Showing posts with label fed up. Show all posts
Showing posts with label fed up. Show all posts

Friday, April 22, 2011

:: Aku Tak Suka... ::

2 comments:
"Hello, busy ker?"
"Ha ah. Busy sket. Office undergo refurbishment so kena pack things".
"Oh..ok".

3 minit kemudian. Bunyi sms masuk.

SMS : Hi. Bz ker?

Tak balas.

Selang beberapa minit kemudian, bunyi sms masuk lagi.

SMS : Hi.Hello. Tak balas msg pon?

Tarik nafas panjang-panjang, dalam-dalam. Dua jam kemudian.....

"Hello, busy ker?"
"Hurm".
"Oh bz. Buat apa?"

Ok. That's it. cK memang ada masalah bila orang yang either:
a) memang jenis tak faham bahasa
b) jenis yang buat-buat tak faham bahasa

Berdasarkan pekerjaan mamat yang menelefon ni, dia sepatutnya tidaklah berkelakuan sebegitu. Ya, saya kurang gemar bila orang tanya soalan sama berjuta kali macam limited vocabulary plak rasanya. Atau dia pekak? 
Lebih panas, bila dia hantar sms bertalu-talu dan antaranya bunyi camni "Awak sudi ke nak berkawan dengan saya?" tak pun "Ikhlas tak nak terima saya?". Omaigod! Ko kenapa mamat oi? Baru nak kenal je kot, taklah saya nyanyi lagu Bruno "I think i'm gonna marry you" pun kan?Pastu jenis main paksa-paksa plak suh online la itu ini. Bila online, lambat reply je BUZZ. Wrong move. If you love to BUZZ, you may buzz off lah. By all  mean, please do.

Please people. I stop dating a younger guy cause most of them are still kiddo. Ask yourself, are you looking for a girlfriend or a mother that will always pamper you regardless how tired she is? Dengan umur yang dah three series ni, kecenderungan untuk melayan makhluk gedik dan mengada terlampau ni bukanlah agenda utama kehidupan cK.

Dan tolonglah, saya bukanlah budak sekolah yang awak kena call setiap jam dan sms setiap saat. Rimas. Lemas. Bikin panas. Kalau nak jenis perempuan yang macam tu, awak boleh cuba cari budak skolah menengah takpun budak2 yang baru masuk universiti. Yang tu memang tengah miang. Serius tak tipu. Siap ada pertandingan tak rasmi kot sapa dapat call paling banyak dalam sehari!

Memang saya puas hati sebab dah terus terang ngan awak yang saya menyampah orang yang pentingkan diri. Apatah lagi yang baru nak kenal2 dengan saya yang selalu moody tak ikut jadual ni. Memang berbakul-bakul jugalah awak kena marah ngan saya tadi. Boleh tahan, bagus. Tak boleh tahan, lebih bagus. Dah. Aku nak tido.

Monday, February 28, 2011

:: Bangla Pun Pandai Beratur Weih ::

5 comments:
Di hari yang berkat ni maafkan cK jika ada bahasa yang digunapakai dalam coretan cK kali ini agak tidak semenggah. Ya, tak boleh blah. cK cuba habis baik untuk tidak menyumpah, melaser atau mecarut pada entry kali ni.

Korang ingat tak waktu sekolah2 dulu bila perhimpunan harian atau mingguan kat sekolah masing2? Ha ah..yang kena diri tegak nyanyi lagu Negaraku, lagu negeri masing2 dan lagu sekolah. Ada juga bacaan doa dan ikrar. Yang paling boring bila dengar pengetua bebel la kan. Tak abis2. Asyik2 emo je dia ngan murid2 sekolah dia. Kadang2 kita doa perhimpunan tu habis lambat dengan harapan, waktu yang seterusnya tu 'burn'. Nak2 nyer bila terlupa siapkan homework.

Ada lagi...Time tu la pengganas eh pengawas nak check kuku la, rambut la, baju dalam la...Haih. Ramai la jadi mangsa kena kerat rambut depan2 public. Yang rambut kaler2 plak, cikgu disiplin siap sponsor suh pakai tudung. Hambik korang! Pehtu penuh la rekod masing2 dengan mata2 demerit. Oh, sadis!

Tapi...apa yang paling penting dalam setiap perhimpunan pagi? Apa? Apa? Boleh ke korang duduk bersepah sesuka hati? Sorang kat utara, sorang kat selatan? Boleh? Haruslah tak! Kita semua kena beratur dalam barisan ikut kelas masing2.Siap ada pengawas lagi setiap kelas tu. Dialog rasmi "Luruskan barisan. Angkat.  Jatuh. Angkat. Jatuh". Ha..camtu la lebih kurang kan. Kena plak beratur ikut ketinggian untuk mengelakkan diskriminasi kepada mereka yang kurang ketinggian. Huhu.

