Friday, July 31, 2009

:: Dugaan Mu ::

4 comments:
Balik dari lawatan industri ke Maybank Investment-stockbroking semalam, cK dah rasa tak sedap badan. Seram2 sejuk jadinya. Bawa ke petang sikit, langit2 plak sakit. Dah mula bersin2.

Pegi muvee ngan dearest, menggigil kesejukan. Balik muvee singgah ngeteh, tekak rasa gatai2 payau2, pahit2. Minum soluble segelas. Balik rumah rasa ngantok sangat2. Terus tido ngan selimut double layer ngan comforter. Masih sejok.

Bangun pagi, mata panas. Dahi pun panas. Mandi, rasa lega. Telan lagi segelas soluble. Hantar Ewok g skolah, then minta Mama hantar g office. Pergi breakfast, hingus jernih mula keluar. Mata berat lagi. Kepala cam nak senget. Tapi takper. Kang kena keluar beli kek lagi.

Sekarang, tekak gatal sangat. Langit2 plak rasa ade mende tersekat mcm kahak beku. Sah, nanti kalau paksa keluar mesti berdarah. Badan sejuk, panas, sejuk, panas. Apakah!?

p/s : nak minum vitagen, antibodi saya lemah. Harap2 bukan demam 'itu' yang mengganggu.

:: 170A Lawan 257 ::

No comments:
Korang pernah kena saman?

Saman yang macam mana yang korang dapat?

Saman bertulis dan bertandatangan korang?

Saman ekor?

Tak tahu bila kena saman tapi tiba2 sampai je surat kat umah?

Al-kisahnya....my besties tak dapat nak renew roadtax insurance sebab ada saman belom bayar. Dia nih boleh jadi penyumbang utama la kepada gaji dan bonus polis2 dalam negara ni. Dia ada 4 keping saman yang bernilai hampir seribu ringgit malaysia.

Maka, dengan tegar dan berkobar2 cK temankan dia check her saman nyer details. Ada satu saman tanda * yang the rest tanda #. Dan..yang paling best sekali...Waran tangkap dah keluar last Februari! Woohooo!

Pegawai pendakwa bernama Tn. Abdullah pon nasihatkan dia to pay saman yang ada tanda * - twinkle2 little star. Why? Saman tu jatuh dalam kategori saman 170A saman bersama tandatangan. Means korang sign atas surat saman tu. Maka, ia bole dijadikan bahan bukti yang kuat atas kes tak mau byr saman koran. So, better pay!

Yang tandanya #, keep aside pon ok gak. Sebab yang dalam kategori 257 ni hasil daripada saman ekor..ala..yang polis main tembak2 je kat kereta tu. So that method bole dipertikaikan kesahihan dan kebenarannya. Kot kot nak tembak keta lain kena keta korang ke kan. camtulah.

Bila korang dapat saman yang korang sign tu, sila bayar sebelom tarikh bicara mahkamah. Or else, korang pergi mahkamah pada tarikh yang tertera tu dan rayuan pengurangan bayaran masih boleh dipertimbangkan. Namun, andai kata korang terlepas tarikh tu...makanya, korang kena g Mahkamah Trafik Jalan Duta (ni kalau kat KL la) untuk ambil tarikh perbicaraan yang baru or korang leh la cuba buat baik ngan orang kat sana untuk terus buat pembayaran. Cumanya korang takleh dapat diskaun la.

Bila dah kena waran tangkap untuk kes tak bayar saman ni, more or else kena penjamin. Tapi, tak payah risau sangat ye. Sebabnya penjamin ni boleh jamin mulut je, tak perlu kuar duit pun. Camtu lah al-kisahnya.

Maka, silalah semak saman yang korang ada kat sini.

Thursday, July 30, 2009

:: Hang Kebun ::

2 comments:
It's been a while kitaorang tak bersihkan apa yang patut kat so-call garden umah. Ni memang real garden ok, bukan macam dalam Mukabuku (fb) tu. Garden yang tiada berumput kerana lantai sudah bersimen. Cuma kitaorang re-arrange all the pasu then baja apa yang patut.


I shall say this is our pre-raya preparation. Dah masuk bulan puasa nanti, letih nak mengemas sini sana. Bukanlah kata bila puasa tu langsung tak boleh bekerja tapi bila dah dok tenong2 air sejok sentiasa..tak ke naya? hehe..Lagipon, kalau berkebun beria2 time benderah merah plak nanti..ramai je yang jeling2 manja. Malu ai!

Few plants mama suruh buang. Dah tak minat nak simpan sebab konsepnya 'hidup segan, mati tak mahu'. Then only i discover my pokok dahlia (the one i bought at Cameron) abis kiok. Yang lagi sedey, my lavendar died too. Pitty me!


The one still remains is vanilla. Kool! Thou akak tu dulu beritahu yang cK cuma boleh dapat hasil dalam masa 3 tahun..It's ok..I have another less than one and a half year to go. We shall see. And i believe one day, I shall bakes raya cookies with my own vanilla. How bout that? Ngee!

Ewok definetely enjoyed the session much. Why? Sebab dia dapat peluang nak bunuh cacing using parang! Giler la..Ni kalau tak monitor betul2 mau jadi pembunuh bersiri kang. Takmo2! Ke hulu ke hilir dia dok menyapu laman, cabut rumput2 kecil dalam pasu. It's fun when we do something with our loved ones despite the dirtyness.

p/s : nanti mau cat umah dan bilik plak.

:: Sorry, But It's Late Already ::

No comments:
Tertarik dengar Fedtri baca tajuk-tajuk berita dari surat khabar utama dalam negara kita. Dalam banyak-banyak tu, yang paling lega bila cK dapat tahu Kosmo dah pun buat kenyataan maaf terbuka kat front cover.

Still, satu page yang cuma ada 3 para tu cukup ke nak mengubat hati yang terluka? Well, memang la katanya ada sambungan berita seterusnya di muka surat 5, apa yang korang akan jumpa hanyalah cerita yang berkisar tentang penayangan hasil kerja Yasmin diminggu Pesta Filem Malaysia (if i'm not mistaken).

