Wednesday, September 30, 2009

:: Bold and Fearless ::

3 comments:



You Are Bold and Fearless



You are usually the best at everything ... you strive for perfection.

You are confident, authoritative, and aggressive.

You have the classic "Type A" personality.



You are balanced, orderly, and organized. You like your ducks in a row.

You are powerful and competent, especially in the workplace.

People can see you as stubborn and headstrong. You definitely have a dominant personality.



You are incredibly wise and perceptive. You have a lot of life experience.

You are a natural peacemaker, and you are especially good at helping others get along.

But keeping the peace in your own life is not easy. You see things very differently, and it's hard to get you to budge.



You are wild, crazy, and a huge rebel. You're always up to something.

You have a ton of energy, and most people can't handle you. You're very intense.

You definitely are a handful, and you're likely to get in trouble. But your kind of trouble is a lot of fun.



You are a seeker. You often find yourself restless - and you have a lot of questions about life.

You tend to travel often, to fairly random locations. You're most comfortable when you're far away from home.

You are quite passionate and easily tempted. Your impulses sometimes get you into trouble.



You are a very lucky person. Things just always seem to go your way.

And because you're so lucky, you don't really have a lot of worries. You just hope for the best in life.

You're sometimes a little guilty of being greedy. Spread your luck around a little to people who need it.



You are relaxed, chill, and very likely to go with the flow.

You are light hearted and accepting. You don't get worked up easily.

Well adjusted and incredibly happy, many people wonder what your secret to life is.



You are very charming... dangerously so. You have the potential to break a lot of hearts.

You know how what you want, how to get it, and that you will get it.

You have the power to rule the world. Let's hope you're a benevolent dictator!



You are truly an original person. You have amazing ideas, and the power to carry them out.

Success comes rather easily for you... especially in business and academia.

Some people find you to be selfish and a bit overbearing. You're a strong person.



You tend to be pretty tightly wound. It's easy to get you excited... which can be a good or bad thing.

You have a lot of enthusiasm, but it fades rather quickly. You don't stick with any one thing for very long.

You have the drive to accomplish a lot in a short amount of time. Your biggest problem is making sure you finish the projects you start.


:: Never Say Never ::

No comments:

Dalam hidup, kita dipertemukan dengan pelbagai rintangan dan dugaan. Baik dari Tuhan mahupun dari makhluknya. Yang paling penting iman dan kesabaran. Namun, jangan lupakan kebijaksanaan. Ya, dek kerana akal itulah kita punya banyak pilihan dan punya tanggungjawab untuk memilih yang bertepatan.

Seringkali kita terjebak dalam situasi yang berlainan dan mungkin tersalah membuat keputusan. Jangan bimbang, teruskan perjalanan. Andai kita perlu berhenti seketika untuk menghela nafas, lakukan dengan sepenuhnya. Kemudian, teruslah perjalanan agar usaha tidak mati di tengah jalan. Gagahkan langkah menongkah arus. Andai perlu bertongkat, lakukanlah. Moga tiba di tangga jaya.

Tidak ada satu pun kejadian yang dipertemukan pada kita yang tidak mempunyai sebarang penyelesaian. Jangan pernah takut untuk memilih. Jangan terlalu bimbang untuk berdepan dengan kenyataan. Tidak sesekali katakan tidak pada diri. Setiap dari kita dilahirkan sebagai juara. Bukan senang sang sperma itu berlumba mendahului yang lain untuk menembusi sang telur.

Dari dalam perut kita dilatih berjuang, maka berjuanglah sehabis-habisnya. Jangan pernah mengalah atau mengundur sebelum waktunya. Itu bukan tujuan kita dilahirkan ke dunia. Terokalah dan terajui kehidupan kita dengan sebaik-baiknya. Hanya Dia yang lebih mengerti apa yang terbaik untuk kita. Sebelum tiba masa untuk Dia berkongsi rahsia, carilah ia hingga berjaya.

:: Cerita Tentang Hidung ::

No comments:

Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda "Apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur".

Berdasarkan pada hadis di atas, ia menunjukkan betapa hidung mainkan peranan dalam kehidupan. Siapa yang nak hidungnya dijadikan markas untuk syaitan berumahtangga. Sesungguhnya iblis dan syaitan amat gemar duduk diantara sesuatu. Maka, hidung adalah tempat strategik kerana ia terletak diantara luar badan dan dalam badan.

Selalunya bila kita mendapat berita2 yang dirahsiakan kerana faktor sensasi..kita akan kata "menghidu berita". Dari mana kita hidu? Hidunglah juga tempatnya. Sekali lagi, teori hidung itu boleh digunapakai dalam menentukan keberkesanan amalan seharian.

Andai kata berita yang diterima itu pula berita yang kurang bernasib baik kerana kemalangan atau kematian. Kita akan pakai istilah "malang tidak berbau". Bau lagi yang kita guna pakai. tak pula kita kata "Malang tidak terdengar" atau "Malang tak dilihat". Betul tak?

Lagi satu keadaan untuk menyokong betapa pentingnya kita menjaga hidung masing, adalah istilah "hidung tak mancung, pipi tersorong2". Ini membawa maksud kasar, kalau orang tak kecoh or sudi...jangan nak heboh2 gatai2 nak offer diri. Apalah malangnya jadi hidung. Semuanya serba tak kena.

