Thursday, April 30, 2009

:: Bercakap Dengan Jin ::

7 comments:
Perbualan dengan seorang teman malam tadi telah menyebabkan cK terkenang zaman kanak-kanak dahulu. Masa tu tengah rajin membaca. Maka, segala buku2 tak kira yang ilmiah ke apa memang jadi mangsa bahan bacaan. Buku English je lemau sikit. Serius ok! cK nih mula2 dulu English sangat hampeh...I think after darjah 3 kot baru minat tu datang.

Well, thats not the point. Nak tanya kat korang sumer, berapa ramai pernah dengar nama Tamar Jalis? Pernah? Tak Pernah? Bukan buah tamar tuh...Tapi memang nama seorang penulis. Mama cK dulu cukup suka den
gan Siri Bercakap Dengan Jin hasil tulisan dia nih.
Sram nok i tell u! Kot sapa2 lemah iman tu, jangan la nak cuba2 baca. Tak daya nyer korang nak habiskan satu chapter. Berlandaskan cerita benar dalam kehidupan penulis dan datuknya, dia jadikan buku.Datuk penulis ni ala2 orang alim, beragama kira tahap macam Ustadz Harun Din tu.

Selalunya orang-orang kampung akan cari datuk dia nih untuk mengubat dan mengusir makhluk2 halus nih. Kadang2 kena lawan batin sampai dua tiga round! Gile power. Jalan penceritaan yang sangat detail menyebabkan kita lebih mudah faham dan dapat membayangkan kejadian yang berlaku. Seram tak? Seram kan??? So, not advisable to baca masa midnite kecuali korang
memang tak nak tido malam. Errr...berani ke baca buku hantu sambil menahan ngantok? mau berdebar2 je jantung nak luruh.
So, sempena mengambil hari Khamis malam Jumaat dan juga siri Keliwon kat TV3..Sama-samalah kita membaca siri ini yang telah ditaip semula kat sini. Klik je, pehtu korang dah leh baca. So Mem, ada berani?

Wednesday, April 29, 2009

:: Golf Punya Pasal ::

7 comments:
Klik kalau nak senang baca

Aduhai...Desperate sangat ke bang oi?

:: Kuku Besi ::

7 comments:
Sessi SMS.

CK : Dear, can i tell u sumtin?
JH : Sure sayang...tell la..

CK : I serba salah...Takut u salah faham.
JH : Takper, silakan

Next, cK anta mms gamba bawah nih :


cK : So...u ok ke?
JH : Gambar dah dapat..Kenapa?

cK : I'm watching it now! Yeay!
JH : FARK!!!! Hahaha...Lepas i tengok i review.

cK : Eleh...u have to pay for it...Mine is free..Lalalalalaaaa...
JH : Dem!

Need i say more? I watched the premier YESTERDAY (let say 14 hours before u guys did). Owh..seronok! Keliling artis u...apa nak buat kata PRO kampung..kena la mingle2. Dapat gift lagi...Larik!

p/s : Nak kena cerita dari awal ke pasal muvee nih???Ngeeee!!!

Monday, April 27, 2009

:: Leleh Wok! ::

9 comments:
Masih tidak dapat menerima kenyataan ini. Sedih Wok! Sentap akak! Anyway, that's it. The fun, bublyness in AF7 has just ended. I don't givadem who will win it. Plus, the prezzie is not as luxury as the previous seasons. So sad init?


Anyway, as I'm writing I'm still waiting for the OIAM tickets. Thanks to Big Boss Izham who replied damned fast. U the Man! For the first time in my life, I am now declaring myself as Tomok's supporter. How's that? Its not only me, besties too ok! Deal with that!

It's a tough competition between him and Esther (who cares about the barking Aweera..opps!). Love to see them both fight! Too bad Amylea cant join the battle but i'm pretty sure her perfomance on 1st May will definetely blew me away. Cant wait.


Seems like Tomok and her sis, Isma is trying the best to be the first siblings duo to be crown as winner for two top reality tv shows. Isma? Ermmm...who else can sing better than her anyway? Thou most of the time she sounded just like Tok Ti, get your own identity please. Hope Claudia can be there too but ahh...the rating never be on her side. But Tomok, u go boy! Show us more! Thou sometime your Japanese-pop-star-hairdo does iritates me, I choose to ignore.

Izham.....I need my tix now!



Sunday, April 26, 2009

:: Selsema Punya Cerita ::

6 comments:
Percaya atau tidak, kehidupan seharian kita dilingkari dengan pelbagai wabak dan jenis penyakit. Daripada yang biasa kita dengar sampailah ke yang pelik pelik. Itu belum kira penyakit-penyakit mistik lagi. Berjela-jela jenisnya.

Jom kita ungkai penyakit yang ada secara rawak.

a) Selsema Biasa

Selsema ini turut mempunyai nama glamer iaitu influenza. Cam sedap je nama dia kan? Tapi tidak pabila korang sendiri yang menanggungnya. Ada dua stage dalam penyakit ni. Yang mula dengan cairan cair jernih keluar dari hidung masih dikira peringkat awal.

Namun begitu bila mula rasa langit-langit agak sakit itu menunjukkan selsema telah masuk ke peringkat serius. Ini diikuti dengan cairan berwarna hijau yang mula membeku didalam saluran hidung. Ada masanya cairan pekat ini turun bercampur dengan darah hasil dari hembusan kita yang agak kuat untuk mengeluarkannya dari salur hidung.

Bagi jenis orang yang agak pengotor, cairan itu dibiarkan membeku supaya mereka dapat melakukan operasi melombong tanpa melekit. Percayalah, selsema ini juga boleh menyebabkan kesukaran bernafas dan hidung tersumbat.

b) Selsema Burung

Sejajar dengan namanya, agen utama pembawa kepada penyaki ini adalah keluarga burung. Tak kira burung gagak ke, burung merak, burung unta malah ayam juga tergolong dalam agen yang bertindak untuk menyebarkan wabak ini.

Time-time ni lah, Tok Ketua mula rasa risau kerana ayam peliharaan terpaksa dilupuskan. Kalau tak dihapuskan, nanti satu kampung plak kena penyakit. Mangsa yang terkena penyakit ni selalunya akan mengidap demam panas yang amat teruk dan sukar diubati.

