In between jalan2 menghabiskan voucher Parkson, cK ngan besties sempat singgah untuk iftar di Pasar Seni - Central Market. Rasa mengidam pula nak makan lauk 'kahwin campur pedas' kat roof CM tu. Ya, saya makan gerai juga. Takda masalah pun.
Masa kitaorang berjalan dari LRT Pasar Seni menuju ke CM tu, adalah nampak segerombolan warga2 asing duduk ramai2 kat tepi Sungai Gombak sebelah area Pos Besar. Agak seram tapi memandangkan dorang tak buat apa2 selain berhimpun sesama mereka, we all pon buatlah muka selamba.
Baru terdetik dalam hati "Oh hari ni hari Ahad, esok plak public holiday...cuti la dorang tu". Kitaorang pun terus je lah naik roof dan order sesiap untuk berbuka. Elok2 bersembang sambil menunggu azan berkumandang, nampaklah due tiga orang warga seberang ni naik kat roof gak. Oklah tu, mereka pun nak berbuka juga kan?
So, azan berkumandang dan setelah membaca doa buka puasa kitaorang pun bedal apa yang patut. Tak baik biar rezeki lama2 terbiar sejuk macam tu je kan. Tengah sedap2 suap tu, tiba2...Datang dari satu arah kumpulan yang kami nampak melepak tepi sungai tadi. But, the volume dah tambah ramai. Gilalah!
Tak semena-mena, riuh rendah jadinya situasi. Yang paling dahsyat, cK ngan Leq terasa seperti berada di Bandung or tak pun Jogjagkarta! Dengan bahasa mereka yang pekat, likat ditambah pula kuat...Pergh! Terasa amatlah sangat seolah berada di bumi asing. Sungguh terpinggir. Yang menakutkan, dorang duduk belakang cK je. Duk meja panjang plak tu. Ada juga yang terpaksa berpecah daripada kumpulan dan duduk kat meja sebelah kitaorang.
Abang Jamil, tokey kedai air menyapa cK "Bila kita duduk di tengah2 kelompok orang luar...tak pasal2 kita pun nampak macam dorang juga kan?". Tak tahu cK nak jawab apa. Pandang kiri kanan, tengok muka masing2 macam nak telan orang. Rasanya dorang ni pekerja2 kontrak. Dengan rambut panjang, bercelak, kuku pecah, muka letih. Fuuh...memang seram!
Terfikir seketika, adakah sambutan merdeka kita akan dipenuhi dengan orang-orang luar? Di mana rakyat kita? oh...mereka di rumah masing2 beramal sempena Ramadhan? Mungkin tahun ini sambutannya lebih personal berbanding fizikal? Tepuk dada, tanya selera. Tak mungkin kita sanggup berdiam diri pabila jiran tetangga negara yang lantang menjerit "Merdeka!" sedangkan kita hanya enak beradu. Malaysia tanahair ku, aku bangga dengan pencapaian mu!
No comments:
Post a Comment