Sunday, February 28, 2010

:: Kak, Tuan Rumah Ada? ::

2 comments:
Tersebutlah kisah di suatu pagi Ahad yang damai. cK dan keluaga bersarapan Mee Hailam sedap yang Mama sediakan. Licin sampai tambah lagi setengah pinggan. Mana tak selera, siap ada cili jeruk woo. Dah kenyang perut, Mama , Papa ngan Ewok keluar jap. Tinggallah cK ngan Dekdek.

cK layan tengok TV sambil nyanyi-nyanyi. Tiba-tiba cK dengar sayup-sayup je suara orang bagi salam sambil mengetuk2 pintu pagar rumah cK. Sebagai orang yang berbudi bahasa, cK pun bangun dari sofa dan berjalan yakin keluar rumah. Kebiasaannya hari-hari cuti ni ada je orang datang nak minta sedekah, jual barang ngan macam-macam lagi.

Sambil senyum simpul, cK tengok mamat yang berbaju uniform warna hijau biru tu. Dialog di bawah pun mengambil tempat.

Mamat : Selamat pagi, ya.
cK       : Selamat pagi.

Bagus juga...bersopan je..tak kisah sangatlah loghat Indon dia tu... then sambung lagi...

Mamat : Ermm...Kak, Tuan rumah ada?
cK       : Huh? (Mata bulat)

Dek kerana dia tengok cK macam tergamam ala2 blur ayam...dia buat siaran ulangan...

Mamat : TUAN rumahnya ada?
cK       : Oh, tuan rumahnya tiada. Keluar. (Dengan slang Indon)

Soalan :
  • Adakah mamat tersebut secara tak langsung menganggap cK ini adalah pembantu rumah? 
  • Adakah dia terlalu naif dan buta untuk melihat betapa comelnya cK untuk menjadi seorang yang pembantu rumah? Kot surirumah tu takper la juga kan.
  • Andai cK ditakdirkan jadi pembantu rumah, agak-agak dari negara manakah asal cK?
  • Huduh sangat ke baju yang cK pakai hari ni sampai mamat tu ingat cK pembantu rumah?
Meh sini korang tengok apa cK pakai hari ni. 


Kesimpulan : Takmolah pakai baju putih lagi bila dok umah.



What's Wrong With You People?

Saturday, February 27, 2010

:: Kisah Bola, Seksa, Dosa ::

2 comments:
Kata saksi :

“Dia tendang budak itu macam bola dan langsung tak pedulikan jeritan orang ramai yang melarangnya,” kata Ahmad Fikri Khalis, 19, yang menyaksikan Syafia Humairah Sahari, 3, dibelasah sehingga mati di padang bola sepak di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali, dekat sini, petang kelmarin.

Saksi kata lagi :

“Mulanya dia menampar dan menendang budak itu. Apabila mangsa terjatuh, dia memijak kepalanya walaupun menyedari perbuatannya dilihat beberapa remaja yang sedang bermain bola sepak,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.
 
Saksi tambah sikit lagi :

“Kami (penduduk) bukan tak nak tolong, tapi diugut lelaki berkenaan supaya tidak campur hal keluarganya,” katanya.

 Statement yang ni yang paling cK tak boleh blah:

Ahmad Fikri berkata, dia dan puluhan lagi rakannya yang menyaksikan kejadian itu tidak mungkin dapat melupakan kekejaman lelaki berkenaan. 

Berita penuh, korang bacalah kat sini.


Pandangan cK dalam isu ni:
Semua yang terlibat - mak, boyfren, nenek, jiran tetangga semua ada otak, takde akal. Later i tell u why.

