Saturday, February 27, 2010

:: Kisah Bola, Seksa, Dosa ::

Kata saksi :

“Dia tendang budak itu macam bola dan langsung tak pedulikan jeritan orang ramai yang melarangnya,” kata Ahmad Fikri Khalis, 19, yang menyaksikan Syafia Humairah Sahari, 3, dibelasah sehingga mati di padang bola sepak di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali, dekat sini, petang kelmarin.

Saksi kata lagi :

“Mulanya dia menampar dan menendang budak itu. Apabila mangsa terjatuh, dia memijak kepalanya walaupun menyedari perbuatannya dilihat beberapa remaja yang sedang bermain bola sepak,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.
 
Saksi tambah sikit lagi :

“Kami (penduduk) bukan tak nak tolong, tapi diugut lelaki berkenaan supaya tidak campur hal keluarganya,” katanya.

 Statement yang ni yang paling cK tak boleh blah:

Ahmad Fikri berkata, dia dan puluhan lagi rakannya yang menyaksikan kejadian itu tidak mungkin dapat melupakan kekejaman lelaki berkenaan. 

Berita penuh, korang bacalah kat sini.


Pandangan cK dalam isu ni:
Semua yang terlibat - mak, boyfren, nenek, jiran tetangga semua ada otak, takde akal. Later i tell u why.

1. Mak Mangsa Yang Cacat Akalnya
  • Macam mana ko boleh lepaskan boyfren ko jaga  anak perempuan ko? Tak tengok tv ke? Situasi macam tu selalunya akan berakhir dengan liwat atau rogol takpon dera. Itu pun nak kena ajar ke?
  • Yang buat aku marah, apahal sampai 6 tahun ko bersekedudukan sampai dapat sorang anak luar nikah? Dah duduk sekali, apasal ko tak nikah je?
  • Mungkin ko patut diseret keliling semua padang bola yang ada dalam Malaysia ni.
 2. Boyfren Yang Dayus
  • Ko ni skolah sampai darjah berapa sampai tak tahu nak beza bola ngan kepala budak? Tak sangka, walau dengan status suka paling popular dia kalangan laki2 sampai sanggup buang masa kat mamak pon ko takleh beza mana bola mana kepala. 
  • Pasal budak tu leka tengok org main bola ko naik hangin main sepak-sepak pastu pijak-pijak? Tak dengar cakap ko, ko marah...ko tak dengar cakap Tuhan, apa cerita pula? 
  • Dah ko pijak budak tu sampai lembik, ko menipu plak kata budak tu accident. Berani buat, berani tanggung la Dol. Apasal ko kecut?
  • Ko mengaku pulak ko "bapak tiri" walhal ko nikah pun tidak, mak dia je ko tarah.
  • Ya, kau pun layak diseret keliling padang bola dalam Malaysia sambil ramai-ramai orang sepak kau macam bola.
 3. Nenek Yang Glemer
  • Yang ni aku musykil sket. Nampak macam nenek ni sedih kehilangan cucu. Tapi, nenek ni juga tahu pasal Boyfren Yang Dayus tu.Nenek ni tahu ke buat-buat tak tahu untung nasib cucu?
  • Takperlah, nenek mungkin juga tak salah.Syok kot dapat cover masuk Buletin Utama
4. Jiran Yang Ado
  • Konsep jangan jaga tepi kain orang korang tu aku suka TAPI takkan sampai menghalalkan DOSA kot?
  • Yang ramai-ramai tengok budak tu kena dera sampai abis nyawa, korang tak tolong pasal kena ugut dek lelaki yang sorang tu? Eh, lelaki zaman sekarang ni makin bacul ke? Ya, i refer to lelaki sebab katanya ramai  lelaki tengah main bola waktu tu.
  • Lepas tu ko leh kata ko TAKKAN boleh lupakan apa yang jadi? Tolong ingat baik-baik ya cik abang. Nyawa seorang insan melayang dek kerana kebodohan korang yang hanya mampu menonton tidak menolong.

 Al Fatihah buat arwah.
I just have to say this. What's Wrong With You People?

2 comments:

Zu said...

Aku pun geram ngan berita ni yg tak boleh tahan tu masa aku tgk mak arwah tu menangis aku rasa mcm d buat2 jerr.

Unknown said...

haih...moga diberikan keadilan yang seadil-adilnya.

insyaallah. Tuhan Maha Mengetahui.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...