Maka dengan itu, langkah awal pencegahan amatlah dititik beratkan. So, no ayam when this flu strikes.

c) Selsema babi

Yang nih paling latest dalam market. Kot sapa sapa yang berkenan boleh la melanggan. Manalah tahu kot korang nak dapat MC senang kan. Namun begitu yang ni la yang paling bahaya setakat ni.

Sebabnya dia menjangkit melalu orang. Mula dikenal pasti Kat Mexico. So, kalau korang nak pegi melancong ke sana baiklah batalkan niat. Layan je telenovela Mexico dah cukup, takyah ngada2 nak pegi sana untuk sementara waktu nih. Kot ada yang baru pulang dari sana, cuba2 la check up kat Hospital untuk langkah berjaga-jaga.

Kenapa ianya tak dipanggil selsema homo eh? Ke selsema sapien ke? Awat selsema Babi...musykil cK. Nak kena bakar ke semua stok2 babi yang ade dimuka bumi? Ermm...takleh kot..kang wabak lain lak tersebar. Tak daya!

Anyway, korang jjaga diri baik2 ye. Amalkan permakanan yang seimbang dan jalan hidup yang sihat. Berkat, selamat!

Saturday, April 25, 2009

:: Kobole Cakap Jepunka? ::

10 comments:
Drama sebabak di petang hari di kantor kelmarin.

"Wow...best la blog nih..leh belajar cakap jepun nih"

"Ye lah tu!!!!"

"Betul la....Errmm...moshi moshi.....Watashiwa Adzra des"

"Loaarrhh"

"Watashiwa dai suki des kurosan"

"Ko betol-betol nak belajar Jepun ke?"

"Ha ah laa...macam senang...macma best je.."

"Betol nih?"

"Apsal? Ko taw cakap ke?"

"Bole la juga..."

"Lahai...tak plak aku taw...apasal tak cakap awal2...Ajar satu"

"Satu je??? Banyak pon ok"

"Ha..satu je la dulu...slow2..cepatlah"

"Tiramissu?"

"Mengong! Baik ko kata 'Modes-ko-habis-ka?"


Friday, April 24, 2009

:: Lauk Pertama ::

9 comments:
Dikenang-kenang kembali, cK pun tak ingat bilakah mulanya timbul minat memasak ni. Mungkin masa tadika kot? Sebabnya kat tadika kemas Kg Padang Balang tu ada pondok mainan. So, cK adalah antara pengunjung tetap pondok tadika itu. Nak lagi kalau bulan puasa. Sebabnya cK sorang je yang dah belajar puasa masa tu. So, time makan je cK kena la lepak dalam tu walaupun hakikatnya cK cuma puasa separuh hari. Abis je skolah, Mama bagi upah eskrem. Hahaha.

Nak disedapkan cerita pula, Mama cK akan ambil tempahan kuih raya (she still do) bila musim lebaran. Jadi, cK ni akan tunggu je kot ada yang rentung ke nak buat ratah. Susah beb nak jumpa sebab mama ni pandai jaga api. Bila dah tengok Mama menguli segala tu, terdetik la hati nak buat kuih sedap2 cam Mama gak. Tapi, cK mampu uli tanah liat ala playdoh tuh je la. Kalau bagi oven sebiji, silap2 cK yang masuk dalam tuh panggang diri. Oh No!

cK ni nak kata rajin sangat2 ke dapur tu tak juga. Nak kata malas sampai tahap kena heret tu pun takla juga. I cook when i feel to do it. When i want to eat dishes yang cK rasa sedap je cK buat sendiri (perasan!). Ha ha! But thats my kitchen's Principal. Never force me to do the cooking.


Apa lauk pertama yang cK belajar buat eh? Telur dadar! Sebabnya, cK sangat2 suka makan telur tuh ngan nasi letak kicap. Ingat senang ke nak terbalikkan telur tu tanpa membocorkannya? Praktis banyak kali ok! From there, cK berkembang belajar buat telur masak kicap plak. Hiris2 bawang segala. I have this habbit yang suka sangat hiris menda halus2. Kalau kasar2 tuh rasa tak tertelan je. Mau sangkut tengah tekak. Seksa2!

Bila rasa dah terrer sikit, mula kenen2 nak masak Ayam Masak Lemak Cili Padi. Yang ni mesti kena letak kentang dan serai. Baru nanges makan. Dan cK berani kata, dish nih memang boleh menyebabkan cK senyum bangga. Betollah! Time raya buat la rendang, kuah kacang segala. Sebabkan cK ni rajin je perati2 orang masak, tgk rancangan masak2 sume kan...So, kalau dapat resepi tu kira bolehlah cK masak juga. Takdelah too rigit or terkulat2 bila baca resepi tu. Yang penting menjadi!

Lagi satu, cK ni suka je ngetest2 menda yang rasa2 logik akal. Somehow i got this sense of cooking la kononnya. Boleh detect lauk nih campur apa, ada rasa rempah apa. So kalau nak masak sendiri, boleh lagi cook by heart la kira. Taste bud yang sangat peka.

Cuma masalahnya kan, cK ni lemah sikit bab2 kuih tradisional. Kalau bab klim karipap tu, huduh sangat rupanya. Tu belum suh buat kuih koci ke apa. Mau purple muka! Ahahaha! Tapi kalau Buah Melaka, itu sonang ajo! Ahaks! Glup glup dalam air panas, tau2 timbul je. Hehehe...I loike. Itu cerita cK, korang camne?

Thursday, April 23, 2009

:: Apa Teleng2 !!! ::

7 comments:
cK cukup tak kenan perangai yang satu nih taw. Rasa nak tepuk je dahi orang yang terteleng-teleng tu. Nak kena sepak? Ngan kaki ke tangan?

Kalau orang sibuk2 nak menaip sms tu, time tu la dorang nak pandang2. Bukan apa, nak membaca sama. Apasal tak anta sms pakai henpon korang je? Oowwwh...takdak kredit eh? Ker korang tak reti nak mengeja?

