Saya sedar satu perkara yang telah melanda diri sana semenjak dua ini. Aktiviti makan amat menjadi-jadi apabila hari cuti. Kenapa? Mengapa? Biarlah ia menjadi misteri.
Yang penting, sekarang cK dan keluarga dah mula menjadi peminat tetap Restoran Md Chan Abdullah. Restoran masakan cina muslim ini ada beberapa cawangan dalam negara antaranya di Manjung, Wangsa Maju dan yang paling dekat my hommie Melawati.
Kiranya, memang berbaloi-baloilah bila datang makan kat sini. Ala-carte yang memang puas hati. Tak kedekut isi, ya Tuan-Tuan dan Puan-Puan. Itu bab makanan. Kalau cerita bab air pula..kegilaanku yang baru haruslah Limau Asam Boi dan Kedondong Asam Boi. Memang pekat, likat hingga juling mata.
Fresh oren tu dua biji oren digunapakai. Yang epal juice plak, macam kita buat kat umah. Takde kedekut2 atau manis gula melampau. Sedang2 sedap je nak telan. lagi satu kesukaan family cK teh bunga - chrysanthemum tea kata orang kampung sebelah. Sejuk je tekak menelan. Pendek kata, memang malatop!
Kali ni kitaorang try Mee Wantan with BBQ Chicken- yang Daniel makan tu.Mama ngan Dekdek share Kantonis Kue Toew. cK makan Char Kue Teow - tak sempat amik gambar sebab dah masuk perot awal-awal. Heheheh...Cuba tengok air muka Mama menyantap tu, memang selera kan? Ha...syiook oo!
Harga dorang standard je ngan mana-mana kedai kat Melawati ni. Kot kalau rate gerai-gerai tu..mungkin up sikitlah. Still, puas hati dan kenyang hingga menjilat jari. Itu yang penting tu. Korang datang la penuhkan restoran ni. Dibuka pukul 11 pagi hingga 10.30 malam.
Oh yeah, ada dimsum dan pau juga sedia untuk disantap para pelanggan. Asyik asyik asyik! Tak rugi wooo...Mai sepinggan!
No comments:
Post a Comment