Showing posts with label Kwang2. Show all posts
Showing posts with label Kwang2. Show all posts

Tuesday, February 08, 2011

:: Lipstit Merah Y'All ::

3 comments:
"Sister, sister! Abah upload gambar you kat Facebook!"
"Dah tu kenapanya?"
"Gambar tu you pakai lipstit merah giler!"
"HAH?!"

Ok fine. Lipstit memang warna merah. Merah hati, merah jambu, merah cili, merah stroberi (eh ada ke?). Tapi bila warnanya merah GILER,itu sudah cukup untuk menyebabkan cK jatuh dalam kelompok fashion victim. Cuak kejap. Dengan gigihnya, cK cari balik gambar tu dalam mukabuku Dekdek.

Rasa macam nak pengsan pun ada ok! Tapi cK buat2 control cun jelah kan. Sapa yang tak pernah terjebak ngan kes salah make-up ni? Apatah lagi bila mula2 belajar pegang berus ngan liptsit Avon tu. Sure tenyeh selagi boleh la kan. Tu yang sampai menyala merah sebbatu dah nampak. Pendek kata, boleh buat konpius antara bibir ngan trafik light. Miahahaha...

Yang pasti, cK nak buat penegasan kat sini yang bahawasanya time cK disabotaj dengan aksi yang sebegini rupa, ketahuilah kamu yang lip gloss masih belum ada dipasaran Malaysia. Iye, betul. tak caya sudah. Memang jenama lipstit paling fofuler time tu Avon la kan. Dapat pegang, beli seketul lipstit tu rasa cam pegang emas ye kawan-kawan. Automatik feel dia lain. Rasa macam diva i tell you! Aku ada lipstit Avon, ko  ado?

Kalau tak silap cK gambar ni diambil time majlis pernikahan yang berlangsung 5-6 tahun sudah. Lipstit merah memang sangat hot ye time tu. So, korang tak payah nak kutuk banyak2. Sampai sekarang ni pun ada je artis2 baik dalam ke luar negara yang duk rajin calit lipstit kaler merah GILER tu. So, obviously im not a follower but i see myself as the trendsetter. Boleh?

Inilah dia gambar yang jenggo itu. Jangan gelak. Kalau tak, entah. Bukan boleh buat apa pun. Korang jauh. Nak sumpit pun tak sampai. So apa lagi tunggu?Mulakan eksesais mulut korang, gelak sampai kejong. Tapi ingat! Sapa2 yang gelakkan orang lain tu, nanti Tuhan marah taw. Ha ..ha...tak tawu! Lantak korang!


p/s: Weih, agak2 la kot nak gelak. Over kot! Sentap mak nanti!

Tuesday, July 27, 2010

:: So True! ::

2 comments:
"Ma...cuba mama baca ni...."


Mama jawab "Apsal tak beli? Lenkali kalau jumpa 'If you think im lazy, you should see my daughter'... Tolong beli eh?"

Yolah!

Wednesday, May 05, 2010

:: Jiran ku...Bukan Jiranmu ::

No comments:
cK tidak berniat untuk menjatuhkan air muka, air mata atau air peluh sesiapa ya. Namun, apakah perasaan anda apabila didatangi oleh jiran tak berapa nak sebelah rumah yang sarat dengan pelbagai pertanyaan. Mungkinlah niat dia baik, sekadar nak mesra alam...tapi, melalui pendengaran ultrasonik yang ada kat cK ni..bunyi dan maksud ayat yang dilontarkan tu..jauh panggang dari api ye kawan-kawan. Contoh paling ketara:

Dia kata : "Ni sewa ke apa ni?"
cK dengar : "Ni bukan umah sendiri ni. Tak mampu lah. Sure sewa. Kot murah, nak je aku rembat"

Dia kata : "Oh..umah sendiri. Saya beli rege market sekarang dalam 240k. Dulu murah je kan?"
cK dengar : Ala..dulu boleh la. Cuba try tengok beli umah ni sekarang. Takkan mampu la korang ni"