Yang buat lagi bengang tu, dahlah dia baca2 sms kita...Ada yang cebik2, tak pun tumpang sama gelak2. Ewah2..banyak lawa! Nak je cK pijak2 taw! Yang nak sibuk2 baca sms orang tu pasal apa? Ingat buku cerita? kalau kot nak tumpang baca paper ke, takper lagi. Berita dalam suratkhabar tu bukan cK je yang akan baca, ramai lagi. Satu Malaya nih share cerita.

Tapi, my handphone belong to me. Kata pun belongings. Tak reti2 nak buat hal sendiri?

:: Sab Ba Ro ::

4 comments:
Pernah tak korang mengamuk dan secara tidak sedar mengeluarkan kata-kata yang agak kurang enak didengar?

Atau adakah korang pernah dengan selamba kataknya hon tanpa henti kat kereta depan yang tak gerak2 yang rupanya mengalami kerosakan?

Mungkin pernahkah anda memotong barisan?

Masih banyak lagi contoh yang ada dalam kehidupan seharian kita sebenarnya. Dari sekecil kecil benda hinggalah yang bagak saiznya. Merungut, mendengus dalam apa jua perkara tak kira baik atau buruk.

I am hot tempered. Thats the truth and I am not proud of it. But as time goes by, tabiat tu memang boleh dikawal. I dont just jump here and there with no reason. Mungkin faktor usia dan
pengajaran telah membuatkan cK agak berhati-hati apabila memberi reaksi terhadap sesuatu.

Loud? I am. Sensitive? Hell yeah! Blunt? By all mean. Some says thats the reason why i still solo. Depends on how u see things la kan. Not in the mood to discuss. Lately few things happen and i dont think my hormones has anything to do with it. It just happen. Jujurnya cK agak kagum dengan pencapaian diri.

Walaupun perkara2 yang terjadi itu boleh menyebabkan darah tinggi dan rasukan ablasa yang maha dahsyat, i managed to be cool. Not act cool but i am cool. Mungkin taklah sejuk dingin tu, suam2 kuku. Not bad huh? Dan, cK dapat lihat sendiri betapa besar erti bersabar.

Ia dapat mengajar kita untuk lebih berbahasa. Lebih beradab hingga membuatkan diri rasa teruja membaca nukilan sendiri. Too much credit for myself huh? But thats how i feel. Rasa macam "Ish ish...dah kena hentam teruk2 pun dia boleh rilek. Apa yang dia cakap pun bernas. Simple but meaningful". Thats the beauty of patience.

Maka, untuk orang orang yang hangen 24/7..take a deep breath then hembus pelan2. Selawat, istigfar banyak2. Kot rasa panas lagi badan tu, pegi la amik air sembahyang dan solat. Sejuk sikit badan tu...Panas lama-lama pun nak buat apa? Rentung, hangit je...Not nice!

:: U Got Astro, Help No More ::

4 comments:
Pelik sungguh ngan dunia hari ni. Ermm..mungkin bukan dengan dunia yang patut dipelikkan. Dengan orang2 dalam dunia ni yang aneh dan jelik. I was shocked when i heard that seorang warga yang lumpuh tidak diluluskan bantuan kerana duduk dalam rumah yang mempunyai astro!

Wow! Ok, i think those people rasa offended kot. "Hey, u got astro but still want help to fund your medical needs". Dorang rasa orang2 yang mampu subcribes to those siaran berbayar semestinya mempunyai kewangan yang agak selesa. Maybe. Or maybe not.

Mangsa kata siaran berbayar itu adalah satu-satunya saluran untuk menghiburkan hatinya yang lumpuh. Dek kerana keadaan fizikal yang begitu, dia tak dapat nak bergerak bebas ke sana kemari. Nak pegi muvee ke, nak main futsal ke. Plus, katanya dia duduk kat rumah yang memang telah disediakan Astro tuh. Dah ada, tengok je lah kan.

Kenapa pegawai2 tu tak siasat betul2. Bayangkan la eh, sorang yang lumpuh tapi duduk kat umah besar fully furnished lagi. Diaorang nak bagi bantuan ke tak? I guess NOT. But what if orang tu duduk kat umah tu sebab itulah satu satu nya warisan family dia dan dia waris terakhir? Itulah tempat dia berlindung dari hujan dan panas. Dan dia tak mampu nak menanggung segala perbelanjaan lantaran dirinya yang cacat. Tak kesian ke? Ada rumah besar tapi, air kena potong, letrik kena potong, barang dapur plak belum tentu ada lagi.

Apalah dorang nih. Shallow minded people betul. Jangan hanya nampak apa yang ada pada luaran sahaja. Selidik apa yang ada dalam isi. Baru boleh buat perhitungan dengan betul.

p/s : Yang duduk umah banglo bertingkat siap swimming pool, bisnes juta2 pun boleh dapat tajaan segala...apa kes?

:: Harsh...Rash...Hush? ::

6 comments:
Dear Ms X,

I've read the email u sent to Ms Y on your log book submission. It was harsh and unfair to her. She is transfers to Internship department (with no question ask) last two weeks due to lack of staff.

For you just to penalize her is totally unacceptable. She is now doing all the clean up left by the previous staff (that should be blamed for the irresponsibility).

This indirectly shows her contribution to help you guys to have better record and profiling for FIs view. Support her rather than being so blunt.

For once, be rational. She is in the position to help and she is doing her task as require by her Boss. I don't think she should apologize for a mistake she didn't do.

Plus, i believe the report should be sent via PDF format (scan) and not TIF as given by you. Still, she did not make a big fuss out of it. Have some mercy, will you?

P/s : With one finger pointing to others to show his/her mistake, another 4 points to u. Think about it.

Tell me does the above sounds like UGUT?

Tuesday, April 21, 2009

:: Gay Beng ::

11 comments:
I almost forgot to jot this down. Its been a while i have not seen any extraordinary 'scene' in my journey to-from work. Its not that i'm looking forward to see one, but once a while wont harm ait?

