Showing posts with label wow. Show all posts
Showing posts with label wow. Show all posts

Tuesday, January 17, 2012

Dua Kosong Satu Dua

2 comments:
Assalammualaikum!

Assalammualaikum!

Assalammualaikum!


Nak masuk rumah yang dah lama ditinggalkan ni kenalah beri salam paling kurang 3kali. Manalah tahu kot2 rumah lama cK ni dah ada penyewa baru ke kan?

Tahun baru, semangat baru. Moga dapat kekal hendaknya. cK minta maaf kerana dah terlalu lama tinggalkan penulisan blog. Walaupun tak pasti siapa yang masih tegar jadi followers atau yang baca...I feel bad. Really. To myself, of course.

So here I am, promising myself to be active again in writing. Amin!

Walaupun dah 17 hari kita berada dalam tahun 2012, cK rasa belum lewat lagi nak ucapkan Selamat Tahun Baru untuk korang semua. Jangan sia-siakan peluang yang ada, insyaAllah ada bahagian untuk kita.

Let's rock this year! Weehoo!!!

Wednesday, August 10, 2011

:: Nak Naik Teksi Biarlah Orang Yang Mampu ::

No comments:
"Pergi kerja?"
"Ya, cik"
"Tadi naik apa?"
"Naik LRT dari Gombak. Turun Sentral, ambil teksi"

"Hari-hari?"
"Ha'ah. Hari-hari. Dulu naik bas. Tapi semenjak dua ni, waktu asyik lari. So senang naik teksi"

"Heh. Kalau nak naik teksi tu biarlah orang yang mampu"
Diam.
Kerut dahi.
Separuh ngaga.

Apa yang patut cK jawab? Nak tinggi suara, orang tua. Nak berbudi bahasa, hati ada rasa sentap tiba-tiba. Apa maksud sebenar ayat makcik pemandu teksi tu? Ok fine kalau dia ambil berat tentang perbelanjaan cK. Mungkin dia rasa cK ni budak lagi dan tak mampu nak berbelanja lebih. Lebih baik kalau cK bersesak2 dengan warga "antarabangsa" read : Bangla, Indonesian, Vietnamese kat dalam bas rapid tu.Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian agaknya.

Tapi bila difikir-fikirkan semula, siapa dia untuk berkata demikian dengan nada yang agak mengejek itu? Apa cK ni tiada kuasa pengguna? Wang yang saya bayar tidak bernilai Ringgit Malaysia? cK tak layak nak naik teksi wira 1.5 auto yang semput bila naik bukit tu? Macam tu? Hoh, emo betul!
Patutnya awal pagi makcik tu perlu murahkan senyuman dan lemparkan kata-kata yang merangsang minda. Cerita pasal cuaca pun takpa. Tanya pasal kerja boleh juga. Tapi tak perlu rasanya keluarkan kenyataan bisa tu. Perkhidmatan yang ditawarkan itu dibayar oleh pengguna berdasarkan sistem kupon. Walaupun nilainya cuma RM13, ia cukup untuk memberikan sedikit keuntungan pada pemandu teksi kerana bayaran itu telah termasuk upah pergi-balik ke KL Sentral dan konsortium cuma mengambil 10% dari jumlah bayaran. 

Bersyukurlah makcik bahawasanya masih ada orang memerlukan khidmat makcik dan sekaligus rezeki buat makcik. Jangan sampai saya black list makcik macam teksi iswara hijau HWC6979 yang bau hapak tu. Dahlah berbau, pemandu pula suka tekan brek mengejut. Semput mak! Naik dua kali, terus surrender cK. Sanggup tengok dulu teksi yang beratur tu sebelum naik. Tak daya weih. Silap haribulan ada yang muntah darah.
Jabatan yang berkenaan macam Puspakom tu, cuba luaskan lagi skop penilaian kenderaan awam ni. Jangan hanya titik beratkan keadaan fizikal luaran kenderaan semata-mata, Cuba pantau bahagian dalam kenderaan. Bukan saja enjin malah tempat duduk, sistem hawa dingin, radio dan sebagainya. Malulah dengan orang luar. Negara bukan main maju dengan bangunan tinggi melangit, tapi teksinya semua hangit. 

Sunday, April 17, 2011

:: When East Meet the West End Stars in Concert ::

2 comments:
It all begin with this :


I quickly hit the compose button on my Gmail account and type something. I don't want it to be sound to 'kipas' or sucking up kinda thing. I just want to be honest. As sincere as i could be. So my reply goes as below:

Hola Enfiniti team,


Here we goes...


What are the titles of the 2 stage musicals produced by Enfiniti?
a) P.Ramlee the Musical
b) Puteri Gunung Ledang the Musical


I WANT to be at West End Stars in Concert because i am broke and cant afford to be at bruno, rain, bieber or maroon5. Show me some mercy!

Dekdek said that i would never stand a chance to get anything from that 'effortless' and 'gedik' response i sent to the Enfiniti team. I have to agree with her until my mobile rang somewhere at 3pm on Thursday from Enfiniti's Office! Weehoo! Got two tix for the night itself - the media night. Shuweettt!

