Tuesday, March 30, 2010

:: Threesome...Najwa...and Mr. M Junior ::

2 comments:

Date : Sunday, 28th March 2010
Time : 9.30 pm - midnite
Venue : NoBlackTie, Jalan Masui

I first saw Najwa Mahiaddin performed for Babyface's opening somewhere early March. This girl can really sing. No doubt about it. She was so 'selamba' and her jazzy tone catches my attention. Even the "Dadida...doowap..didida" part sounds so alive. She is born to be a star, waiting to be discover. Crowd was so happening and its's full house ok!

She sang her best numbers including Sweet October, Crazy, Jealousy (followed with her famous collaboration with Malique - Jangan Kau Bimbang Sayang), two of Erykah Badu's hits and of course my personal favorite ' Got To Go'.


Saw few familiar faces - the high skool junior (which i cant recall the name), Datuk Tom Abang Saufi (the award wining designer) and yes, Mr. M. Junior. Who? Dato' Mukriz , the son of our beloved Che Det. He came with his entire family. Cool isn't it? That's prove great people share the same interest in music. Haha! 


I've uploaded some of the video recorded during her performance in my FB page. And it now official that i will full fill my morning journey to work watching her clips on my mobile. She is awesome! I enjoyed having threesome - that refer to me, Dy and Leq and i wish to have it more in future. At least we have something in common other than being single. Hiks!

Friday, March 26, 2010

:: Skrip Tragis Sebuah Drama Tanpa Nama ::

No comments:
Tengok kuku Pereez, kilat..kan?

Watak utama.

Heroin         : Pareez Hilton (Pareez)
Orang jahat : Irkus da Bungkus (Irkus)


Irkus    : Oh..ni dia note-note yang u bagi kat i untuk ammend tu.
Pareez : Erm...u dah ammend ke?


Irkus    : Ni nak suruh you la ammend ni. U mula dengan yang ni la.
Pareez : I yang ammend untuk u?

Irkus    : Ha...u amik yang ni u masuk dalam Chapter yang ni...Ha macam ni...
Pareez : Owh...(senyum tawar)

Suara latar Pareez berkata-kata dalam hati:
Eh? Dah tiga minggu aku bagi notes tu kat kau, hari ni kau nak suruh aku plak yang ammend? Siap suruh aku pulak tu yang taip! Wah wah wah...banyak cantik muka ko?


Irkus    : Pastu, yang ni u amik ni plak. Cuba you tengok page yang belakang tu, amik ni masuk situ.
Pareez : Yang ni, masuk situ? Macam tu?


Irkus    : Haaaa..yang tu la...u taip semua2 ni. Sampai siap.
Pareez : I la yang taip...owhh...kekdah...

Suara latar Pereez berkata-kata dalam hati lagi:
Bukan ke kau tu dibayar untuk buat kerja-kerja ni. Ni apa kes aku plak jadi typist terhormat kau. Pandai plak bagi arahan kat aku. 3 minggu + berbulan2 punya deadline yang ko mintak extend tu apa cerita? Apa kau buat time tu? Tido? Mengangkang? Apa ko buat?

Nak suruh aku taip sampai siap? Deerrr! Aku nak pakai menda ni semua esok. Dan kau sepatutnya bagi segala2 menda ni siap. S.I.A.P! Bukannya hard copies yang berkajang2 ni nak suruh aku taip seketol2. Ko nak aku ni tidor opis ke buat menda-menda ni semua. Sebab apa? Sebab kau tak buat kerja kau betol2? Demmit.


Irkus    : Itu je la...so u taip ye semua.
Pareez : huh.... (muka plastik)


Irkus    : Anyway, cheque dah ada?
Pareez : Ha?! (Nganga luas2, mata bulat). Takde.


Irkus    : Eh, kenapa?
Pareez : Tengah proses. You pun baru bagi arini ammendment.