Nak dijadikan cerita, Jumaat lepas (lambat naw nak update!) masa perjalanan balik dalam LRT cK berdiri bersebelahan ngan dua orang mamat nih. Disebabkan murah ngan senyuman (despite most people say I'm sombong) cK pun senyum kat dua mamat nih. Dorang balas la senyum tawar. Well, i'm ok with that. Time balik kerja, memanglah penat kan?

Mula-mula tiada pun rasa syak wasangka tengok dua manusia nih berpaut lengan. Ala..dorang jauh dari pole tu, so no hal la. Kalau couple galak berpelok2, ni plak sesama jenis. Apa ada heran. Alih2 tak lama lepas tu, cK witnessed babak usap2 rambut. Loarh!

Apakah!? Maybe i terlepas pandang babak sebelumnya. So, jangan sangka buruk tak elok ok! but then, edisi berbisik-bisik plak start. Eh...ini len macam je nih. Pehtu, lentok plak kat bahu...errr...errrr....should i throw up now? Dari paut lengan, dia peluk pinggang. Aiyaaaa!!!!

C'mon...sorry to say but the couple is not even good looking. Either one pon tak. Masing-masing muka pecah. Or thats the reason why the end up having such relation? Peliklah ngan perangai manusia nih. Kalau betul2 nak buat dosa tu, carilah bilik ke, hotel ke. Ni nampak sangat sengkek. Putus selera beb!

Itu kisah hari Jumaat. Yang semalam plak, ada merpati berjoli naik lrt meramas2 sakan. Muka minah tu dah cam air naik kepala je. Daripada elok2 tiang tu ramai orang leh berpaut, dia dok tahan badan dia kat situ. cK jeling kat mamat tu, lagi selamba dia ramas2 *tut* awek tu. Siak tol. Mamat kontrak ngan minah maid tu gersang sangat kot? Nak projek kat tapak, takde privacy agaknya. Silap2 mau jadi lauk beramai2.

At last, dorang turun kat Damai. Siap sambung lagi kat situ. Duduk kat bangku, berpeluk2 pinggang sambil tunggu tren blah. Apalah dorang nih. Bikin semak!

Sunday, April 19, 2009

:: Cubaan Memandu ::

8 comments:
Semenjak dua nih cK telah dilantik oleh Toti untuk jadi driving instructornya. Memang dia dah dapat lesen P. Tapi, akibat terlalu lama tinggalkan strereng tu dia mula kaku. And just recently she got her first car, kenalah refresh balik semua ilmu memandu.

As a friend, i'm glad to help her. Yelahkan..daripada dia bayar kat orang sejam RM 30 untuk refreshkan memori dia...baiklah cK je hulur bantuan. Thats whats fren for kan..kan..kan? Plus, she bought kereta yang bertransmisi manual bukannya automatik. Cabaran tu lebih sikit lah!

Berjaya juga dia memandu si Myvi ke Damansara nun. Sebab tak puas hati, dia sambung lagi pembelajaran kat area umah cK. Kat sini segala jenis skill boleh diuji. Naik bukit, turun bukit, corner baring, jalan lurus, highway, jalan sempit...U name it! Ada je segala. Sesi ini berlangsung hingga pukul 2.30 - 3 pagi. Kereta tak banyak sangat so she wont freak out.

Dia masih ada problem nak kekalkan balancing gear 1. Thats why la cK paksa dia jalan benti, jalan benti, daki bukit segala. Belajar mengimbang lah katakan. All along kitaorang dok biarkan lampu hazard tu nyala. And guess what? Takde sapa pun yang bother to ask why, what happen or offers any help.

I just finished saying "Ko imagine Tot, sepanjang masa kita pasang lampu hazard nih..Takde sapa pun yang nak tanya apa problem kita dalam kereta nih kan? Semua buat derk je!". Elok je habia ayat tuh, satu kereta Audi bernombor plat W** 370 mula menghampiri. I noticed this car coming dari arah yang bertentangan lebih kurang 5 minit sebelum nih.

Seorang brother turunkan tingkap keta dan tanya "What happen? Any problem?". Sambil gelak2 manja Toti jawab "Ohh...we are just practising" . Gelak brother tuh. "Oowhh...ok ok. Take your time and good luck ya?". Sweet kan!

Then he left us. Bayangkan eh...sanggup dia patah balik untuk check us out. Bayeknyer hati dia. Ganteng juga nok! Kena skodeng nih!


Saturday, April 18, 2009

:: Santap @ Bangi Kopitiam ::

4 comments:
Rasanya Bangi Kopitiam ni memang ada banyak cawangan kat kawasan lain. Namun begitu, Bangi Kopitiam kat Melawati Urban ni baru mencecah 3 minggu umurnya. Macam biasa, cK n geng mestilah pergi ngetest makanan kat sana.

The Menu

Kebiasaannya jalan ke Kopitiam Bangi tu memang akan sesak pasa hari-hari adanya Pasar Malam atau Pasar Tani. Namun sekarang, jalan itu mula dipenuhi oleh pengunjung restoren yang satu ni. I love the ambiance, interior yang cantik. Masih mengekalkan feel kopitiam itu namun ada juga area berhawa dingin yang lebih privacy. Bole je kalau rasa nak sambut besday ke apa kat sini.

The food - Mee Kari Ipoh, Nasi Ayam Hailam, Nasi Dagang

Mem pernah bilang Bangi Kopitiam @ Bangi servicenya hampeh. Cuak jua cK pada mulanya. Tapi, we cant judge the book by its cover kan? Baik cuba dulu sebelum kita boleh komen apa2. As a result, the food is good. The servive sangat memuaskan. In fact, kitaorang nih dah jadi geng dah ngan supervisor poyo nama Zahir itu.


Kitaorang try Roti Bayee dengan kuah kari (ayam rendang dicelup dalam kuah kari), nasi dagang, nasi ayam hailam (this one rasa cendawan butang pada nasi amatlah kuat), mee kari ipoh (this one oso i like) - to name a few la.

New Addicton - Barli Cincau, Teh Cincau

cK kenal satu jenis air baru iaitu Barli Cincau. Sudah jatuh cinta la saya! Yang aneh sikit bila Toti order Teh Cincau. Bukan teh o ok, teh susu tu. So, korang bayangkanlah! Walaupun agak aneh, namun rasanya nyummy! Dan yang lebih best, harganya juga berpatutan. Memang bakal jadi port lepak yang baru la nih..Heheheeh...