Sedangkan mat salleh pun gunakan hidung untuk menunjukkan perbuatan jahat seseorang. Ambil contoh kisah Pinochio. Bila dia menipu je, hidung dia panjang. Cuba buat tangan ke, peha ke, ke apa2 yang lain la yang boleh diguna untuk kesenangan masa depan. Hiks! Hidung gak jadi mangsa...

Maka, jagalah hidung masing2 ya? Jangan biarkan ia bersawang berpanjangan. Sesekali lakukan aktiviti melombong demi kecemerlangan masa hadapan. Apakah?

Tuesday, September 29, 2009

:: If I Were A Singer ::

2 comments:
Kalau cK ni penyanyi, WAJIB concert nak camni :



p/s : Kalau gi keliling uni, funfair...errr..payah2...

:: Cikgu Sulaiman ::

2 comments:
Siapakah dia?

Best ke dia?

cK kenal cikgu ni masa umur 12 tahun, darjah 6 la kiranya. Dia ni salah seorang cikgu pelatih dari maktab kena praktikal kat sekolah kitaorang. Dalam banyak2 cikgu yang ada, dia ni kira yang hensem la compare to other (thou i tend to like his fren yang chinese look tu).

Nak dijadikan cerita, jadilah episod luka ala2 Mira Edora kat sekolah tu. Budak2 darjah 6 sure ingat lagi la kejadian ni speshly yang baik ngan cK dan mengikuti kisah cinta cK ngan ex-bf. Ex bf cK ni sangatlah femes orang nya. Aktif bersukan la katakan, sampai tak cukup padang je dia nak redah. Makanya cinta monyet kitaorang ni direstui la dek adik2 angkat, kawan2 dan juga cikgu. Sama-sama amik UPSR time tu.

Ex Bopren

Semuanya ok sampailah cikgu Leman ni maghi skolah kawe. Dio nak ayat kawe. Hukaloh. Dia ore Kelate weihh...Bayangkan eh..masa peksa penggal (masa tu baru nak perkenalkan semester) paper seni cK, cikgu tu yang lukiskan. cK jenjalan pusing kelas je kacau kawan2.Hebat!

Masa tu plak, demam buat buku biodata / autograf ni memang tengah menular maka...cK pon sempatlah pass my book to cikgu Leman. Memang dorang akan isi la makanan kegemaran la, alamat la, segala2 yang kegemaran lah ngan macam2 design..dorang tepek gamba masing2. Cikgu Leman tidak ketinggalan...Dia kasi 2 keping gamba noks!

Salah satu gamba, sila lihat di bawah ye:

Cikgu Leman yang kuciwa

Cikgu tulis kat anak murid camtu kira normal eh??? Muahaha...sendiri mau ingat! Pernah jadi isu la kejap ngan my ex. Tapi, masa tu...cK kan sayang banget sama itu ex. Sorry teacher, you are not my taste. Larik!

Monday, September 28, 2009

:: Sah??? Saaahhhhhh.... ::

2 comments:
Tahniah buat :

Yana & Puteh


juga

K3 & Hizlan


Semoga Puan Yana dan Puan Engku dipanjangkan jodoh dan berbahagia menjalani kehidupan berumah tangga. Dimurahkan rezeki selalu dan dikurniakan cahayamata yang soleh dan solehah.

Amin.

Sunday, September 27, 2009

:: Life Is Too Short To ... ::

No comments:

Yes. That's the fact. Qada' dan Qadar telah tertulis. Bila lahirnya, bila matinya, bila nikahnya. You just wont get that extra miles. Slowly, i learn that life is too short to .....

1. pay attention when people bitching bout you / others and yet they dont confront.
- There's always solution to something. It's you to decide whether you are dare enough to settle things or just keep the juicy gossips runs in your circle of mind. You are not contributing for betterment, so why should i bother. The more i listen to it, the more i'll be unnecesarily involve. Move on.

2. feel paranoid or sad when someone hates u.
- face it. It's reality. Some people may likes you, and some might turn their back. Nothing weird about it. What you give you get back (thou sometime you won't). Hug them when they hugs you, turn when they leave. No point to hang in there.

3. concern on others when they care less about you.
- all these while i guess some people just take an advantage on me due to the above. I try to gives my heart to anyone i know but it just don't pay off. Does not mean i want something in return BUT the more i gives, the more i hurt myself by doing so. Why should i allow myself to be a victim? Plus, a coward just don't deserve my attention.

4. be fooled by Miss Two Face.
- remember Two Face in Batman? He has to wear a costume, whereby you don't need one. Girl, I am a Drama Queen, don't try to be me. I don't need your cheap soap opera. From now on, I just treat you as a sick human who loves attention err.... by the whole nation?

5. not be a forgiver.
- you read it right. At least, i have done my part. When i said 'Ok / No problem', it does mean 0-0, in terms of forgiving. Unless you can find me any device to erase my memory, the first thing i need is to get rid of your image since Day 1. By doing so, then hopefully i can forgive and forget.

6. neglect people who loves me.
- Screw all haters. I shall get rid of you and focus to my dear darlings. They will stand by me no matter what and guide me through when i'm far off the path. That's a real deal that you can't steal.