Dia kata : " Lama sangat ke dok sini?"
cK dengar : "Ala..kalau takat baru pindah, toksah banyak cakap"

Dia kata : "Saya keje RanHill. Saya jadi boss"
Ck dengar : "Sorry sikit. Tak main la keje cikai2. Kenalah mantap, baru bergaya"

Ha..ni tak campur lagi part anak dia kehulur hilir berlari macam tak cukup tanah ya, kawan-kawan. Sampaikan pasu-pasu yang ada beralih dari kedudukan asalnya umpama ada kejadian gempa seketika.

Ini tak masuk plak bab anak dia gatai tangan nak usik segala apa. Billa kita offer makan minum plak, abis segala sepah. Yang air tumpah la, yang makan beremah la. Aduiyai...

Tuesday, April 27, 2010

:: Tak Pernah Pakai Eh? ::

2 comments:

Scene 1 :

Pelik sangat ke kalau tengok seorang perempuan menggunakan nail buffer untuk mengilatkan kukunya ketika dalam perjalanan ke opis? Daripada cK ni pandang kiri kanan duk 'termengumpat' dalam hati - "Apsal la akak tu pakai tudung oren, baju ijao" ke..."Mamat ni nguap luas2..busuk plak bau"..baiklah cK dok diam-diam kilatkan kuku. Bukan kuku orang lain pun, kuku sendiri kan? Mana tau leh buat cermin plak pasni. Yang korang nak pandang sinis, siap cebik2 tu pasai apa? Jakun? Ke dok terbayang scene cliche kengkonon cK ni cam seketeri hot yang dok kikis2 kuku time boss mengader  order keje? Tak pernah pakai eh?


Scene 2:

Seorang lelaki yang agak ke depan perotnya mengganggu pemandangan saya kerana...dia tidak memakai tali pinggang. Kesian saya tengok pinggang seluar tu berlipat-lipat. dan kelihatan seperti tunggu masa untuk tetas sahaja. Untuk kamu, cK cadangkan untuk pakai seluar cerut saja. Lebih santai kot? Ke..kamu memang tak kenal tali pinggang langsung? Tak pernah pakai eh?



Scene 3:

Dialog sayu dari orang yang dah bertahun-tahun kerja kat kota metropolitan KL (katanya) :

"Eh, u bole tolong i fax menda ni tak?"
"Pakai la fax yang tu. Ok je"
"Errr...errr....you tolonglah I fax kan"
"Bagi nombor"
"Ha...nombor dia...03....."

Kesimpulan :
a. Dia takmo ngaku yang dia tak reti pakai fax
b. Nak fax dalam KL gak kena dail 03 meh?

Tak pernah pakai eh? Tak tahu guna eh? Tak pernah amik tahu camne nak fax eh?


For all the above, I feel  sorry for you guys. Learn, while you can.

:: Kuku Panjang Di Jari Kelingking ::

No comments:
Seperti mana hari-hari yang lain, cK naik LRT ke tempat kerja. Ya, saya masih lagi tergedik-gedik nak naik tren 4 koc ya. Lebih sejuk dah rasa best jer compare to 2 koc. Walaupun kadang2 ada orang yang lebih gemar naik 2 koc atas alasan dorang leh senggol-senggol, gesel2 apa yang patut...tidak untuk saya. Tak rela diri ini  dimolest sebegitu rupa ya. 

Sampai kat stesen yang ramai orang tu...naiklah satu group. Tengok dressing masing-masing, cK rasa ni muka2 budak audit ni. Smart, tapi muda lah kan. Pehtu bawak beg sandang kaler itam. Kalau betol, memang cK terrer. Miahahaha....Kalau tak betol pun, cK tetap terrer dan terror. 