Still, the weather decided to go against me when the day rain heavily and i was trapped in a massive MRR2 traffic not to mention the flood. Gosh! There goes my chance to see three hot hunks on stage and our very own song bird, Jaclyn Victor. No, this is ain't right. Grab my phone and I have to thank Twitter for this. I twitted DS Tiara herself and also her most loyal employee, Chedd. Did i said, i manage to text Pat Ibrahim too? Sounds so desperate, isn't it? Don't care. All i'm asking is to have my winning tix be rescheduled for Friday.

Alhamdulillah. Got another call from Enfiniti's office after Friday prayer, saying that i can watch the performance on Friday's nite. But only ONE tix made available for me. No problem. I won't be alone. I will be surrounded by a bunch of people who appreciate the musical, the commercial theater - the West End way.

As i was collecting my tix, i am nearly fainted to see : First - the cost, Second - the seating. I am feeling so cloud nine already. Fyi, the tickets are available at RM80, RM130, RM200, RM300, RM350, RM400, RM480 and RM1,000. Patrons who purchase the RM1,000 tickets will be able to participate in a special session to meet the artists plus exclusive gifts complete with autographs. And my tix is worth :


Ho ho ho! Second mahal after the 1k tix. Kidding me? What good have i done in my life that DS and her team are being so nice awarding the tix to her fans, read : ME. Doncha wish to be me? I mean seriously? Exaggerate...Haha. Another good reason for feeling like Blair Waldorf for a moment are seeing the Datuk, Datin and celebrities including the soprano vocal power Ning Baizura. 


Ok. Serious now. The West End Stars namely Ramin Karimloo (Phantom of the Opera), Simon Bailey (Les Miserables) and no-stranger our Merong, Stephen Hughes Rahman (Bombay Dreams) took the stage with few numbers which is close to our heart including Memory (Cats Musical), I Dreamed a Dream (remember Susan Boyle?), Defying Gravity (Wicked / Glee), Something's Coming (West Side Story) and A Song for You (Carpenters / Michael Buble). The performance were also featuring a choreograph by Suhaili Machelin and Pat Ibrahim. Not to forget Lee Sze Wan, the brilliant musical director. 

Learning from his experiences as Hang Tuah, Stephen sang Di Puncak Tertinggi, the original score from Puteri Gunung Leadang the Musical with Jaclyn Victor. He also sang his first Malay single (yet to be released) which i cant recalled the exact title due to 'leleh' hearing how cute he said "Alamak! Nasi Lemak!" when he stumbled. It would probably called 'Hingga ke Pintu Syurga'. (Tiara / Chedd if you are reading this, do correct me yeah?).

Jac do us proud singing Phantom of the Opera's - All I Ask of You (with the three hot hunks) and West Side Story's - Somewhere. I get goosebumps hearing almost all of the numbers performed that night. Luarbiasa! The crowd gone wild when the boys sang the Queen's Medley - We Will Rock You, We Are the Champion and Bohemian Rhapsody. I'm a Faizal Tahir's fan but seriously the boys rendition of the medley was way superb! Sorry Faizal, i have to tell the truth. 
When the light turn off, the crowd (including me) were shouting "We want more! We want more!". Imagine a bunch of people with dress code : decent, black tie, were shouting as if we were in the stadium watching Adam Lambert. The boys and girl made a comeback and surprise the audience singing the ultimate Search's hits - Fantasia Bulan Madu. Histeria weih! Salute! Tabik! 

I am glad that I managed to personally went up to DS Tiara and thanked her kindness and consideration. It was my bad for not be able to catch Chedd but a few twit and FB message will hopefully reach him and made him understand how grateful i am to be given the chance to be a part of a great production. And it was more meaningful when DS Tiara permit the audience to do whatever we want to be it singing, dancing, picture snapping, video recording. Awesome! 

Looking forward for another piece from TJ and team. I don't have eye popping pictures to share, but i leave you guys with these 'orgasms' performance. Enjoy!

Thursday, December 16, 2010

:: Tragedi Bulan Disember ::

No comments:
Bangun pagi, gosok-gosok mata sambil jalan macam zombie masuk bilik mandi. Dah siap pakai baju, wangi-wangi sembur Delicious tenyeh mata ngan eyeshadow purple. Barulah match ngan baju kurung bunga2 pink purple hari ni. Pakai tudung pink, sarung sandal putih.

"Ni pasal apa plak tumit dia rosak ni?". Aduyai. Time2 pagi hari camnilah ni nak buat hal. Kenapa tak rosak lusa ke, tulat ke. Ish...sarung sandal lain. Pastu melangkah ceria naik kereta sambil Papa drive ke stesen LRT.

"Alamak! Touch n Go balance dah tak cukup nak naik LRT hari ni!". It's ok leh jer top up kat kaunter nanti. Sampai je LRT terus buka zip beg sambil tangan seluk cari purse. Tiba-tiba ada flash back macam dalam filem. Ternampak-nampak jer purse merah tu atas meja makan pagi ni. 