Gendang gendut tali kecapi, Kenyang perut tinggallah saki baki

p/s : Jovi, besties sister-in-law-to-be, sudah memulakan tugasan dia sana. Moga rezekinya berpanjangan.

Friday, April 17, 2009

:: Pilih Bulu ::

4 comments:
Pernah tak anda melihat orang terlibat dalam kemalangan?

Apakah reaksi pertama bila anda menyaksikan kemalangan?

Dapatkah anda ambil iktibar dari kejadian tersebut?


Tiga soalan mudah je yang cK tanyakan. Memang cK sendiri pernah kemalangan dan melihat kejadian berlaku. Tak kiralah masa kejadian itu benar2 terjadi atau selepas kejadian itu sendiri.

Reaksi pertama selepas kejadian?
Perjalanan kenderaan2 lain mulai perlahan. Yelah, mana taw nanti kena serpihan kaca ke apa. Tak ke naya. Sapa nak bayar kalau tayar bocor nanti.

Lagi?
Ada la pula yang mula kuarkan pen dan kertas untuk menulis nombor kenderaan yang terlibat. Ha, yang ni buat kaki2 judi. Ntah apa relevannya perbuatan ini pon cK tak tahu. Kot kalau lagi teruk eksiden tu, lagi ong kot number tu? Atau, lebih mahal kenderaan tu, possibility untuk menang loteri lebih tinggi?

Selepas itu?
Kesesakan mula dirasakan di laluan yang bertentangan arah. Ntah apa yang dorang sibukkan. Dok terjengok2 kepala, turunkan tingkap kereta nak tengok kenderaan yang kena. Walhal, bukannya deoarang boleh buat apa2 pun selain dari melihat. Sungguh tak faham!

Yang jelik?
Ada pula yang bertanya "Sapa yang accident? Melayu? Cina? India?" Hello! Would there be any different if the accident involved Malay ? Dapat pahala lebih ke kalau tolong? Ada beza ke kalau yang accident tu India? Haramkah kita menolong mereka? Ini yang cK kurang ngerti. Kenapa nak dibeza-bezakan dengan isu perkauman. We are all human beings.

Yang cedera itu pasti punya kehidupannya sendiri. Punya keluarga. So, kenapa nak tanya soalan macam tu. Tak logik betul lah! Kenapa korang tak tanya je berapa balance account dia dan siap2 buat agreement. Kalau i tolong angkat you, you must pay me RM100. Kalau bawak g spital plak, kena lebih sikit.

Sebab tu ada pepatah yang mengatakan "tangan yang memberi itu lebih baik dari yang menerima". Tak gitu kawan2? Errrr....relevan ke?

Wednesday, April 15, 2009

:: Anak dan Kantor ::

6 comments:
Masa tengah menggosok tudung pagi ni, cK pasang telinga mendengar berita-berita utama dalam surat khabar kita hari ini. Mekasih Ally dan Fedtri (gosh, tenang je mata pagi-pagi tengok makhluk2 comey).

I am pleased to hear that our country new Man has decided to kurangkan pemotongan cukai sebanyak 10% bagi syarikat yang menyediakan pusat jagaan kanak-kanak dalam premis mereka. Not bad!

If i'm not mistaken, kat DBKL ada sistem macam ni (Cik Nad tolong verify kalau u tau). So that, parent yang bekerja dalam company tu boleh bawa anak2 kecil mereka kat taska pejabat. Bila ada waktu senggang, boleh juga jengok2 anak dorang tu.

Think, this is a good step dalam usaha membina keluarga bahagia dan menyenangkan ibubapa. Takdelah mereka bagi bergunung2 alasan untuk tidak ke pejabat sebab "orang jaga anak takde hari ni". Mungkin juga dapat mengurangkan perbelanjaan mereka. I dont know whether pusat jagaan kat opis tuh nanti akan dikenakan bayaran atau tak but hey, at least dah jimat petrol dan masa kan? Tak perlu nak terkejar2 sebab nak hantar anak ke penjaga.

Dan untuk syarikat, kira oklah kan dapat pengurangan 10% tu. At least they play their part in becoming such a concern employers. Penat gak kalau hari-hari kena maki, caci, kutuk ngan pekerja gara-gara takde increment, no bonus..Sekurang-kurangnya, cara ni buat pekerja tarik nafas lega. Not bad , huh?

Amin.

Tuesday, April 14, 2009

:: Bas? Teksi? LRT? ::

7 comments:
Bila dah terhantuk, benjol kepala tu barulah orang keliling nak meraung sekuat-kuatnya. Mangsa yang kena? Belum tentu lagi dapat merasai kesakitan itu sendiri. Silap haribulan mangsa bakal diratapi kerana sudah tiada di dunia ini lagi.

Apa masalah dengan kenderaan awam negara kita ya? Masih mundurkah? Kalau tak silap hemat pemikiran cK dah luak duit ringgit rakyat disalur ke konsortium2 yang berkenaan untuk menaik taraf mutu pengangkutan awam yang ada dalam negara.

Nampak gaya, duit yang dilabur tidak setimpal dengan hasil yang diterima. Ada penyelewengan berlaku? Oooppssss, jangan main tuduh2 ok! Seram nok! Dari kacamata seorang pengguna dan bekas pengguna beberapa perkhidmatan awam, cK teringin nak kongsi pengalaman.