Suara latar Pereez menyumpah kuat-kuat:
Tanya kat aku pasal cheque? Berani nye kau ni. Spesis muka tebal. Tak tahu malu betol! Dahla keje tak siap! Ada hati nak duit. Ye, duit kau yang ribu2 tu kalau boleh nak je aku sedekah kat anak yatim. Keje separuh jalan, ala kadar ....dapat duit riban2...Aku ni? Dah la kena kerja teruk-teruk bersihkan tahi ko last-last dapat apa?

Cerita terpaksa bersambung sebab tape nak rolling dah abis. *Sigh*

:: Mandi, Tak Dan...Makan, Tak Kenyang2...Tidur, Macam Takmau Bangun... ::

2 comments:
Ya! Itulah kenyataan tentang kehidupan saya untuk minggu ini. Dek kerana tahap tekanan yang agak melampau (seiring dengan suhu yang agak tinggi dan kurang menentu kebelakangan ini), saya turut sama terjebak. Ada yang kata tak berbaloi tertekan dengan kerja namun, hakikatnya pada tahap2 tertentu kerjaya...memang kita akan mengalami perkara tersebut.

Sindrom utama yang membuktikan tahap tekanan itu tentulah aturan makan yang agak bercelaru. Ini bergantung pada individu. Ada yang kurang makan, ada yang lebih banyak makan. Dan saya, tergolong dalam golongan yang kedua itu. Huhuhu. Segala benda yang terlintas kat tekak ni saya nak belasah rasa. Maka, saya rasa berat badan agak melonjak minggu ini. 

Mee kari ini memang sedap!

Bila balik kerja plak, rasa nak mandi punyalah malas. Kira macam 'bercinta' sangat-sangat. Bukanlah saya sayang sangat dengan bau semulajadi badan (yang wangi 24/7 ni) tapi, nikmat berlunjur di sofa yang empuk itu amatlah indah. Bayangkan lepas seharian bekerja memerah otak, patah kuku dek kerana menaip...sekali dapat peluang baring...fuiiyooo! Heaven wooo!

Dan baring tu, lelap mata plak..Ya ampun! Indahnya dunia wooo! Memang nikmat! Namun begitu, saya harus kembali berpijak di bumi yang nyata. Maka, saya akan kembali menguruskan diri ini untuk memudahkan jejaka-jejaka yang available di luar sana untuk kembali me'nekel' saya. Sekian.

Tuesday, March 23, 2010

:: Geli-Geli Geli Hati::

1 comment:

Cerita 1 :

Di suatu hari yang santai, berlakulah dialog antara suami isteri....

Isteri   : Abang...kenapa abang punya ada dua?
Suami : Entah.....


Isteri   : Abang...kenapa abang punya besar?
Suami : Errrrrk????

Suami mula ketawa berdekah-dekah. Isteri mula rasa menyampah....

Isteri   : Abang! Orang tanya pasal BCG abang ni la...apasal ada dua, besar plak tu!

Ha!!! Korang fikir apa aaaaahhhh?????


Cerita 2

Ketika satu family bersantai dan menonton discovery channel tentang belangkas yang ditanam cip untuk dimonitor hidupnya.

Adik    : Oooo...itu la belangkas eh?
Kakak : Ha ah...tu la...


Adik    : Dia memang selalu melekat dua-dua camtu eh?
Kakak : Sebab tu la orang kata macam belangkas. Melekat je...


Adik    : Tu dia tanam cip dalam belangkas tu, nak trace dia eh?

Kakak : Ye la kot.


Adik    : Kalau scan, mesti keluar nombor telefon belangkas tu kan?
Kakak : Huh? Ye agaknya. Kot kalau belangkas tu sesat, leh tipon umah dia nak anto balik...

Apalah adik aku ni...Sejak bila pula belangkas ada nombor telefon? Nasib dia tak kata FB account ke, email ke...alamat rumah ke...iskk...

Monday, March 22, 2010

:: Cili Kang! ::

No comments:
"Apa Tengok-Tengok Orang?"