1. Mak Mangsa Yang Cacat Akalnya
  • Macam mana ko boleh lepaskan boyfren ko jaga  anak perempuan ko? Tak tengok tv ke? Situasi macam tu selalunya akan berakhir dengan liwat atau rogol takpon dera. Itu pun nak kena ajar ke?
  • Yang buat aku marah, apahal sampai 6 tahun ko bersekedudukan sampai dapat sorang anak luar nikah? Dah duduk sekali, apasal ko tak nikah je?
  • Mungkin ko patut diseret keliling semua padang bola yang ada dalam Malaysia ni.
 2. Boyfren Yang Dayus
  • Ko ni skolah sampai darjah berapa sampai tak tahu nak beza bola ngan kepala budak? Tak sangka, walau dengan status suka paling popular dia kalangan laki2 sampai sanggup buang masa kat mamak pon ko takleh beza mana bola mana kepala. 
  • Pasal budak tu leka tengok org main bola ko naik hangin main sepak-sepak pastu pijak-pijak? Tak dengar cakap ko, ko marah...ko tak dengar cakap Tuhan, apa cerita pula? 
  • Dah ko pijak budak tu sampai lembik, ko menipu plak kata budak tu accident. Berani buat, berani tanggung la Dol. Apasal ko kecut?
  • Ko mengaku pulak ko "bapak tiri" walhal ko nikah pun tidak, mak dia je ko tarah.
  • Ya, kau pun layak diseret keliling padang bola dalam Malaysia sambil ramai-ramai orang sepak kau macam bola.
 3. Nenek Yang Glemer
  • Yang ni aku musykil sket. Nampak macam nenek ni sedih kehilangan cucu. Tapi, nenek ni juga tahu pasal Boyfren Yang Dayus tu.Nenek ni tahu ke buat-buat tak tahu untung nasib cucu?
  • Takperlah, nenek mungkin juga tak salah.Syok kot dapat cover masuk Buletin Utama
4. Jiran Yang Ado
  • Konsep jangan jaga tepi kain orang korang tu aku suka TAPI takkan sampai menghalalkan DOSA kot?
  • Yang ramai-ramai tengok budak tu kena dera sampai abis nyawa, korang tak tolong pasal kena ugut dek lelaki yang sorang tu? Eh, lelaki zaman sekarang ni makin bacul ke? Ya, i refer to lelaki sebab katanya ramai  lelaki tengah main bola waktu tu.
  • Lepas tu ko leh kata ko TAKKAN boleh lupakan apa yang jadi? Tolong ingat baik-baik ya cik abang. Nyawa seorang insan melayang dek kerana kebodohan korang yang hanya mampu menonton tidak menolong.

 Al Fatihah buat arwah.
I just have to say this. What's Wrong With You People?

Tuesday, February 23, 2010

:: Perempuan Tak Bijak Membuat Keputusan ::

8 comments:
Sedutan artikel suratkhabar Utusan Malaysia:

KUALA LUMPUR 22 Feb. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini meluahkan kebimbangan berikutan penguasaan penjawat wanita dalam perkhidmatan awam yang semakin meningkat sekarang.

Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd. Zin berkata, trend masa ini menunjukkan semakin ramai wanita dilantik memegang jawatan sebagai pembuat keputusan dan situasi itu mempunyai implikasi jangka panjang dalam aspek kemajuan dan pertumbuhan negara.

Contohnya kata beliau, hampir tiga perempat daripada jawatan baru dalam perkhidmatan pegawai tadbir dan diplomatik diisi oleh wanita.

Ahmad Shah menghujahkan perkara itu bertentangan dengan polisi kerajaan sekarang yang memperuntukkan hanya 30 peratus jawatan pembuat keputusan kepada kaum wanita.

**Untuk berita penuh, sila klik sini.

My two cents : 

1. This whole article is more to degrading women in general rather than to express one's concern.

2. Adakah dengan adanya lebih ramai boss-boss wanita, sesebuah organisasi itu akan lingkup dan gulung tikar? Teruk sangat ke skill pengurusan seorang wanita? Haven't you heard names like our reputable Governor, Tan Sri Dato' Sri Zeti Akhtar Aziz? Yvonne Chia? Datuk Bridget Lai? Bukankah mereka wanita? I am proud to say, they have done a good job. So, your lame theory is yea..again, LAME.

3. Perempuan hanya layak ditadbir dan bukan mentadbir? Wake up? We are not just a flower pot lah. You got your degree, we own ours too. What's so difficult in accepting the fact? Still, ketua rumah tangga, lelaki yang pegang. Tak cukup ke? Pikul lah tanggungjawab yang penting tu dalam menentukan hala tuju keluarga, ke syurga atau ke neraka. Tak payah sebok2 kalut fikir hal duniawi ni sangat.
4. Ego yang Maha Besar. As much as you hate to admit it, guys...listen. Dari kecil, korang memang telah diperintah oleh seorang wanita yang bernama IBU. She told you what to do, and when. Why cant you just listen, and do what's need to be done. Be professional lah.