Dalam ramai2 ni, ada dua orang lelaki yang menarik perhatian cK. Bukan kerana hensem...tapi gara2 kuku dijari kelingkingnya yang bisa digunapakai untuk menyukat garam masakan. Dah sampai melengkung ya, kawan-kawan. I dun get it. Kalau perempuan tu, kitaorang bela kuku - semua ya. Takla pulak main pilih2. Pastu kitaorang siap gi mani, padi lagi nak jaga. Paling busuk pun, mesti ada buffer. 

Tapi, cik abang berdua ni...kuku dah agak kuning ya warnanya. Yang tak best, bila ada salah sorang yang melombong di hadapan pubic ..errrr silap... maksud saya public! Seronok eh dapat peluang mengorek di khalayak ramai ni? C'mon...itu kan patut jadi waktu intimate antara diri dan anggota badan. Ni tak, lagi nak tayang2..

Pastu, siap leh pegang batang dia besi kat dalam tren tu. Ada gak kes yang dorang pegang pemegang tangan yang tergantung-gantung tu. Apakah!? Imagine ada berapa banyak kuman kat situ? Aaaahhh!!! Kesimpulan : Sila pakai sanitizer di mana saja anda berada kerana hasil lekit dari lombongan orang lain lebih meloyakan dari hingus sendiri. Errrghh! Bluwerk!

Monday, April 19, 2010

:: One Word ::

No comments:
Bila pagi-pagi datang kerja dengan semangat waja, tapi tiba-tiba dengar suara sumbang dari lorong belakang....

Bila Dr. Love kata nak call back, tapi tunggu punya tunggu langsung henpon tak kuar bunyi hatta sekuat cengkerik pon...

Bila barang-barang gwe korang main amik dan buat macam harta sendiri tanpa segan silu dan tak minta izin dulu...

Bila ko pandai-pandai abiskan udang, sotong dalam pinggan sebab ingat gwe tak suka sedangkan gwe save the best for last...

Bila orang sibuk-sibuk propa gwe tak kawen sebab gwe ni menyinga tak kena tempat...

Bila ko kata A tapi ko buat B pehtu ko kadang-kadang jadi C...

Bila aku dah semput tak sempat bernafas, ko dok sedap jalan macam siput terdengkut2...

Ketahuilah bahawasanya, itu semua sudah cukup untuk menjadikan gwe.....

Wednesday, March 17, 2010

:: Bila Hati Ada Taman ::

2 comments:
Bila hati ada taman. Taman apa? Taman bunga? Taman permainan? Taman larangan? Hehehe. Tak kisahlah taman apa sekalipun, yang pasti tuan punya taman akan jadi sawan dan mula menunjukkan tanda-tanda yang diluar kebiasaan.

Dari pemerhatian, perkara-perkara yang disenarai pendekkan di bawah ini adalah antara perkara yang akan dilakukan dek tuan taman. Tak percaya? Percayalah, kerana ianya benar.Hiks. Kalau korang ada simptom2 di bawah ni, soheh la...ada la pembinaan taman sedang mengambil tempat.

1.Tertunggu-tunggu SMS, phone call, MMS, email. Macam tak lengkap hidup kalau takde khabar berita dari dia. Berkerut-kerut dahi kalau orang tu senyap takde berita. Sikit-sikit jeling jam. Tak kisah, jam tangan jam dinding mahupun jamban. Oppss! Terlebih plak.

2. ID atau nama pertama yang korang carik bila log in YM, MSN, Gtalk...mestilah nama dia! Selagi tak nampak, rasa macam nak gila.Bila nampak je blink mesej dari dia, senyum sampai telinga. Pastu siap lentok2, walaupun takde sapa yang nampak pun.

3. Cuba check henpon masing-masing. Ada tak satu nama yang sahih berderet2 lognya. Baik sms atau pun call out / call in.Walaupun ada beratus orang dalam directory korang, balik-balik nama tu juga yang naik.

4. Mula senyum-senyum kambing tanpa sebab yang spesifik. Sebelum minum air pun senyum, tenung henpon...senyom...pendek kata, memang ala-ala kerang busok la..Senyum memanjang.