Macam tu je? Again, artikel ditulis tanpa nama penulis. Hurm...kira penulis muka depan Kosmo memang dalam kategori misterilah kiranya. And that will entitle you to just writes about anything yang you rasa fact thou its not at the right time.

Anyway, i guess we should thank them (hail to Kosmo!) to at last come out with the 'Sorry Note'.

p/s : I saw the paper, snap the picture, put it back where it belong. Hell No i'm gonna spent my money buying thrash.

Tuesday, July 28, 2009

:: Gossip Is Not Kool When U'r Dead ::

5 comments:
For God sake! What kinda of journalism practice u've been following? Since when gossiping or maybe in these case telling the whole world on 'sensitive' topic of a dead person can be at the FRONT COVER?

For those who have no idea, kindly refer to below article.




Gosh!!! Astagfirullah! Apalah nak jadi dengan wartawan dalam Malaysia ni. Dah la ko bukak pekung orang. Thou it's true story, so what? Why now? Why do you have to wait till she's dead and can't say anything about it? Do you bother to writes those thing when she is still alive? Does it ever cross your mind to interview her to get her insides while she's still breathing?

Why cant you report sumtin good like this. Even 'orang luar' can say something nice bout her without making such remarks of her passed. Why people? Why? What do you want to achieve with that kinda writing? A good rating? So that you can get your raise for making your news to hit the sales?

As a proof to your idiotic behave, rubbish writing - is the fact that you didn't dare to put your name there as the writer. Don't you wanna be proud of what you have wrote? To reach the people with your 'kebenaran' and fake sympathy!

Heartless soul with no moral at ALL! What goes around comes around. Wait till you make it to the headline with such story or something bigger and more emberassing. Looser!

p/s : should you loves to bitching simply about just anything, journalism is the perfect choice for u!

Picture atas ihsan http://akubimbo.blogspot.com

:: Losses ::

No comments:
Kebelakangan ini ada beberapa nama besar dalam industri hiburan khususnya yang telah pergi meninggalkan kita. Masih lagi disebut merata tentang perginya Mikaeel (ke masih lagi Michael?). Pelbagai isu yang keluar. Daripada spekulasi kena bunuh, dianiaya, dia masih kristian..macam-macam lagi.

For me, itu semua tak penting. What matters is the fact he is a genius in whats he's been doing. i salute him for that. 41 weeks at number 1 on Billboard chart for 'Thriller'. Imagine that! Eat your heart out lah! Siapa yang boleh beat record tu? None, at least till the day i wrote this entry. Your song will inspire me, always.


Next, Yasmin Ahmad. Daripada spekulasi dia meninggal..well, i dont really blame person yang menyampaikan cerita tu. She's stop breathing and paramedic pon announce she's dead..so orang tu pun sampaikanlah berita. Itu yang dia nampak jadi kan? Apa yang jadi after that, dia tak tau.

Still, thats dont matter much to me. Again, we have missed such a good director. The kind of director that can lead me to the cinema and watch her masterpiece. Despite, all the cacian..kejian orang pasal dia.."Apa pesen filem la dia buat ni?", "Sikit-sikit kemban" or "Teknik kamera pacak..long shot je manjang" even "Balik2 anak2 Fatimah Abu Bakar"... So what? Ada juga suara2 yang kata dia tu hermaphrodite, khunsa. So? Kalau jadi khunsa, bukankah sampai satu masa kita kena pilih jalan hidup kita. Dan kalau dia pilih untuk jadi Yasmin Ahmad dan bukannya Zulkiflee Ahmad cam yang korang nak, salah ke?

Dalam dok orang2 kuat seni (so called) dok canang-canang 'Filem Kita Wajah Kita'...she has put that to practice in all her works since ages. Siap menang award lagi tu. Cerita dia terasa dekat dihati. For those yang kondem manjang tu ntah dah tengok ke tak cerita Yasmin.


Fine, kalau korang tak suka filem dia. But sapa antara korang yang tak suka iklan yang dia arahkan? Iklan2 petronas tu. Baik untuk hari merdeka atau hari raya. Syahdu wo! See, dalam iklan pun konsep 1 Malaysia dia tu ada. She always put our local people with the normal look in her ads. Budak2 comot tak kira Melayu, India atau Cina ada je dalam iklan dia which makes we feel more like us. Yes, us..bukan US - states tu.

I am so gonna miss her ads dan cK harap agar cerita Muallaf tu dapat direleasekan untuk tayangan Malaysia. Cross finger! Lets watch this.



*Al-Fatihah*

:: Reno Lagi ::

2 comments:

Rasanya dah lama sangat cK guna pantone itam likat untuk laman rumah cK nih. So, dengan mengambil kira segala sudut cakah, sudut tirus dan sudut2 lain...cK cat baru umah cK ni.

Cat pentalite putih suci murni bersama biru ala2 tiffany blue cik yaya yang meredupkan suasana. Dah jadi suasana hutan tepi tasik dah jadinya. Mungkin membayangkan yang cK dah mula tone down kah? Miahahaha...doa-doakanlah. Amin!

Kalau dulu cK suka nak banyak2 kan segala ruang-ruang bilik (columns) yang ada.This time around, back to basic sudah. Dah tua2 nih penat nak ronda banyak2 bilik. Two works just fine for me. Anyhow, thanks for supporting me. Thou most of you are the silent reader..takper. I appreciate it.

*Hugs*

Monday, July 27, 2009

:: Bila Kau Tiada ::

2 comments:

Dari pagi ku tunggu kau tiba

Berdebar-debar ku hitung detik masa

Tak semena suasana di kantor ku jadi senyap dari biasa

Lantaran kau tiada memeriahkan suasana

Tiada cucuk tanam, tiada ngeblog, tiada guray senda

Yang ku dengar cuma sesekali bunyi dengus rasa hampa

Mengintai muncul mu dari masa ke semasa

Akhirnya kau tiba ubati luka

Walau hanya untuk seketika

Tidak mengapa, esok kan ada!

