tossai je di malam hari. Anggap je la diet, walhal tak mampu nak sara diri. Ni semua wallet punya pasal la ni!
  • Terima kasih kat Dy sebab sudi menaja diri ku yang hanya mampu senyum sipu2.
Sila taip UNDI01 kalau anda rasa cerita pertama lebih mencabar minda atau UNDI02 kalau anda rasa cerita kedua lebih menggeletek menyayat hati. Selamat mengundi!

:: Tofu Sedap ::

No comments:
Ha, amik ko. Lagi satu entry pasal makan-makan. Ini semua Mama punya keje. Dia tahu tak, anak dia ni nak slim, montokkan badan? Yang dia masak sedap-sedap sampai takleh kata NO tu pasai apa? Heheheh...

Ni boleh dikira satu lagi hasil menonton AFC terlalu lama. Mula la tekak tu nak rasa je segala mala yang nampak dorang tu masak. So, kali ni Tofu sedap ni dijadikan lauk rasmi untuk malam Ahad yang lalu. Dek gara-gara Tofu ni juga la cK terpaksa postpone nak masak spagethi (alasan lagi!) . Hiks!

Nak prepare juadah ni taklah sesusah mana pun rasa cK. I dun really observe how Mama do it, but i guess it should be like this. Tofu tu korang stim kan, bukan korang yang stim...Tahu ok, tahu...Pehtu tumis daging cincang, bawang kasi kuning2. Then, masukkan kicap manis ngan sos tiram. Korang boleh tambah pepper ngan minyak bijan nak bagi naik bau lagi. Plus, kita ni kan orang Malaysia...terkenal lah ngan rasa pedas2 kan? Tak gitu? Pastu masuk daun ketumbar yang dihiris. Kot tak suka, buh je daun sup ngan daun bawang. Ya, garam jangan lupa. Setel!

Last sekali, curah je semua yang korang tumis tu kat atas tahu yang korang dah stim awal2 tadi. Make sure tahu tu dah siap sedia kat atas mangkuk / pinggan untuk dihidang. Selamat mencuba!

:: Terbaik Dari Ladang ::

No comments:
Saya sedar satu perkara yang telah melanda diri sana semenjak dua ini. Aktiviti makan amat menjadi-jadi apabila hari cuti. Kenapa? Mengapa? Biarlah ia menjadi misteri.

Yang penting, sekarang cK dan keluarga dah mula menjadi peminat tetap Restoran Md Chan Abdullah. Restoran masakan cina muslim ini ada beberapa cawangan dalam negara antaranya di Manjung, Wangsa Maju dan yang paling dekat my hommie Melawati.



Kiranya, memang berbaloi-baloilah bila datang makan kat sini. Ala-carte yang memang puas hati. Tak kedekut isi, ya Tuan-Tuan dan Puan-Puan. Itu bab makanan. Kalau cerita bab air pula..kegilaanku yang baru haruslah Limau Asam Boi dan Kedondong Asam Boi. Memang pekat, likat hingga juling mata.

Fresh oren tu dua biji oren digunapakai. Yang epal juice plak, macam kita buat kat umah. Takde kedekut2 atau manis gula melampau. Sedang2 sedap je nak telan. lagi satu kesukaan family cK teh bunga - chrysanthemum tea kata orang kampung sebelah. Sejuk je tekak menelan. Pendek kata, memang malatop! 



Kali ni kitaorang try Mee Wantan with BBQ Chicken- yang Daniel makan tu.Mama ngan Dekdek share Kantonis Kue Toew. cK makan Char Kue Teow - tak sempat amik gambar sebab dah masuk perot awal-awal. Heheheh...Cuba tengok air muka Mama menyantap tu, memang selera kan? Ha...syiook oo!

Harga dorang standard je ngan mana-mana kedai kat Melawati ni. Kot kalau rate gerai-gerai tu..mungkin up sikitlah. Still, puas hati dan kenyang hingga menjilat jari. Itu yang penting tu. Korang datang la penuhkan restoran ni. Dibuka pukul 11 pagi hingga 10.30 malam. 

Oh yeah, ada dimsum dan pau juga sedia untuk disantap para pelanggan. Asyik asyik asyik! Tak rugi wooo...Mai sepinggan!

Sunday, January 24, 2010

:: Nak! Nak! Nak! ::

No comments:

Jom kita! Tiga Juara Lagu bergabung tenaga. It should be great, kan? Lets go!

