Sunday, April 26, 2009

:: Selsema Punya Cerita ::

Percaya atau tidak, kehidupan seharian kita dilingkari dengan pelbagai wabak dan jenis penyakit. Daripada yang biasa kita dengar sampailah ke yang pelik pelik. Itu belum kira penyakit-penyakit mistik lagi. Berjela-jela jenisnya.

Jom kita ungkai penyakit yang ada secara rawak.

a) Selsema Biasa

Selsema ini turut mempunyai nama glamer iaitu influenza. Cam sedap je nama dia kan? Tapi tidak pabila korang sendiri yang menanggungnya. Ada dua stage dalam penyakit ni. Yang mula dengan cairan cair jernih keluar dari hidung masih dikira peringkat awal.

Namun begitu bila mula rasa langit-langit agak sakit itu menunjukkan selsema telah masuk ke peringkat serius. Ini diikuti dengan cairan berwarna hijau yang mula membeku didalam saluran hidung. Ada masanya cairan pekat ini turun bercampur dengan darah hasil dari hembusan kita yang agak kuat untuk mengeluarkannya dari salur hidung.

Bagi jenis orang yang agak pengotor, cairan itu dibiarkan membeku supaya mereka dapat melakukan operasi melombong tanpa melekit. Percayalah, selsema ini juga boleh menyebabkan kesukaran bernafas dan hidung tersumbat.

b) Selsema Burung

Sejajar dengan namanya, agen utama pembawa kepada penyaki ini adalah keluarga burung. Tak kira burung gagak ke, burung merak, burung unta malah ayam juga tergolong dalam agen yang bertindak untuk menyebarkan wabak ini.

Time-time ni lah, Tok Ketua mula rasa risau kerana ayam peliharaan terpaksa dilupuskan. Kalau tak dihapuskan, nanti satu kampung plak kena penyakit. Mangsa yang terkena penyakit ni selalunya akan mengidap demam panas yang amat teruk dan sukar diubati.

Maka dengan itu, langkah awal pencegahan amatlah dititik beratkan. So, no ayam when this flu strikes.

c) Selsema babi

Yang nih paling latest dalam market. Kot sapa sapa yang berkenan boleh la melanggan. Manalah tahu kot korang nak dapat MC senang kan. Namun begitu yang ni la yang paling bahaya setakat ni.

Sebabnya dia menjangkit melalu orang. Mula dikenal pasti Kat Mexico. So, kalau korang nak pegi melancong ke sana baiklah batalkan niat. Layan je telenovela Mexico dah cukup, takyah ngada2 nak pegi sana untuk sementara waktu nih. Kot ada yang baru pulang dari sana, cuba2 la check up kat Hospital untuk langkah berjaga-jaga.

Kenapa ianya tak dipanggil selsema homo eh? Ke selsema sapien ke? Awat selsema Babi...musykil cK. Nak kena bakar ke semua stok2 babi yang ade dimuka bumi? Ermm...takleh kot..kang wabak lain lak tersebar. Tak daya!

Anyway, korang jjaga diri baik2 ye. Amalkan permakanan yang seimbang dan jalan hidup yang sihat. Berkat, selamat!

6 comments:

~ beaber ~ said...

prevention better than cure ...

good info and very the cepat ...

always took care of our health nehh

regards

SilverFerio said...

am having no 1 flu

DoOrDie said...

beaber : kita kan cayang korang sumer! Anyway, ada cema2 beaber tak???hehehehe

baman : ohh...u always do..soup time! syuuhh...cepat makan ubat!

Tun Jusoh Patail said...

pecaya atau tak, sikit masa lagi akan ada seseme katak, sesema mentadak, sesema mengkarung, sesema belacak dan sesema street

DoOrDie said...

wakakkakakakak!!! Jusoh buat kelaka!!!

armouris said...

lagi info tentang swine flu kat sini - FAQ on Swine Flu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...