Time rehat plak bila nak beli makanan pun kena beratur. Bertolak, bersesak tu lain cerita.Cuma hakikatnya korang kena beratur. Bila dah bekerja pula setiap kali nak gi withdraw duit dan orang ramai (especially time2 dapat gaji cam hari ni) korang kena beratur kan. Hish...tak susah nak faham. Gi tengok konsert, tengok bola, masuk kelab, nak bayar barang bulan yang beli kat Giant ke Carrefor...janji yang ramai orang, sure kena beratur.


Samalah juga bila naik bas. Bangla yang share bas ngan cK pon reti beratur. Tapi! Ada 2 brother muka macam cerdik menggalas beg laptop kelihatan menebeng kat celah2 orang ramai. Ada sorang mamat Indon tu dok pandang2 brother berdua tu dengan muka berkerut. Nampak betul ketidak puasan hati dari riak wajahnya.  Tapi dia diam je sambil bagi renungan tajam.

Bas pun sampai and guess what? The two men selamba2 je menyelit sikit2 masuk line. Sambil buat aksi bercakap kat henpon dan ala2 tak perasan yang orang beratur berlingkar macam ular, sardin je dia pandang bas takmau toleh2 langsung. Bukan apa, takut kena laser ngan mamat Indon belakang dia la tu. Bila dah naik pula, bayar tambang bas yang RM2 dengan not RM50. Tak ke bebal namanya? 

Terkial2 driver bas nak cari duit tukar. Yang mamat tu pula, duk main tayang2 not 50 dia sambil buat muka tak puas hati. Derrr...Kau yang sengal, potong barisan lepas tu berlagak tak bertempat bayar duit bas dengan duit besar pasal apa. I wonder not berapa plak ko hulur bila nak masuk toilet kat shopping complex yang rata-rata tiga posen tu? Nak kata budak, dah layak jadi bapa budak. Tapi sayang, akalnya tak sekali pakej dengan otak. Kalaulah mamat dua orang tu potong depan cK, mahu cK tempikkan kasi malu. No mercy ok. Orang-orang bodoh sombong ni, kena diajar macam tu je. Kalau tak, makin dia berlagak.

Teringat pula kat satu iklan suatu ketika dahulu "Beratur, jangan memotong barisan".

Friday, January 14, 2011

:: Ada Sebab Kenapa Mereka Cuma Jaga Kaunter dan Angkat Phone Saja ::.

2 comments:
cK : Hello, saya buat panggilan berkenaan ATM card yang ditelan semalam. Macam mana prosedur untuk ambil semula kad tu ya?
CS : Oh..kad sangkut eh? Biasa kita keluarkan je kad tu.

Dang! Lepas keluarkan kad tu, korang buat apa? Simpan dalam frame? Ke buat key chain? Tak boleh ke, dorang call pemilik kad dan inform yang kad tu dah selamat dikeluarkan dan advise what to do next?

cK : Kalau saya nak ambil kad tu, dengan siapa ya saya patut jumpa?
CS : Jap saya  sambung. Kalau putus, cakap ngan En. Saiful eh?

Double dang! Kalau dah putus, nak cakap camne kak oi..aduyai!

CS : En. Saiful tak balik makan lagi lah. Apa nama tadi? Saya suh dia call balik.

Dang lagi! 2.30ptg dan belum balik makan lagi? Hebat! Takper...kita tunggu je lah..

Pukul 4.00 petang, cik Kiah saya masih tak memekak.So, cK pun angkat phone dial number branch tu.


CS : Hello Bank Aum!
cK : Boleh sambungkan saya pada En. Saiful?

CS : Sekejap eh, tengok dia ada ke tak...
cK : Ok.

SA : Hello, Saiful.
cK : Hi.Saya Adzra. Saya nak tanya pasal kad ATM saya yang stuck tu.

SA : Oh, ni cik Adzratul (nama penuh cK), no IC (no ic cK), no contact (no handphone  cK) yang duduk kat (alamat rumah cK) ya? Dah boleh amik kad tu.

 Dang! He has my contact all these while and didn't bother to call me back? Ooo..memang terbaiklah kan. See, information means nutin unless you do something about it. And the other day, cK nampak satu stand bunting kat branch bank tu masa jalan2 kat KL Sentral "Aumbank serves the customer from the HEART".

Tipulah!

Tuesday, September 28, 2010

:: Bukan Orang Islam ? ::

No comments:
Dua hari lepas, cK terkejut bila menerima SMS dari nombor yang tidak dikenali berbunyi begini "Nik Aziz buat kenyataan yang dia bukan orang Islam." Dang! Bohonglah kalau cK kata tak amik port kan. cK ternanti2 juga depan TV untuk Buletin Utama jam 8 malam. Kalau benar bagai dikata, sah2 lah berita utama. 

Tunggu punya tunggu, tajuk berita utama masih lagi kes bakar, buang mayat tu. Cari bukti sana sini, still tak habis-habis lagi. Sampailah ke berita sukan pasal bumbung stadium runtuh segala. Tak ada satu pun berita pasal Nik Aziz ni. Masih dirahsiakan kah? Mengancam keselamatan negarakah?

