Coretan pertama untuk tahun 2010. Menginjak setahun lagi perjalanan hidup cK. Sedar tak sedar secara kebetulan, permulaan bagi tahun Hijrah dan Masihi jatuh pada hari Jumaat. Pasti ada rahsia di sebalik hari yang perlu dirungkaikan dalam kita menjalankan tanggungjawab seorang insan pada Yang Esa. Semestinya cK mengharapkan keberkatan penghulu hari ini akan berkekalan sepanjang tahun, insyaallah.
cK dah pun mula merangka senarai perkara-perkara yang perlu dilaksanakan sempena tahun baru. Tidak memasang azam, sebaliknya merancang agar segala apa yang dihajatkan beroleh kejayaan. It's easy to make a resolution than to keep and make it happen, ait?
Antara perkara-perkara yang dimasukkan dalam list untuk tahun ini termasuklah :
1. Kursus kahwin - ya, dah bersedia kot? Huhu..Sebelum harga naik, masa makin panjang baiklah pergi secepat mungkin.
2. Penuhkan tabung - ni penting ni. Mungkin juga cK akan beralih arah bagi memajukan diri dan menambahkan angka gaji. Hiks!
3. Cari imam - Ha..konsepnya, cari imam untuk family. Yang boleh membimbing cK anak beranak ke jalan yang diredhai. Pastu kita cari Tok Kadi, then leh ajak kawan2 makan kenduri. Hehehe. Erti kata lain, cari menantu sorang untuk Mama.
4. Buat passport - percayakah korang i dun have one? It's about time. Mana tahu jodoh ku di luar sana. Vasss!
Itu sebahagian daripadanya. Panjang la juga to-do list tahun ni. Tak masuk lagi bab nak pergi bercuti, muhasabah diri. cK doakan agar dipermudahkan segala urusan, dilimpahi segala keberkatan dan kesihatan untuk menjalani kehidupan bersama yang tersayang. Amin.
No comments:
Post a Comment