7. think about people's feeling more than my own.
- when i'm in the wrong (or sense something is wrong), i'll say sorry. That just not gonna happen anymore to just anyone. By puting others first (speshly to those unimportant people), makes me suffer. I don't like you, still i don't hate you. That's the best i can offer.


With all respect, you can continue to blab like mad. I don't care.



Thursday, September 24, 2009

:: Mama ::

No comments:

Pagi ni bangun lebih awal dari Mama
Dah mandi manda, masih tak dengar suara Mama
Hati kecil ni mula berkata-kata
Janganlah jadi apa-apa pada Mama

Nak kejutkan rasa awal pula
Mungkin Mama letih seharian ada acara
Buat puding roti untuk anak angkutnya
Goreng bihun nak sambut tetamu dan makan malam sekeluarga

Hati kecil terus berkata-kata
Bagai ada sesuatu tak kena
Mula doa pelbagai pada Yang Esa
Jangan diapa-apakan Mama saya

Turun gosok baju, dengar pintu bilik kena buka
Dengar Mama kata "Kak, ko kat bawah ke?"
Hati terus lega, bibir senyum manja
Rasa sebak datang terus tiba-tiba

Rasa macam nak terus lari dan peluk Mama
Betapa rasa sayang, tak puas bermanja
Benar kata orang tua, semua ada hikmahnya
Jangan siakan peluang yang ada

Mama, maaf kerana kedegilan saya
Mama, terima kasih untuk segala-galanya
Mama, jangan tinggalkan saya
Mama, saya sayang sampai bila-bila!

Wednesday, September 23, 2009

:: Anak Ikan Apa? ::

4 comments:

"Kalau sister ni kawin ngan si polan tu...kan best. Dia tinggi ke rendah kak?"
"Err...dia lagi tinggi sikit kot...ha..yela..."

"La...org tua2 pesan...pompuan kena cari calon yang lebih rendah dari dia...baru murah rezeki"
"Ish...takmau la..kang mau orang tujal2, sekeh2 je kepala dia kang"

"Ala..kalau buat silap minta ditujal...tak kira tinggi ke rendah..sampai je buku lima tu nanti"
"Tamaw...orang nak yang lagi tinggi"

"Cari yang putih....hidung sharp seven..Kalau belah2 seberang ni takmau"
"Lohai...demand sungguh"

"Ha...suh la si polan tu masuk minang"
"Mana boleh...kan da kata...kawan je...mana ada lebih2"

"Ntah bila la dia nak masuk minang..."
"takde nyer de...harapan je la"

"Suruh je la dia jumpa, datang umah"
"Open house je la...nak datang buat apa pon"

"Kenal-kenal la..."
"Nak kenal buat apa...kalau nak jadi bini nombor dua leh ah"

Senyap.

"Ala...ajak je la sapa-sapa"
"Takde...memang takda la...yang kenan banyak pun yang lagi muda. Sampai Leq kata bela anak ikan ke apa?"

"Apalak...kalau dah jodoh...ikan emas ke..ikan parang ke...takda hal nya"
"Tengokla...ikan mana yang leh ditangguk"

Gelak besar.

Tuesday, September 22, 2009

:: Pesan Abah ::

2 comments:
I am writing this with hope I wont forget it (yeah right!).

Abah pesan :

"Kalau Abah ni jadi lelaki yang nak ngorat ko, Abah pon takut. Tengok muka ko tu pun Abah da takut. Ko keras kat luar, lembut kat dalam. Tapi kalau dah orang takut, macam mana dia nak tahu dalam ko lembut ke tak. Biar kat luar nampak lembut, kat dalam hati kita keras. Jadi, orang senang dekat ngan kita tapi dorang tak berani nak main-main ngan kita."

Abah kata lagi:

"Abah tengok ko ni particular sangat. Makan nak camni, begini begitu. Tak boleh nak lebih kurang. Lelaki mana pun takut. Tengok macam high maintenance je. Nak berkawan, buka mulut pun seram. Takut tak mampu, tak setaraf. Cuba gi makan kat tempat biasa-biasa je. Tak payah yang mahal-mahal."

Pastu Abah kata :

"Dah ada yang berkenan dah? Abah, mama ko kitaorang tak campur. Kalau dah ada yang ko berkenan, bawa kenalkan. Bawa jumpa, nak juga kitaorang tengok. Cari yang boleh jaga kita, kita jaga dia juga. Sama-sama membantu. Dah ada dah ke?"


cK kata :

"Orang mana ada gi tempat mahal2 je. Ada je melepak mamak. Org bawa Mama, Abah kadang2 gi makan tempat mahal...nak kasi rasa. Kat umah, org buatlah apa yang org pernah makan kat luar. Bukan apa, supaya takdelah nak membazir makan luar. Boleh buat sendiri, kita makan ramai2 sampai pengsan!"

cK kata lagi :

"Calon apanya...Yang kenan smer muda2...sampaikan kawan2 kata bela anak ikan. Apakah!? Ntahlah..tunggu je la kot. Setakat ni, takde lagi. Sekian"


Out of everything, ayat dari Papa yang best! Papa kata :

"Dia mana de memilih...tapi kot gaji pon RM800 je pehtu nyawa2 ikan je idup..nak sara diri pon tak lepas...Takperlah...dia tak kahwin pun takpe".

Korang kata?