Camtulah jeritan seorang mamat Negro kat sebuah kondo di Wangsa Maju. Ya Ampun! Takde keje aku ni nak tengok ko beria2 derrr...Salah ke memandang kawasan sekitar. Yang ko perasan tu apasal?Bukan ko sorang je yang ada kat situ. Dah la duduk melepak kat padang permainan budak-budak. Hish.

Mula-mula cK dengar tu, rasa macam blur ayam jap. It took me few second to realize that the moron was shouting at me. Maka secara spontannya...cK pon jerit balik...

"Ek eleh.....!!! Kerek plak!!!!"

Nak tunjuk pandai sangat cakap Bahasa Malaysia kan? So, i gave him a new vocab. Pergi cari apa maksud kerek gi. Heh! Cili kang baru tau. Over tau!

Wednesday, March 17, 2010

:: Bila Hati Ada Taman ::

2 comments:
Bila hati ada taman. Taman apa? Taman bunga? Taman permainan? Taman larangan? Hehehe. Tak kisahlah taman apa sekalipun, yang pasti tuan punya taman akan jadi sawan dan mula menunjukkan tanda-tanda yang diluar kebiasaan.

Dari pemerhatian, perkara-perkara yang disenarai pendekkan di bawah ini adalah antara perkara yang akan dilakukan dek tuan taman. Tak percaya? Percayalah, kerana ianya benar.Hiks. Kalau korang ada simptom2 di bawah ni, soheh la...ada la pembinaan taman sedang mengambil tempat.

1.Tertunggu-tunggu SMS, phone call, MMS, email. Macam tak lengkap hidup kalau takde khabar berita dari dia. Berkerut-kerut dahi kalau orang tu senyap takde berita. Sikit-sikit jeling jam. Tak kisah, jam tangan jam dinding mahupun jamban. Oppss! Terlebih plak.

2. ID atau nama pertama yang korang carik bila log in YM, MSN, Gtalk...mestilah nama dia! Selagi tak nampak, rasa macam nak gila.Bila nampak je blink mesej dari dia, senyum sampai telinga. Pastu siap lentok2, walaupun takde sapa yang nampak pun.

3. Cuba check henpon masing-masing. Ada tak satu nama yang sahih berderet2 lognya. Baik sms atau pun call out / call in.Walaupun ada beratus orang dalam directory korang, balik-balik nama tu juga yang naik.

4. Mula senyum-senyum kambing tanpa sebab yang spesifik. Sebelum minum air pun senyum, tenung henpon...senyom...pendek kata, memang ala-ala kerang busok la..Senyum memanjang.

5. Kuat merajuk sebab nak orang pujuk. Lambat reply sms, mula cebik. Bila tak dengar suara, muncung. Padahal sebelum ni tak kisah pun.

Gambar hiasan semata-mata

6. Bila jatuh kategori merajuk, lagilah pelik perangai masing-masing. Yelah, time orang tu tak call, tertunggu-tunggu bising pokpekpokpek ngadu. Kang bila orang yang ditunggu-tunggu telefon, saja buat hati batu. Buat-buat tak tahu, padahal hati dah bunga-bunga siap ada lagu. 

7. Dan dan rajin ucap selamat - Morning, Happy Lunching, Nanite, Sleep tite. Dah jadi cam time keeper plak. Rajin benor wish nyer. Walhal takde sapa suruh pun. 

8. Bila dengar lagu syahdu, jiwang-jiwang skit mulalah dalam otak terbayang video klip lagu tu. Yang penting! Main actor and actress dah tukar rupa korang ngan ehem-ehem dia lah. Tol tak? Jangan tipu...tak baik dowh.

9. Ha...yang ni penting gak. Bila kawan-kawan keliling perasan perubahan korang..Pehtu tanya "Ko ni sengeh2 pehal?". Tak semena-mena korang tunduk-tunduk malu. Hidung pulak, kembang kempis tahan nafas.Kan ? Kan? Kan?