"Aiseh!". Semalam singgah bank rimau masa balik kerja. Sampai umah terus park purse atas meja. So now, nak bayar reload ngan apa agak-agaknya? Hurm...Dengan pantas dail no Papa minta dihantarkan purse ke stesen putra. Terpaksalah melangak seketika. Tengok jam dah pukul 7.45. Fuhhh, horror-horror.

Pukul 8 papa sampai bawa purse merah debok. Terus pegi kaunter reload dengan segera. Dah reload lima puluh hengget terus swipe naik ke platform. Tepat 8.05 tren sampai. Tren 2 koc yang sikit tempat duduk tu. Terpaksalah berdiri sandar tepi cermin. Punyalah ramai dalam LRT hari ni. Tak sure sebab dorang bangun lambat ke memang itu timing dorang g kerja.

Sampai KL Sentral dalam pukul 8.25. Dek kerana lapar, singgah kat McD beli breakfast. Order fillet-o-fish ngan stoberi shake. Jam pukul 8.30. Fuhhh...kena marathon turun bawah ni. Nampak bas U82 tapi mak aih orang yang beratur ramai giler. Sampaikan dah tak muat bas nak naik. Kena cari jalan lain ni.

"Akak, Semantan". Hulur sekeping note merah ngan tiga keping note biru. Kupon dah bayar, teksinya tak nampak. Aduyai! Elok je toleh, sebiji teksi sampai. Terus lompat naik. Abang tu bawa boleh tahan moderate lajunya. Tapi sayang, jem mencemburui kami. Tersengguk-sengguk seketika. Hati makin berdebar bila jam dah tunjuk pukul 8.40. Harap sangat abang sempat U Turn so that boleh masuk opis ngam2 kol 8.45. 

Abang tu turunkan kat bangunan sebelah. Satu hal plak dah berlari ayam masuk opis. Masuk2 je tengok jam, cun2 8.45. Sign in sambil tarik nafas dalam-dalam. Pergh! Memang terbaeklah exercise hari ni. Kalau hari-hari camni, memang slim mak nok!

Thursday, November 25, 2010

:: Budi Pada Tanah ::

No comments:
Berapa ramai antara korang yang suka berkebun? Membajak? Bajak orang ramailah kot yang suka, bajak tanah, tak pasti siapa antara kawan atau kenalan cK yang minat. cK akui yang cK sangatlah lemah dengan perkara-perkara yang membabitkan hasil tanah ni. Kalau beli pokok bunga bolehlah. Nak jaga, baja, siram...so not my thing. Tangan panas dan juga malas. 

Itu beza cK dengan Mama. Mama memang suka tanam-tanam pokok ni. Dia pernah obses dengan orkid - baik yang dalam pasu atau yang atas tanah. Bila berbunga tu, memang dia suka. Kat belakang rumah dulu pernah ada pokok mata kucing tapi tak pernah rasa hasilnya. Sebabnya pokok tu ditanam dekat sangat dengan longkang, maka akar dia dah tak sengaja pecahkan dinding longkang tu. So, kena caras. Pokok pisang emas dan tanduk pun ada kat belakang rumah sampai tak termakan hasilnya. Lagi satu buah, nenas Sarawak. Memang manis. Suka lah sangat!

Limau purut Mama saya
Now, Mama suka tanam sayur. Cili padi je ada 3 pokok dan pedas gila! Cili merah pon ada juga. Tu tak kira kacang botol ngan kacang panjang lagi. Macam best je main petik2 bila nak makan. Daun kari tidak terkecuali. Senang nak masak, tak payah pegi beli. Baru-baru ni pokok limau purut Mama yang sehat tu telah pun selamat berbuah. Besar dan banyak buahnya. Nasiblah tak boleh nak buat teh o ais limau...Kalau tak, mau licin cK kerjakan. 

Tapikan, dalam banyak2 pokok yang ada kat rumah cK (baik kat laman depan mahupun laman belakang) pelaburan paling tinggi adalah pada pokok anggur hijau yang cK belikan masa kat Cameron. Masa beli tu, tak yakin yang pokok tu boleh bertahan lama. Masa beli pokok strawberry dulu pun, 2-3 minggu je dia leh tahan. Pastu khatam. Tapi pokok anggur ni memang hebat. Dah berbuah pun dia...Boleh la pasni buat aksi makan anggur dongak2 macam Cleopatra nu. Huhuu...

Buah anggur Mama saya
Lagi satu, pokok Vanilla. Well, vanilla tu murah je harganya. RM25 sepokok. Tapi! sekilo vanilla cuba tengok berapa hengget! Ho ho ho! Cuma masa mula2 beli tu rasa terkilan sikit. Sesudah bayar, baru abang tu bagitahu yang hasilnya cuma dapat dilihat selepas 3 tahun. Lama tu! Pokok vanilla cK ni gemok dan sihat dijaga Mama. Dah almost 3 years dah..Tak lama lagi sure berbunga dan bolehlah guna buat kek atau kuih raya. Tak pun, kita jual! Sekilo pun sekilo lah!