Dua hari berlalu, cK menjalani kehidupan senormal yang mungkin. Terfikir juga siapa dalang disebalik penyebaran sms itu. Tak rasa nak balas dan bertanya lebih lanjut sebab line telefon kena bar. Dan hari ini, si pengirim sms tegar menghantar YM kepada cK. Sambil gelak2 dia tanya cK dapat tak sms yang dia hantar pasal Nik Aziz pakai nombor baru dia tu. Jujur, cK pun ngaku lah. Memang ada. Then, dia buat ulang tayang kata , "Nik Aziz buat kenyataan yang dia bukan orang Islam." Pastu dia tanya cK "U nak tau dia kata apa?" . "Apa?". Tok Guru mengaku dan kata "Ambo ore Isle". Dang!

Terus cK sentap dan ignore sms mamat tu. Kelakar meh hantar sms camtu? Entah berapa banyak kredit dia habis hantar sms tu dan entah berapa ramai orang yang percaya dan mula sebarkan berita tu kat merata pelusuk. Nak kata dah mula waktu untuk pilihanraya, tak juga. Yang ko gatal-gatal nak menyebar fitnah tu pasal apa? Ada unsur-unsur politik wang? Seronok? Jahil kot sampai tak boleh nak beza yang mana boleh dilawakkan dan yang mana tidak. Malu plak rasa ada sorang kawan yang cenggini peel nyer. cK share cerita ni ngan korang dengan harapan korang tak terpedaya ngan sms bodo tu dan korang juga tak jadi macam mamat tu. Tak payah buang masa nak sebar fitnah.

And Dude, that is NOT funny at all. Retarded adalah kot!

Monday, August 16, 2010

:: Bila Sampah Di Salah Erti ::

No comments:
Sekarang ni ramai sangat orang yang confuse dengan istilah pembuangan sampah merata-rata. Atau mungkin mereka confuse sampah tu apa. Ok, meh sini nak recap sikit.

Plastik balut gula2 hacks yang orang lelaki selalu kemam lepas hisap rokok tu, sampah.
Kertas balut burger yang ada tulis burger otai ke Ramly burger tu, bila korang dah habis mentekedarah burger tu..ha, yang tu pon confirm sampah.
Barang2 dalam plastik itam dalam tong sampah besar yang depan rumah masing-masing, sampah.
Benda2 dalam plastik biru dalam tong sampah kat opis kat cubicle masing-masing tu, sampah. 
Faham dah?

Kiranya sampah ni jatuh kategori benda-benda yang tidak berguna hatta sesen pun. Tak caya? Bagi contoh lagi - sampah masyarakat. Ini bukanlah bermaksud sampah2 yang korang semua buang hari2 secara tertib atau pun main lempar je. Tapi, ni maksud nya mayat hidup. Orang yang takde hala tuju, takde rasa nak memajukan diri pehtu dok tibai cucuk sana sini sebab gian nak jadi doktor tak lepas PhD. 
Faham?



Yang cK marah ni, bila ada orang buang je sesuka hati baby yang dah penat bawak memboyot 9 bulan ke hulu hilir. Ada yang tepi longkang, ada gak yang buh kat tepi takungan air hujan. Paling fames buh kat masjid la. Siap ada nota lagi mintak tolong kapan kan baby tu ngan selit duit RM50. Yang paling kurang hajar takat ni kes kat Damansara, buang baby keluar daripada kereta yang bergerak. Hoih! Ni spesis orang yang ada otak tapi takde akal, ya kawan2. 

Elok sangat la bila Mak Menteri kita si Sharizat tu announce yang si haprak2 ni bakal berdepan hukuman gantung sampai mati. Apa punya manusia lah depa2 ni. Takde hati perot, otak buh kat lutut. Time mula2 kenal bukan main hulur tangan salam dijabat, dah kenal dia pakat duk rapat2, bila bercinta dia mula peluk erat2, dahtu bila dekat nafas mula sekat2, sampai masa bila lekat depa pakat buang rata2 tempat. Patutka cek?

Kadang2 cK rasa malu ngan orang2 yang beragama lain ni. Takde agama yang menggalakkan pun, buat maksiat. Tapi, depa2 cerdik la juga pakai protection biar tak haru biru esok lusa. Kot kalau lekat pun, takdaklah sampai sanggup depa nak jadi pembunuh pun. Ada plak, lagi rilek 2 3 orang anak hasil hubungan terlarang ni yang dorang bela sampai besar. Jaga makan minum, pakai segala.Korang apa cerita?

Ni korang tunggu la nanti, bahagian yang menunggu korang di hari pembalasan nanti. Sebab tu dikatakan, iman itu tak boleh diwarisi atau dijual beli. Pokok pangkalnya diri sendiri. Toksah nak tuding2 jari.