Nukilan rasa,
Cik Kuntum Kuciwa Kerana Internet Tiada

Saturday, July 25, 2009

:: Sabarlah Auntie ::

No comments:
Bila bertutur dengan yang tua , harus diakui kita perlu lebih berhati-hati. Takut nanti disalah erti, di chop pula meninggi diri. That's what i learned from my past.

Akan tetapi, bila membabitkan soal kerja..cK ada sedikit kemusykilan. Sebagai orang yang lebih muda, kadang kala terasa seolah yang lebih tua sukar menerima pendapat kita. Tua dari segi umur tak bermakna kita tahu segalanya.

Ada bahagian2 tertentu dalam soal kerja yang perlu kita pelajari dan pelopor bersama. Itu namanya pengalaman. Jika hanya tua umur tapi kurang pengetahuannya, maka siap sedialah untuk belajar dari yang lebih muda. Ya. Mungkin muda dari umurnya tapi bukan dari segi pengalaman yang ada.

Terus terang, cK cuba untuk menerima setiap individu itu seadanya. Masing-masing ada kurang dan lebihnya. Namun, jika anda orang baru..sila dengar nasihat orang lama. Kemudian keluarkan pandangan untuk memperbaiki sistem yang ada. Jangan cuma pandai menyalahkan sesuatu dan bertanya kenapa, mengapa tanpa memberi jalan penyelesaian.

Konsep kerjasama? Ia memang sesuatu yang harus ada dalam setiap organisasi. Namun begitu, janganlah kita mengambil kesempatan pula. Suka buat2 lupa, buat sambil lewa perkara2 yang sepatutnya dalam bidang kuasa kita. Bila mula dibantu, kita pindahkan beban kerja pada orang lain pula. Mana adilnya? Itu bukan kerjasama. Itu menindas namanya!

Bila tak sehaluan, mulalah masam muka. Berpuak2 jadinya. Kan nanti tak seronok nak bekerja. Dah kurang produktiviti. Bahananya nanti pada diri sendiri. Sudah-sudahlah tu ya auntie2.. baik kita usahasama gembeling tenaga majukan negara. Tak elok nak muncung sini sana. Tak lawa pun, tambah kedut lagi ada.

*i am not cynical, just experienced*



:: Jiwa Kacau ::

No comments:

I am feeling loads of love.

It's a nice feeling i must admit.

Apart from friends and family, i just don't have u to share with

Yes u, my other half.

Stop hiding and show me where you are.

I'm gonna find you.

No matter how far.



:: Mellow Saturday ::

1 comment:
Align Center

Dancin' in the dark middle of the night
Takin' your heart and holdin' it tight
Emotional touch touchin' my skin
And asking you to do what you've been doin' all over again

Oh it's a beautiful thing don't think I can keep it all in
I just gotta let you know what it is that won't let me go

It's your love
It just does something to me
It sends a shock right through me
I can't get enough
And if you wonder
About the spell I'm under
Oh it's your love

Better than I was, more than I am
And all of this happened by taking your hand
And who I am now is who I wanted to be
And now that we're together,
I'm stronger than ever
I'm happy and free

Oh it's a beautiful thing,
Don't think I can keep it all in
If you asked me why I've changed,
All I gotta do is say your sweet name

It's your love
It just does something to me
It sends a shock right through me
I can't get enough
And if you wonder
About the spell I'm under
Oh, it's your love

Baby, Oh oh, oh,

Oh it's a beautiful thing,
Don't think I can keep it all in
I just gotta let you konw what it is that won't let me go

It's your love
It just does something to me
It sends a shock right through me
I can't get enough
And if you wonder
About the spell I'm under,
Oh it's your love
It's your love, it's your love, it's your love

Friday, July 24, 2009

:: Super Duper Bz ::

No comments:
I've been bz lately. So much thing to do in so little time. Still, manage to completes part of it according to plan. Let see whether i have missed anything :-

20-21 July
Financial Analysis class. SC people pull out last minute due to oppss! I have made another comitment with my so call loyal customer. Duh! Fair enough, i've sumone else to cover the session.
Done.

Session with Big Boss : Batch 4 book review.
Done.

22 July
Derivatives class for both 22-23 July, notes and presentation.
Done

Final draft for 60 quest for MCQ, 4 options on Essay to be submitted for review.
Done.

Session with Big Boss : Batch 3 mid term assessment analysis & feedback
Done.

23 July
Invitation for facilitation of Insurance & Takaful - for period 17/8-4/11/09. Given the deadline on 31/7/09.
Done with partial confirmation received.

Job scope, workflow for Final Assessment - for discussion purposes.
Done.

24 July
Grouping for technical class.
Done.









Tuesday, July 21, 2009

:: Asal Jangan Depan Aku ::

No comments:
Sempat la cK pergi menonton Harry Porter : The Half Blood Prince yang sungguh mengecewakan itu. Pertama kali menonton di Pavillion, KL dan pertama kali juga berada di sana selepas jam 8 malam.

Malam minggu memang ramai warga kota bersantai. Baik yang muda, separa muda, yang pakcik2, yang makcik2 pun ada. Tak pasti pula berapa kerat antara mereka sebenarnya golongan 'ada-ada', berada dan ber'title' Dato', Datuk, Tan Sri di pangkal nama.

Seronok tengok warga asing yang ramai, berbilang rupa sama-sama mengiktiraf kewujudan mall besar di tengah kota. Sampai satu ketika, cK ngan besties dapat nonton drama swasta adegan berpelok Norish K ngan anak tiri nyer. Rindu barangkali.


Yang tak seronoknya, bila cK tengok cafe dan bistro yang menjual arak rata-rata dihuni kaum sebangsa. Mungkin juga, sama bangsa lain agama? Masakan begitu? Ahh...macam-macam perkara aneh bole terjadi sekarang ni. Kulit sama sawo, hati? Nilailah diri sendiri.

Again, i remember why i don't go to TGIF neither Chilli's or maybe Laundary. Cuz they sells alchohol and the fact that my own people are the majority. Maybe some of the people i know drinks too. It just how good they cover up things from the public.

Cuma nowadays, lebih ramai yang so-called-open-minded sangat lah katanya akan upload the minum-minum party to any social networking portal. let it be FB, friendster or twitter. Macam jadi kebanggaan pula. No more segan silu. Baru lah America!