Maka dengan ini saya berfikir, perlukah saya jadi seorang petani moden? Baahahahaha....

Friday, May 14, 2010

:: Height Vs. Width ::

No comments:
 
This is serious ok.

I dun think there will be any woman (in normal condition) will refuse if God want to make them taller than what they are now. Here goes :

                          Taller = long legs = sexy = model kinda look. 

But we sure have issues when God decide to increase the width. For real? With 28" waist we fumble. 32" makes us grumble. 38" gets us in trouble. And now what? More? Here goes :

                         Wider = fatter = not sexy = model kinda look (before joining the slimming program!)

Hell NO!

Friday, May 07, 2010

:: Yang Muat Ke Muat-Muat??? ::

2 comments:
Soalan yang dilontar " what's ur t shirt size?"
Jawapan yang cK beri "depends. Shirt jenis apa ya?"

Dia tanya lagi "Jenis?"
cK kata lagi "Polo shirt ke, round collar ke...kain cotton ke..lacoste ke?"

Reply lagi "I dont know. I just need your size"
cK buntu "Hurm. L then"
Camtu la lebih kurang dialognya. Hasilnya ? Taaaraaaaaaa................



Sehelai BABY T size L yang memang muat dan muat2 ya kawan-kawan. Apakah!?

p/s : boss kata, kalau tak muat...gantung, buat motivasi ...then baca tagline yang ada " Life is Great" hari2.

Tuesday, April 20, 2010

:: Are You Smarter Than The 5th Grader? ::

No comments:
I know Mathematics can be so hard to be figured out. Most of us are satisfied should they be able to solve a simple math problem. You are consider ok if you know how to subtract, plus - that basic. You are awesome if you can calculate the percentage, deal with decimal points and those formulas.

In most time, we do rely on our best fren, the calculator to solve the calculation. After all, that's the reason it been invented, isn't it?

Allow me, my dear friend to test your skills and understanding in Math with few situations and we shall see which category would you belong to. The average Jane / Joe, Below The 5th Grader or you are proven smarter than the 5th Grader.

Situation 1

I have 6 classes running at the same time comprising two different modules which been divided fairly between both module A and module B. Should i re-group my module A group of people to two large groups, what would be the total number of classes running for the day?

Your answer : ______________


Situation 2

I am paying a total sum of RM1K to my lecturer for each Algebra session which runs every Friday for the period of 5 months with 5 recurrence. Assuming I have 5 lecturers taking 5 classes every week and one month is equal to 4 weeks, calculate :

1. Total payout to my lecturers for a month.
2. Total payout for the whole course period. 
Your answer : ______________


Situation 3

A faulty projector unit from Room X were replaced with the unit taken from Room Y which is still well functioned. Question : 

Will these action affect your Fixed Asset entry and resulted a non-tally numbers to the mentioned ?

Your answer : ______________


Situation 4

Polo shirt = 20% discount
Jeans = 20% discount
Sexy leather jacket = 20% discount
Cute top = 20% discount
Leopard print legging = 20% discount

What is the total discount of all the above?

Your answer : ______________


Are your ready for the real deal? Please note that the same set of questions have been given to a reputable (claimed to be) ACCA holder. Here comes the answer :

Situation1

Experts answer : 2

Did you get the same answer as the experts does? You don't? Seriously?! Relax! If you do, please help your self by buying an exercise books meant for Standard 1&2.

The correct answer would be 5. Why? Thou I have re-group Group A from 3 classes to 2 classes, i still have my Group B of 3 classes running at the same time. So, the Math will be 2 + 3 = 5.

Situation 2

Experts answer : 5k for one month, 20k for 5 months, 100k for 5 recurrence

Geez...The calculation must be broken. Lets do the Math people...

Total number of lecturers per week : 5
Total payout per person : RM1k
Total payout per week for all = RM1k x 5 lecturers = RM5k
Total payout per month = RM5k x 4 weeks = RM20k
Total payout for 5 months = RM20k x 5 months = RM 100k
Total payout for 5 recurrence = RM100k x 5 = RM500k

Did you manage to get that right? Congratulations. You may now call yourself a match expert.

Situation 3

Experts answer : Definitely! Sure lari. Tak tally lagi!

The truth and logic : Says who? It doesn't matter. If its broken, spoiled..get it fix. Don't just sit and look. You will never achieve anything by waiting.

Situation 4

Experts answer : 100%. Its free.

The truth and logic : Hell NO! Total up everything and you will be given 20% discount on the total purchase. That's all you can get. NO such things as FREE.


So, whats your score? Did your get ALL right? If you didn't, don't feel bad. You are just as smart as the ACCA peeps. Make me wonder, why need ACCA when you, the ordinary chap can calculate as efficient and accurate like them.

Still, if you do get all answers correctly, congratulations! You are the real deal. For this, i salute u.

