Pernah dengar Graffiti? Baca betul2 ya kawan2. Bukan graviti tapi graffiti. Kalau mengikut wikipedia, ia membawa maksud :
Graffiti (singular: graffito; the plural is used as a mass noun) is the name for images or lettering scratched, scrawled, painted or marked in any manner on property. Graffiti is sometimes regarded as a form of art and other times regarded as unsightly damage or unwanted.
Berjalan menyusuri tepian Sungai Gombak di Kuala Lumpur bermula daripada stesen LRT Pasar Seni, mata pasti akan tertancap pada lukisan2 yang terdapat di sepanjang dinding tembok sungai. Ada yang cuma tulisan, ada yang lukisan.
Satu ketika dahulu, ada berbagai-bagai tulisan anti kerajaan di dinding itu. Sangat ketara diwaktu adanya pilihanraya dan juga kenaikan harga minyak. Secara tak langsung, dinding-dinding ini mewakili golongan tertentu dalam menyampaikan suara dan pendapat mereka dalam sesetengah isu.
Penakut? Tidak berani menyampaikan ketiak puasan hati dengan suara sendiri? Mungkin mereka lebih selesa begitu. Bagi cK, ianya boleh dianggap sebagai salah satu cabang seni. Kenapa? Kebanyakan graffiti ini cantik2 belaka. Kalau tengok di negara barat, graffiti adalah perkara yang biasa. Namun, ia masih agak baru di Malaysia.
Ada antara kita yang melihat graffiti sebagai sesuatu yang kurang menyenangkan. Seolah kerja2 vandalisme sampah masyarakat. Pelukis2 graffiti sering dianggap sebagai kutu yang tidak mempunyai wawasan. Agak dangkal pendapat itu. Apapun, ianya subjektif. Masing-masing punya pandapat sendiri dalam perkara ini.
Bagi seorang yang sukakan grafik, cK teruja melihat graffiti yang terhasil. Kombinasi warna yang menarik disamping hasil yang memuaskan jika masa yang terhad diambil sebagai ukuran. Graffiti yang cK letakkan dalam entri kali ini adalah hasil dari kerja tangan individu2 terbabit ketika sehari menjelang merdeka.
Berlatarkan Pasar Seni, lokasi itu cK dapati amat sesuai sekali dalam merealisasikan aktiviti seni yang sihat seperti ini. Siapa lagi yang bisa mengangkat hasil seni kalau bukan kita sendiri?
No comments:
Post a Comment