:: Syawal 2009 ::

No comments:
Alhamdulillah. Sempat juga menyambut Syawal tahun ini selepas sebulan mendampingi Ramadhan. Tahun depan tak tahu la lagi camne kan? Walaupun saban tahun diajukan soalan "Tak balik kampung ke?" dan disambut dengan ayat-ayat ala2 cemburu "Ala...apa yang best raya kat KL?"...cK tetap gumbira beraya di kampung halamanku Kuala Lumpur.

Sama je pon raya kat mana-mana. Korang yang datang ke KL untuk bekerja terpaksa pulang ke kampung untuk beraya. Macam cK, KL is my hometown. So, I just wait for everyone to 'puuff' ke kampung masing-masing sebelum cK dan family dapat beraya dengan aman. Most of my family and relatives ada kat KL. So, no worries lah.

Macam biasa, a day before raya lah yang paling hectic. Busy buat macam-macam. Yang mana mengecat nyer, kemas dapur lah...keluarkan bekas kuih segala. Serius, macam nak pengsan! Bayangkan ya kawan2, last day berbuka terpaksa berbuka dalam keadaan rumah macam tongkang pecah. But then again, i enjoy it much.

Dengan konsep umah tahun ni silver - grey - white...transformasi bberjaya dilakukan. ye, putih, itam, kelabu ni bukan kategori warna but i just love it. Tak tahu la kenapa...Mungkin rasa nak back to basic kot. Lebih rileks dan tak serabut. Well i still jave kitchen to play with. Esok lusa lah!


Tahun ni, Boy n Emma tak beraya ngan kami. Yelah..tahun lepas dah beraya KL..so tahun ni ke Kelantan la pula mereka. Mama kinda touching la sket. I guess memang camtulah kot lumrahnya. Ni yang buat cK payah nak beribu mertua ni. Kang mahu omak den teriak one whole week raya! Jangan cari pasal dek non oi!

Tahun ni dwet raya untuk mama, abah, papa, cek suzie, ewok n dekdek ada skit budget. Ya Ampun! Yang penting, ikhlas...bley gitu? Dengan kuasa veto di tangan cK, tahun ni baju raya masing2 pink ok. Rasa comel2 alam gitu. Bley ke rasa camtu? Boleh la kan..kasi can..sapa lagi nak puji kita kalau bukan diri kita. Kena confident ya rakan2.

Pasni, ada beberapa undangan kenduri kahwin ngan showcase yang kena cK penuhi. For Yana and Puteh, sorry i cant make it to ur Dungun's kenduri cuz i'll be heading to my good fren's wedding - Tunku Ketri Eliana (congrats girl!). Insyaallah, i'll be seing u guys @ Raub nanti ya. Buat Ami n partner, tahniah ye buat kalian. Jengka, sukar di jangka dapat tiba atau tidak. Noblacktie, i'll be there for Sevensoul.

Fuuh...esok keje. Argh!

Friday, September 18, 2009

Thursday, September 17, 2009

:: Yok Raya Di RACTAR ::

No comments:
Ok ok...I love to be around celebrities. Afterall they are my kind too. Ha ha..boleh camtu? Anyway, termakan la juga kata2 manis dari Dilla ngan Kuro untuk join program sahur dengan anak yatim. Last round they did it, tak dan nak follow. Thus, this time around i wanted to give myself a little exposure to this kinda event by Murai team.

Maka, berkampunglah cK di Rumah Amal Cahaya Tunku Ampuan Rahimah bertempat di USJ1. Senang je nak cari kalau korang terasa nak pergi. Kalau dah sampai Giant, deretan kedai perabot tu..lajakkan lagi laluan korang. When u see Shell on your right, its mean u are getting nearer to RACTAR. Nampak je signboard biru on your left, masuk. Sure cannot miss lah.

Kat sini semua warga anak yatimnya perempuan. They have stop taking in boys for untold issue. But i guess, mungkin pasal muhrim status barangkali kan? Ada 50 orang kesemuanya. Pengetua RACTAR, En Zulkarnain sangat baik hati orangnya. Selalu senyum je.

Korang percaya tak, yang tempat ni cuma menerima bantuan RM8/head/day!? Gilos! Kita punya lunch pon kadang2 dah nak hampir RM8. Walaupun tempat ni nampak macam besar dan serba lengkap, ianya memerlukan banyak bantuan dari orang-orang luar macam kita2 ni. Maka, jangan segan silu silalah bantu!


Kitaorang kejutkan adik2 ni dalam pukul 12 tgh malam. Kemudian bawa mereka ke dewan makan untuk bersahur. Pastu ada aktiviti sket ngan artis. Main games. Ada show from Alya ngan Hafiz. Yang jadi highlight bila masing2 beratur nak kutip dwet raya! Sweet! Dalam pukul 3.30 pagi acara habis kerana adik2 ni nak kena g skolah esoknya. Sempat cK tanya pasal raya. Dorang kata Khamis, Jumaat dah mula cuti untuk balik beraya selama seminggu. Dan tiket mereka ditaja oleh RACTAR sendiri. Alhamdulillah.

Kesian gak memikirkan dorang yang kena g skolah. But at least i guess they will be smiling and kinda kepoh the next day excited cerita pasal artis kejutkan dorang bangun sahur. Woohoo! As for me, seronok gak sembang ngan dorang ni. tapi ada sorang tu kinda cold hearted sikit. Muka kejong gitu. Overall, its Ok. Plus, ni la pertama kali cK berjaya jumpa Hafiz Hamidun walaupun dia cuak2 gitu (baca nama i sambil check ejaan kat FB ok!). Lenkali jemput2 lah lagi!

p/s : Abam Bionik itu comel tapi sayang dia Intan Ladyana yang punya.