10. Time korang boring2, tensen ngan kerja...sambil pegang pen ngan kertas....cuba tengok nama siapa korang conteng kat atas kertas tu? Hahahahah....Kalau tak pun, tengok object apa yang korang lukis? Ada tak awan-awan ke...love-love ke? Ada? Ada?

Dah lah...korang tak payah nak cover. Korang normal je sebenarnya. Penyakit ni memang kerap menyerang manusia dan akan bertapak agak lama. Tepuk dada, nak ubat ke nak layan je...Hiks!

Tuesday, March 16, 2010

:: Kuiz Tentang Hidup ::

No comments:
1. Dimanakah orang yang busuk hati sering ditemui?
a. Di pejabat swasta, kerajaan, semi gomen
b. Di kawasan sekitar rumah
c. Di dalam pengangkutan awam
d. Di mana saja pada bila-bila masa

2. Mengapakah mereka ini busuk hati?
a. Mereka lupa nak spray perfume kat hati masing-masing
b. Dah terlalu lama hati dorang penuh ngan agenda jahat hingga busuk lagi bernanah
c. Tiada kehidupan yang aman damai dan mententeramkan
d. Tidak dapat menerima kenyataan akan kelebihan orang lain 

3. Apakah ciri-ciri fizikal orang busuk hati?
a. Mereka tua, berbau, suka cakap kuat-kuat, ketawa berdekah-dekah sambil 'hujan' air liur
b. Tak berapa tua, tak berapa muda, suka ketawa mengekek-ngekek untuk perkara yang tidak kelakar
c. Badan bulat-bulat, telinga capang, mata terbeliak, hidung kembang
d. Sukar dikesan kerana mereka datang dalam pelbagai bentuk dan amatlah senang berubah keadaan

4. Bagaimanakah kita dapat mengesan kehadiran orang yang busuk hati?
a. Bila dia datang dekat, semua orang lari
b. Bila dia buka mulut, pokpekpokpek semua orang buat derk
c. Bila dia hantar email, dengan senang hati orang terus drag ke "Deleted Item"
d. Bila dia senyum atau melintas, semua buat2 tak nampak

5. Apakah rawatan paling sesuai diberikan pada orang yang busuk hati?
a. Bagi renjatan elektrik yang manja-manja biar otak dia kembali normal
b. Korek biji mata dia, rodok perut dia, pehtu tinggalkan kat mana-mana
c. Cabut hati dia pehtu rendam dalam clorin untuk 8bulan, tengok dia leh tahan tak
d. Takyah buat apa-apa kecuali buat tak tahu je

Panduan Menjawab:
A - Tahniah! Kalau jawapan korang banyak 'A', korang memang normal. Tidak ada yang pelik atau aneh dengan perasaan korang tu. Kita semua begitu.

B - Wow! Kalau jawapan korang banyak 'B', korang memang best. Korang memang mempunyai bakat semulajadi untuk berhadapan dengan golongan orang-orang busuk hati ni. Korang memang cool!

C - Ahah! Kalau jawapan korang banyak 'C', tabiklah. Korang memang best. Sesungguhnya korang memang sedar dengan kehadiran si busuk hati dan berjaya mengharunginya hari demi hari.

D - Boleh tahan! Kalau jawapan korang banyak 'D', korang memang tegar. Walaupun korang rasa nak tamatkan riwayat si busuk hati, korang masih waras dan meneruskan hidup seadanya.

Selamat Menjawab!



Sunday, March 14, 2010

:: S.Y.B.M ::

2 comments:
I always believe that not everyone is born to be a star. For that, i am blessed to be one. The bright ones. As a star, you have to deal with fame. And off course, fame could cost you so much. Much more than what you can imagine. Trust me, this will never be easy for some. Again, thank you God for giving me the courage to walk my journey.

Being famous, you either be popular/likable by most people or end up being hated by those 'kepochi'. These refers to the sick, shallow minded, busy body and 'busuk hati' type of people. They love to dedicate their time just to pick and dig whatever they can find to get rid of you. Funny. They hate you but they love to tail your move, just like a dog. Exactly like a dog. Thou they are men best friends, they still tend to bite you once a while. That's what 'kepochi' does best.


