Friday, April 24, 2009

:: Lauk Pertama ::

Dikenang-kenang kembali, cK pun tak ingat bilakah mulanya timbul minat memasak ni. Mungkin masa tadika kot? Sebabnya kat tadika kemas Kg Padang Balang tu ada pondok mainan. So, cK adalah antara pengunjung tetap pondok tadika itu. Nak lagi kalau bulan puasa. Sebabnya cK sorang je yang dah belajar puasa masa tu. So, time makan je cK kena la lepak dalam tu walaupun hakikatnya cK cuma puasa separuh hari. Abis je skolah, Mama bagi upah eskrem. Hahaha.

Nak disedapkan cerita pula, Mama cK akan ambil tempahan kuih raya (she still do) bila musim lebaran. Jadi, cK ni akan tunggu je kot ada yang rentung ke nak buat ratah. Susah beb nak jumpa sebab mama ni pandai jaga api. Bila dah tengok Mama menguli segala tu, terdetik la hati nak buat kuih sedap2 cam Mama gak. Tapi, cK mampu uli tanah liat ala playdoh tuh je la. Kalau bagi oven sebiji, silap2 cK yang masuk dalam tuh panggang diri. Oh No!

cK ni nak kata rajin sangat2 ke dapur tu tak juga. Nak kata malas sampai tahap kena heret tu pun takla juga. I cook when i feel to do it. When i want to eat dishes yang cK rasa sedap je cK buat sendiri (perasan!). Ha ha! But thats my kitchen's Principal. Never force me to do the cooking.


Apa lauk pertama yang cK belajar buat eh? Telur dadar! Sebabnya, cK sangat2 suka makan telur tuh ngan nasi letak kicap. Ingat senang ke nak terbalikkan telur tu tanpa membocorkannya? Praktis banyak kali ok! From there, cK berkembang belajar buat telur masak kicap plak. Hiris2 bawang segala. I have this habbit yang suka sangat hiris menda halus2. Kalau kasar2 tuh rasa tak tertelan je. Mau sangkut tengah tekak. Seksa2!

Bila rasa dah terrer sikit, mula kenen2 nak masak Ayam Masak Lemak Cili Padi. Yang ni mesti kena letak kentang dan serai. Baru nanges makan. Dan cK berani kata, dish nih memang boleh menyebabkan cK senyum bangga. Betollah! Time raya buat la rendang, kuah kacang segala. Sebabkan cK ni rajin je perati2 orang masak, tgk rancangan masak2 sume kan...So, kalau dapat resepi tu kira bolehlah cK masak juga. Takdelah too rigit or terkulat2 bila baca resepi tu. Yang penting menjadi!

Lagi satu, cK ni suka je ngetest2 menda yang rasa2 logik akal. Somehow i got this sense of cooking la kononnya. Boleh detect lauk nih campur apa, ada rasa rempah apa. So kalau nak masak sendiri, boleh lagi cook by heart la kira. Taste bud yang sangat peka.

Cuma masalahnya kan, cK ni lemah sikit bab2 kuih tradisional. Kalau bab klim karipap tu, huduh sangat rupanya. Tu belum suh buat kuih koci ke apa. Mau purple muka! Ahahaha! Tapi kalau Buah Melaka, itu sonang ajo! Ahaks! Glup glup dalam air panas, tau2 timbul je. Hehehe...I loike. Itu cerita cK, korang camne?

9 comments:

Pink Marie said...

dah. jgn ckp byk lagi.

masak utk mek mlm nie!

DoOrDie said...

amboihh!!! lagu tu ka?

Pink Marie said...

tanak lagu.

nak lauk. heh

Mem Aluya said...

Nak jugak. CK, I nak kek birthday.

Dory said...

i nak makan nasi mandi ye.. ayam tu sebelah je, sekor byk sgt.. hehe

Mira a.k.a Toti said...

aku dh selalu masak for u ni... bila ur turn? ngee :D

aku mau....rendang daging, lontong, ermm ape lg ek??...hah! mee kari!

nnt bgtau ye klu dh masak! tima kasi!

Mira a.k.a Toti said...
This comment has been removed by the author.
DoOrDie said...

amboi2...nanti i suh masing2 buat wishlist na?

Toti, macamlah aku tak penah masak untuk ko..siap satu umah lagi. Nanti kita main masak2 kat umah ko eh?

Mira a.k.a Toti said...

bole2 bila mau?... kasi roger je kat aku...ok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...