:: Penghujung Ramadhan ::

No comments:

Makan. Makan. Makan.

Lepas satu sudah, satu g jemputan diterima.

Hasilnya puasa jadi macam puas-puas plak.

Puas makan. Puas sembang. Puaskan hati.

Puaskan hati????

Tak! Belum puas lagi! Mee Kari tak rasa lagi!

Maka, hari ni...KLCC lagi......



Wednesday, September 16, 2009

:: Syawal Datang Lagi ::

No comments:
Sebelum cK terlupa dan buat-buat lupa, terimalah ucapan tulus ikhlas dari saya dan keluarga.

:: Dek Non Oii ::

No comments:


cK tengok2 entry...dah lewat beberapa hari rupanya teman ni. Bukanlah takda benda yang nak distory mory just that i am too bz. Waaah...bole gitu? Minggu2 terakhir ni bukan hanya perlu diperkemaskan segala amalan...tapi...! Acara buka puasa last minit ngan orang-orang yang tersayang pun takleh dilupakan.

Maka, mengambil tempat di Secret Recipe, berbukalah cK bersama dek non dek non yang dikasihi. Yea2...u can say whatever u like but hey, these kids love me ok - unconditionally! Sessi yang dipenuhi dengan guhsip dan updates. Ya, mesti balance ma. Barulah Zen katanya.

Luahan rasa demi rasa - masam, masin, pahit, tawar....semua ada. Bunyi2 macam...haaa???Eeeehh??? Yeee??? Hoh!? Eleeehh...semua tu ada. Rasa seronok pula bila diingat semula. Cuma bila ingat tu, terasa la kempunan nak makan kue teow Little Penang tu. ish...apakah!

Unfortunate for Andrew who cant join us. Sorry for Daniel for not having your picture taken - selalu missing in action! Thank you Leen, Ina Kecik and bf, Wil, Daniel....Sayang lah korang semua.

Sunday, September 13, 2009

:: Apa Kita Boleh Buat Bila Hujung Minggu? :;

2 comments:
Macam yang kita semua tahu, Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya. Berakhirlah bulan yang penuh dengan keampunan, keberkatan dan pintu neraka akan terbuka semula tidak lama lagi. Ini juga bermakna, kita sudah hampir menghabiskan sebulan ibadah puasa dan tibalah Syawal untuk kita meraikannya.


Cuma ada kurang dari seminggu untuk kita bergembira (dan makan banyak serta menaikkan berat badan masing2).Namun, sebelum sempat kita meraikan hari kemenangan itu, beberapa persediaan perlu dilakukan terlebih dahulu. Antara yang sinonim adalah kuih raya.


Mama bz menyiapkan tempahan 2nd round kawan2 cK. Yang biskut dam ngan badam tu la. Tapi, sambil2 tu...Mama siapkan juga kuih untuk rumah. Yelah, takkanlah tukang buat kuih takde kuih raya sendiri ye dak? Mama siapkan cornflakes madu, biskut buah ngan almond london.


Sedapnya! Tak sabar nak nyambut raya! Feel raya tu dah ketara sangat2. Dalam2 bz usha2 Mama siapkan kuih..cK jalankan tanggungjawab menyonteng dinding. Sorrylah Yaya, i dah selamat conteng dan dapat restu ibubapaku! huhuhuh...cK cat dapur, ruang tamu juga. Feature wall kali ni kaler gray noks! Kawankan ngan putih. Langsir plak cK beli kaler silver - tengah menunggu siap dijahit Papa.


Lihat tanganku...ada rupa pengecat berjaya dak? Miahahah... Degil punya pasal malas nak pakai glove. Nasiblah cat kapor...kalau cat minyak...jenuhlah nak menyental ngan thinner. Agak penat la juga sebab buat sengsorang. Tapi takper, kira exercise le. Mana tahu leh kecik sket ukur lilit lengan ni. Miahahah...

Anyway, raya dah dekat. Korang nyer persiapan camne? Dah abis buat?

:: Bila Media Kita Tak Peka ::

2 comments:
Menjadi seorang wartawan secara amnya dapat dikaitkan dengan seorang yang berpengatahuan luas dalam segala bidang. Walaupun golongan ini terbahagi kepada beberapa jabatan tertentu, namun sebagai wartawan tak dapat tidak kita pasti membayangkan mereka seolah 'orang dalam' yang dapat menghidu sesuatu berita lebih pantas daripada umum.

Namun, membaca satu berita hiburan dari link ini telah membuatkan cK senyum sendiri. Kenapa agaknya? Mari kita tengok sedutan beberapa perenggan daripada artikel berkenaan. Kita mulakan dengan yang ini.


Bermula dengan ayat-ayat cliche yang biasa kita tatap dalam dada akhbar setiap kali Ramadhan dan Syawal menjelang tiba. Tak mengapa. Itu memang standard write up untuk mana-mana akhbar terutamanya arus perdana barangkali? Namun, yang menarik perhatian adalah perenggan ketiga yang cK highlight merah tu.