1. Bas
  • Masa sekolah menengah dulu naik bas putih merah, Leng Seng namanya takpun biru putih Bas Sri Jaya. Dulu-dulu ada khidmat Bas Mini yang selalu orang ingat cam sardin! masuk reramai tapi murah dan pantas! Sekarang nih KL tinggal RapidKL, Metrobus (kira paling glamour lah)
  • Memang boleh diterima akal yang dulu2 mana ada bas ber'aircond' semuanya back to basic ok. Bunyi pun tak best. Asap kepul2 hitam!
  • Dulu-dulu sistem pakai tiket ngan konduktor. Lama2 dah ganti ngan mesin masuk duit je. Tak lama lepas tu, Touch&Go pon bole guna. Sekarang? Touch & Go still ada dan jenis sistem tiket kena simpan so that bole guna time pegi balik. Ala-ala tiket LRT jadinya.
  • Bab beratur tunggu bas, masih lagi hingga ke hari ini.
  • Pemandu bas, terkenal ngan sikap pendek akal - nak cepat jek!
  • Penumpang bas? Asyik kena tipu ngan ulat tiket je!
2. Bas ekspres
  • Bab ni cK kurang arif. Maklumlah membesar di KL membuatkan cK kurang pendedahan dalam isu2 nak naik bas balik kampung masa raya, tahun baru, krismas etc. Plus, im not long journey traveller type of gal, not yet.
  • Yang tak best, asal ada je perayaan mulalah terpapar di kaca tv, suratkhabar kes kemalangan jalan raya melibatkan kehilangan nyawa. Dan sekarang ni, bukan musim perayaan pun boleh jadi tragedi.
  • Bila dah ditimpa kecelakaan, mulalah orang tuding jari. Salahkan pemandu bas yang dah berkeping2 saman tidak berbayar. Salahkan syarikat yang permit tidak diperbaharui. Ada juga pemandu yang telah tamat tempoh lesen memandunya! Ni sapa punya angkara? Orang jabatan mana yang tak buat kerja? Hang dok buat tahi mata ka?
  • Personally, lagi rela naik kereta dari naik bas express yang tak menjanjikan keselamatan!
3. Teksi
  • Dari teksi kaler itam kuning zaman dolu2 sampailah sekarang dah ada warna merah putih, lime. Pendek kata, cuma warna yang bertukar tapi servisnya? Takuk tu juga.
  • Masih kekal dengan isu 'tak payah pakai meter, rugi je', pemandu yang pilih bulu, meter modified...still the same. Yang berubah mungkin teknologinya.
  • Diperkenalkan meter yang beresit. Tapi berapa kerat sangat driver yang nak print resit2 tu? Katanya duit untuk kertas resit tu je pun dah mahal. Kenalah kita bertekak nak suruh dia print juga just for the sake nak masuk dalam claim.
  • Pemandu teksi negara kita juga agak selekeh. Tak cukup dengan itu, teksi dorang pun sama je macam tuannya. Bau hancing, hapak..ntah apa apa lagi. Bila naik, rasa cam nak muntah pun ada. Walaupun tak semua, tapi kebanyakannya.
4. LRT / Monorel / Komuter
  • Putra, Star - nama je gempak. Ada macam layanan anak raja ke? Atau mungkin bintang2 filem? Jauh dek non oiii!
  • Tambang, masih berpatutan dengan adanya pas bulanan.
  • Masa? Menjimatkan cuma menyakitkan hati bila selalu sangat ada masalah teknikal dan babak tergelincir di landasan.
  • Selesa? Pause, yea rite there. Bayangkan diri dihimpit rapat, terasa bagai diremuk, kesukaran bernafas, peluang tinggi untuk menhidap penyakit berjangkit dan boleh pengsan bila-bila masa sahaja.
Maka, sejauh mana duit kita dilaburkan ke jalan yang sepatutnya. Bersyukurlah dengan apa yang ada dan berdoalah untuk yang lebih baik. Namun begitu, cukupkah hanya dengan berdoa sedangkan ada insan lain yang sedang enak dibuai mimpi diatas takhta ciptaan sendiri?



Monday, April 13, 2009

:: Luahan Hati Bakal Receptionist ::

12 comments:
Ya. Jangan betulkan skrin anda dengan cuba me'refresh' laman sesawang ini. Apa yang korang baca itu akan jadi kenyataan tidak lama lagi. Tunggu je la tarikh keramat itu menjelma.

Kenapa timbulnya idea ni?
  • Gawat dan lebihan tenaga katanya. Kenapa perlu ada lebihan tenaga kerja bila kerjanya sudah berkurangan?
  • Ada sesetengah golongan yang cuma bijak mengarah dan tidak sedar akan tanggungjawab diri sendiri dalam usaha menyumbang kepada pertumbuhan organisasi ( I can do this, I am good with that but at last all bullshit!)
  • Nak beri peluang untuk lebih mengenali dunia keliling. (I thot we are suppose to limit our conversation to just the Office people and not to the student?! What now?)
  • Kononnya berat sama dipikul, ringan sama dijinjing (Yeah rite!)
Bagaimana ia bakal dilaksanakan?
  • Tugasan seorang receptionist ini akan dibahagi kepada dua shift. (I hate shift but what can i say!?), Ada morning dan afternoon shift.
  • Ada cadangan untuk cabut undi bagi menentukan giliran. Excuse me! This is not election la. Nak cabut-cabut undi segala watper. Just draft that damn fuck*** schedule and distribute it to those involve.
My comments :
  • Ni la first time cK dapat tugasan jadi receptionist nih. Ada tertanda gamaknya dalam borang masa minta kerja dulu kot?
  • This is such a small issue. Cam kuman je. Bab2 office maintenance segala ni bukankah jatuh dalam bidang kuasa Admin??? Bukan macam tu ka? Is that so hard to think of?
  • Sumone make a remarks "Tetamu i, i uruskan sendiri". Maka, keje korang tu buatlah sendiri!
  • Bz sangat ke korang2 tu selain dari anta email berangkai yang macam2 pesen, main game, YM, main game, FB, main game, baca blog,main game, request payment (yang selalu babas), main game, OT, main game, update cuti orang (bukan hari2), main game,payroll student, main game. U go figure!
  • Nak buat konsep tolong menolong? Pernah korang angkat tahu orang lain buat apa? Dah siap keje ke? Susah nak abiskan keje ke? Ada ? Ada? Sekarang nak orang plak tolong korang. Apa kes?
  • Separuh hari dok bersidai kat reception area, email2 yang melambak sapa nk bukak? Call segala sapa nak pickup? Nak ke cK jam kan phone call 24/7? Biar padan muka sorang2! Kalau sorang je yang dok luar tu, ko angkutlah CPU ko ke depan sana buat kerja dediam.
  • Ada plak sorang 'jelmaan' kat luar tuh, lagi la putus selera nak jawab call!
Knowing me, I'm not berkira punya type nor sudi dibuli katak. This is so ridiculous la. Ntahapehape. Memang dasar 'hungke'. cK nak praktis jawab call ngan nada manja "Hellloww..Bole Saya bantu?"