Friday, January 22, 2010

:: Perlukah Ku Pulang Begini? ::

2 comments:
I was thhhhiiiiiiissss (measure it like half an inch) to humiliate myself.

Kalau tak sedar, memang dah jadi 'bahan' seumur hiduplah nampaknya. Takat kena gelak ngan budak2 opis ni leh tahan la lagi kan. Tapi kot satu gerabak panjang LRT tu...wooo..lebih la tu. Tak mungkinlah kulit muka ku tebal dapat menahan malu yang sebegitu.Mau tukar mode transportation nanti...Jalan kaki ke? Oh Tidak! Heheheh....Nak tahu kenapa? Taaarraaaaa!!!!!!



Miahahaha....kalau tol2 balik camni...memang besarlah malu ku itu nanti.

:: FB Punca Cerai ?::

1 comment:


Ini apa yang jadi di Sydney, kat Malaysia agak2 macam mana ler agaknya.Come to think about it, was it that serious? Takkanlah couples ni kurang bijak akalnya hingga sewenang-wenangnya berbicara tentang apa saja di laman sosial popular yang tiada sempadan ini?

Tambah lagi, selalunya dalam senarai rakan setiap individu pasti akan ada teman rapat, kekasih hati hatta sekalipun dihitung kira. Oh, thats remind me of something! I don't have everyone close to me in my list. Maka, dek kerana inilah, peluang pasangan masing-masing untuk curang, main kayu tiga, bermingle2 ngan orang lain terbentang luas. Well, tepuk dada tanya selera lah.

Wednesday, January 20, 2010

:: Nadiku ::

No comments:



Lovely. Good luck for your launch at KK, Sabhi.

:: Itu 80's Punya Cerita ::

3 comments:
"Sister, nak ikut tak?"
"Mana?"
"Murai ke second anniversary"
"Bila? Katner?"
"Hari Jumaat, Palace of Golden Horses"

Fikir jap...

"Tema?"
"Retro..80's"
"Okie!"

Maka..sehari sebelum berlangsung acara, bergelek gerudilah kami tiga orang (sorry Ayu!) tawaf Times Square, Sungai Wang n BB Plaza. I don't intend to 'berhabis' for the event. Cukup nampak effort nak ikut tema 80's tu je dah cukup bagus.



End up buying grey tube yang harga RM25 je- mengerlip2 ala2 Kak Melah nyer baju then shop for accessories - gelang ngan cincin (ni beli kat CM sajork). The problem of buying baju kat Sg Wang dan kawasan yang sewaktu dengannya of course la - SIZE. Sebagai seorang yang berbadan montok (euw!) agak susahlah juga nak cari yang sepadan. Try punya try mesti tak padan ngan rangka badan. Lucky me, tube tu muat. So, kenalah membentuk badan ni jadi ala2 saiz normal gitu. Huhu.


The event was ok. Ramailah muka2 artis Astro yang ada including Mawi n Ekin. The rest tu, banyak dak2 reality TV show dorang la - AF, Raja Lawak n so on. Yang paling best, i managed to meet my favourite designer -  Hatta Dolmat. Sessi berbalas2 FB masa dalam dewan akhirnya berakhir ngan mata bertentang mata. Such a sweet guy! Lenkali leh date lagi.



Think, my opening for 2010 is pretty much interesting. With holiday coming next to the Land of Borneo, i just cant wait!

:: Makan...Makan....Makan ::

No comments:
Ehem. Gila lama tak update aktiviti kat sini. Tak mengapa, janji FB saya masih bernyawa! Cewaaah! Ok, entry kali ni ada kait mengait ngan entry sebelum ni. Ya, bab makan-makan ni mana boleh miss beb! Hiks!




Dengan berbekalkan semangat waja, cK ajak Ayu, En.Isa ngan Emin memanjangkan langkah ke Mid Valley nun untuk menyantap Kenny Rogers. Sampai sana dalam pukul 7 lebih kurang. 7 malam yer, bukan pagi ok. Lepas solat Maghrib tu, dapatlah kitaorang membedal Quarter Set yang sedap itu.