Apa yang tak kena? Kata ganti diri untuk Imran Ajmain adalah mereka? How many Imran Ajmain are we talking about here? Two? Three? Dan kata ganti itu diguna untuk kedua kali dalam perenggan yang sama! OMG! Tak perasan ke? Kalau ya pun bulan puasa, takkanlah sampai begitu sekali kesilapannya kan?

I thought that would be it lah. Rupanya ada satu lagi bahagian lain yang lebih mengundang persoalan. Cuba baca yang ni :

I'm a bit puzzled here. Firstly artikel tu kata si Imran ni dah tiga tahun beraya di perantauan. He's a Singaporean, means dia raya kat luar Singapore la kan? Might as well dia raya kat Malaysia la kot? But then, second line tu plak kata dia selalunya drive home a week before raya? Means, seminggu sebelum raya dia balik kampung dia - rumah dia - which in this case is Singapore la kan? Means, yang tiga tahun beraya kat perantauan tu bilanya?

The best part, when the article quotes he said "saya tidak pernah lagi menyambut Hari Raya di Malaysia...." Uik? Apakah?!! The man himself kata dia tak pernah sambut raya di Malaysia, and writer said he will drive home for Hari Raya just after the same writer tell us that it has been 3 years for Imran to celebrate Hari Raya abroad.

Which is which ni? Kalau kot akhbar pojok, tabloid buat perangai camni takper juga. Ini..perutusan seharian! Itu baru berita hiburan, belum berita sukan..luar negara atau politik semasa. Ish, nasiblah baca from internet je tak rasa sangat luaknya..kalau membayar duit suratkhabar tu, mau rasa nak minta refund!

Thursday, September 10, 2009

:: Buta Tapi Meraba ::

2 comments:
Tragedi 09.09.09! Masa dengar radio panas pagi tadi, rasa macam nak call je si fafaw ngan fbi tu cerita kes semalam. Gila frust!

First of all, i have nothing against orang buta ya. I cant even imagine macam mana hidup kalau cK tak boleh melihat. Sebab tu la cK selalu tolong akak keje Takaful tu jalan dari LRT stesen sampai opis dia. Berbudi pada yang memerlukan, tanggungjawab bersama kan?

Nak jadikan ceritanya, semalam masa perjalanan balik dr kantor...cK naik from Universiti station. Sampai kat Kerinchi adalah 7 orang naik. 6 cacat penglihatan, 1 normal (3 lelaki, 4 perempuan). Dalam 6 org tu pulak, ada dua pasangan. Macam mana cK tahu? Ha...jap lagi cerita na...

Dari awal dorang masuk, mereka ni dah bercakap sekuat2 alam. cK yang cucuk telinga ngan headset ni pon masih boleh dengar dorang bercakap. Kuat sangat ! Yang perempuan bertudung, ketawa menyeringai. Okla fine. Mereka sedang gembira.

Bila sampai stesen Bangsar, ramai org keluar masuk. Maka berkatalah salah seorng dari mereka..Waaa..keluar masuk...bestnye. cK cuak, tp takper. Mungkin dia tak bermaksud selain dari rantaian orang yag keluar masuk. Sampai plak KL Sentral, mamat yang sama dok jerot2 "beri kemaluan...beri kemaluan". Then dorang satu geng ni pakat gelak ramai2!

Pastu, one of the girl ni bersuara "'Abg pegang batang tu elok2 taw. Pegang batang besi, bukan batang abang". Pergh! menyirap plak rasa bila dengar. Pastu, salah sorang dari yang lelaki buta ni berdiri kat belakang cK dan tersondol2. Pastu dorang masing2 ala2 berbisik2 the gelak jahat ramai2! Apakah!?

Tak cukup ngan tu, makwe yang dua orang tu..mulalah peluk pasangan masing2 dan the best part of all.....Pakwe dia yang buta tu, raba tang dada dia. Dan dia? Sengeh2 je! Hoh! cK plak, dok tengah2 antara dua kapel yang hampeh ni. Arghh!!! Giler tekanan ok!

Maka, pada 090909, saya telah dicabul oleh seorang buta di dalam lrt. aaaahh...nak nanges!

Wednesday, September 09, 2009

:: Running Away From Paparazi ::

1 comment:
Take a look at pictures below.

Should i or him is a celebrity, these are good shots that can sell. Let's do some dialogfue for the picture, shall we?

Picture 1

Him : No picture please...no picture (chase off the paparazi)
Me : Ahhh...c'mon guys...not here...not now...

Picture 2

Him : What? No..we are just friend
Me : No comment. Rumors...

Picture 3

Him : Let me see what you got there. We will call for PC soon. Just dun write about it first.
Me : Yeah. Delete it off. You'll get ur story later.


Then what? As usual...below picture will be published with the headline "Hanya Kawan" or maybe "cK Temui Cinta Baru?".


Too good to be true eh? That's why i'm not those celebrities! Dang! If only....*sigh*


Tuesday, September 08, 2009

:: Masak Lomak Cili Padi Ayam Cik Kuntum ::

3 comments:
Puan2..kembali kita bersama lagi dibulan puasa ini. Ha, puasa tak hari ni Kak Jah? Ni nak katalah kan..kalau bulan2 puasa ni kita punya nafsu makan..Ya Allah...macam sepuluh hari tak makan. nampak itu nak...nampak ini pon nak. Kalau boleh semuanya nak dibedal tp ingat...Bulan Ramadhan ni jangan sampai membazir ya.

