Khusyuk menonton Ghost Whisperer di 8TV. Rasa macam tak kedip mata walaupun sekali. Apatah lagi bila sampai part-part yang si Jim dah mula nak recall memori lama. Terasa macam Melinda seketika.
Sambil mulut mengunyah biskut Hup Seng, sekeping demi sekeping..mata mula tercari-cari kot2 ada roh hantu lain yang muncul nak huru harakan rumah tangga Melinda. Pandang kiri, pandang kanan. Telinga pula, memang confirm kena pasang antena paling tinggi agar resepsi diterima tanpa sumpah seranah di hati.
Tiba-tiba, skrin ku biru. Ahh...haru2...dah kenapa ngan TV aku?
Tanpa segan silu...keluarkan sebaris ayat menusuk kalbu....
'SERVICES CURRENTLY NOT AVAILABLE'
Camtu kekdahnya. Bayar bulanan mahal-mahal, bila hujan blue screen jadinya. Kot kalau pakai yang biasa-biasa tu, rumah depan bukit ni memang confirm blur-blur ayam la gambarnya. Nasib badan. Mau tak mahu tunggu jelah kan. Takde cara lain ke nak baik pulih keadaan ni eh? Anyone?
No comments:
Post a Comment