5. Seramai-ramai orang atas, orang bawahan yang bernama LELAKI...banyak tu jugalah kes duit kopi, angpaw yang jadi. Sebab? Lelaki suka bab2 RASUAH. Berapa kali dalam sehari, atau ok lah...seminggu kalau tengok berita tu yang ahli lembaga pengarah syarikat sekian2, atau Yang Berhormat wanita nama sekian2...disiasat / ditangkap atas tuduhan rasuah? Fact kan?

6. Orang pompuan lebih suka BELAJAR. Pergi je mana-mana Uni....majoriti sapa yang ada? So, takyah nak bising2. Dah kami2 ni belajar tinggi2, dapat result yang best2...tiba-tiba! Dalam company nak serah kat tangan lelaki yang mungkin hanya SRP? (Kejam plak rasa kenyataan ini).

7. Lelaki jadi orang atas, tidak menjamin kesejahteraan. Tengok je negara-negara membangun, perang gak sana sini. Ramai je yang mati. Kot dulu Imelda Marcos tu, paling kuat...buat koleksi kasut je, takpun ada sapa2 yang cedera.

Again, Whats Wrong With You People?

:: Membaca Itu Amalan Mulia, Tapi ... ::

2 comments:
Dek kerana server yang merajuk kerana seronok menyambut Tahun Tiger, kerja-kerja perjabat agak terganggu.  Maka, cK mencari bahan-bahan bacaan yang boleh dimanfaatkan. Maklumlah membaca kan amalan mulia.

Memandangkan internet adalah medium yang paling mudah diakses di pejabat, cK pon browse2 la laman sesawang yang berkenaan. Sebagai seorang penulis dan pembaca blog yang suam2 kuku, cK sempatlah menjenguk sebuah laman yang sentiasa mengutarakan topik2 yang boleh membuat kita berfikir.

Berapa ramai antara korang yang berbelanja untuk membeli senaskah surat khabar? Masih ramai, kan? Jenis apa? Aliran perdana? Tabloid? Suratkhabar bersaiz tabloid memang sangat popular sekarang kerana ianya senang dibawa (walaupun tebal). Dan, ada akhbar yang berbahasa Melayu amat sarat dengan iklan2 dari pengeluar, pengedar yang berlumba-lumba melariskan produk mereka.
Pernah jumpa iklan ni?


Macam ada bersepah merata dalam keluaran hampir setiap hari akhbar berkenaan. Sejauh mana keberkesanan produk terbabit, tak dapat cK pastikan kerana cK tak mungkin berpeluang untuk mencubanya selain daripada bersyukur dengan kurniaan Tuhan.

Yang tak best tu, iklan-iklan yang sewaktu dengan iklan tadi turut disertakan dengan hadis / riwayat yang dipetik dari pelbagai sumber bagi mendorong pembaca yang taksub untuk terpengaruh dan membeli produk mereka. Sebagai contoh :


Extreme isn't it? Dalam pada usaha kerajaan nak menggalakkan kempen membaca, adalah lebih wajar pihak2 yang terbabit secara langsung dalam membekalkan bahan bacaan untuk sekalian rakyat lebih peka dengan bahan-bahan yang dipersembahkan untuk pembacaan.

Kenapa? 

Ini sebabnya :

1. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Itu kata orang-orang tua. Maka, anak2 sekecil 5,6 tahun yang sudah memulakan sessi pra-sekolah, tadika akan menjadikan surat khabar sebagai bahan bacaan mereka. Apakah yang perlu diberitahu pada mereka apabila mereka bertanya "Abah, kepuasan optimum seperti malam pertama tu apa?" atau mungkin "Ibu, alat kelamin tu apa?". Apa nak jawab?

2. Surat khabar juga dibaca oleh remaja. Memandangkan negara masih gusar dengan isu buang anak, haruan makan anak, anak ikan dan macam-macam anak lagi, pengurangan atau pengharaman iklan-iklan seumpama iklan diatas mungkin boleh membantu mereka tidak terlalu bernafsu untuk mencuba segala apa yang ada dipasaran. Ini sekaligus dalam mengelakkan kemungkaran.

3. Selalu juga baca kes, ada lelaki tiba2 mati pucuk lepas try produk2 ni kan? Atau perempuan yang menggelupas kulit bila pakai ntah apa2 losyen kan? So, stop those freaking ads to minimize the chances for the idiot to do stupid things.

Last but not least , Wat's Wrong With You People?