5. Kuat merajuk sebab nak orang pujuk. Lambat reply sms, mula cebik. Bila tak dengar suara, muncung. Padahal sebelum ni tak kisah pun.

Gambar hiasan semata-mata

6. Bila jatuh kategori merajuk, lagilah pelik perangai masing-masing. Yelah, time orang tu tak call, tertunggu-tunggu bising pokpekpokpek ngadu. Kang bila orang yang ditunggu-tunggu telefon, saja buat hati batu. Buat-buat tak tahu, padahal hati dah bunga-bunga siap ada lagu. 

7. Dan dan rajin ucap selamat - Morning, Happy Lunching, Nanite, Sleep tite. Dah jadi cam time keeper plak. Rajin benor wish nyer. Walhal takde sapa suruh pun. 

8. Bila dengar lagu syahdu, jiwang-jiwang skit mulalah dalam otak terbayang video klip lagu tu. Yang penting! Main actor and actress dah tukar rupa korang ngan ehem-ehem dia lah. Tol tak? Jangan tipu...tak baik dowh.

9. Ha...yang ni penting gak. Bila kawan-kawan keliling perasan perubahan korang..Pehtu tanya "Ko ni sengeh2 pehal?". Tak semena-mena korang tunduk-tunduk malu. Hidung pulak, kembang kempis tahan nafas.Kan ? Kan? Kan?

10. Time korang boring2, tensen ngan kerja...sambil pegang pen ngan kertas....cuba tengok nama siapa korang conteng kat atas kertas tu? Hahahahah....Kalau tak pun, tengok object apa yang korang lukis? Ada tak awan-awan ke...love-love ke? Ada? Ada?

Dah lah...korang tak payah nak cover. Korang normal je sebenarnya. Penyakit ni memang kerap menyerang manusia dan akan bertapak agak lama. Tepuk dada, nak ubat ke nak layan je...Hiks!

Thursday, February 18, 2010

:: It's Gonna Be Out.... Soon ::

2 comments:
Gheeez...manage to see a familiar name?


(sila klik kalau tak nampak)

cK, u deserve a round of applause and a tap on you shoulder too. Oh wait! Should that includes two thumbs up? Miahahahaha... I can't help it la guys. I am so damned happy with the outcome. Been on this project since let say, November?

After round and round of tapisan from the boss (includes number of days he 'professionally' kiv the materials before proceed with the proof read), it's now ready to meet the reader for the first time.



That my dear, will be on the upcoming Monday, 22nd February when we have this event welcoming our new intake. Imagine, CEOs will be reading it...my facilitator will be reading it...and yes, the Deputy Governor will get a chance to read it too! Woohoo!!!

One word "Good Job Adzra!".

Monday, January 25, 2010

:: Wayang Mana Lagi Best? ::

4 comments:
Berikut adalah sinopsis baru cerekarama minggu ini. Kami berharap ianya dapat membantu anda memilih wayang manakah yang lebih mencuri perhatian dan sanubari untuk dijadikan bahan kutukan tontonan satu family.

1. In the cinema for Legion:
  • cK gi nonton bioskop sama senior-senorita zaman sekolah menengah dahulu. 
  • One of them, cK dah pernah ngedet before but yang lagi dua tu kira our reunion so called after almost 10-11 years tak jumpa
  • Tengok show pukul 7.40 malam , habis show dalam 9 sumtin
  • Cerita yang ada motif - mankind dah banyak yang ingkar, Tuhan marah, turunkan bala so that masing-masing leh insaf
  • The show was ok, but both me n Dy expect for something more. Mungkin terpengaruh ngan kegilaan Pandora yang masih ada di mana-mana pawagam