Monday, April 05, 2010

:: Shoe Attack ::

2 comments:
Venue : Hall 4, Putra World Trade Centre
Mission : Malaysia International Shoe Exhibition 2010

Normal lady will go gugu gaga over heels, stilettos, wedges, gladiator, pump, peak toes or should simplify = SHOES. Being normal, i spent my weekend 'pusing-pusing' the exhibition hall  to see whats so special about this event despite the fact, it is the first of its kind.

Below are my personal finding and thoughts. Do not take it too seriously as it was not meant to offend anyone, the designer included.

A. The Torn Among Roses.


Untuk sesiapa yang kerja malam, dan sering pulang lewat. This is a perfect choice for you, lady. Dengan sekali sepakan, bayangkan betapa seriusnya injury yang bakal terjadi. You can choose to kick him at his butt, face or maybe sumwhere more private.

B. Against Fur but Feather Supporter



People are making so much noise when you wear fur. Kejam la, takde hati perut and stuff. Now, you have option. Opt for feather. You can have it in yellow, red, blue - you name it. The most common one would be black i guess? C'mon, crow is everywhere right?


C. Clueless With Money



Shoes can be luxury. For such amount, most people will buy a house/condo (where they can live or maybe rent it) or a car (so that they can drive and let others envy them)..or maybe a man could possibly spent it to their ex-wife as for divorce settlement. But you, you go for style. And you are not just anybody. Might be somebody's wifey (the multi-billionaire) or the mistress, never single. Still, we can never tell.

Or maybe this one? Anyone?

D. A girl Trapped in A Woman's Body

Monday, November 23, 2009

:: Gold Diggers Kah Aku? ::

2 comments:
Wooowooo...Ni suda lebey ni Fesbuk ni. Kang aku anto virus kasi corrupt semua kang. Macam mana dia suka suki hati kasi tag Gold Diggers ha? Adakah ada agent2 FB yang nampak saya melombong emas? Atau adakah mereka rasa saya mempunyai iras2 pelakon Pisau Cukur? Oo...lupa plak nak bagitaw korang kenapa, mengapa, apa yang menyebabkan cK lantun2 kan?
Acu cuba try test tgk snapshot kat bawah ni :


Hoh! Puh leez...jangan ngada2 ye fesbuk. Mencik i taw! Sentap lah i.

Thursday, November 05, 2009

:: Tipah Kena Tipu ::

3 comments:

Why Men Cheat?
1. They can
2. They think they can get away with it

3. He hasn't become who he wants and needs to be or found who he truly wants

4. What's happening at home isn't 'happening' like it used to

and the biggest reason of all

There's always a woman out there willing to cheat with him!!!


Fuuhh...ni dah macam kes harapkan pagar, pagar makan padi dah ni. Camne ni? Lelaki dah sah2 la takleh nak caya 100%. Kawan2 sekaum pun sama gak ni. Apakah?
Buku kata lagi :

Men can cheat because there are so many women willing to give themselves to a man who doesnt belong to them. Yes, these are the women who have no standards and requirements and who suffer from serious self-esteem issues, making themselves willing to cheat and available to be cheated on. (sila rujuk muka surat 106, Act Like A Lady, Think Like A Man)

Tepuk dada, tanya selera. Mana pergi hala tuju masing2 ya. Saya harap saya sentiasa berpijak dibumi yang nyata. Still, tepuk sebelah tangan takleh bunyi kan? Cuma...kalau dia tepuk kat dinding? Camne? Bukan bunyi gak ke?

Danggg!

Sunday, October 18, 2009

:: Cuci Jangan Tak Cuci ::

No comments:
Oppss..ini bukan cerita pasal Cuci The Musical ye kawan2. Oohh..hensem sunguh Hans Isaac itu...Eh..! Focus!

Last week, ada segerombolan wakil penjual HP berkampung kat kantor cK. Macam2 offer yang dorang dok promote. Ada tu pakej RM50 untuk 9 barang which includes lappy fan, mouse pad, LED torch ngan ntah apa-apa lagi. Kot kalau dia kata Kingston 8G tu masuk gak dalam pakej tu, mau la juga cK sambar satu set.

Tengok punya tengok, tenung punya tenung...cK jumpa satu menda ni. Agak sticky dan sejok ye. Senang citanya camni lah...Pernah tak korang rasa tensen sebab susah nak bersihkan keyboard? Nak nyer kalau part yang celah2 alam tu. Tak jerlus sungguh!

Selalunya cK gegor2 je keyboard tu takpon baik sikit amik la brush. Now, i have find my solution. cK beli menda ni (nama penuh to be put later, gwe lupa!) Yang penting, ia sangat senang digunakan dan reusable. Bagus kan?

Just tepek je atas keyboard korang (henpon pon bulih juwa), sambil tu urut2 sikit. Menda ni kalau nak jimat, korang potong siap2. Guna sikit demi sikit. Kalau buat menthod camni, means lepas pakai terus buang la. Memandangkan cK ni M agak beso, cK tepek je sebeso2 alam Mr Sticky ni. Senang je melekat semua kotoran degil..