Seriously, ramai orang lah! Masing-masing dengan baju merah. Macam-macam merahlah yang ada - merah cili, merah menyala, merah darah, merah jambu pun ada. Kiranya memang full house Kenny Rogers malam tu. Perasan juga status kawan2 dalam FB menceritakan hal yang sama. Sini penuh, sana penuh. Apa nak buat...Buy 1 Free 1 punya penangan, sapa tak nak kan?




cK sempat tanya kat staff sana, "Penat tak?". Jawapan yang cK dapat "Sikit lah.." sambil diiringi senyum sempul penuh makna. cK pun cakap lagi "Buat lah selalu ye camni?". Jawapan mesra "Oh memang pun. Setahun sekali lah tapi..."



Setahun sekali je? Iskk...takperlah..something than nothing. Kan? Nanti gwe roger2 lagi na tahun depan!

Wednesday, January 13, 2010

:: For One Day Only! ::

3 comments:


Red is for love, joy and happiness that one should feel of one’s life. Red is for the blood that courses through our body and keeps us alive. Kenny Rogers ROASTERS launching of RED  (ROASTERS Eating Day) will ignite the meaning of ‘red’. Advocating on healthy eating since day one, KRR understands the meaning of a healthy body that equals to a happy person.

KRR celebrate RED on 13 Jan 2010 - marking it a significant day by giving out a *complimentary Kenny’s Quarter Meal with purchase of a Kenny’s Quarter Meal for those who visit KRR restaurants with any element of the colour red (you could have red lipstick, red cap, red shirt or red head band). It will be a day that people can mark on their calendar to remind them to take the opportunity to eat healthy!

Come to Kenny Rogers ROASTERS restaurant nearest to you and enjoy this gift of health! Forward this message to as many friends as possible to show that you care for them!

*Terms & Conditions apply

Sunday, January 10, 2010

:: Tutup Sebelah Mata ::

2 comments:
Buat orang-orang yang berasal dari Selangor atau pernah bersekolah di Selangor, mesti pernah dengar bait2 lagu ni :


Duli Yang Maha Mulia
Selamat Di Atas Takhta
Allah Lanjutkan Usia Tuanku
Rakyat Mohon Restu
Bawah Duli Tuanku
Bahagia Selama-lamanya
Aman dan Sentosa
Duli Yang Maha Mulia


Ya. Lagu yang budak-budak sekolah, cikgu-cikgu sekolah kena latih vokal setiap hari Isnin gamaknya. Lagu ini juga amat sinonim dengan perhimpunan. Kiranya, selain daripada lagu Negaraku dan lagu sekolah tu, lagu ni memang jatuh kategori lagu wajib carta mingguan mana-mana sekolah dalam negeri ni.

Lagu ini dinyanyikan oleh semua pelajar sekolah tanpa mengira kaum apakah mereka. Perhatikan lirik lagu tu. Perkataan Allah yang menjadi isu besar sekarang turut digunapakai, Sekali lagi cK nak kasi ingat yang mana lagu ini dinyanyikan berbilang kaum, bangsa, agama dan kepercayaan. Setuju?

Tidak pula ketika itu timbul rungutan atau bantahan mengapa rakan-rakan kita yang lebih cerah bermata sepet atau yang gelap berambut kerinting yang sah-sah berlainan fahaman agamanya merasa tertekan kerana terpaksa mendoakan sesuatu dari sesuatu yang bukan termaktub dalam kitab mereka. Ambil contoh Hindu yang terkenal dengan barisan Tuhan/Dewa yang pelbagai itu. Mengapa mereka harus menyanyikan lagu yang menyebut kalimah Allah dan bukan Siva, Vishnu atau sesuatu yang ada kaitan dengan kehiduapan atau agama mereka.

Tidak pula kaum majoriti negara ini bersuara dan kata "Oh kita tak sepatutnya membiarkan mereka menyanyikan lagu itu kerana ada perkataan Allah." Dan ada atau tidak antara kamu yang mula terasa bersalah kerana seolah2 memaksa orang-orang ini menyebut, menyanyi sesuatu yang bukan ajaran mereka. Pelik kan?

p/s : I'm tired by those Drama-King. Praying for the best for the entire human being.

: Bikin Malu Daa ::

No comments:
Berita yang agak mengejutkan kami sekeluarga, malah hampir rata2 keseluruhan warga Melawati secara amnya. Selama hampir 22 tahun cK dan keluarga mendiami kawasan penempatan yang ini, tak pernah terjadi huru hara main bakar-bakar ala Red Indian ni.