Thursday, July 01, 2010

:: Saya Ada Misi Untuk Menyelamatkan Rambut Rosak ::

No comments:
Sila ambil perhatian bahawasanya Misi disini tidak bermaksud jururawat. Sekaligus, ayat di atas tidak perlu ditafsir sebagai "Saya ada jururawat untuk menyelamatkan rambut rosak".

Misi yang diperkatakan disini adalah Tanggungjawab / Tugas atau perkataan orang putihnya Mission / Responsibilities. Maka kalau korang baca ayat diatas, ia boleh ditafsir sebagai "Saya ada Tanggungjawab untuk menyelamatkan rambut rosak".

Sesungguhnya cK cukup terganggu menonton iklan yang memaparkan si cantik jelita bekas Ratu Dunia itu. Dengan dress merah menyala yang mengikut potongan badan dan stiletto yang amat tinggi dan halus, dia berjalan lenggang lengguk mengalahkan model catwalk dan kelihatan amat yakin sekali bertutur dalam Bahasa Malaysia. Ya, ya...saya tahu itu cuma voice-over sahaja. Tentunya si pemilik suara itu rasa 'kembang' dapat meminjam badan Aishwarya Rai walau hanya untuk iklan semata.

Ya, rambut itu mahkota wanita. Tapi, tak mungkinlah itu sahaja yang wanita tahu lakukan? Jaga rambut. Thats's it? Typical betol. Kenapa kalau iklan syampu lelaki tu, dorang leh je shoot nampak macam bergaya macam2 aksi nampak macho pastu kuar satu line "Nama saya Rain". Takde pun sebut pasal misi nak jaga rambut ke, rambut rosak ke apa. Dan tak perlu juga untuk dia belai2 rambut dia sambil jalan catwalk biar nampak bouncing2.

Please people, come out with something yang lebih WOW boleh? Kalau takat pakai baju merah2 gitu, orang ingat iklan slimming ke body shaping ke apa kan. Bukan tengok rambut der....Susah2 korang buat je camni ah...Enjoy!

Saturday, May 22, 2010

:: Nak Kenal Dengan .... ::

No comments:

Berapa kali dalam sejarah kehidupan korang adanya antara kawan-kawan korang yang teringin nak berkenalan ngan kawan-kawan korang yang lain. Contohnya kalau korang ni pompuan, pehtu ada plak kawan yang jatuh dalam kategori lawa nama Mala (bukan nama sebenar). Tup2 ada lah kawan alam maya korang dari FB/YM/Gtalk yang nama Tengkujuh (bukan nama sebenar juga) yang korang baru kenal bertanya soalan-soalan di bawah :
1. Mala tu single?
2. Mala tu umur brapa?
3. Mala tu memang lawa camtu?
4. Boleh mintak number telefon Mala?

Yang paling tak best tu, bila mereka2 ni sebenarnya umur dah 32, 36, 38 and claimed to be single. Baru lepas break up la, menduda la, memang bujang trang tang tang la. So apa yang tak kena? By that age, dorang bukan ke patut dah lebih berani untuk berterus terang. Ni tak. Nak main rekemen2 , orang tengah plak. 

cK tak kisah kalau cK memang kenal orang tu before nak match kan ke apa.  But, dude...ni gwe pon baru je nak kenal lu. Baru accept dalam FB dan tak sampai 5 minit ko dah tanya macam2 pasal awek lain. Apakah? Pastu ko kondem2 plak...u nih chubby...beso orang nya itu ini segala bagai.... Sentap mak!

Untuk semua yang baca nota cinta ni, sila maklum yang saya bukanlah agen pencari jodoh selain daripada untuk diri sendiri. For the rest of you guys yang rasa nak mengayat kawan2 gwe dalam list tu, do it your own. Or else, please at least get yourself a mirror ya sebelum nak kutuk orang lain sesuka jiwa raga. Opps! Terlebih sudah!

Monday, April 12, 2010

:: Sampai Bila? ::

No comments:
Dah seminggu berlalu macam tu.
Dari seminggu, pasni sebulan, pastu dua, tiga bulan berlalu
Patah tumbuh hilang berganti kata orang dulu-dulu.
Tapi terus-terang aku tak nampak apa-apa akan berlaku.
Sampai bila nak harapkan aku?
Sampai bila nak buat aku tertunggu-tunggu?
Sampai bila agaknya nak perah aku?
Sampai bila!!!!

Sampai aku naik berbulu?
Sampai aku sumpah kau bertalu-talu2?
Sampai segala caci maki aku dah tak lut lagi untukmu?
Sampai masa aku gulingkan kamu?

Monday, March 22, 2010

:: Cili Kang! ::

No comments:
"Apa Tengok-Tengok Orang?"

Camtulah jeritan seorang mamat Negro kat sebuah kondo di Wangsa Maju. Ya Ampun! Takde keje aku ni nak tengok ko beria2 derrr...Salah ke memandang kawasan sekitar. Yang ko perasan tu apasal?Bukan ko sorang je yang ada kat situ. Dah la duduk melepak kat padang permainan budak-budak. Hish.