Bare in mind, famous is to be earn not asked. Same goes to respect. That would best explain why the existence of some people are not being recognized by others. Simple - its not in their blood. No matter how hard they tried, be prepared for numbers of failures. Most end up waving the 'bendera putih'.

I cant stop you from being a green-eyed monster and envy me for the rest of your life. I am happy with my life and nothing can pull me down. Not when you make a stupid remarks over my picture or 'sok-sek-sok-sek' about why i am still single and not married. Also, not when you sarcastically smile and pretend to care for me.  Those just to proof how important i am in your life that you cant get through one day not having my name mentioned. Sorry, i can't be equal to you. 

My fame is to be shared among the good people who loves to have my presence around them. For those 'hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong', eat your heart out. As the title says 'Shut Your Bloody Mouth' and please keep your distance. I don't need a dog.

 

Saturday, March 13, 2010

:: Hi, Lymphoma Here ::

No comments:
Lunch.

"Dear, i've done with medical check up"
"Owh...what's the doc have to say?"

"Well...read this. Doc asked me to undergo operation. Something about lymphoma"
"Lymphoma? Whats that?"

"A lump or sumtin beneath my skin near the abdomen area"
"Does it hurt?"

"Not before. But yes, now. Doc refer me to another hospi."
"Eh...? Letter of Guarantee? U are suppose to be admitted by now"

"Ahhh..no time. Bz. How could this happen to me. It can't be right? I'm panicking"
"Rilex...it's not like you are giving birth or sumtin ait?"

Both laugh.

"Hey, i can always tell my boss that ! Boss, i am in operation theater giving birth to my lymphoma , ceaser!"
"Ahahaha.. that is a good one!"

A day after, this was found.

"Lymphoma is a cancer that begins in the lymphocytes of the immune system and presents as a solid tumor of lymphoid cells."

God must be teasing me. I should be happy, He choose me. Yeah. More can be found here.

Thursday, March 11, 2010

:: Lappy Burn ::

2 comments:
I was on remote mode last nite via my lappy to help a dear friend doing the multimedia presentation. Like always, i will simply place the lappy on my lap. It ran out of battery so i plug in the cable and continue the session. Not long after, i can felt the heat on my left lap. I thought that will be temporary. I should be fine tomorrow.

I woke up this morning feeling the same flaming heat on the exact spot. It was then when i took my shower i realized the reddish spot. Kulit pun dah menggelembung and contain air. I pop it and it feel so-not-good when the soap touches the area. Nak nangis pon ada.


Wonder how long will it take before it disappear. I'm just putting a lotion to cool it off. Lesson learned - the painful way. Ouch!

Tuesday, March 09, 2010

:: You Are Getting Married Soon. Really Soon ::

No comments:
A man (one of my facilitator) walked by me and said...
"You are getting married soon. Really soon".

Being me, i go "WHAT?"

He continued "Yes, its going to happen soon. I can sense it. Too strong. Coming you way."

I smiled and said something like, "Its good to know. Funny still. I wonder who will that be and when."

Quick answer from him, "Kalau jodoh nak sampai, mesti sampai punya. Paling cepat bulan 6, latest by year end."

And i go..."Hahahah..yea rite!"

He said, "Told u what. Later u will meet me in June. U tell me whether it's true or not. So far, it is never a false alarm."

And now...i say, "Ya Allah, andai itu takdirku dan dialah jodohku...Kau tunjukkanlah."

Amin.

Sunday, March 07, 2010

:: Si Tengah Yang Ado ::

2 comments:
Boleh tak kalau korang pilih untuk berada di kiri atau kanan. Bukan di tengah-tengah. Kenapa? Sebab lu bikin susah! Tak caya, sila baca:

1. Waktu orang nak keluar LRT.
Dok diri tengah2 pintu tu nak berebut-rebut masuk. Beb, give way lah. Bagi orang-orang dalam LRT ni turun. Jangan la kasi semak tengah-tengah jalan. Diri pula tengah-tengah betol depan pintu tu. Korang block jalan, orang tak boleh keluar...korang tak boleh masuk. Paham?