:: Bila Barat Bertemu Timur ::

4 comments:
Saya suka makan. Sangat-sangat suka. Tapi, tak semua benda saya makan. Yang dah sahih tak halal tu memang lah saya tak makan ataupun minum. Saya paling menggemari masakan Mama saya. Memang boleh tambah berpinggan2 nak pula kalau memang lauk kesukaan saya. 

Selain daripada juadah2 dalam negara, saya amat menyukai masakan / makanan orang Itali. Oh, tidakkk...saya tidak bercadang untuk menjadi menantu orang Itali tapi kalau tak jodoh, saya tak menolak. Hiks. Dalam usaha untuk memvariasikan makanan yang sedia ada, saya sekeluarga memang suka mencuba pelbagai idea-idea baru dalam penyedian makanan.

Jangan risau, kawan2. Setakat ini, tiada percubaan yang menyebabkan perot kami memulas-mulas atau lebih tepat, tidak ada perkataan cirit birit dalam kamus makanan kami. Jangan ketawa. Ini kenyataan ya? Bertitik tolakkan tahap kekreatifan yang melampau inilah, adik saya telah pun berjaya menghasilkan satu kombinasi unik yang berjaya mempertembungkan dua budaya - timur dan barat.

Dengan segala hormatnya, dipersembahkan Angel Hair Bolognaise Al D'Peria ..............


 Baik untuk penghidap kencing manis yang gemarkan makan peria katak (yang bersaiz kecil) dalam usaha mengawal paras gula dalam badan. So Malaysian! Cubalah!

::Hijau Putih ::

5 comments:
Sekadar gamba hiasan. Yang penting, donut.

Cerita nya bermula dengan kiriman SMS orang puteh dari orang-orang di menara itu :

"Your total usage of RM306.98 is exceeding 80% of your credit limit. Kindly remit your payment within 24 hours to avoid service interruption."

After 24 hours, nothing happen. 

Ikut yang tertera pada bil hijau putih itu, limit cK adalah RM650 untuk akaun pasca bayar dan jalur lebar. (Fuuhh...bahasa tahap dewa dewi ni). Maka mengikut kira-kira congak yang cK buat RM306.98 itu tidaklah mencecah 80% penggunaan kredit limit namun lebih kepada 50% sahaja - tu pun tak sampai. Kesimpulan : Buat derk, jangan bayar.

Next 48 hours,  sekali lagi mesej sama cK terima diiringi kegagalan menghantar SMS kepada peminat2.

Dan sekali lagi, sebagai pengguna tegar cK buat2 terdelete je SMS tu dengan penuh perasaan. 

Maka selang beberapa hari semalam, berkumandanglah suara Adam Lambert dari henpon bukan touch screen ku itu.
"Hello. Cik Adzratul Wahidah?"
"Ya, saya"
"Saya Ba-La-Chi buat panggilan dari Telco Hijau Putih berkenaan bil cik ya. Bila nak bayar?"

Gulp. Cenggitu dia tanya? Direct to the point.Ok lah...dia takmao buang masa kot?

"I think, dalam few days lagi kot."
"Few days? Cik kena bayar hari ni. Kalau tak nanti masalah".
"Masalah apa? Memangi punya line dah kena bar. So, ada masalah apa lagi?"
"Tak boleh bayar hari ni ke? Ke, cepat sikit ke?"
"Untuk apa?"
"So that, cik boleh pakai balik line cek"
"Takper, i ok takde line, broadband for few days."
"Tapi, tak boleh lah macam tu"
"Kenapa tak? Boleh je i rasa. Camni lah...tunggu hujung bulan lah. Lebih elok kot?"
"Hujung minggu lah. Jumaat"
"No. Month end"
"Yelah2."

Oh My Gucci!

Macam ni kekdahnya customer service listed company? Memang tahap bintang kejora lah. Berapa bintang eh nak bagi?

Thursday, February 18, 2010

:: It's Gonna Be Out.... Soon ::

2 comments:
Gheeez...manage to see a familiar name?


(sila klik kalau tak nampak)

cK, u deserve a round of applause and a tap on you shoulder too. Oh wait! Should that includes two thumbs up? Miahahahaha... I can't help it la guys. I am so damned happy with the outcome. Been on this project since let say, November?

After round and round of tapisan from the boss (includes number of days he 'professionally' kiv the materials before proceed with the proof read), it's now ready to meet the reader for the first time.