Sekarang ni, Mr Lappy telah kembali berseri. Woohoo! Tima kasih Mr Sticky!

Saturday, October 17, 2009

:: Best ke Kahwin ? ::

3 comments:
Ni sume Yaya punya pasal. Saya mau juga!

Nor Amelia & Wan Zulkifly Akad from Jabbeproduction.blogspot.com on Vimeo.


Rasa macam nak buat satu juga. But instead of a compilation / random pic..i wanted to have a stylo mylo vc kot? Siap ada story board...bley camtu? Gila komersial! Pengantin jadi model / pelakon dalam video klip. Sapa mau jadi pengantin lelaki!!!!

Friday, October 09, 2009

:: Hidup Dengan Wayar ::

2 comments:
Ni nak bagitahu ni..dengan tidak semena-semena tugas telah bertambah. Nak kata dulu study bab2 godek komputer ni...tak juga...Pernah hack mana2 sistem? Takde pulak..Errr...yang ada pun dolu2 ah...cuba try test buka email orang. Muahahah...Oppsss! Astagfirullah!
Macam rupa kedai kat Loyat suda

Kenapa? Kenapa kena tambah menda ni pada individu yang comel (atau perasan comel) macam cK dah kawan2 cK? Why? Dah takde orang lain ke yang bole handle? Tak mampu handle? Aiyo! Kang bila buh kat dalam bidang kerja, orang lain tak suka plak tengok list panjang2. Dia kata cam karangan plak nanti.

Abis camno? Kerja kena buat...Tapi orang takmo acknowledge. Bley ke camtu? Takleh kan? Tu tak masuk bab2 bonos lapan tahun tu. Janji pelsu...Janji manes madu je tu. Huhu. Tapi takper, janji ikhlas ye kawan-kawan. Jangan nak harapkan balasan je.

Ayu buat2 happy ngan lappy


Moga-moga pc yang ada tu mendegar kata. Takmo ternak virus merata-rata. Nak ajak kuman masuk, kena tapis dulu segala menda. Kalau tak, nanti i cabot wayar!

:: Divalicious ::

3 comments:

Should i? Should not?

Love her voice.

Love her songs.

Love her curves.

Thursday, October 08, 2009

:: Masa itu....canteeekkk!!! ::

2 comments:
Kalau korang ingat, dulu cK pernah beli jam Swatch yang satu ni. Well, its not only a watch..it goes by the name Sweet Honey. Tak percaya, sila google eh . Camni rupa dia.


Tiba2 pagi ni timbul rasa membuak2 nak tambahkan koleksi jam yang ada. Think its about time for my Sweet Honey to have new friends. Memandangkan cK ni ada masalah alahan kulit, therefore not all type of metal can go with my type of skin. Serius ok, tak main2.

Means, kalau imitesen tu harapan sikit lah nak tahan lamanya. Mau naik bintik2 berair pehtu bila pecah dan digaru, merah merebak merata. Huuii...takmolah. Thats why i prefer not to wear watch until last two years. Pegi Swatch tu tengok, terus jatuh cinta.


So, cK gugel2 website Swatch n here are some of the desgins that i like. Macam nk masuk dalam wishlist la plak kan...Ha ha ha. Mula-mula cK dah bling2 tengok collection Climber Flowery which comes in three different colour - white, pink and blue. Omg! Rambang mata sudah. But then, i want something similar to my Sweet Honey - ada date di situ. So, i keep on browse Swatch nyer website lagi.


Found this one - Flower Box namanya. I fall for the design kat metal strap tu. Mind you, i loves Swatch - Irony collection so much. With blue background, it just melt me straight away lah. Blue is my ultimate favourite colour for all time. Let it be dark blue, baby blue, navy blue...suka je..Naaakkk!!!!!


But wait, not to long after that..i come acros sweet pink creation named Ton Chemin. Terasa cam mek mafia kampung la plak. Tetiba kenan kaler pink. And i have to admit that this design has it own feminine touch. Ada ala2 batu diamond situ , just like my Sweet Honey. Naaak jugaaakkk...

Ahah! Feminine, elegant but mysterious. That's how i describes the next design. Its call Black Flower. Flower to represent you feminity and softness, black to represent your dark, emo side of your self. Whoa...love this one too!

Still, i dont find anything with a date/day on it until i saw this one. Again, blue! Im blue dabadeedabadaaa...More sophicated looks and fits working scenario. Macam sporty gak in one glance...and yeahh...it carries the date and day as well...Cool eh?What do you think?


If i could, i want to have all of them..But if i have to choose, i hope each of you who read this entry can take the hint and start rushing to the nearest store and buy any of them for me. yes, for me. Ha ha!