Mula-mula cK dengar tu, rasa macam blur ayam jap. It took me few second to realize that the moron was shouting at me. Maka secara spontannya...cK pon jerit balik...

"Ek eleh.....!!! Kerek plak!!!!"

Nak tunjuk pandai sangat cakap Bahasa Malaysia kan? So, i gave him a new vocab. Pergi cari apa maksud kerek gi. Heh! Cili kang baru tau. Over tau!

Saturday, February 27, 2010

:: Kisah Bola, Seksa, Dosa ::

2 comments:
Kata saksi :

“Dia tendang budak itu macam bola dan langsung tak pedulikan jeritan orang ramai yang melarangnya,” kata Ahmad Fikri Khalis, 19, yang menyaksikan Syafia Humairah Sahari, 3, dibelasah sehingga mati di padang bola sepak di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali, dekat sini, petang kelmarin.

Saksi kata lagi :

“Mulanya dia menampar dan menendang budak itu. Apabila mangsa terjatuh, dia memijak kepalanya walaupun menyedari perbuatannya dilihat beberapa remaja yang sedang bermain bola sepak,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.
 
Saksi tambah sikit lagi :

“Kami (penduduk) bukan tak nak tolong, tapi diugut lelaki berkenaan supaya tidak campur hal keluarganya,” katanya.

 Statement yang ni yang paling cK tak boleh blah:

Ahmad Fikri berkata, dia dan puluhan lagi rakannya yang menyaksikan kejadian itu tidak mungkin dapat melupakan kekejaman lelaki berkenaan. 

Berita penuh, korang bacalah kat sini.


Pandangan cK dalam isu ni:
Semua yang terlibat - mak, boyfren, nenek, jiran tetangga semua ada otak, takde akal. Later i tell u why.

1. Mak Mangsa Yang Cacat Akalnya
  • Macam mana ko boleh lepaskan boyfren ko jaga  anak perempuan ko? Tak tengok tv ke? Situasi macam tu selalunya akan berakhir dengan liwat atau rogol takpon dera. Itu pun nak kena ajar ke?
  • Yang buat aku marah, apahal sampai 6 tahun ko bersekedudukan sampai dapat sorang anak luar nikah? Dah duduk sekali, apasal ko tak nikah je?
  • Mungkin ko patut diseret keliling semua padang bola yang ada dalam Malaysia ni.
 2. Boyfren Yang Dayus
  • Ko ni skolah sampai darjah berapa sampai tak tahu nak beza bola ngan kepala budak? Tak sangka, walau dengan status suka paling popular dia kalangan laki2 sampai sanggup buang masa kat mamak pon ko takleh beza mana bola mana kepala. 
  • Pasal budak tu leka tengok org main bola ko naik hangin main sepak-sepak pastu pijak-pijak? Tak dengar cakap ko, ko marah...ko tak dengar cakap Tuhan, apa cerita pula? 
  • Dah ko pijak budak tu sampai lembik, ko menipu plak kata budak tu accident. Berani buat, berani tanggung la Dol. Apasal ko kecut?
  • Ko mengaku pulak ko "bapak tiri" walhal ko nikah pun tidak, mak dia je ko tarah.
  • Ya, kau pun layak diseret keliling padang bola dalam Malaysia sambil ramai-ramai orang sepak kau macam bola.
 3. Nenek Yang Glemer
  • Yang ni aku musykil sket. Nampak macam nenek ni sedih kehilangan cucu. Tapi, nenek ni juga tahu pasal Boyfren Yang Dayus tu.Nenek ni tahu ke buat-buat tak tahu untung nasib cucu?
  • Takperlah, nenek mungkin juga tak salah.Syok kot dapat cover masuk Buletin Utama
4. Jiran Yang Ado
  • Konsep jangan jaga tepi kain orang korang tu aku suka TAPI takkan sampai menghalalkan DOSA kot?
  • Yang ramai-ramai tengok budak tu kena dera sampai abis nyawa, korang tak tolong pasal kena ugut dek lelaki yang sorang tu? Eh, lelaki zaman sekarang ni makin bacul ke? Ya, i refer to lelaki sebab katanya ramai  lelaki tengah main bola waktu tu.
  • Lepas tu ko leh kata ko TAKKAN boleh lupakan apa yang jadi? Tolong ingat baik-baik ya cik abang. Nyawa seorang insan melayang dek kerana kebodohan korang yang hanya mampu menonton tidak menolong.

 Al Fatihah buat arwah.
I just have to say this. What's Wrong With You People?

Thursday, February 04, 2010

:: Shame On You ::

No comments:
Psst..psst...first and foremost, forgive me blog for not giving the attention required lately. I'm not gonna give you a long list of excuses as i know it should be me to be blamed no matter what.Shame on me for running back to you to share all this. What can i say, you are such a good listener. *sigh*

2010 kick-off with a great beginning. Oh shoot! I have not update you on my holiday to the Land of Borneo, haven't i? Ok ok...i'll do that later. Promise.