2. Turun lift.
Ni lagi satu. Kalau dah sampai floor korang tu, sila turun cepat sikit. Ni tak, rilek je lenggang kangkung sambil tangan mendepa buka newspaper. Jalan ala2 supermodel buat catwalk. Elok2 korang melangkah keluar dari lift tu, pintu pun mula tutup. And mind you, some lift ni tak peka. Picit la bagai nak rak button tepi tu takdenya nak buka balik pintu tu. So, tolong consider sikit orang lain boleh?

3. Atas jalan raya.
Ha! Ni yang paling tak boleh nak terima. Kejap nak ke kiri, kejap nak ke kanan. Last2 tamak, duk tengah2 jalan. Apakah? Hello, sebesar2 kenderaan atas jalan kat Malaysia ni ...memang muat untuk korang berada samaada di kanan atau kiri jalan. U dun need to be in the middle. Ingat lu sorang je bayar cukai jalan? 

4. Atas eskelator.
Pernah tak tengok papan tanda tulis "Berdiri dikiri, dan beri laluan". Makna kasarnya, "Kalau nak bersantai, korang diri kat belah kiri. Orang-orang yang nak cepat, sila berlari di lane kanan". Susah sangat ke nak faham. Ni tak, sebok nak nyembang diri sebelah2. Bila diminta beralih, tarik muka. Muncung panjang sedepa. Kenapa?

5. Kat shopping complex.
Ni selalu jadi kat wet market area. Tolak troli tengah-tengah dunia, pastu emergency stop. Tak pun, tolak slow slow macam orang tak tahu nak beli apa. Isk...kot ye pon nak cari barang, ke tepi lah. Jangan susahkan orang-orang lain yang dah set dalam kepala nak beli apa. Kang orang mendengus, korang tak suka. Orang terlanggar, korang masam muka. So, behave la ye.

6. Kat parking lot.
OMG! Sekolah memandu manalah yang bagi training kat korang ni. Orang-orang yang suka ambik 2 parking space sedangkan keta kecik je...Tolong rajin sikit boleh tak cik abang, akak? Adjust balik la parking korang tu. Takpun, silalah tajamkan skil parking korang nak2 sekali side parking. Parking space sekarang ni limited, so berhati perutlah kamu ye. 

Dalam banyak-banyak tengah yang cK listkan ni...adalah kot part2 tengah lain yang boleh mententeramkan jiwa dan minda. Tapi, kalau tak pandai guna atau silap cara...sama je. Buat sakit ati je dek non oii! So, bijaklah memilih. Jangan biarkan diri anda disergah gara2 berada ditengah.

Friday, March 05, 2010

:: Pandainya! ::

3 comments:

Kertas ujian yang pertama dah dapat.
Matapelajaran Bahasa Malaysia
Satu dapat 100%.
Well another one pon patut dapat 100%, cuma!
Ewok tertulis capital letter kat jawapan.
Patutnya huruf kecil, dia letak huruf besar daaa...
Kena potong markah!

p/s : Dengan selamba Ewok berkata "Camni, leh ah belikan beskal"

Thursday, March 04, 2010

:: MukaBayi ::

No comments:
What if we were wrong about each other?
What if you were really meant for me?
What if we were supposed to be together?
Would that not mean anything?


Oh, i know it will. Last time i heard sumone else sang this line for me. Ehem, for all i mean. 
And now, the man himself will blow me off with his magical voice and put me on fire!

All these are made possible to the organizers and most importantly kamu yang wangi, comel dan baik hati serta pandai mengambil hati seketeri kesayangan mu ini. I heart u the most, abam!