Oklah..hari ni Kuntum nak tunjuk cara-cara nak masak lomak cili padi. Hari ni punya resepi kita guna ayam ye, puan-puan. Ayam ni ikut suka nak beli kat mana..Giant, Tesco, Carrefour...Chow Kit pon bole...Opps! Hari ni kita pakai seekor ayam je le..Ikut suka nak potong berapa..Nak besar, potong 4...Yang sedap potong lapan..potong doblas pon boleh. Sapa tak suka kulit, lemak banyak..buang sesiap ye.

Bahan2 yang nak dikisar pula meh tengok sini.

5 ulas bawang merah, 2 cm kunyit hidup yang besar2 ibu jari, cili padi sesuka hati ya. Kalau nak pedas, tambah la banyak..kalau tak...dalam 15 - 20 biji tu dah kira ok. Ok...Cik Kuntum suka masukkan serai..titik2 kan aja...tak perlu blend sekali. Dua tangkai serai tu dah cukup da nak bagi aroma nyer naik. Baru selera nak makan. Tak gitu? Asam keping jgn lupa. Sekeping yang besar dah cukup untuk mematikan hanyir ayam tu. Tak lupa juga kentang dalam 3 biji, potong 4.

Blend abis semua bahan2 tu, guna santan senang. Sukatannya? Sebijik kelapa yang bole perah dua kali. Atau, setengah kilo. Dah kisar...terus masuk periuk. Jangan lupa panaskan plak. Masuk ayam, campak serai pastu campak asam keping. Kacau, jangan sampai pecah minyak. Masukkan garam secukup rasa bersama-sama kentang. Syaratnya, api mesti sederhana besar...Kena rajin kacau. Kalau pecah minyak nanti, tak sedap Cik Jah oiii!


Bila ayam tu dah bertukar warna (putih) dan kentang pun dah masak...dah nak sudah la tandanya tu. Atau korang boleh perhatikan kuah gulai tu menggelegak tanpa berbuih2 ketul ... kalau berbuih ketul2 tu...dah kira pecah santan la tu. Hidangkan dan makan bersama nasi panas. Boleh dikawankan dengan sambal belacan dan juga ulam-ulaman. Selamat mencuba!

Sunday, September 06, 2009

:: Iftar Kg Sri 360, 2009 ::

6 comments:
Burp!

Alhamdulillah.

Kenyang.

Terima kasih pada tuan rumah K.E & Zilla yang sudi menaja tapak bazaar dan perkhemahan tahun ni. Tahun lepas kat Shah Alam, tahun ni pon. Ermm..maybe pasni leh tukar port lain. Umah Cik Nad ke? Ahaks!

Kehadiran yang boleh dibanggakan (walaupun Bukit muncul di saat-saat akhir edisi melepak di MMZ dan Tok lewat kerana tayar beskal nyer pancit dan Mamaket nyaris2 sesat jalan). Himpunan makanan amatlah banyak dan menyelerakan. Masing2 tidak datang dengan tangan kosong (perut je kosong).


Tuan rumah dah siap2 prepare nasi himpit, rendang daging, masak lodeh - rasa cam nak menyambut raya la plak. Feel woo. cK prepare Ayam Masak Lomak Cili Padi ngan sambal belacan yang rasa-rasanya tertinggal dalam kereta Dory. Apakah!? Puas hati juga bila kawan2 kata "Sedaplah!". Peloh, penat lelah masak ayam yang dua ekor tu rasa hilang serta merta. Syukur korang suka.

Mek buat pertama kali tampil bersama Tuan Farid nya, Yaya ngan Abam Fazz, Tok ngan Ad tersayang juga Abam Zool & Zilla. Yang paling meriah mestilah Mamaket sefamily. Seronok je tengok keletah dua beradik tu melambung lion. My faveret dish will be Double Z punya popiah. Made with red love sauce katanya. Memang sedap ye, kawan2. Puding tok pon sedap gak dan hasil gigih K.E masak rendang juga boleh dibanggakan. Lain2 ada satay, KFC, ayam golek, urap, bergedel, buah..aaahhh..banyak lagilah!


Bukan orang kampung la kan kalau tak meriak amik gamba. Maka, dah selesai makan2..kemas..basuh pinggan segala (sempat amik tender membasuh ngan Mbak Yaya) orang-orang kampung pun mulalah pose segala bagai aksi. Gara-gara tak bawak tripod, Bar stool pon dimulti purposekan jadi tripod. Begitu hebat skill Asbha.

Next gath tak pasti pula bila. Maybe time Yana nyer wedding? Yaya wed? Or...my open house? We'll see bebeh!

Friday, September 04, 2009

:: Peket Kosong Minta Diisi ::

2 comments:
I am so in love with this raya packet. Infact, the whole raya preparation la. Terasa cam budak2 la plak kan. Yang paling recent, Bank Negara keluarkan sampul raya yang kaler golden gitu. Gambar bunga raya okie. Bunga kebangsaan kita tu.

Urat2 bunga tu timbul plak tu. So, makin meriahlah warna keemasan yang ada kat peket tu. I hope this will bring a smile to those who receive it. Best2. Anyway, peket ni dijual dengan harga RM1.00 untuk setiap 10 keping. Ada sapa2 minat, bagitaw la eh?