There are few unpleasant thoughts running through my mind at this moment. Thanks to the workloads and the Jokers. Should i elaborate more? I don't think so. Be real, folks. Don't you have better things to do rather than bad-mouth about other people? Don't you think you are too old for Serena Van D wannabe?

Get yourself a mirror and learn to see your own reflection once a while. Manage to spot wrinkles, freckles? That's the universal sign for you to stop bitching. Still, to keep you happy...let me tell u this:
"I am here for your entertainment". Wait. At least, that's what Mr. Lambert's said.

Sunday, January 10, 2010

: Bikin Malu Daa ::

No comments:
Berita yang agak mengejutkan kami sekeluarga, malah hampir rata2 keseluruhan warga Melawati secara amnya. Selama hampir 22 tahun cK dan keluarga mendiami kawasan penempatan yang ini, tak pernah terjadi huru hara main bakar-bakar ala Red Indian ni.

In fact, we are one big Rojak community and we got not issue with anyone's belief, if you know what i mean. My neighbours ada yang Melayu, Cina, India, Mat Salleh yang terang-terang mengamalkan kepercayaan masing2. Tu belum kira lagi yang ethis ke kan. Yang muslim ke surau, masjid dan yang Christian ke Sunday School mereka. Seriously, NO issue at ALL!


p/s : gamba pinjam je nih. ada banyak lagi kat sini

So, bila keluar paper pasal tempat ibadat disini dibakar siap main malatov gitu, waaahh...mau tak terkujat! Terasa macam duduk dalam kawasan terrorist ok! I don't get it lah. They do those nonsense and claimed by the name of either God or religion. Seriously?! Bukan ke selalu dikatakan, kita ni dituntut bersabar. Amarah itu mengundang segala anasir jahat dan menyebabkan anak Adam ini lebih terpesong dari norma2 dan nilai Islam yang sebenar.

Perlu ke dibakar segala-gala yang ada? Apa faedah yang dapat dari tindakan gila tu? Apa pun, cK respek kat pokcik sorang ni. Korang leh baca kat sini. Apa salahnya kalau semua orang begitu? Manusia itukan sama saja disisi Pencipta. Bezanya adalah amalan dan ibadatnya. Bukan hak kita untuk menentukan syurga atau daulatnya bangsa. Hidup seadanya. Susah sangat ke?

Monday, January 04, 2010

:: Cerita Pasal Otak ::

2 comments:
Perbualan mengambil tempat di stesen LRT, Wangsa Maju pada jam 8.00 malam, semalam.

KapLamYaNga : Eh, itu pass ada ka?
Awek Kaunter   : Monthly pass kami dah habis, encik.

KapLamYaNga : Aku datang petang tadi pun kata dah habis! Ni datang malam pon kau kata habis!
Awek Kaunter   : Memang stok kami terhad.

KapLamYaNga : Korang ni takde otak ke? Tahu berapa ramai naik dari sini tak?
Awek Kaunter   : Encik, kami memang diberikan stok yang ikut monthly sales kami.

KapLamYaNga : Sekarang kau bagitau aku, macam mana aku nak beli pass?!
Awek Kaunter   : Encik boleh pergi LRT Setiawangsa atau Melati ke.

KapLamYaNga : Kau bagilah duit! Aku pergi! Takde otak punya Melayu!
Awek Kaunter   : Encik pergilah.

KapLamYaNga : Bodoh! Pasal tu Melayu berniaga rugi. Tak pakai otak!!!
Awek Kaunter   : ENCIK NI KENAPA?!



Awek tu keluar dari kaunter dan sambung bertekak ngan lelaki separuh abad tu. Malas nak campur. cK beratur belakang lelaki tu. cK pergi kaunter tanya mamat lagi sorang "Pass yang 100 tu dah habis eh?". "Ya," mamat tu jawab. "Ok, thanks".

cK terus pergi LRT Melati. Sampai, gi kaunter then bayar. Settle. Takde susah mana pun?

Kesimpulannya :

1. cK kurang pasti sapa yang BODOH sebenarnya. Dah kalau datang petang, tiket dah habis plus its Sunday for God's sake! Datang lagi waktu malam kat stesen yang sama nak buat apa?

2. Stesen LRT sekitar Lembah Kelang ni bukan ada satu je. Banyak. tak reti-reti ke nak panjangkan langkah tu sket? Semua nak senang, ada depan mata je...Susah la beb.

3. Apa kait mengait LRT rugi ngan Melayu? Ko nampak muka cam Melayu kot2 Iban? Orang asli ke? Yang bercakap tu pun, pandai sangat ke? Naik LRT gak ko g keje  kan? Takde plak ko nak naik keta beso dan bayar RM2.05 seliter untuk petrol kan?

Fuuhh...panas beb! Kalau cK jadi awek tu, mungkin cK jawab camni "U cuma ada otak, tapi i ada akal".
Zassss!