Dan berkatalah seorang teman "I'm ok with those who drinks tapi jangan minum depan aku". I hope dia just refers to those Non-shariah compliant punya peeps. Cuz if that applies to Muslims, something wrong there. It just another way of saying us being 'brain washed' by the concept of 'keterbukaan'. Living in denial? Maybe. But most of us refer that as 'respect of what others is doing. They are human too. Should u not like it, u dont have to be it.'

cK rasa seram memikirkan betapa hipokritnya seorang manusia hari ini. Mohon dikekang hati ini dari menerima anasir-anasir yang tidak menguntungkan. Buat sang teman, moga kita bersama-sama dianugerahkan hidayah untuk menguatkan keimanan. Amin!


Monday, July 20, 2009

:: Mommy To Be ::

No comments:

Hi! Me name is Nur Jannah Aqilah.
My family call me Jannah, so does Mama-lah
She is Sis Adzra's mom should you need to know
The kind hearted person i've ever known





This evening was the first time Sis Adzra met me.
She looks so thrill to play with me
Bro Daniel and Along makes us all three
Sat together in front the Teevee







Whenever i made my best move
Sis Adzra will point a stylish silver thing to me
Surprise! Surprise! It comes with flash too
Heard she said something bout FB





She keep on blinks the silver thing
Makes me feel a bit pening
I just have no idea what is it for.
I hope she get the best shots lor!

:: Geng Dracula Ka? ::

No comments:
Hirup udara nyaman sambil dengar lagu dari Cik Norkiah.

Melihat kesesakan jalan dan deretan umat beratur di tepi landasan.

Tiba-tiba.........


Apakah?

Datanglah sepasang kekasih yang berupa Melayu dengan berpakaian sedondon bewarna putih.

Si jejaka kurus melidi memakai topi senget ke kiri.

Si awek berbadan gebus berbaju baby t melekap ke badan.

Agak unik namun unik lagi gigitan yang bertompok2 di leher perawan.

Bersepah dari utara bawa ke selatan. Timur dan barat jangan dilupakan.

Seorang ah so tenung hingga geleng hilang kepercayaan.

Agama apakah yang jadi ikutan?

Ahhh...itu bukan kita yang bisa tentukan.

Jawablah dia pada Tuhan.

Thursday, July 16, 2009

:: Harapkan Datuk, Datuk Bengkang Bengkok ::

No comments:
Utusan Online kata :

"17 anggota sindiket dadah jenis syabu termasuk seorang yang bergelar Datuk mengumpul kekayaan lebih RM22 juta. Kekayaan luar biasa itu termasuk RM65,994 tunai, akaun bank berjumlah RM4.63 juta, lapan unit rumah dan kedai, 16 bidang tanah sekitar Johor Bahru, Pontian dan Kota Tinggi "

Nak baca laporan penuh, boleh klik kat sini.

Kesimpulan:

1. Haruslah muka yang sama juga amalkan politik wang disini sana. Nak suh orang pangkah, tabur duit je merata2. Kalau tak pangkah, mau ada yang kena sergah dek konco2 dia.

2. Agak2 Datuk ni dapat jadi ADUN tak? Kalau ya, memang buang masa je. Semuanya pasal nak kuasa je. Lepas tu mulalah setan bermaharajalela.

3. Harta yang ada plak, bukan calang-calang collectionnya. Ada kereta mewah juga. Cakap je nak apa. Kia Sportage, Mitsubishi Triton, Honda City, Ford Ranger ke Toyota Harrier? Semua ada!

4. Ehem...agak2 dia bayar tak income tax eh?


Ngeee...Donia...donia...

:: Poligami Vs Zina ::

No comments:
Buka saja blog pagi nih, ada notis untuk approvo comment. Ya, cK setkan supaya comment yang lebih daripada 14 hari mesti disahkan cK dulu baru boleh dipublishkan.

Dan komen yang dibuat itu adalah berdasarkan entry terdahulu yang ada kat sini. Pasal apa? Senaman lipat pinggang yang sorang pakcik tu amalkan yang menyebabkan dia keluar statement "Sorang isteri pun tak cukup kalau amalkan senaman ni".

Maka, keluarlah satu komen dari seorang hamba Allah yang tiada profile diri (main sorok2 nampak?) yang berbunyi camni :


Dalam banyak2 komen yang ada kat entry tu, tidak ada satu pun komen yang membangkang apa yang diperkatakan oleh hamba Allah tersebut. Ternyata apa yang diberitahu untuk benar2 belaka. Namun, i wanna tell him something.

Apa punca sebenar lelaki nak kahwin lagi? Supaya dia tak berzina? Maka eloklah para isteri izinkan saja suami2 anda kahwin baru. Mungkin dia dah bosan dengan layanan yang sama setiap hari. Lagi? That's it? Itu je? Sebab tak mahu berzina je?

Secara tak langsung itu dah menunjukkan perkahwinan bagi seorang lelaki adalah semata2 berlandaskan SEX semata? Yang lain2 takde? Bukan sebab cinta, memerlukan perkongsian baru, nak jadi hero selamatkan wanita teraniyai bla bla bla...macam2 alasan lain lah kononnya. Wayang semata2 ye? Pokok utama tetap "Kalau tak bagi kahwin lagi, kitaorang berzina".

Kalau ikatan perkahwinan itu diukur berlandaskan hubungan kelamin semata, maka ramailah lelaki yang lulus. Keadilan? Nak tolak mana tu? Dapatkah meraka berlaku adil seadil-adilnya kepada isteri2 mereka dari semua segi? Bukan takat nafkah batin je, yang zahir pon juga. Anak2 lagi. SEMUA. Yang tu, sapa nak tolong jawab?

Time nak puaskan nafsu diri, masing2 pandai buka kitab rujuk segala hadis ayat Al-Quraan. Tapi nak melaksanakan yang sampingan dan berkaitan ngan ayat2 dalam hadis dan Al-Quraan tu, gagal dilaksanakan. Kalau mampu, ya silakanlah. Ini tidak. Lebih sudu dari kuah.