That my dear, will be on the upcoming Monday, 22nd February when we have this event welcoming our new intake. Imagine, CEOs will be reading it...my facilitator will be reading it...and yes, the Deputy Governor will get a chance to read it too! Woohoo!!!

One word "Good Job Adzra!".

:: AWAS!!! ::

1 comment:
AMARAN:

Mereka yang berada di dalam senarai dibawah adalah dilarang sama sekali untuk meneruskan pembacaan kerana dikhuatiri akan memudaratkan diri dan pihak ketiga. Meraka yang dimaksudkan adalah:

1. Isteri dan bakal ibu yang sedang mengandung yang amat tinggi tahap selera makan dan mengidam kerana dikhuatiri akan menelan air liur yang berlebihan gara-gara inginkan hidangan yang sama.

2. Bapa dan bakal bapa yang memperisterikan seorang ibu mengandung yang menerima tempias mengidam seperti perkara diatas.
3. Individu yang mempunyai tahap jeles gila gaban dan tidak boleh menerima bahawa saya bersarapankan hidangan yang lazat dan mungkin akan mengaruk dengan orang keliling.

Terimalah, hidangan sarapan pagi yang berjaya membuatkan saya senyum lebar sepanjang hari :


Nota kaki : Hidangan ini didatangkan bersama segelas air Ribena yang sejuk. Ahhhh...yey!

Sunday, February 14, 2010

:: Hot - Me & The Weather ::

No comments:

Dear Mr Weather, 

I have few questions for you. Here goes :

1. When will u sent Mr. Rain to do his visit?
We kinda miss him these days. In fact, the whole family miss him. That would include the flowers and chillies that my mom plant, and i guess my cats too. Not forgetting my neighbors, friends and their family too. Don't get me wrong. I am not asking him to take over Mr. Sunny's daily doing but at least they can rotate so that he can rest.

2. Are Mr. Sunny scheduled to be on duty for long? 
If so, would he requires to be on his maximum performance? Wonder if he can show us some of his skills, not all. The flower pot seems cant take it well. They'll dry. My friend and I cant stand it either, we sweat a lot. We have to wear either a bright colors of clothes or something made of light materials which can be transparent sometime. It will turn on some guys to see us in that fleshy outfit. We don't wanna do that, didn't we?

3. Can u as well ask Mr. Cloudy to visit us some time?
It's been a while since his last visit. If u sent him over, i might as well get a chance to jog. And maybe, i can meet some hot hunk along the way.  And if that's happen, and we finally be together...i don't really care who you will arranged to come and visit us. I can always be naked take off my clothes and my hubby wont mind. Until that happen, please consider my request.

Last but not least, i really need you to understand that HOT refers to either me OR the weather. It cant be both.

Thank you for your time.

:: Berita Dunia ::

2 comments:
Sebagai seorang rakyat yang cintakan negara, cK akan cuba sedaya upaya menonton Buletin Utama. Tolak tepi sok sek liar yang berbunyi kencang katanya saluran itu digunapakai untuk kesenangan sesetengah pihak. I'm not here to talk about politics. Tak minat, tak suka, malas nak campur.

Buletin Utama memang jadi pilihan sebab corak penyampaiannya yang lebih professional dan montaj yang lebih gempak. Sampaikan mak datin pun baca berita. Saluran lain mana ada, kan? Yang kurang cK berkenan bila sampai slot penaja. Tiba-tiba je keluar ayat "Berehatlah seketika di stesen bla bla bla...". Not only once ok, mau dua tiga round la juga. Tapi, itu dah jadi punca pendapatan stesen tu. Terpaksalah kita ni redha. Lesen TV kan dah tak payah bayar, so tak boleh la nak pok pek lebih-lebih.

Dan sekali lagi, itu bukan apa yang cK nak highlite kan harini. Yang bikin panas hati cK dua tiga hari ni, bila tengok berita pasal bayi. Hoh?! cK tak suka dengan apa yang cK baca, tonton. Mulanya, kes bayi dibiar mati kena hurung semut. Pastu budak diliwat bapa sendiri. H.e.l.l.o!? Apa dah jadi ni?

