Sunday, September 13, 2009

:: Apa Kita Boleh Buat Bila Hujung Minggu? :;

Macam yang kita semua tahu, Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya. Berakhirlah bulan yang penuh dengan keampunan, keberkatan dan pintu neraka akan terbuka semula tidak lama lagi. Ini juga bermakna, kita sudah hampir menghabiskan sebulan ibadah puasa dan tibalah Syawal untuk kita meraikannya.


Cuma ada kurang dari seminggu untuk kita bergembira (dan makan banyak serta menaikkan berat badan masing2).Namun, sebelum sempat kita meraikan hari kemenangan itu, beberapa persediaan perlu dilakukan terlebih dahulu. Antara yang sinonim adalah kuih raya.


Mama bz menyiapkan tempahan 2nd round kawan2 cK. Yang biskut dam ngan badam tu la. Tapi, sambil2 tu...Mama siapkan juga kuih untuk rumah. Yelah, takkanlah tukang buat kuih takde kuih raya sendiri ye dak? Mama siapkan cornflakes madu, biskut buah ngan almond london.


Sedapnya! Tak sabar nak nyambut raya! Feel raya tu dah ketara sangat2. Dalam2 bz usha2 Mama siapkan kuih..cK jalankan tanggungjawab menyonteng dinding. Sorrylah Yaya, i dah selamat conteng dan dapat restu ibubapaku! huhuhuh...cK cat dapur, ruang tamu juga. Feature wall kali ni kaler gray noks! Kawankan ngan putih. Langsir plak cK beli kaler silver - tengah menunggu siap dijahit Papa.


Lihat tanganku...ada rupa pengecat berjaya dak? Miahahah... Degil punya pasal malas nak pakai glove. Nasiblah cat kapor...kalau cat minyak...jenuhlah nak menyental ngan thinner. Agak penat la juga sebab buat sengsorang. Tapi takper, kira exercise le. Mana tahu leh kecik sket ukur lilit lengan ni. Miahahah...

Anyway, raya dah dekat. Korang nyer persiapan camne? Dah abis buat?

2 comments:

Pink Marie said...

dah siap nnt nk tgk!

suke interior deco ni. erm tiap2 thn tuka cat ke? fuh.

DoOrDie said...

alahai mek...in progress lagi ni ha...tiap2 tahun tukar? rabak la poket yang memang dah sedia rabak ni yang oi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...