Thursday, October 22, 2009

:: Diam Tapi Banyak Bunyi ::

No comments:



Ntah. Penat dah.



Kalau tak suka, cakap depan je. Takyah nak duk depan PC, dalam selimut sindir merata.



Budi bahasa kan, budaya kita?

Monday, August 10, 2009

:: Angin Kus Kus Da Mari La ::

No comments:

Mula-mula tanya apa kerja aku.
Bila aku cakap, ko potong ayat aku.

Kau kata lagi, itu kerja tempelan bukan rutinku
Ku terangkan lagi, memang itu maksudku.

Kau tanya lagi, menulis di blogkah aku?
Ku iyakan saja, tiada sebab untuk menipu.

Kau cungkil lagi, apa isi jalan cerita.
Ku jawab ringkas, pengalaman motif segala.

Kau soal pula, berkaitah ia dengan kerja?
Ku tunduk dan selamba menjawab "Ya".

Tak puas hati, kau kata tulisan aku buang masa.
Kalau begitu, yang kau bz body bertanya tu kenapa?

Hari ini bertemu lagi, ku tambahkan lagi tugasan yang ada.
Seperti diduga, kau cuba tutup segala kebenaran yang ada.

Kau perkecil seakan mencemuh diriku yang muda.
Dengan begitu, kau harap akan ku hormat kerana kau tua?

Cukup-cukuplah kau cuba gila kuasa
Malas aku nak buka telinga

Dari sarat ku pendam rasa, sakitkan jiwa
Baiklah kalau aku pekak telinga, butakan mata.

Suka hati kamulah nak buat apa!






Sunday, July 12, 2009

:: Ganu Ko Siam Ko? ::

1 comment:
Watch this :




The part i don't understand :

a. Motif. What's the motif of this shoot? To announce to the whole world that you guys are a bunch of ladies who are so kool by drinking that Tiger?

b. What's with the slang? I'd tried to take u as Siamese ladies but something does bother me. If you are Siamese, why don't u just speak in Siam instead of Ganu slang? For sure da kuar "kap kung kap prong kra" n wat so eva kan? Ini tak...kuar "hok ni free, percume."

c. Apakah???!!!!

Saturday, July 11, 2009

:: Sikit sikit Bunuh Diri ::

3 comments:
Sebelum guwe meluah perasaan, korang baca petikan yang cK amik from here.

LRT tergendala kerana wanita cuba bunuh diri

KUALA LUMPUR: Cubaan seorang gadis untuk membunuh diri dengan terjun dari Jambatan Seri Sarawak berhampiran Stesen Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Pudu di sini menyebabkan operasi pengangkutan di stesen itu tergendala kira-kira sejam hari ini.

Dalam kejadian 9.38 pagi itu, gadis berusia 19 tahun itu dikatakan cuba terjun dari jambatan tersebut sambil meraung dan menjeritkan nama teman lelakinya.

Gadis itu, dari Kluang, Johor, dikatakan bertindak demikian setelah bergaduh dengan teman lelakinya.

Bagaimanapun dia dapat diselamatkan beberapa anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah selepas memujuknya.

Operasi menyelamatkan gadis menyebabkan sistem pengangkutan itu tergendala ketika ramai pengguna pengangkutan itu perlu ke tempat kerja.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan ia disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan. BERNAMA

APAKAH????!!!

Apa yang cK tak puas hati :

1. Kenapa la si pompuan tu mengundang onar? Takde jantan lain ke kan yang korang nak buat couple2? Yes, i call the dude jantan. Kalau dia lelaki, sure dia dah try settle cara baik dan tak jadi episod modo camtu.

2. Mana pergi jaga kat LRT tu? Mana ? Mana? Bukan ke kalau pagi-pagi sebok je pak guard tu sound2 orang "masuk dalam lagi...masuk dalam...bagi laluan keluar...laluan...!!!". Ha...ni bila orang nak bunuh diri ni, mana g pak guard2 tuh? Mungkin tengah bersarapan?

3. Orang ramai plak...Ha...mana dorang sumer pergi? Tak naik LRT kah? Kenapa dorang tak amik port? Yelah...mungkin dorang malas nak kecoh2 dengar couple bertekak pagi2 kan. Buang karan je. Dahla ada yang ngantok lagi, nak layan drama swasta plak...tak dapek la kan...But still, apa orang ramai buat??!!! Pudu tak pernah lengang ngan orang. Masa mula2 girl tu nak panjat, takde sapa ke nampak?


Lepas ni drama apa plak? Bila kene reject, terjun lombong. Kena main kayu tiga, bakar diri. Kena tinggal, bunuh diri kat LRT. Duuuhhh!!!! This people dun deserve to live at first place lah! Murah benor rege nyawa kome weeeihhh!!!

Astagfirullah....*urut dada*



Monday, July 06, 2009

: Air Oh Air ::

3 comments:

Mama kata dari tengahari sampai pukul enam petang tadi air takde.