Semalam, bayi baru berusia beberapa hari ditemui mati rentung dalam tong sampah. Polis masih menyiasat samada bayi tersebut dibunuh lalu dibakar atau dibakar hidup-hidup. Juga, polis memohon agar saksi kejadian tampil untuk membantu siasatan. Mereka belum dapat memastikan either ibu bapa bayi atau pihak ketiga yang melakukan perbuatan terkutuk itu.

Bottom line : That poor baby is dead, gone. No matter what you do now, wont bring him/her back to life. And i believe, should they be alive they don't want to know who their parent is. Sometime i questioned myself, what went wrong. Why do we have to face all this? It scares me a lot to think that i am now living in world with no mercy. It just not safe anymore. Not for me, you, us and i wonder what will happen to our future,our kids. And yet, we claimed - Kitalah orang-orang yang bertamadun.

Ramai yang ingin jadi Tuhan dan ingin mencorakkan kehidupan insan lain dengan kezaliman yang tak dapat diterima akal. Tiada rasa sesal dan kesal kah dalam diari kehidupan mereka? Ramai yang berusaha untuk mendapatkan zuriat sendiri tapi gagal hari demi hari. Yang dah dapat benih sendiri, biar je merata tak kisah hidup atau mati. You shouldn't be here on the first place. Period.

Wednesday, February 10, 2010

:: Nak Sambut Ke Tak? ::

2 comments:
Situasi 1

Malam hari raya. Semua saudara mara berkumpul di rumah keluarga dari depan anjung hingga ke dapur nenda. Penuh. Full house kata omputihnya. Sedang korang lepak2 datanglah cousin korang anak akak korang yang berlainan jantina menyapa. Sapa bukan sebarang sapa tapi, siap ngan ipar korang hulur tangan nak bersalam mesra.Katanya saudara, setahun sekali jumpa nak mesra-mesra.

Situasi 2

Korang baru je dapat anugerah pekerja cemerlang ke pelajar terbaik ke (janji anugerah) dan menjadi tumpuan ramai dalam sekelip mata. Sedang elok tamat sahaja acara, ramai kawan-kawan mengelilingi nak ucap tahniah. Kawan perempuan, lelaki dan yang tak berapa lelaki bersilih ganti hulur tangan nak bersalam. Adat la tu kan. Bila dah puji-puji mesti salam-salam. Amik berkat katanya.

Situasi 3

Pejabat korang menerima kemasukan pekerja baru. Pengurus HR pun dok pusing keliling bawa orang baru nak berkenal-kenalan dengan pekerja yang sedia ada. Pusing punya pusing, sampailah kat tempat korang.Korang ditakdirkan lain jantina. Dia pun hulur tangan dia.Kang kalau tak salam orang kata berlagak pula.

Situasi 4

Korang terpilih menghadiri satu konvensyen besar bertaraf dunia. Bila sampai waktu rehat peserta masing-masing mingle-mingle lah kan. Nak juga kenal sesama sendiri. So, ramai la mat-mat dan minah-minah saleh yang akan mundar mandir, buat eye contact dan mula bersembang ngan korang. Sah-sah ayat awal mestilah "Hi, I'm ___________ (isi sendiri)". Pastu dorang pon hulur tangan nak shake hand. Siap ngan senyum manja lagi tu.

Soalan :

1. Dalam ketiga-tiga situasi, apa tindakan korang ketika kejadian? Sambut salam? Buat-buat tak nampak?

2. Pukul rata, bersentuhan berlainan muhrim itu haram hukumnya. Tapi ikut adat, tak manis menolak huluran salam orang. Korang jatuh kategori mana?

3. Macam mana cara paling sopan kalau kita takmo sambut salam orang tu?

:: Sangka ku Clear, Rupanya Ikut Cuaca ::

No comments:
Khusyuk menonton Ghost Whisperer di 8TV. Rasa macam tak kedip mata walaupun sekali. Apatah lagi bila sampai part-part yang si Jim dah mula nak recall memori lama. Terasa macam Melinda seketika.

Sambil mulut mengunyah biskut Hup Seng, sekeping demi sekeping..mata mula tercari-cari kot2 ada roh hantu lain yang muncul nak huru harakan rumah tangga Melinda. Pandang kiri, pandang kanan. Telinga pula, memang confirm kena pasang antena paling tinggi agar resepsi diterima tanpa sumpah seranah di hati.

Tiba-tiba, skrin ku biru. Ahh...haru2...dah kenapa ngan TV aku?
Tanpa segan silu...keluarkan sebaris ayat menusuk kalbu....