2. Outside the cinema before Legion:
  • cK habis keje pukul 5.00 bergegas kemas2 segala balik sebab Dy nak fetch kol 6.50 ptg
  • Sampai rumah, mandi manda bersiap, tukar beg sebab beg yang pakai gi keje tu beso plak rasanya
  • Plan lepas muvee nak makan-makan kat Rasa Sayang ramai-ramai
  • Masa ambil tiket kat TGV, cK kuarkan wallet nak bayar...TAPI dang! Wallet ku tiada! Panik attack. Kerok sana, kerok sini...takde plak bocor kat mana-mana
  • Muka dah biru, camne nak bayar tiket ngan makan-makan nanti woo! Kak Elly pakat gelak-gelakkan sambil sebar berita kat semua rombongan
  • Muka cK rasa tebal berinchi2 speshly time makan kat Rasa Sayang so end up makan tossai je di malam hari. Anggap je la diet, walhal tak mampu nak sara diri. Ni semua wallet punya pasal la ni!
  • Terima kasih kat Dy sebab sudi menaja diri ku yang hanya mampu senyum sipu2.
Sila taip UNDI01 kalau anda rasa cerita pertama lebih mencabar minda atau UNDI02 kalau anda rasa cerita kedua lebih menggeletek menyayat hati. Selamat mengundi!

Friday, January 22, 2010

:: Perlukah Ku Pulang Begini? ::

2 comments:
I was thhhhiiiiiiissss (measure it like half an inch) to humiliate myself.

Kalau tak sedar, memang dah jadi 'bahan' seumur hiduplah nampaknya. Takat kena gelak ngan budak2 opis ni leh tahan la lagi kan. Tapi kot satu gerabak panjang LRT tu...wooo..lebih la tu. Tak mungkinlah kulit muka ku tebal dapat menahan malu yang sebegitu.Mau tukar mode transportation nanti...Jalan kaki ke? Oh Tidak! Heheheh....Nak tahu kenapa? Taaarraaaaa!!!!!!



Miahahaha....kalau tol2 balik camni...memang besarlah malu ku itu nanti.

Saturday, December 26, 2009

:: How Dirty Can It Be? ::

No comments:

OMG!

Not again! Why on earth i'll be the one who always being caught up in this IT mess?

Too many downloads? What kind of downloads?

Too many illegal software installation? Oh yeah? Which one?

Or maybe...

I just forget to sweep the disk, sector or whatever it may called...That's explain the dirty - berhabuk lah tu...muahahah!

p/s : Masa untuk bermanja-manja sama abang-abang IT di kantor.

Wednesday, August 19, 2009

:: Lega ::

1 comment:

Rasa lega.

Amat lega.

Apa yang bersarang sekian lama telah dileraikan dengan kata-kata.

Terima kasih semua.

Tuesday, August 11, 2009

:: Kokokoookokkoo ::

4 comments:
Selepas sessi luahan perasaan ngan besties (i lebiu la yang) , maka we have come up with a solution. Rasa mungkin berjaya la kot saranan dia tu. Esok mesti cuba!

Kalau esok sapa2 buka mulut dan buat cK rasa nak marah tahap dewa, all i gotta do is just imagine orang tu sedaaaanggg........


Koookoookookoooooookkkkk!!!!!

Monday, August 10, 2009

:: Wannabie ::

3 comments:
Kalau ikut translation kat Urban Dictionary, WANNABIE membawa maksud :

from the word "wanna be", a WannaBIE is a person who "wants to be".
It's a noun. It's a person who's trying to "fit in". It's similar to a NewBIE, it's already a noun and this MUST be the proper and correct spelling, not just wannabe but a wannaBIE.

dan NEWBIE bererti :

A person that is new to a game or forum. Not to be confused with n00b, a derogatory term to define either a new user to a game/forum or someone who acts stupidly regardless of account age or time played.


