Tuesday, February 23, 2010

:: Bila Barat Bertemu Timur ::

Saya suka makan. Sangat-sangat suka. Tapi, tak semua benda saya makan. Yang dah sahih tak halal tu memang lah saya tak makan ataupun minum. Saya paling menggemari masakan Mama saya. Memang boleh tambah berpinggan2 nak pula kalau memang lauk kesukaan saya. 

Selain daripada juadah2 dalam negara, saya amat menyukai masakan / makanan orang Itali. Oh, tidakkk...saya tidak bercadang untuk menjadi menantu orang Itali tapi kalau tak jodoh, saya tak menolak. Hiks. Dalam usaha untuk memvariasikan makanan yang sedia ada, saya sekeluarga memang suka mencuba pelbagai idea-idea baru dalam penyedian makanan.

Jangan risau, kawan2. Setakat ini, tiada percubaan yang menyebabkan perot kami memulas-mulas atau lebih tepat, tidak ada perkataan cirit birit dalam kamus makanan kami. Jangan ketawa. Ini kenyataan ya? Bertitik tolakkan tahap kekreatifan yang melampau inilah, adik saya telah pun berjaya menghasilkan satu kombinasi unik yang berjaya mempertembungkan dua budaya - timur dan barat.

Dengan segala hormatnya, dipersembahkan Angel Hair Bolognaise Al D'Peria ..............


 Baik untuk penghidap kencing manis yang gemarkan makan peria katak (yang bersaiz kecil) dalam usaha mengawal paras gula dalam badan. So Malaysian! Cubalah!

4 comments:

yaya|azura said...

kekeke.... macam i buat fetuccine aglio oglio bersama kacang botol. tapi i kurang suke la angel hair.

Unknown said...

saya suka angel hair...halus2...confirm bertambah. muahahahahahh!

Pink Marie said...

tu la tk ske sgt, kalo nk vercemili baik mihun aje. ok lagi spaghettini hehe..
tu peria tu masuk terus dlm bolognese atau rebus asing?
nk try la mkn peria :D

Unknown said...

asing mek....peria tu digoreng bersama daging cincang dan juga sos tiram. campur pepper juga...

sedapppp!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...