'SERVICES CURRENTLY NOT AVAILABLE'

Camtu kekdahnya. Bayar bulanan mahal-mahal, bila hujan blue screen jadinya. Kot kalau pakai yang biasa-biasa tu, rumah depan bukit ni memang confirm blur-blur ayam la gambarnya. Nasib badan. Mau tak mahu tunggu jelah kan. Takde cara lain ke nak baik pulih keadaan ni eh? Anyone?

Tuesday, February 09, 2010

:: Saya Memang Sengal ::

No comments:
Nak mengayat marka = SMS

Nak break ngan awek = SMS

Putus tunang = SMS

Nak bercerai = SMS



What's wrong with our man nowadays? Do we still have one, anyway?

Ke mana pergi adab, adat, sopan santun masyarakat Timur yang dicanang selama hari ini? Barangkali kaum Adam zaman sekarang lebih malu dari kaum Hawa hinggakan tiada berani mengangkat muka untuk bersuara. Teknologi ciptaan manusia telah pun disalah guna dan melanggar norma-norma yang sepatutnya. 

Peliklah. Bukankah lelaki amat sinonim dengan sikap mendominasi, bersuara lantang malah berani? Dari rentetan peristiwa yang terjadi dalam negeri hari demi hari, tidak ada satu pun ciri-ciri itu dapat dikenal pasti. Kenapa begini? 

Sorry seems to be the hardest word. Yes. This is more than just 'sorry'. It's your pride. Why can't you face us (read : women) and tell us what you are suppose to? What's stopping you from doing so? Don't put the blame on us, it's you. Clearly, you. Boo hoo!

As for the ladies, move on. You are worth more than what you can imagine. You don't need such coward to be by your side and dust your path.

Monday, February 08, 2010

:: Gian FB ::

No comments:
Orang kata Fb ni berhantu.
Orang kata lagi FB ni leh bikin orang berbulu.
Orang kata juga FB boleh buat kita leka.
Orang percaya FB bisa tambah wang saku kita.

Korang sendiri macam mana? Tepuk dada tanya selera. cK takde masalah ngan FB setakat ni. Ya, ada masa dan ketika waktu kerja terjebak juga. But mind you, kerja i siap ya? Siap ditambah-tambah menimbun lagi ada. Itu pentingnya pengurusan masa. Eh? Silap topik sudah.

Adakah anda tergolong dalam insan-insan yang hidupnya 24/7 jam mesti nak update status FB atau upload gambar atau main game? Atau korang jenis tak kisah...? Bila boring tengok...kalau tak, takper. Hak individu, with all respect buatlah apa yang korang nak ngan akaun korang. Sapa tak suka, jangan tengok. As simple as that.

But then...i wonder how many of us are willingly to pay to use FB? Let say, satu masa nanti FB mula mengenakan bayaran pada ahli-ahlinya, adakah korang akan turut serta membayar dan meneruskan penggunaan FB masing-masing? Atau, korang takkan keluar sesen pun untuk FB dan mula merasakan tibalah masanya untuk menoleh kebelakang pada Friendster atau mencari alternatif lain untuk berhubung?

As for me...i have yet to decide. Maybe i gotta find another way to bergumbira kot? Hiks!

Friday, February 05, 2010

:: Lain Tempat, Lain Style Lah ::

2 comments:
Keseronokkan menghabiskan cuti hujung minggu di Kota Kinabalu masih lagi dirindu. Kalau dicongak tolak tambah, pada hari yang sama (Jumaat) minggu sudah, cK masih lagi terkial2 packing barang dalam beg. Last minutes packing, barulah rasa hormon2 sexcited kan kan kan?

I had fun, think we all do. To put everything in writing is kinda hard and it might be the longest entry i ever had in my entire life. Let just say, with a budget of RM300 each (4 of us) we surely know how to make the best out of it. Siap ada belen RM14 lagi sorang....Boleh bah kalau kau!

Allow me to share some of the interesting facts i learned while spending my time there:

1. Orang KK ada 9 nyawa.
Tak percaya? U just have to. Kalau korang nak tahu, orang-orang KK ni kalau melintas jalan (let it be jalan besar, ala2 highway or  jalan kampung), dorang ni redah je bah. No fear katanya. Tak teragak2 or takut2 macam kita2 ni. Once diaorang buka langkah, tak pandang kiri kanan dah. Tabiklah!