Cermin-cerminkan diri ya?

Wednesday, July 15, 2009

:: Di manakah Solat Kita? ::

2 comments:

SUDAH lama kita bersolat, tetapi nampaknya keajaiban dan jaminan solat yang disebut Allah masih samar-samar dalam kehidupan kita.Allah memberi jaminan dalam firman-Nya, bermaksud:


“Sudah pasti berjaya orang mukmin iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya.” (Surah al-Mukminun: 1,2)


Pada pertemuan kali ini, mari kita bermuhasabah mengenai peringkat solat.Bukannya konsep kejayaan dan cara hendak mencapai khusyuk, tetapi ada beberapa jenis dan golongan serta gaya bersolat di kalangan orang Islam yang semuanya akan mempengaruhi perangai dan cara hidup.

  • Jenis Pertama

Hari ini, ramai umat Islam yang tidak bersolat, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak bersolat. Ada yang menafikan kewajipan solat, mereka jatuh kafir sebab itu kadangkala perangainya dengan si kafir tidak ada beza.

  • Jenis Kedua

Orang yang melakukan solat secara zahir saja, malah bacaan pun masih tidak betul, taklid buta dan main ikut-ikut orang lain.Jadi, golongan ini sekejap bersolat, sekejap tidak. Jika ada masa dan emosi baik, dia bersolat. Kalau sibuk dan ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, dia tidak bersolat.


Orang ini jatuh fasik. Tidak belajar solat mahupun secara rasmi atau tidak rasmi. Ilmu mengenai solat ialah apa yang dipelajari ketika kecil dan tadika saja. Golongan ini tertolak, bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah.

  • Jenis Ketiga

Golongan yang melakukan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, Fatihah, doa Iftitah dan tahiyatnya, tetapi tidak dihayati dalam solat itu.Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia tanpa menghayati solat. Golongan ini dikategorikan sebagai solat ‘awamul Muslimin’ dan jika dididik serta ditambah mujahadah (kesungguhan), dia akan berjaya dalam solat.

  • Jenis Keempat

Golongan ini baik sedikit daripada golongan sebelumnya, tetapi main tarik tali dalam solatnya.

Sesekali dia khusyuk, sesekali lalai pula. Apabila teringat sesuatu dalam solatnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya.Apabila teringat Allah secara tiba-tiba, insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hati serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan dalam solat. Begitulah sehingga selesai solatnya.Peringkat ini orang terbabit akan mula memasuki zon ‘memelihara solat’, tetapi masih belum seronok dengan solat.

  • Jenis Kelima

Golongan yang melakukan solat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya.Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling sehingga pekerjaan serta apa pun yang dilakukan atau difikirkan di luar solat itu tidak mempengaruhi so latnya.


Walaupun dia memiliki harta dunia, menjalankan kewajipan dan tugas keduniaan seperti perniagaan, semua itu tidak mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah dalam solat. Golongan ini disebut orang soleh.


Sebenarnya banyak lagi peringkat solat, tetapi keterbatasan ruangan sekadar lima tahap ini rasanya sudah boleh mu hasabah diri mengenai tahap solat yang kita lakukan.Jika kita berada di peringkat satu, dua dan tiga, kita sebenarnya belum selamat dan mungkin solat tidak mampu mendapat jaminan Allah.


Ibadat solat boleh membangunkan jiwa dan iman, men jauhkan daripada yang buruk dan merungkai mazmumah (sifat keji), menanamkan mahmudah (sifat terpuji), me lahirkan disiplin hidup dan akhlak yang agung. Semoga solat kita akan berlangsung sebagai mi’raj.

Sunday, July 12, 2009

:: Ganu Ko Siam Ko? ::

1 comment:
Watch this :




The part i don't understand :

a. Motif. What's the motif of this shoot? To announce to the whole world that you guys are a bunch of ladies who are so kool by drinking that Tiger?

b. What's with the slang? I'd tried to take u as Siamese ladies but something does bother me. If you are Siamese, why don't u just speak in Siam instead of Ganu slang? For sure da kuar "kap kung kap prong kra" n wat so eva kan? Ini tak...kuar "hok ni free, percume."

c. Apakah???!!!!

:: Semangat Pra Raya ::

No comments:
Macam tahun-tahun yang sudah, Mama mesti kena buat kuih raya untuk jualan. Like i told her last year, dont do all kuih. Just works on her "magic" cookies je. Bukanlah Mama tak pandai buat kuih, but i pitty her lor. Cukup2lah dengan Biskut Dam kesukaan pelanggan2 dia sebab keunikan yang ada. Don have to buat tart nenas la, biskut rempah la banyak lagi la.

Makanya, petang minggu yang damai cK ngan dekdek pon start la aktiviti nolong Mama. Masing-masing amik part sendiri. cK bab2 susun2 then quality control boleh la. Bab2 ngetest kuih tu, bagi la kat Ewok. Memang suka rela u.

Adunan masih lagi di control pemilik resepi - Puan Rina. Kitaorang ni leh tengok je le dia masukkan bahan2. Tolong masuk dalam oven, then packing untuk sampling. Ok la tu kan? Esok cK akan bawa sample ke opis. Excited la plak.


Bukan apa, sapa2 yang pernah datang umah cK masa Hari Raya sure tangkap syahdu nyer la ngan Biskut Dam tu. Sebagai Pegawai Pemasaran (sendiri lantik..ahhaha!), cK telahpun berbincang dan kuih Dam tahun ni telah setuju dijual dengan harga RM35 untuk setiap 100 biji.

Off course la dah siap letak dalam balang. Kedap udara lagi tu yang oii! Penghantaran masih boleh dicover, insyaallah. Then Mama try test buat muffin plak. Vanilla muffin plus almond. Marveles! Lembut je beb! tapi maaf ye, yang tu belom rasa nak offer dijual. Ngeh ngeh ngeh...Maybe leh rasa bila mai umah je kot? Huhuhu...

So, sapa2 nak order sila2lah tinggalkan komen yer? u guys can leave your order here or thru the album at facebook.

Daaaaa!!!

