Seperti mana hari-hari yang lain, cK naik LRT ke tempat kerja. Ya, saya masih lagi tergedik-gedik nak naik tren 4 koc ya. Lebih sejuk dah rasa best jer compare to 2 koc. Walaupun kadang2 ada orang yang lebih gemar naik 2 koc atas alasan dorang leh senggol-senggol, gesel2 apa yang patut...tidak untuk saya. Tak rela diri ini dimolest sebegitu rupa ya.
Sampai kat stesen yang ramai orang tu...naiklah satu group. Tengok dressing masing-masing, cK rasa ni muka2 budak audit ni. Smart, tapi muda lah kan. Pehtu bawak beg sandang kaler itam. Kalau betol, memang cK terrer. Miahahaha....Kalau tak betol pun, cK tetap terrer dan terror.
Dalam ramai2 ni, ada dua orang lelaki yang menarik perhatian cK. Bukan kerana hensem...tapi gara2 kuku dijari kelingkingnya yang bisa digunapakai untuk menyukat garam masakan. Dah sampai melengkung ya, kawan-kawan. I dun get it. Kalau perempuan tu, kitaorang bela kuku - semua ya. Takla pulak main pilih2. Pastu kitaorang siap gi mani, padi lagi nak jaga. Paling busuk pun, mesti ada buffer.
Tapi, cik abang berdua ni...kuku dah agak kuning ya warnanya. Yang tak best, bila ada salah sorang yang melombong di hadapan pubic ..errrr silap... maksud saya public! Seronok eh dapat peluang mengorek di khalayak ramai ni? C'mon...itu kan patut jadi waktu intimate antara diri dan anggota badan. Ni tak, lagi nak tayang2..
Pastu, siap leh pegang batang dia besi kat dalam tren tu. Ada gak kes yang dorang pegang pemegang tangan yang tergantung-gantung tu. Apakah!? Imagine ada berapa banyak kuman kat situ? Aaaahhh!!! Kesimpulan : Sila pakai sanitizer di mana saja anda berada kerana hasil lekit dari lombongan orang lain lebih meloyakan dari hingus sendiri. Errrghh! Bluwerk!
No comments:
Post a Comment