Monday, October 05, 2009

:: Jiranku Meroyan Lagi ::

No comments:
Tak habis-habis lagi la jiran i ni taw! Naughty betol. Awal dulu dia sebok nak menari, lentik sana lentuk sini. Bila i nari-nari dia marah. Dia kata dia je yang bole nari sambil pakai kain batik lepas ala puteri kraton tu. I pon say sorry. Biarlah kalau dia nak nari2 joget tu...Takde jadi kuman pon kat i.

Tapi, u know...my neighbour tak abis2 bising lagi. I kata, resepi nasi lemak tu i punya. Dia marah juga. Dia ngaku plak kata kunyit tu dia yang punya hasil. I senyum je. Nasiblah masa Tuhan tu siapkan dunia ni Dia tak buat barcode siap-siap. Kalau tak, harapan la jiran i tu nak ngaku kunyit tu dia punya!

Dalam pada dia membebel pasal kunyit tu, sebok je dia nak sapu bersih segala sisa i. Apa barang i semua dia plan nak humban keluar rumah. Eii...geram i tau. Dia punya hasil-hasil tu...baik yang i pinjam atau yang main park sesuka hati kat rumah i ni, taklah pula i rasa nak humban mana-mana. Tu tak kira lagi yang main datang je pehtu tak balik-balik.. Opppsss...

Sekali tu, tak pasal2 rumah my neighbour ni kena sweep seround. Abis terpalit lumpur segala. Gegar la juga sampai rasa kat rumah i. I ni pon tolonglah apa yang patut. Dah kata berjiran kan...Kira standard la kalau tolong menolong kan. U know what? My jiran tu, bakar harta pusaka i! Bakar depan rumah pula tu. Geram sangat-sangat i dengan dia orang lah!

My neighbour ni kurang kesedaran sivik gamaknya. Orang bagu madu, dia balas tuba. Kalau cuka ke, boleh gak buat acar ke jeruk ke...Ini tak, tuba terus. Mau putih mata kalau nak cuba2. Wahai jiran ku, tak boleh ke kita hidup aman2 je? Napa nak main bakar2? Napa nak perang2? Takde benda lain yang berfaedah ke nak buat dah?

Err...sorry ya my neighbour!Errmm....korang paham ke cite neighbour ni? *sigh*

Tuesday, September 01, 2009

:: Seni ke Semak? ::

No comments:
Pernah dengar Graffiti? Baca betul2 ya kawan2. Bukan graviti tapi graffiti. Kalau mengikut wikipedia, ia membawa maksud :

Graffiti (singular: graffito; the plural is used as a mass noun) is the name for images or lettering scratched, scrawled, painted or marked in any manner on property. Graffiti is sometimes regarded as a form of art and other times regarded as unsightly damage or unwanted.

Berjalan menyusuri tepian Sungai Gombak di Kuala Lumpur bermula daripada stesen LRT Pasar Seni, mata pasti akan tertancap pada lukisan2 yang terdapat di sepanjang dinding tembok sungai. Ada yang cuma tulisan, ada yang lukisan.

Satu ketika dahulu, ada berbagai-bagai tulisan anti kerajaan di dinding itu. Sangat ketara diwaktu adanya pilihanraya dan juga kenaikan harga minyak. Secara tak langsung, dinding-dinding ini mewakili golongan tertentu dalam menyampaikan suara dan pendapat mereka dalam sesetengah isu.

Penakut? Tidak berani menyampaikan ketiak puasan hati dengan suara sendiri? Mungkin mereka lebih selesa begitu. Bagi cK, ianya boleh dianggap sebagai salah satu cabang seni. Kenapa? Kebanyakan graffiti ini cantik2 belaka. Kalau tengok di negara barat, graffiti adalah perkara yang biasa. Namun, ia masih agak baru di Malaysia.

Ada antara kita yang melihat graffiti sebagai sesuatu yang kurang menyenangkan. Seolah kerja2 vandalisme sampah masyarakat. Pelukis2 graffiti sering dianggap sebagai kutu yang tidak mempunyai wawasan. Agak dangkal pendapat itu. Apapun, ianya subjektif. Masing-masing punya pandapat sendiri dalam perkara ini.


Bagi seorang yang sukakan grafik, cK teruja melihat graffiti yang terhasil. Kombinasi warna yang menarik disamping hasil yang memuaskan jika masa yang terhad diambil sebagai ukuran. Graffiti yang cK letakkan dalam entri kali ini adalah hasil dari kerja tangan individu2 terbabit ketika sehari menjelang merdeka.

Berlatarkan Pasar Seni, lokasi itu cK dapati amat sesuai sekali dalam merealisasikan aktiviti seni yang sihat seperti ini. Siapa lagi yang bisa mengangkat hasil seni kalau bukan kita sendiri?

Monday, August 31, 2009

:: Di Bumi Asing Di Tanahair Sendiri ::

No comments:
In between jalan2 menghabiskan voucher Parkson, cK ngan besties sempat singgah untuk iftar di Pasar Seni - Central Market. Rasa mengidam pula nak makan lauk 'kahwin campur pedas' kat roof CM tu. Ya, saya makan gerai juga. Takda masalah pun.
Justify Full
Masa kitaorang berjalan dari LRT Pasar Seni menuju ke CM tu, adalah nampak segerombolan warga2 asing duduk ramai2 kat tepi Sungai Gombak sebelah area Pos Besar. Agak seram tapi memandangkan dorang tak buat apa2 selain berhimpun sesama mereka, we all pon buatlah muka selamba.