Saturday, July 11, 2009

:: Sikit sikit Bunuh Diri ::

3 comments:
Sebelum guwe meluah perasaan, korang baca petikan yang cK amik from here.

LRT tergendala kerana wanita cuba bunuh diri

KUALA LUMPUR: Cubaan seorang gadis untuk membunuh diri dengan terjun dari Jambatan Seri Sarawak berhampiran Stesen Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Pudu di sini menyebabkan operasi pengangkutan di stesen itu tergendala kira-kira sejam hari ini.

Dalam kejadian 9.38 pagi itu, gadis berusia 19 tahun itu dikatakan cuba terjun dari jambatan tersebut sambil meraung dan menjeritkan nama teman lelakinya.

Gadis itu, dari Kluang, Johor, dikatakan bertindak demikian setelah bergaduh dengan teman lelakinya.

Bagaimanapun dia dapat diselamatkan beberapa anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah selepas memujuknya.

Operasi menyelamatkan gadis menyebabkan sistem pengangkutan itu tergendala ketika ramai pengguna pengangkutan itu perlu ke tempat kerja.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan ia disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan. BERNAMA

APAKAH????!!!

Apa yang cK tak puas hati :

1. Kenapa la si pompuan tu mengundang onar? Takde jantan lain ke kan yang korang nak buat couple2? Yes, i call the dude jantan. Kalau dia lelaki, sure dia dah try settle cara baik dan tak jadi episod modo camtu.

2. Mana pergi jaga kat LRT tu? Mana ? Mana? Bukan ke kalau pagi-pagi sebok je pak guard tu sound2 orang "masuk dalam lagi...masuk dalam...bagi laluan keluar...laluan...!!!". Ha...ni bila orang nak bunuh diri ni, mana g pak guard2 tuh? Mungkin tengah bersarapan?

3. Orang ramai plak...Ha...mana dorang sumer pergi? Tak naik LRT kah? Kenapa dorang tak amik port? Yelah...mungkin dorang malas nak kecoh2 dengar couple bertekak pagi2 kan. Buang karan je. Dahla ada yang ngantok lagi, nak layan drama swasta plak...tak dapek la kan...But still, apa orang ramai buat??!!! Pudu tak pernah lengang ngan orang. Masa mula2 girl tu nak panjat, takde sapa ke nampak?


Lepas ni drama apa plak? Bila kene reject, terjun lombong. Kena main kayu tiga, bakar diri. Kena tinggal, bunuh diri kat LRT. Duuuhhh!!!! This people dun deserve to live at first place lah! Murah benor rege nyawa kome weeeihhh!!!

Astagfirullah....*urut dada*



:: Big Girl Dont Cry ::

No comments:
"One must be big enough to admit his/her mistakes, smart enough to profit from them, and strong enough to correct them"

Love the quote so much. I can feel how me relates to it.

1. I have admit what i've done wrong - in private might as well in public. Should i go further to explain myself? I choose not to because i don't want to.

2. Profit? Yes, i do. Sekarang i boleh tahu sapa kawan dan yang mana lawan. Siapa tulus dan siapa bermuka-muka. I am blessed! Psss....thank you for showing me your true colour!

3. Yes n yes, i am strong enough to let them dissapear from the otospes. Ngee! I didnt even notice at first but i am glad they do *bling*. Make urself a favour, dun make a U turn. I have no space for you left. Sorry!

Conclusion : I will stay this way. Should you decide to leave me, i just take it easy as if you cant handle me or watsoever related to me.

Period.


:: Say So.Do So ::

No comments:
Gabungan dua perkataan yang mudah namun maksudnya mendalam. Renung dalam-dalam diri masing-masing dan fikirkan sejenak. Are we living in denial? Are we hipocryt?

Kita senang bercakap apa sahaja tak kira pada yang muda atau yang tua. Sindir menyindir, kata mengata, bertikam lidah segala. hasilnya untuk apa?

Jangan itu, jangan ini, tak boleh itu, tak boleh ini sedangkan kita masih lagi begitu. Tuding jari tanpa cermin keburukan diri.

Daripada dipanjangkan perkara yang mudah, kan lebih elok jika diselesaikan sahaja. Tak perlu sebar merata.

p/s : i am tired to reconcile. it's about time for you to leave so that i can move on with my live. anyhow, i still move on so..what the heck.

*sigh*


:: Mangga Oh Mangga? ::

No comments:
Dengan pertanyaan yang ringkas dari seorang tulang belakang majalah Mangga:

"Ada brainstorming Majalah Mangga esok... Nak present apa pun tak tau ni pasal Mangga. Ada apa-apa pandangan ker mengenai majalah ini?"

Pandangan jujur cK :

Pertama:

"u mite hate me for saying these but sumhow mangga cam dh ilang paksi. More like semi porn plak. Dedah sana sini. Tang mana yang membina minda dan sahsiah pn taktaw lah. Hiburan, yes. But do it in the right way. Not by menjual tubuh artis but more to kerja mereka. My two cents."

Kedua:

"Balik2 pasal cinta, skandal. Menda camtu, kat internet berlambak. U gotta be different. Kena fikirkan apa jenis sumbangan yg mangga leh buat to the industry itself. Kalau org2 diblkg tabir sndiri tk pernah pndang serius ngan hasil seni anda dan sibuk mengeksplotasi populariti dan rating semata2, makin teruk la industri seni."

Honestly that's how i feel towards Mangga.. Sheleq kata, i can comment but i am not the one yang spent on those thing. So its a bit buyers la kat situ. I see it differently. Masa umur belasan tahun lagi, cK dah nampak Mangga ni. During those days cerita perkembangan kerjaya artis diberikan penekanan. Kerjaya. Thats what public should know more.

Nowadays, tenngok cover je pon dah cuak. More towards sogokan seksual. Dengan posing2 tepi kolam renang, baju yang terbelah, terdedah dan aksi2 yang ghairah. Sekarang ni pula, penuh dengan cerita skandal, putus cinta, kahwin-cerai. Is that what dunia seni in Malaysia is all about?