:: The Doggy Style ::

7 comments:
Pagi ni cK buka email.

Buka email tengok2, ada banyak perutusan dari seluruh alam maya.

Yang paling tak lalu, bila tengok email yang satu nih. Cuba korang tengok betol2 sahih ke tak gambar2 yang ada nih. Manalah tahu di zaman teknologi canggih nih ada je yang suka nak test tahap kreativiti masing2.

Sila scroll ye.

Baby ke Puppy(?) di samping adik beradik yang lain.


Apakah jantinanya?


Sayang adik!


Apa yang cK fikir bila menatap gambar2 ni (ada banyak lagi, but i only want u guys to look at those extraordinary shots je) :

1. Sungguh keji andai ini benar-benar terjadi.
2. Sampai boleh ngandung dan beranak anjing tu dikerjakan dek keris azimat kaum Adam. Ishh...boleh ngaku umat lagi ke?
3. Dah kurang sangat ke wanita di dunia ni sampaikan binatang pun boleh jadi mangsa melampiaskan nafsu?
4. Fikir-fikir balik...memang dua makhluk ni sejenis, as in memang dari golongan yang sama. Satu anjing satu lagi hanjeng!
5. Mesti anjing tu sengsara kan time nak dikerjakan. Camna lah dia bole bernafsu ngan menatang tu.

p/s : Aiseh, adakah ini bermaksud orang-orang kampung yang ada pet, sila limitkan belaian anda. Dikhuatiri akan menyebabkan nafsu tinggi! Heh!

Friday, April 10, 2009

Thursday, April 09, 2009

:: THE NEW LINE UP ::

4 comments:

KUALA LUMPUR: Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak's new Cabinet will have 28 members. Two ministries have been abolished.

New Cabinet line-up:

Prime Minister and Finance Minister 1 - Datuk Seri Najib Tun Razak

Deputy PM and Education Minister - Tan Sri Muhyiddin Yassin

Finance Minister 2 - Ahmad Husni

Ministers in PM dept - Nazri, Nor Yaakob, Koh Tsu Koon and Jamil

Transport - Ong Tee Keat

Maximus Ongkili - Science and Technology

Ahmad Zahid Hamidi - Defence

Hishammuddin - Home

Shafie Apdal - Rural Development

Kong Cho Ha - Housing and Local Govt

Liow Tiong Lai - Health

Ng Yen Yen - Tourism

S. Subramaniam - Human Resource

Douglas Uggah - Natural Resources and Environment

Shahrizat - Women, Family and Community Development

Mustapa Mohamed - International Trade and Industry

Khaled Nordin - Higher Education

Rais Yatim - Information, Unity, Culture and Arts

Noh Omar - Agriculture

Shahziman Mansor - Works

Ismail Sabri - Domestic Trade

Ahmad Shabery Cheek - Sports

Anifah Aman - Foreign

Raja Nong Chik - Federal Territories


CAN THEY MAKE IT OR BREAK IT?

:: Cuak Seh ::

4 comments:

Umah kat mana?
Ooo..kita tinggal....
Eh!!! Apasal teksi ni slow nih? Nak ke mana nih?

*sigh*

Selalu memang naik LRT eh? Turun kat mana eh?
Ha ah. Selalu turun kat ........
I'm yooooouuurrsssss...Du du du du...la la la laaaaaaa....

*huh?*

Lama dah keje situ?
Adalah dalam .................
Hey! Merah plak lampu ni!!!! Apalah brader depan ni!!!

*Apakah?!&^%^*


Pernah tak korang trap dalam conversation yang ala2 camni? I mean...one party ask u one thing and when u begin to reply, dia mula jerit2 or nyanyi dan bercakap pasal benda yang takde kaitan langsung ngan soalan dia tadi.

Giler terencat akal gwe! Terus terang, tak pernah lagi cK terperangkap dengan kondisi sebegini. Inilah yang pertama dan harap-harap no more in future. Tak boleh blah tol! I need to find solution for this. Esok lusa kot kalau jumpa lagi, takdelah gwe blur ayam ngan dia lagi. Errr...nak jumpa lagi ke?







Wednesday, April 08, 2009

:: Bila Baju Menjadi Isu ::

6 comments:
Pada hemat cK, ini hanya isu biasa. Tapi, bila kita terkena mulalah rasa pedih hati, jiwa segala anggota. Pernah tak korang berjalan dan perasan orang kat keliling korang pakai something yang agak aneh and u'll end up talking to yourself "Why is she wearing that?" or "Why on earth did he put on that thing?".

We are not born to be a fashionista who owns a label and give you freedom to critics on other's appearance. Namun, kebanyakan kita ni memang suka mengkritik orang-orang sekeliling dan membandingkan mereka dengan diri kita hatta dengan artis juga.

Bare in mind, trend akan silih berganti but that does not mean you have to be in trend to be my friend. Ugly duckling or ugly betty, dont bother much lah! Unless you are celebrities, please seek advise from the experts. We dont want our tv and mags to be filled by bunch of pictures of 'us', if you know what i mean. Still, no over rated clothing (which look so unreal in real situation) to be filmed in movie or drama. Takkanlah minah keje kilang can afford beg LV plak kan? Atau seorang maid mampu pakai jean Victoria Beck plak.

But what do you do when someone close to your heart has been spotted wearing the not-so-nice-outfit? Again, the baju is not as important as your relation with your friend. Budaya kita, cakap biar berlapik. Kawan yang baik akan memberikan teguran seikhlas mungkin. How?

1. DON'T start the conversation with "Ko pakai baju nih nampak macam kontraktor rambut kembang lah". Hello! Kita ni nak menegur bukan menghina ok?

