Sunday, January 10, 2010

:: Tutup Sebelah Mata ::

Buat orang-orang yang berasal dari Selangor atau pernah bersekolah di Selangor, mesti pernah dengar bait2 lagu ni :


Duli Yang Maha Mulia
Selamat Di Atas Takhta
Allah Lanjutkan Usia Tuanku
Rakyat Mohon Restu
Bawah Duli Tuanku
Bahagia Selama-lamanya
Aman dan Sentosa
Duli Yang Maha Mulia


Ya. Lagu yang budak-budak sekolah, cikgu-cikgu sekolah kena latih vokal setiap hari Isnin gamaknya. Lagu ini juga amat sinonim dengan perhimpunan. Kiranya, selain daripada lagu Negaraku dan lagu sekolah tu, lagu ni memang jatuh kategori lagu wajib carta mingguan mana-mana sekolah dalam negeri ni.

Lagu ini dinyanyikan oleh semua pelajar sekolah tanpa mengira kaum apakah mereka. Perhatikan lirik lagu tu. Perkataan Allah yang menjadi isu besar sekarang turut digunapakai, Sekali lagi cK nak kasi ingat yang mana lagu ini dinyanyikan berbilang kaum, bangsa, agama dan kepercayaan. Setuju?

Tidak pula ketika itu timbul rungutan atau bantahan mengapa rakan-rakan kita yang lebih cerah bermata sepet atau yang gelap berambut kerinting yang sah-sah berlainan fahaman agamanya merasa tertekan kerana terpaksa mendoakan sesuatu dari sesuatu yang bukan termaktub dalam kitab mereka. Ambil contoh Hindu yang terkenal dengan barisan Tuhan/Dewa yang pelbagai itu. Mengapa mereka harus menyanyikan lagu yang menyebut kalimah Allah dan bukan Siva, Vishnu atau sesuatu yang ada kaitan dengan kehiduapan atau agama mereka.

Tidak pula kaum majoriti negara ini bersuara dan kata "Oh kita tak sepatutnya membiarkan mereka menyanyikan lagu itu kerana ada perkataan Allah." Dan ada atau tidak antara kamu yang mula terasa bersalah kerana seolah2 memaksa orang-orang ini menyebut, menyanyi sesuatu yang bukan ajaran mereka. Pelik kan?

p/s : I'm tired by those Drama-King. Praying for the best for the entire human being.

2 comments:

yaya|azura said...

Ck..i rasa isu dia mungkin adalah disebabkan penggunaan perkataan tersebut sebagai suatu perkataan untuk mendescribe something such as penggunaan perkataan 'Mecca'. Orang bukan Islam mungkin telah menggunakan perkataan Allah untuk mendescribe something else tanpa mengira isu sensitiviti kita sebagai umat Islam.

Unknown said...

Yaya, kalau buka wiki pasal kalimah tu katanya gini :

Allah (Arabic: الله‎, Allāh, Turkish: Allah, IPA: [ʔalˤːɑːh] ( listen)) is the standard Arabic word for God.[1] While the term is best known in the West for its use by Muslims as a reference to God, it is used by Arabic-speakers of all Abrahamic faiths, including Christians and Jews, in reference to "God".[1][2][3] The term was also used by pagan Meccans as a reference to the creator-god, possibly the supreme deity in pre-Islamic Arabia.[4]

ada lagi la..panjang. Macam org2 Kristian di Indo, they still used Allah to refer as God. Ulama dalam kes ni lebih byk bertenang. Tak macam NGO segala, bising piket sini sana. Kononnya by the name of agama but i dun recall any part dalam agama kita yang tolerate violence & rudeness.

panjang plak komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...