Mana perginyer bahagian untuk new album in store? new artis? New record review?Event calendar maybe? C'mon la. Zaman dah maju, and i bet pembaca2 Mangga pun semakin bijak. Kenapa perlu adanya sogokan seksual itu? Dan penuh ngan unsur-unser semi porn tu, kita risau pula masalah sosial muda remaja. Apakah?

I have to say i prefer Galaxy more. Ada section untuk poster, lirik lagu, review album wayang..then the interesting part...bila diaorang ada anjurkan pertandingan or maybe dapat peluang untuk nonton wayang percuma. Adalah benefit something gak to the nation. Mungkin kecil tapi ada manfaatnya.

Plus, i think its about time for the people to find new strategy. Do something good for the name of art. Inilah masanya utuk media hormat dan berusaha untuk memberikan sedikit sumbangan pada mansyarakat. Tak gitu?




Thursday, July 09, 2009

:: Kelucahan Melampau ::

2 comments:
Ha! Takdenyer kalau korang skrol laju2 bole nampak gamba2 X rated ke apa. No. harapan je lah ye. Mula2 sekali cK nak korang semua tahu yang bahawasanya bahasa melayu cK ni kalau masuk bab2 dialect daerah sini sana memang fail.

Kalau bab2 Negeri Sembilan ke Perak ke...boleh lagi nak digagah2kan. Sebabnya side Abah datang dari dua negeri tu dan auntie uncle pon ada yang dari sana. Majoritinya lah kan. Plus, perkataan2 baru yang sensasi bagai nak rak pasal mak nyah pakai cam 'nok', 'nonok', 'merembes' dan ntah apa2 lagi lah..memang out of my book.

Penggunaan perkataan tersebut bukan satu kebiasaan. Tapi lately, i did used those word. There was a time when i put up a status in FB saying "Ada guhsip nak update Nonox", and within 2 minutes i got an sms from my ex. Dia yang beritahu bahawasanya 'nonok' tu tak elok. Sumthing relates to payudara kinda thing, kekdahnya bahasa maknyah.

Tataw la korang taw ke tak kan..tapi buat sesiapa yang melopong2 tu, dont make the same mistake like i did. For me, 'Nonox' refer to this one clan of my dear adik2. Nothin more. Plus, i dont think any of them realize that 'nonok' would have such meaning pon.

Then, the other day i was saying "Adzratul Wahidah bukan robot tapi Bobot". And i saw a comment in on sumone's else wall sort of related to the status. I appreciate if any of you yang rasa cK ni ada silap, to tell me directly and clarify things. Bagi cK, bobot tu adalah watak kartun dalam majalah Ujang dolu2. So, bila tengok plak orang2 lain cam nak menyindir haruslah cK rasa musykil. Sedih woo..Kita tak tawu apa, tiba2 jadi bahan lawak dan gelak orang lain plak. Camne tu?

cK ambil langkah selidik sendiri. Dah selidik dan tahu apa maksud perkataan tu dalam bahasa Sabah, i change the status. Yelah, cK ni bukan dictionary. Manalah cK tahu segala maksud perkataan dalam dunia ni untuk setiap negara, bangsa plak tu. Maka, sila-silalah berikan teguran ye. Bukan jadi otomen nak fire2 je. Wink wink!


:: Akar Umbi ::

No comments:
Sepetang bersama keluarga menuju kawasan rumah kedai baru di Setapak Rampai. A week ago, i noticed one kedai cendol ada kat situ. Its a restaurant. Pak Hassan punya kot. I cant recall the name of the owner.

Tak susah nak carik restoren dia ni. Dari tepi jalan lagi dah nampak dah signboard besar. Memang hidangan utama yang ada adalah Cendol dan Pasembor. Selain daripada itu, adalah lagi makanan2 Siam. Yelah kan, takkan dia nak jual dua jenis hidang je kan? Camna nak survive bayar duit sewa kedai nanti? Tak macam KFC. Itu lain kes.

I have always fall in love with local dishes speshly manis manisannya. I find it hard to resist la. Sebab tu la cK tegar nak rasa cendol restoran ni. Masuk je kedai, tengok dah siap frame sana sini paper cutting pasal restoren tu.

Pakcik ni dah berniaga lama secara kecil kecilan - pondok style la. Sekarang nih je dia berani nak buka restoren. He just want to settle down kot. Bila lagi nak jadi boss kan? Cendol dia sedap. cK siap topup pulut lagi. Mama nak try makan tapai aiskrim. Tapi terbatal niat bila mama tengok ada ABC. Tak semeriah ABC Sek 2 Shah Alam la kan..But ok la.


Yes, i love to jalan-jalan cari makan. Kalau korang ada tempat2 yang best untuk dibuat santap, sila roger ok.

:: Sabar Itu Penting ::

No comments:
Sabar setiap manusia ada hadnya. Hanya individu berkenaan yang tahu akan tahap2 yang boleh diterima oleh mereka.

Oleh kerana sifat sabar adalah sifat yang mulia, terima kasih kepada sayangku yang sudi menghadiahkan Daniel permainan ala lego ni. Yela, beli local product sudah. Sama je hasilnya nanti. Yang penting, minda bergerak.

He was so excited when he received it. Kata dia nak jadi ala2 Michael Scoldfield. Diam-diam berisi. tak perlu bising2 buat sesuatu, tahu2 siap dah. Maka dengan tekunnya, dia dan Dekdek menyusun atur setiap kiub-kiub yang ada.

Walaupun ada bunyi-bunyi tak puas hati, dengusan yang keluar kadang kala. They made it to the very last cube. Jadi lah rumah yang diidam-idamkan. Cuma masalahnya, cK tak dan nak amik gambar pun sebab operasi mereka teah dipindahkan ke dalam bilik dan bukannya ruang tamu.

I managed to have a word with Daniel. I asked him "What do you learn from this?". Dia jawab "Ewok kena sabar sikitlah. Kalau ewok tak sabar, rumah ewok tak siap!". paused. "tapi takper, kalau ewok naik angin, Dekdek bole tolong buatkan".

Aiyo!

