Thursday, September 24, 2009

:: Mama ::


Pagi ni bangun lebih awal dari Mama
Dah mandi manda, masih tak dengar suara Mama
Hati kecil ni mula berkata-kata
Janganlah jadi apa-apa pada Mama

Nak kejutkan rasa awal pula
Mungkin Mama letih seharian ada acara
Buat puding roti untuk anak angkutnya
Goreng bihun nak sambut tetamu dan makan malam sekeluarga

Hati kecil terus berkata-kata
Bagai ada sesuatu tak kena
Mula doa pelbagai pada Yang Esa
Jangan diapa-apakan Mama saya

Turun gosok baju, dengar pintu bilik kena buka
Dengar Mama kata "Kak, ko kat bawah ke?"
Hati terus lega, bibir senyum manja
Rasa sebak datang terus tiba-tiba

Rasa macam nak terus lari dan peluk Mama
Betapa rasa sayang, tak puas bermanja
Benar kata orang tua, semua ada hikmahnya
Jangan siakan peluang yang ada

Mama, maaf kerana kedegilan saya
Mama, terima kasih untuk segala-galanya
Mama, jangan tinggalkan saya
Mama, saya sayang sampai bila-bila!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...