Tuesday, September 08, 2009

:: Masak Lomak Cili Padi Ayam Cik Kuntum ::

Puan2..kembali kita bersama lagi dibulan puasa ini. Ha, puasa tak hari ni Kak Jah? Ni nak katalah kan..kalau bulan2 puasa ni kita punya nafsu makan..Ya Allah...macam sepuluh hari tak makan. nampak itu nak...nampak ini pon nak. Kalau boleh semuanya nak dibedal tp ingat...Bulan Ramadhan ni jangan sampai membazir ya.

Oklah..hari ni Kuntum nak tunjuk cara-cara nak masak lomak cili padi. Hari ni punya resepi kita guna ayam ye, puan-puan. Ayam ni ikut suka nak beli kat mana..Giant, Tesco, Carrefour...Chow Kit pon bole...Opps! Hari ni kita pakai seekor ayam je le..Ikut suka nak potong berapa..Nak besar, potong 4...Yang sedap potong lapan..potong doblas pon boleh. Sapa tak suka kulit, lemak banyak..buang sesiap ye.

Bahan2 yang nak dikisar pula meh tengok sini.

5 ulas bawang merah, 2 cm kunyit hidup yang besar2 ibu jari, cili padi sesuka hati ya. Kalau nak pedas, tambah la banyak..kalau tak...dalam 15 - 20 biji tu dah kira ok. Ok...Cik Kuntum suka masukkan serai..titik2 kan aja...tak perlu blend sekali. Dua tangkai serai tu dah cukup da nak bagi aroma nyer naik. Baru selera nak makan. Tak gitu? Asam keping jgn lupa. Sekeping yang besar dah cukup untuk mematikan hanyir ayam tu. Tak lupa juga kentang dalam 3 biji, potong 4.

Blend abis semua bahan2 tu, guna santan senang. Sukatannya? Sebijik kelapa yang bole perah dua kali. Atau, setengah kilo. Dah kisar...terus masuk periuk. Jangan lupa panaskan plak. Masuk ayam, campak serai pastu campak asam keping. Kacau, jangan sampai pecah minyak. Masukkan garam secukup rasa bersama-sama kentang. Syaratnya, api mesti sederhana besar...Kena rajin kacau. Kalau pecah minyak nanti, tak sedap Cik Jah oiii!


Bila ayam tu dah bertukar warna (putih) dan kentang pun dah masak...dah nak sudah la tandanya tu. Atau korang boleh perhatikan kuah gulai tu menggelegak tanpa berbuih2 ketul ... kalau berbuih ketul2 tu...dah kira pecah santan la tu. Hidangkan dan makan bersama nasi panas. Boleh dikawankan dengan sambal belacan dan juga ulam-ulaman. Selamat mencuba!

3 comments:

yaya|azura said...

nyumm nyumm... i dah pakse abam fazz pegi kedai beli tong gas. wiken nie nak main masak2 kat umah ngan dia... hiahahahaha.

DoOrDie said...

wah wah wah...romantika seh...sapa tukang potong, sapa tukang masak..sapa tukang basuh?

tukang makan...takyah tanya..taw da

Dory said...

patut la, i slalu masak pecah minyak tuu.. eceh.. bile ntah part slalu tu.. heh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...