Monday, January 04, 2010

:: Cerita Pasal Otak ::

Perbualan mengambil tempat di stesen LRT, Wangsa Maju pada jam 8.00 malam, semalam.

KapLamYaNga : Eh, itu pass ada ka?
Awek Kaunter   : Monthly pass kami dah habis, encik.

KapLamYaNga : Aku datang petang tadi pun kata dah habis! Ni datang malam pon kau kata habis!
Awek Kaunter   : Memang stok kami terhad.

KapLamYaNga : Korang ni takde otak ke? Tahu berapa ramai naik dari sini tak?
Awek Kaunter   : Encik, kami memang diberikan stok yang ikut monthly sales kami.

KapLamYaNga : Sekarang kau bagitau aku, macam mana aku nak beli pass?!
Awek Kaunter   : Encik boleh pergi LRT Setiawangsa atau Melati ke.

KapLamYaNga : Kau bagilah duit! Aku pergi! Takde otak punya Melayu!
Awek Kaunter   : Encik pergilah.

KapLamYaNga : Bodoh! Pasal tu Melayu berniaga rugi. Tak pakai otak!!!
Awek Kaunter   : ENCIK NI KENAPA?!



Awek tu keluar dari kaunter dan sambung bertekak ngan lelaki separuh abad tu. Malas nak campur. cK beratur belakang lelaki tu. cK pergi kaunter tanya mamat lagi sorang "Pass yang 100 tu dah habis eh?". "Ya," mamat tu jawab. "Ok, thanks".

cK terus pergi LRT Melati. Sampai, gi kaunter then bayar. Settle. Takde susah mana pun?

Kesimpulannya :

1. cK kurang pasti sapa yang BODOH sebenarnya. Dah kalau datang petang, tiket dah habis plus its Sunday for God's sake! Datang lagi waktu malam kat stesen yang sama nak buat apa?

2. Stesen LRT sekitar Lembah Kelang ni bukan ada satu je. Banyak. tak reti-reti ke nak panjangkan langkah tu sket? Semua nak senang, ada depan mata je...Susah la beb.

3. Apa kait mengait LRT rugi ngan Melayu? Ko nampak muka cam Melayu kot2 Iban? Orang asli ke? Yang bercakap tu pun, pandai sangat ke? Naik LRT gak ko g keje  kan? Takde plak ko nak naik keta beso dan bayar RM2.05 seliter untuk petrol kan?

Fuuhh...panas beb! Kalau cK jadi awek tu, mungkin cK jawab camni "U cuma ada otak, tapi i ada akal".
Zassss!

2 comments:

yaya|azura said...

hoh! harus sediakan petition untuk menyuruh lelaki itu meminta maaf. so racist lah.
hahahaha. :p

DoOrDie said...

giler mendidih je diri belakang dia woo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...