2. Makanan siap tanpa bau atau bunyi.
Ahah! Ni kira dasat la juga. But first kena beritahu awal2, servis memang agak lembab ye kawan-kawan. Lama la nak menunggu order tu siap. Tapi kan, yang peliknya...dorang takde 'tung tang tung tang' bunyi kuali...Bau menumis pon takde. tau2 siap je...Sedap la plak. Ajaib!


3. 3Layer Tea ada dimana-mana.
I'm not downgrading the people but I kinda surprise that 3Layer made it there. They called it Special Tea instead of the normal 3Layer / Teh 3 Lapis we normally asked Mamak to prepare. Nyaman bah. The taste is just nice. Oh yea, orang kat sini tak berapa kuat manis. Almost everything i tasted were 'manis-manis buah' gitu.


4. Masam cuka
Despite of the muka manis bila melayan orang luar, they are fond to use cider / cuka dalam masakan. In fact, kalau kat atas meja tu, memang diletakkan kicap, cili (giler pedas), lada sulah n yes cuka. At first i thought air, rupanya tak. Kalau tak buh cuka, dorang akan gantikan dengan limau kasturi. Janji ada rasa masam. Interesting eh?


5. Rajin naik jenjantas
Ha...yang ni memang salute. Walaupun dorang ada 9 nyawa (as i mentioned earlier) when it comes to jejantas / laluan pejalan kaki, dorang memang betul2 gunapakai. These apply during day time lah. Kot kalau malam tu, idok ler teman pasti. Sebabnya, bila malam je...semua bersepah atas jalan. 

6. Sensitif pada bulatan / roundabout
Sapa-sapa yang rasa nak berfikir last minute whether to take pukul 9, 12 ke 3 nyer turn...be prepared untuk di hon. Dorang ni memang cukup allergic kat roundabout. Pastikan korang dah pilih lane awal2. No turning back okie. If u think Shah Alam ada banyak roundabout, they cant beat KK lah. Instead of having traffic light here and there, they opt for roundabout. Let it be big, small or comel2 gitu.

7. Tak susah nak cari hotel
Budget hotel, 3 stars hotel, berstar2 nyer hotel are everywhere. Hyatt ada, Le Meridien pun ada. Tak susahlah kiranya. Family room pon leh dapat RM88 / night. Cheap kan? U just need to ringan mulut tanya. That's all. Dorang takde nak marah-marah pun.


8. Al-Pukat & Sayap
The fact that Sabah was famous for its seafood, jangan lupakan makanan2 lain. Al-Pukat or omputih kata avocado juice memang terbaiklah. Sana sini ada. Maka, cK lepas geram la merasa. Sayap pula panggilan tempatan untuk chicken wings. I am not a big fan, but syaap kat Sadong Jaya tu memang terbaik lah. Siap ada kuah pedas2, masam2 manis. Yea, yea...i gain few kg kot.Hiks!


9. Parking yang sangat murah.
Sejam hanya RM0.25! Omg Omg! ada dapat ke kat KL?

Tu je kot yang cK leh fikir buat masa ni. I should be longer, but i might bores you. Lenkali sambung eh?


Thursday, February 04, 2010

:: Shame On You ::

No comments:
Psst..psst...first and foremost, forgive me blog for not giving the attention required lately. I'm not gonna give you a long list of excuses as i know it should be me to be blamed no matter what.Shame on me for running back to you to share all this. What can i say, you are such a good listener. *sigh*

2010 kick-off with a great beginning. Oh shoot! I have not update you on my holiday to the Land of Borneo, haven't i? Ok ok...i'll do that later. Promise.

There are few unpleasant thoughts running through my mind at this moment. Thanks to the workloads and the Jokers. Should i elaborate more? I don't think so. Be real, folks. Don't you have better things to do rather than bad-mouth about other people? Don't you think you are too old for Serena Van D wannabe?

Get yourself a mirror and learn to see your own reflection once a while. Manage to spot wrinkles, freckles? That's the universal sign for you to stop bitching. Still, to keep you happy...let me tell u this:
"I am here for your entertainment". Wait. At least, that's what Mr. Lambert's said.

:: Love At First Sight ::

No comments:
Dear blog, readers, haters...or whoever you might be...

I just want to confess that I am now officially in love with ...............





The Land of Borneo!!!!

Ehem! Gotcha!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...