Elok2 nak senja semua orang mandi manda.

cK sampai rumah masa tu time Buletin Utama.

Teman Ewok makan sambil cerita-cerita.

Dah pukul sembilan camtu, baru rasa nak mandi beriya.

Gosok2 badan, abis sapu semua sini sana.

Tiba-tiba....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Air tak ada!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

p/s : cK mandi jua akhirnya dengan air suam yang dah sedia ada. Heh! Kalau hari2 camni, mau jadi awet muda.


Thursday, June 18, 2009

:: Hari Yang Panas ::

2 comments:
Mana satu ye nak mula dulu? Erm...oklah camni.Kita cerita dari pagi yea?


Pukul 9.00 - 12.00

- Hari ni cK jadi receptionist. So kena la jawab call termasuk luahan hati ramai orang
- Tak semena2 terima call dari sorang Ah So yang tak puas hati gara2 application anak dia tak dijawab hingga kini. Dahlah dia mention my name plak tu. Pehtu satu das ayat pedih dia kata "Adzratul, i think thats how u work. You never care about other's need and concern". Hey! Me n my department takde kaitan hidup mati pun ngan menda yang Ah So tu bebelkan!
- "Akak, saya tak faham pasal borang feedback tu. Nak kena suruh mentor ke supervisor ke sapa yang sign?". Aaaahh...kenapa gwe kena menjawab! Bukan keje gwe!!!
- Nak transfer call kat orang2 yang berkenaan gagal. Sebabnya satu department kosong melayan interview katanya. Dem!

Pukul 12.00 - 12.30

- Ada sekor makhluk ketot masuk dalam opis.
- Terus2 nak menyinga. "What is this?" katanya. cK jawab "Its notes for the class given by the faci". "I thot i my instruction is that there shall be no more photocopy to be done at all. All must be in soft copy!" tempik si pendek. WTF!
- Dah tempik2 orang, pehtu kuar mintak suratkhabar. Then nak melawak2 bodo suh orang banje dia makan.
- Silap besar bila dia kata "yelah, takde orang nak belanja makan. Maybe tunggu bonus". Dapat balasan "Ha ah. Ntah bila la dapat bonus tu kan?". Diam.

Pukul 12.30 - 1.00

- Sorang femfuan datang je reception area sambil petik2 jari ala2 panggey macai kata "I need my parking ticket".
- cK pon g je la inform ngan org yang sepatutnya arrange for parking tu. Orang tu tengah enganged plak.
- I wanted to tell that woman to wait for a while. Sekali dia bukak mulut "Can u be fast? I need to rush back to my office" sambil tangan buat signage menghalau ala2 halau berok! Bitch la lu!

Kesimpulannya

1. Walaupun saya ni dok jawab talipon kat luar tuh, tak bermakna IQ saya nih tahap bawah tapak kaki korang or SPM saje ok. Ko pehal nak pandang gwe sebelah mata! Ko ke yang amik, bayar gaji gwe?
2. Keje2 menjawab call ni memerlukan kesabaran yang sangat tinggi.
3. Orang Malaysia nih amatlah teruk PR skill mereka. Sungguh tak berbudi bahasa! Tak melambangkan bangsa betul!





Thursday, June 04, 2009

:: Blue Screen ::

5 comments:
Hari Rabu lepas time sedap2 buat kerja, cK terlanggar kabel Ipod. Tiba2...Kaput terus PC cK. Kejong.

Rasa cam senang je nak settle. cK pon restart la workstation nu. Tunggu2 dok gitu je. Takde effect apa pon. Tekan lagi button restart tu. Tunggu lagi....5 minit berlalu. Macam tu juga. Eh? Apakah?

Nasib cK baik sebab IT personnel tu ada kat opis masa kejadian. So, cK pon report la. Dia check katanya D sector kena reformat. Then cK kata buat la apa pun, janji leh retrieve all previous emails sebab ada banyak deadline nak follow up.

So, mamat tu kata hari Jumaat dia akan bawa balik untuk setup. Tunggu la hari Jumaat dengan rasa excited giler. Tup2 perkhabaran tak jadi mai sebab tak abis recover. Kena tunggu Isnin. Ok la...fair la dia sorang je org IT pon. Yang sorang lagi baru benti.

Bila call Monday, dia postpone Rabu. Chesss! Mula la mak sentap noks! Mak call dia bagi ayat puaka sikit. My workstation sekarang ni tak dapat nak excess all my previous email. So, camne nak follow up on certain things. Dem betol. Dia kata cK nyer hardisk kena blue screen. Means, corrupt giler sampai kena tunggu orang Dell datang betulkan. Tensi!

Kata nak hantar today, haram! Takdak apa pun! Esok plak katanya. Susah sungguhlah orang yang suka take own sweet time ni. Bila cakap elok2 tak paham bahasa. Nak kena jerkah je! Tapi kang, bila sound sikit orang kata "Perasan Bagus" plak. Tak paham. Tak paham. Tak paham.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...