As always, tahun ni kena la bagi kat ahli keluarga yang dekat2. Untuk budak2 yang datang bertandang lagi. Kejap lagi kena pergi tukar duit plak. Kang lambat2 mau abis stok. Mau kena bagi dorang not beso2 kang..Nangis la poket akak dek non oi! Tak daya de... Nak buat kira-kira lu ah...berapa nak sumbat dalam peket yang kosong tu. Errm...1...2.....3....4...ish ish ish....


Thursday, September 03, 2009

Wednesday, September 02, 2009

:: Kecoh Tarian Pendet ::

2 comments:


Malas betul. Dok tanya berkali-kali soalan yang sama. Nak tunggu si Norman jawab apa? Ya, saya yang salah...gitu? Apalah dorang nih. Dah terang, nyata lagi bersuluh dia kata pihak Malaysia ni cuma sediakan dokumentari dan promo yang Discovery tuh takde kaitan ngan dorang. Bukan hasil kerja dia pun. So, yang silap tafsirnya sapa? Sendiri fikir lah beb!

Tuesday, September 01, 2009

:: Seni ke Semak? ::

No comments:
Pernah dengar Graffiti? Baca betul2 ya kawan2. Bukan graviti tapi graffiti. Kalau mengikut wikipedia, ia membawa maksud :

Graffiti (singular: graffito; the plural is used as a mass noun) is the name for images or lettering scratched, scrawled, painted or marked in any manner on property. Graffiti is sometimes regarded as a form of art and other times regarded as unsightly damage or unwanted.

Berjalan menyusuri tepian Sungai Gombak di Kuala Lumpur bermula daripada stesen LRT Pasar Seni, mata pasti akan tertancap pada lukisan2 yang terdapat di sepanjang dinding tembok sungai. Ada yang cuma tulisan, ada yang lukisan.

Satu ketika dahulu, ada berbagai-bagai tulisan anti kerajaan di dinding itu. Sangat ketara diwaktu adanya pilihanraya dan juga kenaikan harga minyak. Secara tak langsung, dinding-dinding ini mewakili golongan tertentu dalam menyampaikan suara dan pendapat mereka dalam sesetengah isu.

Penakut? Tidak berani menyampaikan ketiak puasan hati dengan suara sendiri? Mungkin mereka lebih selesa begitu. Bagi cK, ianya boleh dianggap sebagai salah satu cabang seni. Kenapa? Kebanyakan graffiti ini cantik2 belaka. Kalau tengok di negara barat, graffiti adalah perkara yang biasa. Namun, ia masih agak baru di Malaysia.

Ada antara kita yang melihat graffiti sebagai sesuatu yang kurang menyenangkan. Seolah kerja2 vandalisme sampah masyarakat. Pelukis2 graffiti sering dianggap sebagai kutu yang tidak mempunyai wawasan. Agak dangkal pendapat itu. Apapun, ianya subjektif. Masing-masing punya pandapat sendiri dalam perkara ini.


Bagi seorang yang sukakan grafik, cK teruja melihat graffiti yang terhasil. Kombinasi warna yang menarik disamping hasil yang memuaskan jika masa yang terhad diambil sebagai ukuran. Graffiti yang cK letakkan dalam entri kali ini adalah hasil dari kerja tangan individu2 terbabit ketika sehari menjelang merdeka.

Berlatarkan Pasar Seni, lokasi itu cK dapati amat sesuai sekali dalam merealisasikan aktiviti seni yang sihat seperti ini. Siapa lagi yang bisa mengangkat hasil seni kalau bukan kita sendiri?

:: Main Masak- Masak ::

No comments:
Satu perkara tentang saya yang korang mungkin tak tahu adalah, bila saya pergi makan kat mana2 tempat makan dan saya suka apa yang saya makan, saya akan belajar cara nak sediakan masakan tu. Bagus ke gitu? ok la kot. Mungkin leh jimat belanja. Bila time nak makan tu, pastikan je la barang2 tu ada kat rumah maka in no time leh zaass siap!

Yang lebih seronok bila ianya dapat dikongsi bersama-sama insan tersayang. Insan tersayang? Huwaaa!!! Ah...ok lah...parents, sibling tu kira insan tersayang lah kan? Hik hik hik..The other day, cK minta resepi mashed potatoes dari boss ngan yaya tapi sampai la ni tak buat2 lagi. Bila buka kabinet, tengok lasagna layer tu ada then sos bolognaise pon ada dan juga cheese, ye chedar pon ada. Ermm...membuak2lah rasa nak buat lasagna.

Beli daging cincang, susu segar ngan butter kat Giant. Pehtu nak completekan keadaan minta mama belikan Parmesan plak nak sprinkle kat atas lasagna tu. Berdebar gak masa nak buat tu. First time lah katakan. Tapi dek kerana tegar dan nak belajar, redah je la kan. Nasib baiklah tak terbakar dapur mama..hehehe!

I have to say this, I am proud of myself. Sedap woo lasagna first timer kita. Giler pekat rasa cheesy. Buat satu bekas bake pan je. Bagi kat jiran2 tetangga buat berbuka. Ewok tolong promo kata "Sister kita yang buat, sedap!". Kalau rajin, mungkin lah boleh buat lagi bila raya plak. Yey!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...