In fact, we are one big Rojak community and we got not issue with anyone's belief, if you know what i mean. My neighbours ada yang Melayu, Cina, India, Mat Salleh yang terang-terang mengamalkan kepercayaan masing2. Tu belum kira lagi yang ethis ke kan. Yang muslim ke surau, masjid dan yang Christian ke Sunday School mereka. Seriously, NO issue at ALL!


p/s : gamba pinjam je nih. ada banyak lagi kat sini

So, bila keluar paper pasal tempat ibadat disini dibakar siap main malatov gitu, waaahh...mau tak terkujat! Terasa macam duduk dalam kawasan terrorist ok! I don't get it lah. They do those nonsense and claimed by the name of either God or religion. Seriously?! Bukan ke selalu dikatakan, kita ni dituntut bersabar. Amarah itu mengundang segala anasir jahat dan menyebabkan anak Adam ini lebih terpesong dari norma2 dan nilai Islam yang sebenar.

Perlu ke dibakar segala-gala yang ada? Apa faedah yang dapat dari tindakan gila tu? Apa pun, cK respek kat pokcik sorang ni. Korang leh baca kat sini. Apa salahnya kalau semua orang begitu? Manusia itukan sama saja disisi Pencipta. Bezanya adalah amalan dan ibadatnya. Bukan hak kita untuk menentukan syurga atau daulatnya bangsa. Hidup seadanya. Susah sangat ke?

Saturday, January 09, 2010

:: Alert! Alert! ::

2 comments:
Didn't momma tell ya that black = unpredictable, red = hot. And when you have both, walla! You are OUTSTANDING!!! Fuiiyooooo!!!

I'm starting the new year with a brand new selection of colors. I can only see Red and Black nowadays. Weird eh?




I love my bag. I love my wallet. I love myself. Do u love me? Hiks! :-)

:: TQ, Sweets ::

No comments:
Thoughts counts.

In fact, I am so excited when I received the parcel. Nicely pack in a box, i got a brand new 2010 organizer and pocket diary. Best part? It comes with those colorful sticky notes. Gosh, i love colors so much!



p/s : yes, its a gift. so what? Thanks a mill, munchkin!

Thursday, January 07, 2010

:: Hantu = Malays ? ::

No comments:
I received this from my email. Seems like someone need to learn how to shut her mouth.



Wednesday, January 06, 2010

:: Wahid & Wahidah ::

No comments:

Oh, begitu senada seirama namaku dan namamu itu. Hiks.

"This year we are celebrating our 50th anniversary and according to Chinese calendar, 2010 is the year of tiger which is synonym to our Company. Lets ROAR. To my friendly competitor, we respect you"

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Perancangan seawal dari bulan 10 tahun lepas membuahkan hasil akhirnya. Berjaya juga cK pastikan Dato' Sri Abdul Wahid Omar (atau nama manjanya DSAWO) menjejakkan kaki ke kantor ku ini. Terharu ok!



Pagi-pagi lagi cK dah teruja gila nak jumpa CEO pujaan hatiku ini. I always remember him as a young, vibrant and humble man. Also to mention his good sense of humor thou. Seorang yang berprofil tinggi sebagai CEO bank terbesar dalam negara, beliau tidak lokek berkongsi ilmu, pengalaman dan ya, senyuman. Comel sungguh tengok dia sengih.So sweet!

Ini adalah antara ganjaran untuk bekerja disini and I certainly value that. It's not an easy task to liaise with these big shots (also their PAs, Secretary and so call) but, i have to thank God for making it a smooth journey for me.


Those are the-money-cant-buy experience and I enjoy it much. I have few more names left in my-wanna-meet-list. That would includes the Governor herself, Abg Nazir (boss Yayake) and few others. It's gonna be another great year for me, insyaallah.

p/s : Boss, ehem...ni boleh masuk untuk kira-kira bonos mid-financial year kan? Heheheh..

Monday, January 04, 2010

:: Cerita Pasal Otak ::

2 comments:
Perbualan mengambil tempat di stesen LRT, Wangsa Maju pada jam 8.00 malam, semalam.

KapLamYaNga : Eh, itu pass ada ka?
Awek Kaunter   : Monthly pass kami dah habis, encik.

KapLamYaNga : Aku datang petang tadi pun kata dah habis! Ni datang malam pon kau kata habis!
Awek Kaunter   : Memang stok kami terhad.

KapLamYaNga : Korang ni takde otak ke? Tahu berapa ramai naik dari sini tak?
Awek Kaunter   : Encik, kami memang diberikan stok yang ikut monthly sales kami.