2. Try to ask him/her something like this first "Eh u..Can i say sumtin tak?"

3. Bila dia dah kata "What?"..Korang pun susunlah ayat sedap sikit. "I rasa, baju ni kurang sesuailah dengan u".

4. Sambung sikit ngan kata-kata berbaur pujian. Contohnya : "Baju nih buat u kurang chomel", "Kalau u pakai baju yang lagi satu tu mesto lagi lawa"

5. JANGAN bandingkan mereka dengan objek, keadaan fizikal atau orang yang tak sepatutnya. Macam ni contohnya "Waaahh...baju ko nih sendat dah macam sarung nangka je aku tengok!" takpun "Ko rabun kaler ke apa pakai baju gini?". Confirm tunggu masa kena sepok!

6. JANGAN sesekali korang buat teguran tu sambil gelak terbahak-bahak. Nampak naw tak ikhlas. Plus, mesti korang dah bayangkan yang bukan2 kat dia kan? Keep it to urself ok. No matter how jujur one is, please have some thought on others feeling.

So, susah sangat ke nak menegur orang?

:: Kotor Sudah, Pelangi Indah ::

2 comments:
Fuuhh..terasa macam nak kena samak plak laman rumah cK ni. Ini semua gara-gara si babe a.k.a bimbo itu. Semak lah!

Nasib baiklah ada laman yang boleh dipalitkan dengan sedikit kotoran. Tapi ni cam dah kira najis plak ni kan. Aduyai...patutlah jejiran takut nak masuk. Kang menyusahkan diri je. Nak kena cari air tanah segala.

Compare to yesterday, today is farr off better. Starting my day looking at the rainbow. Serius cantik. Bukan senang2 ok nak nampak pelangi 7 warna itu (ada ke pelangi lapan or sembilan warna?). Nampak je pelangi, hati dha berbunga girang.

Petang nih pula, kalau ikut perancangan ada edisi makan-makan (addduiii...bab ni memang pandai). Ade plak yang ngajak ke muvee. Well, hari Rabu memanglah tiket murah. Tengoklah camne keadaannya.

Apa-apa pun, saya sudah kembali senyum!

Tuesday, April 07, 2009

:: U R SUCH A BABE ::

5 comments:

Oit Bimbo!

Apa kes ko nak laser2kan aku eh?

Ada aku bercakap ngan kau ker?

Ada aku sebut nama kau ker?

Ada???Ada????Adaaa???

Lainkali tolong jangan masuk campur kalau tak tahu ujung pangkal. Aku tak cuit kau, kau jangan mengada nak cari pasal.

Bila aku buat muka sengal, mulalah kau bercakap macam orang hilang akal.

Otak kau masih dangkal, tak cukup masak nak dijadikan tangkal.

Buzz off before i chop your head off!




p/s : My morning sucks. I just hope it wont last. Worst still, everything seems so shitty.



Monday, April 06, 2009

:: Cobaan Bunuh Diri ::

8 comments:
Betul!

Ini bukan cobaan.

Ini bukan mainan.

Dalam perjalanan pulang dari Mid Valley pada hari Sabtu yang lalu, ada satu kejadian diluar dugaan telah terjadi. cK kategorikan pengalaman itu sebagai sesuatu yang aneh dan diluar kebiasaan normal.

Dengan deruan kereta yang laju memecut 100 km/j di sebatang jalan berdekatan dengan Pos Malaysia, tak semena mena seorang lelaki separuh abad melintas jalan sambil mendepangkan tangan. Korang try imagine macam Kate Winslet dalam cerita Titanic scene kat dok kapal tu. Sebijik camtu lah!

Apa yang memusykilkan benak pemikiran me n besties nih, pakcik tuh buat aksi tu sambil tersenyum lebar. Nasib baiklah kereta kami sempat mengelak daripada melanggar lelaki tu. Tak puas hati, lelaki masih teruskan aktiviti melintas jalan dalam posisi tangan yang sama.

cK pandang belakang dan nampak kereta belakang tuh agak terhoyong hayang dek kerana mengelakkan pakcik yang sorang nih. Apa kes?

"Eh leq! Aku rasa dia nak bunuh diri la"
"Takkan lahh...."
"Abistu? takkan dia saje lintas camtu suka-suka?"

My bff cuma angkat bahu je. Seriously, i freak out ok. Berdebar gile rasa degup jantung den ni ha! Lomah yo raso! Apo kono acik tuh lintas jalan songeh2 mintak kono langgar!? Lima minit berlalu dan...

"Eh, ko rasa dia memang nak bunuh diri ke lintas camtu?"
"Tak tawu la Leq. Tapi...aku rasa macam tu la kot..."

Seram seh!


:: Akukah Kak Ros itu? ::

3 comments:

Adzratul took the karakter dalam upin ipin?? quiz and the result is Kak Ros!haa anda banyak membebel ni... pastu garang giler.. orang takot nak ngorat anda..baek2..jangan jadi andartu tak pon bujang lapok ye.. tapi nasib baik lah anda ni ada sifat2 kakak yang sgt menjaga adik2 nya ye...

p/s : Ish ish ish....siool punya Facebook!

:: Pantas dan Garang ::

4 comments:
Sounds funny init? Kalau korang pegi tengok wayang cerita Fast and Furious, memang itulah translation tajuk cerita. Tapi takper, tak berapa penting pun translation tu. Tidak sama sekali mencacatkan jalan cerita.

Semua pelakon (baik pelakon utama or pak pacak sekalipun) memainkan watak masing-masing dengan sangat baik. Jalan cerita yang menarik. Stunt, CGI yang langsung tak mengecewakan. Walaupun bukan dalam format 3D (yang korang kena tengok pakai spek kaler merah biru tu), Fast and Furious memang sarat dengan aksi yang gempak.

Di awal filem pon dan rasa sentap kecut perut menonton. Belom masuk lagi bab lumba atas jalan yang langsung tak ditutup. Laluan perjalanan pula hanya diterima dari GPS semasa perlumbaan telah bermula. Seyes best! Bab cintan cintun plak, takde nak melucah2 pelok2, raba2 sini sana. I loike. Its a tough but sincere feeling gitu.

As a result, cK sanggup nonton lagi kalau ada antara kamu yang pingin teman. Dominic Toretto, Brian O'Conner... u melt me lah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...