Wednesday, March 17, 2010

:: Bila Hati Ada Taman ::

Bila hati ada taman. Taman apa? Taman bunga? Taman permainan? Taman larangan? Hehehe. Tak kisahlah taman apa sekalipun, yang pasti tuan punya taman akan jadi sawan dan mula menunjukkan tanda-tanda yang diluar kebiasaan.

Dari pemerhatian, perkara-perkara yang disenarai pendekkan di bawah ini adalah antara perkara yang akan dilakukan dek tuan taman. Tak percaya? Percayalah, kerana ianya benar.Hiks. Kalau korang ada simptom2 di bawah ni, soheh la...ada la pembinaan taman sedang mengambil tempat.

1.Tertunggu-tunggu SMS, phone call, MMS, email. Macam tak lengkap hidup kalau takde khabar berita dari dia. Berkerut-kerut dahi kalau orang tu senyap takde berita. Sikit-sikit jeling jam. Tak kisah, jam tangan jam dinding mahupun jamban. Oppss! Terlebih plak.

2. ID atau nama pertama yang korang carik bila log in YM, MSN, Gtalk...mestilah nama dia! Selagi tak nampak, rasa macam nak gila.Bila nampak je blink mesej dari dia, senyum sampai telinga. Pastu siap lentok2, walaupun takde sapa yang nampak pun.

3. Cuba check henpon masing-masing. Ada tak satu nama yang sahih berderet2 lognya. Baik sms atau pun call out / call in.Walaupun ada beratus orang dalam directory korang, balik-balik nama tu juga yang naik.

4. Mula senyum-senyum kambing tanpa sebab yang spesifik. Sebelum minum air pun senyum, tenung henpon...senyom...pendek kata, memang ala-ala kerang busok la..Senyum memanjang.

5. Kuat merajuk sebab nak orang pujuk. Lambat reply sms, mula cebik. Bila tak dengar suara, muncung. Padahal sebelum ni tak kisah pun.

Gambar hiasan semata-mata

6. Bila jatuh kategori merajuk, lagilah pelik perangai masing-masing. Yelah, time orang tu tak call, tertunggu-tunggu bising pokpekpokpek ngadu. Kang bila orang yang ditunggu-tunggu telefon, saja buat hati batu. Buat-buat tak tahu, padahal hati dah bunga-bunga siap ada lagu. 

7. Dan dan rajin ucap selamat - Morning, Happy Lunching, Nanite, Sleep tite. Dah jadi cam time keeper plak. Rajin benor wish nyer. Walhal takde sapa suruh pun. 

8. Bila dengar lagu syahdu, jiwang-jiwang skit mulalah dalam otak terbayang video klip lagu tu. Yang penting! Main actor and actress dah tukar rupa korang ngan ehem-ehem dia lah. Tol tak? Jangan tipu...tak baik dowh.

9. Ha...yang ni penting gak. Bila kawan-kawan keliling perasan perubahan korang..Pehtu tanya "Ko ni sengeh2 pehal?". Tak semena-mena korang tunduk-tunduk malu. Hidung pulak, kembang kempis tahan nafas.Kan ? Kan? Kan?

10. Time korang boring2, tensen ngan kerja...sambil pegang pen ngan kertas....cuba tengok nama siapa korang conteng kat atas kertas tu? Hahahahah....Kalau tak pun, tengok object apa yang korang lukis? Ada tak awan-awan ke...love-love ke? Ada? Ada?

Dah lah...korang tak payah nak cover. Korang normal je sebenarnya. Penyakit ni memang kerap menyerang manusia dan akan bertapak agak lama. Tepuk dada, nak ubat ke nak layan je...Hiks!

2 comments:

yaya|azura said...

i suke la gambar dalam taman tu. hiks.

DoOrDie said...

gamba dalam taman?
haahahahahahahahahahahah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...