On my personal notes (baca terang-terang ye, PERSONAL) :

WANNABE adalah golongan manusia yang berbuat apa sahaja demi untuk mencapai sesuatu dan menjadi sesorang yang lebih berkedudukan. Caranya mungkin tidak popular dan boleh mendatangkan tekanan kepada orang sekeliling namun kerana gila kuasa, dia tebalkan muka. Bagi golongan ini, meraka akan rasa lebih hebat apabila berjaya membuat semua orang memberikan perhatian kepada mereka. Mereka juga susah untuk menyesuaikan diri namun berusaha keras untuk disukai ramai.
NEWBIE adalah individu baru dalam sesuatu kelompok, acara, persatuan atau organisasi yang masih cuba untuk memahami corak kerja, hala tuju, tujuan sesuatu kelompok, acara, persatuan atau organisasi tersebut.

Maka , kesimpulan yang nyata untuk soalan "Siapakah Newbie Wannabe?"

Jawapan : Individu baru dalam sesuatu kelompok, acara, persatuan atau organisasi yang masih cuba untuk memahami corak kerja, hala tuju, tujuan sesuatu kelompok, acara, persatuan atau organisasi tersebut namun berbuat apa sahaja demi untuk mencapai sesuatu dan menjadi sesorang yang lebih berkedudukan. Caranya mungkin tidak popular dan boleh mendatangkan tekanan kepada orang sekeliling namun kerana gila kuasa, dia tebalkan muka. Bagi golongan ini, meraka akan rasa lebih hebat apabila berjaya membuat semua orang memberikan perhatian kepada mereka. Mereka juga susah untuk menyesuaikan diri namun berusaha keras untuk disukai ramai.

Those fits you well. Lalalaaaa....

Friday, August 07, 2009

:: Oh, Crap! ::

2 comments:
My mood was ok until....Ah...crap!

1. When u have no idea of something, you ask. Digest the info. Don't pretend or assume.

2. Do NOT give your opinion unless you know what you are talking about.

3. Do NOT underestimate anyone. You might have not fully see what they are capable of.

4. Should you need to discuss, put all your negative thought far far away. Discuss it professionally not emotionally.

5. Be firm, not rude.

6. Listen. You will not get anything out of something when both parties talk and no one listen to it.

7. Bold enough to speak on your thought yet be prepared to get screwed by others.

8. Life, work is so subjective and it's not you to determine who's right and who's not.

9. Do what you do best, leave other to the rest.

10. I dont need you to like me to get things done. Its ur task, so shut up and perform.

Tuesday, November 11, 2008

.: Tagging Cek Dory :.

9 comments:
Ha...amik obat...Inilah penangan tag cik Dory. Aksi2 yang dirakamkan secara spontan oleh CK ketika membaca entry Cik Dory.


Jangan marah ahhh....CK buh 2 keping lagi gambo!


Thursday, November 06, 2008

.: I told u so! :.

2 comments:

This is wat i get when i visit Mem's Blog today. See, i told u so!

Think that's why femfuan tu gabra giler. Laalalalalaaaaa.....

.: Menggelabah! :.

5 comments:

Adeh. Bikin panas betol la! Dalam pada CK takde hati nak update blog arinih...ada plak Hamba Allah bersemangat waja bagi idea.

Do u guys remember on my previous entry pasal edisi berekspedisi kat Kendong tuh? Ha...yang pasal si mekap tebal itu (oh, i said it again!..duhhh!). So nyer, today my fren kat opis nih dapat call daripada femfuan itu...Dengan sedikit nota untuk CK - "Kirim salam kat Adzra Tempayan". Wat the heck!

Pehtu...pukul 3 tadi, boss beso lak dapat call dari femfuan terlebih mekap itu (ahhh...tercakap lagi!) yang mengadu domba, nak saman segala. Eleeh! Apa ko tak bley baca blog aku betol2 ke? Ada nampak clause kat situ tak? Puas CK kalerkan merah. Lagipon, i didnt mentioned any names or Company. Why so kang cheong? itu namanya, sapa makan cili...dia rasa pedas. Kan?