Tuesday, March 02, 2010

:: Dulu Melodi, Sekarang Terjah Dahtu Ada Fuuhh Pula ? ::

No comments:
1. Kenapa cK tak suka baca URTV?
Sebab terlalu banyak gossip yang dah dicover oleh Melodi dan suratkhabar harian atau mingguan.

2. Kenapa cK tak buka Mangga?
Banyak gambar semi-porno dan juga alasan yang sama seperti (1).

3. Kenapa cK tak beli tabloid?
Bersepah cerita yang kononnya seram last2 baca cam  lucah je. Plus, ianya juga mengandungi unsur-unsur no (1) dan (2).

4. Kenapa cK tengok Melodi (walaupun ada je miss kadang2)?
Sekadar membuktikan cK ni normal. Masih ada ciri-ciri bz body bertempat dan cuba menyumbang kepada rating untuk memastikan Melodi kekal siarannya. 

Gambar hiasan saja ya, kawan-kawan.

Ok. Serious talk. Rata-rata kita semua ni membesar ngan Melodi. Tak kisah siapa pun pengacara, penerbit, tukang buat skrip ataupun wartawan yang mencari isu dan bahan untuk diutarakan pada para penonton, Melodi masih dianggap relevan dalam pengisian sebuah rancangan majalah hiburan. 

Yang cK kurang faham ...dengan penjenamaan yang begitu kuat, masih ada lagi usaha-usaha untuk menerbitkan rancangan yang ala-ala Melodi. Pernah cK tonton Galaksi (kat stesen mana, tak ingat) tapi..isi kandungannya sama je cam apa yang ada kat Melodi. So, it bores me. 

Last Saturday, lepas stuck depan TV tengok Fasha (mama yang control remote ya), cK tengok Fuuhh! Awaal jadi pengacara, not bad lah. Just that...selain daripada selongkar beg artis, yang lain2 tu lebih kurang isi ulang tayang last week punya Melodi je?

Recently, ada pula rancangan abang rambut ketak nama 'Terjah'. Buat pertama kalinya, cK berjaya menonton 'Terjah' semalam. I am not keen to watch it again, next week or bila-bilalah. The other 3 wartawan yang ditonjolkan dalam Terjah tu, turn me off. Completely. I was like..."Apakah? Motif apa pompuan ni gelak mengilai2 dan buat style kepoci ala2 Makcik Wok tengah cucuk jarum kat Makcik Senah?". 

I can understand they are trying to be aggressive in approaching their subject matter (nama show pon Terjah kan) tapi, i find it disturbing too. Make me wonder - Wartawan hiburan kat Malaysia ni memang dilatih supaya jadi kurang ajar, tanya berkali-kali soalan yang sama dan jadi terlalu kepochi sampai hal dalam kain pun nak singkap sekali?. Ya, dia memang artis, celebrity. Selain dari cerita-cerita yang memalukan diri orang, dah takde cerita lain ke yang korang boleh cover? 

Saya bukan wartawan dan saya tiada pengetahuan mendalam dalam bidang Tuan2 dan Puan2 ni. Tapi, sekali imbas je dah rasa macam rancangan-rancangan hiburan yang berbentuk begini tiada arah tujuan. Dapat pula slot dah nak tengah malam, esok lusa silap2 hari padam. Lagi banyak program2 macam ni, lagilah ramai orang-orang kat negara ni terutamanya kaum sendiri yang tambah dosa kering hari-hari. Apasal? Dok ngumpat, sumpah seranah, sakit hati, sebar berita sana sini. 

Cubalah produce rancangan yang ada isi. Yang membina. Bela nasib artis ke, cerita kisah kejayaan dorang ke, kerja-kerja amal dorang ke. Ni tak...balik2 kutuk, umpat, mengata. Pusing-pusing tu je lah. Bila orang marah, wartawan ni mulalah pakat boikot sana sini. Sungguh power wartawan hiburan di Malaysia ni. Tapi, bila orang start simbah cat, buh ayam mati kat depan rumah..tahu pula korang kawal diri. Sampai bila nak macam ni?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...