:: Cakap Omputih La Yeop ::

No comments:
Sana sini kecoh memperkatakan tentang isu bahasa melayu vs bahasa inggeris. I have my own view too. For me, tak kira bahasa apa yang diguna pakai, janji matlamatnya sampai. Daripada terawang2 maklumat tak dapat diserap otak, baiklah buat sesuatu yang boleh kekal sampai bila2.

Sedar tak sedar, dek kerana inginmemperkasakan bahasa luar telah terjadinya sekarang yang anak2 muda remaja mula makin kurang yang berbahasa ibunda. Yang belajar keluar negara, tak payahlah disebut-sebut pula. Memang bukan semua terkena penyakit "tergeliat" lidahnya, tapi majoriti.

Another point to take note is "They can speak but fail to write". Seriously ok! Kalau bercakap tu, Hollywood pon kalah..paling2 tak pun, malu british dengar dek kerana slang masing-masing. But when it come to writing, habis. Hancur.

Bahasa ibunda pula, makin berterabur dan semakin dirojakkan. I have to admit, for me myself entry blog pon rojak. Kenapa? Bukan niat untuk memperkotak katikkan bahasa kita namun, supaya secara tak langsung memberi pendedahan kepada kedua2 bahasa utama yang ada. As for now, cK agak kecewa kerana masih gagal menguasai bahasa-bahasa lain dalam negara kita.

Bergaul dengan pelbagai manusia, sepatutnya kita perlu menggunakan ruang yang ada untuk menguasai seberapa banyak bahasa. I can understand Mandarin, Hokkein but i find it hard to reply. I am keen to learn more. Yes, i should have done it earlier but hey, ilmu itu tiada tarikh luputnya!

Kawan-kawan, jom kita belajar bahasa!

Monday, July 06, 2009

: Air Oh Air ::

3 comments:

Mama kata dari tengahari sampai pukul enam petang tadi air takde.

Elok2 nak senja semua orang mandi manda.

cK sampai rumah masa tu time Buletin Utama.

Teman Ewok makan sambil cerita-cerita.

Dah pukul sembilan camtu, baru rasa nak mandi beriya.

Gosok2 badan, abis sapu semua sini sana.

Tiba-tiba....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Air tak ada!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

p/s : cK mandi jua akhirnya dengan air suam yang dah sedia ada. Heh! Kalau hari2 camni, mau jadi awet muda.


:: Mikaeel 1958 - 2009 ::

No comments:
At first, i don't really feel it. As time goes by, i've started to listen to his numbers. And now, i understand why he is such a legend. Al-fatihah!


I'm Starting With The Man In The Mirror
I'm Asking Him To Change His Ways
And No Message Could Have Been Any Clearer
If You Wanna Make The World A Better Place
Take A Look At Yourself, And Then Make A Change

~ Man In The Mirror ~


Just Beat It, Beat It, Beat It, Beat It
No One Wants To Be Defeated
Showin' How Funky Strong Is Your Fight
It Doesn't Matter Who's Wrong Or Right
Just Beat It

~ Beat It ~


Beat me, hate me
You can never break me
Will me, thrill me
You can never kill me
Chew me, sue me
Everybody do me
Kick me hike me
Dont you black or
white me!

~ They Don't Really Care About Us ~


Before you judge me, try hard to love me,
Look within your heart then ask,
Have you seen my Childhood?

People say I'm strange that way
'Cause I love such elementary things,
It's been my fate to compensate,
For the Childhood I've never known

~ Childhood ~

p/s : Go n buy the special edition of Time megazine or you can read it here.

:: Katakanlah ::

No comments:
Sejak kebelakangan ini, ada beberapa perkara yang agak mengganggu pemikiran cK secara peribadinya. Bagi cK, usaha untuk menyelesaikan dan menjernihkan keadaan telah pun dilakukan. Namun, andai ada pihak-pihak yang lebih gemar menjauhkan diri, itu terpulang pada mereka. cK tak mampu untuk memuaskan hati semua.

Apa yang terdaya, telahpun cK usahakan. Tak mungkinlah cK pergi menyembah umpama menghadap sultan ataupun permaisuri di singgahsana. Memang benar kata orang-orang tua "Kerana mulut badan binasa". Namun, lihat dari dua sudut yang berbeza.

1. Andai terlalu banyak berkata-kata

Dikhuatiri kita akan mengeluarkan kata-kata nista dan cela hingga menyebabkan luka dihati jiwa makluk tuhan yang lainnya. Sesama manusia, cara kita menerima sesuatu perkara adalah berbeza-beza. Maka, tidak hairanlah bila dia bermasam muka, sedangkan kita maksudkan yang sebaliknya.

Cara terbaik, bermaaf-maaflah sesama kita. But then again, its easy to forgive then to forget. Kebanyakan kita hipokrit bila berkata "semua orang patut diberi peluang kedua" bila mana diri kita tidak pernah sudi untuk menerima mereka. Renunglah sedalam yang mungkin sambil berfikir sejenak adakah kita sudah belajar menerima kekurangan orang-orang dikalangan kita?


2. Bila mulut terkunci tidak mahu berbicara.

Mungkin sesetengah kita rasa, cara ini lebih selamat daripada menjebakkan diri dalam kancah pergeseran atau kemelut yang lebih mendalam. Tetapi, sedarkah kita juga yang sesuatu itu tidak akan berubah sifatnya andainya tidak ada sesuatu yang mengubahnya.

Lihat dalam diri sendiri. Andai kita tidak mahu terus disakiti, apa kata cuba berhenti dari menyakiti atau mungkin lebih banyak mengekspresi diri untuk membenarkan individu lain lebih memahami situasi. Bukankah cara ini lebih baik dan dihormati daripada terus memendam rasa sakit hati dan mula menjaja cerita di sana sini?


Apa pun, ianya masih lagi hak individu. Dosa dengan tuhan, boleh kita memohon agar diberikan keampunan. Namun, dosa sesama insan hanya dia yang bisa berikan keputusan. Nampak umpama remeh namun jika terjadinya perbalahan dan salah satu pihak enggan memaafkan, bersedialah untuk menerima celaan yang tidak terhingga dari Dia yang menjadikan diri kita dan sekalian insan.

Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...