Dah lepas setengah jam dia mengadu2, boss pon panggey mengadap. 4 orang sekaligus ok...Boss nasihatlah ala kadar. "Stop it la. She kecik hati cuz kene personal attack". Duuhhh!!!!!Kitaorang pon cerita la pasal email layang sumer. Menggelabah! Ha..amik ko...Itu baru sikit CK buh entry..If i mention pasal menda2 lain? Dalam pada nak jadi faci bole plak pakai suar ketat skin colour (nak tayang kat budak2 lelaki ke?), tinggalkan bulu mata rata2...

Ahh...wat a crap! tak kose ai nak melayan kerenah orang tua yang berjiwa sensitif lebih menggeletis dari biasa! Kang lagi ai usik, mau nanes dia...cair la mekap dia (owh..tercakap jugak!). Cik Puan, ai tak puas ati...i buh sume kat dalam blog ai...Blog sapa? Blog saya! Cik Puan tak puas hati, apsal tinggal2 mesej je? Tak larat nak cakap ngan ai sendiri ke? Tak mampu eh?

Maybe saya nih nampak lebih singa dari Cik Puan walaupon tak payah nak pakai mekap tebal2. Bawak2lah insaf, kembali ke pangkal jalan weiiihhh.....


Tuesday, October 28, 2008

.: Meja Saya :.

2 comments:

Ini la rupa bentuk pandangan meja Cik Kuntum. Takde banyak menda pon kat atas meja nuh. Secukup rasa je sumer. Stationaries tak buh atas meja, kena simpan dalam drawer. Tak sanggup ai asyik kena kidnap jek.

Yang pasti, i like my desk to be filled by menda yang comel2. So nyer...end up la ngan menda kecik2 teddies ngan kucing dari Bali yang Ee Shen bagi dulu. At least takdela stress sangat time keje.

Owh, tertinggal plak my stress ball. Bukanlah bermakna CK nih sering stress..Cumanya, kadang2 sonok jer main baling2 bola tu. Melantun sini sana, gumbira je rasa di hati ini. CK rasa nak lekat2 segala poster kecik or post card (yang dulu2 free je amik kat TGV KLCC, tataw sekarang ni ada lagi ke tak).

Ape2 pon....cuba tgk skrin tu betol2...Kaler biru cam lawa je kan? Skrin meebo tu! Ahahaha! Almaklumlah ade firewall, takleh nak isntall YM direct. Maka kena la masuk pakai meebo org Yahoo Webmessenger. Janji ado!

Ermm...baru terperasan...balang makanan tu dah kosong laa...Kene isi kudap kudapan ni. Takper...Lunch nanti kita usha apa yang patut. Tak bley biar kosong lama2 u...

Friday, October 10, 2008

.: Nyanyok eh Nyamuk :.

3 comments:
Bunyi burung.

Gelap.

Eh, patut pun! Cik Kuntum belom buka mata da! Hehehe... Elok je bersyukur sebab masih bernafas untuk kesekian kalinya, terasa sakit2 kat betik eh betis.

Macam kena cocok2 gitu! Deangan rasa tak puas hati, Cik Kuntum pun try zoom dekat sikit. Takkan la ada orang buat tak senonoh lak kat Cik Kuntum kan. Puja2 voodoo ke ape. Ishh...Simpang malaikat 44!

Lagi rapat sambil gosok2 mata sekali... ha!!! ooh my!
Kemain boyot lagi perot nko eh? Dah kekenyangan la nih menyedut dara eh darah manis i!

I tell u..dia sampai tersandar, badan berat takleh nak blah. Dengan tahap kejam tak hengat, Cik Kuntum cabut satu2 kaki dea. Pehtu tanggalkan sayap dea.

Padan muka! Memang sah2 takleh terbang dah. Last sekali, untuk menghilangkan penyiksaan dan penderaan terhadap insan kerdil itu...Cik Kuntum tenyeh jari kat dia. Pecah perot dia. Kuar balik darah Cik Kuntum.

Buat la lagi. I nih ada darah pembunuh taw?! Nyamok la tapi!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...