Baru terdetik dalam hati "Oh hari ni hari Ahad, esok plak public holiday...cuti la dorang tu". Kitaorang pun terus je lah naik roof dan order sesiap untuk berbuka. Elok2 bersembang sambil menunggu azan berkumandang, nampaklah due tiga orang warga seberang ni naik kat roof gak. Oklah tu, mereka pun nak berbuka juga kan?

So, azan berkumandang dan setelah membaca doa buka puasa kitaorang pun bedal apa yang patut. Tak baik biar rezeki lama2 terbiar sejuk macam tu je kan. Tengah sedap2 suap tu, tiba2...Datang dari satu arah kumpulan yang kami nampak melepak tepi sungai tadi. But, the volume dah tambah ramai. Gilalah!

Tak semena-mena, riuh rendah jadinya situasi. Yang paling dahsyat, cK ngan Leq terasa seperti berada di Bandung or tak pun Jogjagkarta! Dengan bahasa mereka yang pekat, likat ditambah pula kuat...Pergh! Terasa amatlah sangat seolah berada di bumi asing. Sungguh terpinggir. Yang menakutkan, dorang duduk belakang cK je. Duk meja panjang plak tu. Ada juga yang terpaksa berpecah daripada kumpulan dan duduk kat meja sebelah kitaorang.

Abang Jamil, tokey kedai air menyapa cK "Bila kita duduk di tengah2 kelompok orang luar...tak pasal2 kita pun nampak macam dorang juga kan?". Tak tahu cK nak jawab apa. Pandang kiri kanan, tengok muka masing2 macam nak telan orang. Rasanya dorang ni pekerja2 kontrak. Dengan rambut panjang, bercelak, kuku pecah, muka letih. Fuuh...memang seram!

Terfikir seketika, adakah sambutan merdeka kita akan dipenuhi dengan orang-orang luar? Di mana rakyat kita? oh...mereka di rumah masing2 beramal sempena Ramadhan? Mungkin tahun ini sambutannya lebih personal berbanding fizikal? Tepuk dada, tanya selera. Tak mungkin kita sanggup berdiam diri pabila jiran tetangga negara yang lantang menjerit "Merdeka!" sedangkan kita hanya enak beradu. Malaysia tanahair ku, aku bangga dengan pencapaian mu!

Thursday, August 20, 2009

:: Itu Boleh Usaha ::

2 comments:
Masih adakah cinta kerana cinta semata-mata?

Bolehkah korang terima pasangan atas dasar suka sama suka semata-semata?

Yakinkah kamu bahawa dia boleh bertanggung jawab untuk menyediakan segala-galanya untuk kamu?


Peribadi, perkara-perkara diatas inilah antara sebab yang mengekang cK dari mempunyai hubungan. Memilih? Mungkin. Ya, cK sedar yang cK juga ada kurangnya. Tapi, andai kita sendiri dah tak mencukupi dari satu segi, perlukah kita bawa lebih banyak kepincangan lain dalam kehidupan kita?

Bukanlah bermaksud duit adalah segala-galanya. Dan bukan juga menyuruh kita berkiblatkan duit semata TAPI segala-gala keperluan dalam kehidupan hari ni mahu atau tidak bergantung pada duit. Ya, mungkin kamu mula bercinta dari zaman remaja. Ketika masing2 tidak lagi mempunyai sumber pendapatan sendiri. Maka, kamu akan sama-sama bekerja mencari rezeki untuk sesuap nasi. Pendeknya, kamu membesar bersama dan ini sekaligus hampir menidakkan kepentingan duit sebagai elemen utama dalam hubungan.

Namun begitu, dalam kehidupan seorang insan akan tibalah satu tahap di mana mereka sepatutnya mencapai tahap-tahap ekonomi tertentu. Bayangkan situasi kamu dan dia dengan umur yang sebaya. Kamu telah berjaya mempunyai simpanan sendiri, tabungan haji untuk ibubapa, bekalan berumahtangga. Tapi dia? Nak tanggung diri sendiri pun masih berkira2. Nak merokok minta ditaja. Suruh meminang, duit tak ada katanya.

Mahukah kamu menghabiskan masa bersamanya? Ya, mungkin dia boleh didorong dan dinasihat untuk memajukan diri. Tapi, percayalah yang manusia itu tidak mudah berubah apatah lagi apabila dia sudah selesa di zonnya sendiri. Jangan angkuh dan berasa perjalanan hidup semua insan sama seperti kamu.

Manusia ini kompleks. Apa yang penting untuk kau, mungkin tidak bagi aku. Kuasa penentu itu bukan kamu. Tepuk dada, fikir panjang, tempuhlah hari kamu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...