Tuesday, February 23, 2010

:: Membaca Itu Amalan Mulia, Tapi ... ::

Dek kerana server yang merajuk kerana seronok menyambut Tahun Tiger, kerja-kerja perjabat agak terganggu.  Maka, cK mencari bahan-bahan bacaan yang boleh dimanfaatkan. Maklumlah membaca kan amalan mulia.

Memandangkan internet adalah medium yang paling mudah diakses di pejabat, cK pon browse2 la laman sesawang yang berkenaan. Sebagai seorang penulis dan pembaca blog yang suam2 kuku, cK sempatlah menjenguk sebuah laman yang sentiasa mengutarakan topik2 yang boleh membuat kita berfikir.

Berapa ramai antara korang yang berbelanja untuk membeli senaskah surat khabar? Masih ramai, kan? Jenis apa? Aliran perdana? Tabloid? Suratkhabar bersaiz tabloid memang sangat popular sekarang kerana ianya senang dibawa (walaupun tebal). Dan, ada akhbar yang berbahasa Melayu amat sarat dengan iklan2 dari pengeluar, pengedar yang berlumba-lumba melariskan produk mereka.
Pernah jumpa iklan ni?


Macam ada bersepah merata dalam keluaran hampir setiap hari akhbar berkenaan. Sejauh mana keberkesanan produk terbabit, tak dapat cK pastikan kerana cK tak mungkin berpeluang untuk mencubanya selain daripada bersyukur dengan kurniaan Tuhan.

Yang tak best tu, iklan-iklan yang sewaktu dengan iklan tadi turut disertakan dengan hadis / riwayat yang dipetik dari pelbagai sumber bagi mendorong pembaca yang taksub untuk terpengaruh dan membeli produk mereka. Sebagai contoh :


Extreme isn't it? Dalam pada usaha kerajaan nak menggalakkan kempen membaca, adalah lebih wajar pihak2 yang terbabit secara langsung dalam membekalkan bahan bacaan untuk sekalian rakyat lebih peka dengan bahan-bahan yang dipersembahkan untuk pembacaan.

Kenapa? 

Ini sebabnya :

1. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Itu kata orang-orang tua. Maka, anak2 sekecil 5,6 tahun yang sudah memulakan sessi pra-sekolah, tadika akan menjadikan surat khabar sebagai bahan bacaan mereka. Apakah yang perlu diberitahu pada mereka apabila mereka bertanya "Abah, kepuasan optimum seperti malam pertama tu apa?" atau mungkin "Ibu, alat kelamin tu apa?". Apa nak jawab?

2. Surat khabar juga dibaca oleh remaja. Memandangkan negara masih gusar dengan isu buang anak, haruan makan anak, anak ikan dan macam-macam anak lagi, pengurangan atau pengharaman iklan-iklan seumpama iklan diatas mungkin boleh membantu mereka tidak terlalu bernafsu untuk mencuba segala apa yang ada dipasaran. Ini sekaligus dalam mengelakkan kemungkaran.

3. Selalu juga baca kes, ada lelaki tiba2 mati pucuk lepas try produk2 ni kan? Atau perempuan yang menggelupas kulit bila pakai ntah apa2 losyen kan? So, stop those freaking ads to minimize the chances for the idiot to do stupid things.

Last but not least , Wat's Wrong With You People?

2 comments:

yaya|azura said...

sad to say .. adakah Melayu ada isu dengan alat kelamin mereka?

DoOrDie said...

maybe...there's one ads on "tiada lagi warna kusam". those applies for girl yang rasa puncak gunung mereka suda tidak pink lagi.

i was like? WTF?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...