KapLamYaNga : Sekarang kau bagitau aku, macam mana aku nak beli pass?!
Awek Kaunter   : Encik boleh pergi LRT Setiawangsa atau Melati ke.

KapLamYaNga : Kau bagilah duit! Aku pergi! Takde otak punya Melayu!
Awek Kaunter   : Encik pergilah.

KapLamYaNga : Bodoh! Pasal tu Melayu berniaga rugi. Tak pakai otak!!!
Awek Kaunter   : ENCIK NI KENAPA?!



Awek tu keluar dari kaunter dan sambung bertekak ngan lelaki separuh abad tu. Malas nak campur. cK beratur belakang lelaki tu. cK pergi kaunter tanya mamat lagi sorang "Pass yang 100 tu dah habis eh?". "Ya," mamat tu jawab. "Ok, thanks".

cK terus pergi LRT Melati. Sampai, gi kaunter then bayar. Settle. Takde susah mana pun?

Kesimpulannya :

1. cK kurang pasti sapa yang BODOH sebenarnya. Dah kalau datang petang, tiket dah habis plus its Sunday for God's sake! Datang lagi waktu malam kat stesen yang sama nak buat apa?

2. Stesen LRT sekitar Lembah Kelang ni bukan ada satu je. Banyak. tak reti-reti ke nak panjangkan langkah tu sket? Semua nak senang, ada depan mata je...Susah la beb.

3. Apa kait mengait LRT rugi ngan Melayu? Ko nampak muka cam Melayu kot2 Iban? Orang asli ke? Yang bercakap tu pun, pandai sangat ke? Naik LRT gak ko g keje  kan? Takde plak ko nak naik keta beso dan bayar RM2.05 seliter untuk petrol kan?

Fuuhh...panas beb! Kalau cK jadi awek tu, mungkin cK jawab camni "U cuma ada otak, tapi i ada akal".
Zassss!

:: Jom Mamam Cekelat! ::

No comments:
Wahai sekalian rakyat jelata, dengan rasa rendah diri dan lapar perutnya hamba ingin menjemput seluruh warga pergi beramai-ramai melaburkan duit dengan menggunakan sistem barter yang berjaya.Tak percaya? Tengok ni :



So, sapa nak pergi angkat kaki sila naik kenderaan sendiri. Miahahah!

Friday, January 01, 2010

:: Berkat Dua Jumaat ::

No comments:
Alhamdulillah. Bersyukur pada Maha Pencipta kerana izin-Nya, masih bernafas lagi Jumaat kali ini.

Coretan pertama untuk tahun 2010. Menginjak setahun lagi perjalanan hidup cK. Sedar tak sedar secara kebetulan, permulaan bagi tahun Hijrah dan Masihi jatuh pada hari Jumaat. Pasti ada rahsia di sebalik hari yang perlu dirungkaikan dalam kita menjalankan tanggungjawab seorang insan pada Yang Esa. Semestinya cK mengharapkan keberkatan penghulu hari ini akan berkekalan sepanjang tahun, insyaallah.

cK dah pun mula merangka senarai perkara-perkara yang perlu dilaksanakan sempena tahun baru. Tidak memasang azam, sebaliknya merancang agar segala apa yang dihajatkan beroleh kejayaan. It's easy to make a resolution than to keep and make it happen, ait?

Antara perkara-perkara yang dimasukkan dalam list untuk tahun ini termasuklah :

1. Kursus kahwin - ya, dah bersedia kot? Huhu..Sebelum harga naik, masa makin panjang baiklah pergi secepat mungkin.

2. Penuhkan tabung - ni penting ni. Mungkin juga cK akan beralih arah bagi memajukan diri dan menambahkan angka gaji. Hiks!

3. Cari imam - Ha..konsepnya, cari imam untuk family. Yang boleh membimbing cK anak beranak ke jalan yang diredhai. Pastu kita cari Tok Kadi, then leh ajak kawan2 makan kenduri. Hehehe. Erti kata lain, cari menantu sorang untuk Mama.

4. Buat passport - percayakah korang i dun have one? It's about time. Mana tahu jodoh ku di luar sana. Vasss!

Itu sebahagian daripadanya. Panjang la juga to-do list tahun ni. Tak masuk lagi bab nak pergi bercuti, muhasabah diri. cK doakan agar dipermudahkan segala urusan, dilimpahi segala keberkatan dan kesihatan untuk menjalani kehidupan bersama yang tersayang. Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...