Dengan kadar keaktifan yang tinggi di alam maya melalui saluran muka buku (fesbuk la tu), cK dapat peluang melihat lebih banyak ragam dalam diri seseorang. Yang mana luarnya nampak macam baik, suci murnni pemeringkatan dua kali tu..belum tentu isi dalamnya sama ya kawan-kawan. Maka pepatah yang kata "Don't judge the book by its cover" memang sesuai diguna pakai. Nampak baik, belum tentu baik.Nampak cam pecah rumah, belum tentu penjenayah.
I don't judge people. Why? I don't have to plus, i don't need them to judge me either. So, kalau cK kurang berkenan tu cK jauhkan diri sikit. Berikan ruang yang ala kadar untuk tidak terlalu rapat. Yes, i only trust few people. By saying few, memang sangat few la angkanya ya.
This one guy, yang cK kenal melalui seorang kawan betul-betul buat hati terusik. Opps! Bukan timbul rasa chenta asyik masyuk ke apa, cuma....indah khabar dari rupa. Kenal pun bukanlah kenal rapat, setakat tahu nama dan pernah jumpa dalam majlis dia dan tunangnya (yang memang kawan cK) baru baru ni.
Nak dijadikan cerita, adalah status dalam FB cK yang kalau nak diikutkan taklah kontroversi tapi telah dijadikan medan si lelaki ni nak bercakap soal yang takda kaitan dengan jalan cerita. Maka, dalam bersembang2 dengan si perempuan, cK sampaikanlah apa yang terlintas difikiran berkenaan komen2 yang diberikan oleh tunangannya tu.
Al-kisah, sibijak ni bercerita dengan si lelaki itu. Yalah, mungkin dia sangka ia sekadar bual biasa. Tak semena-mena si lelaki ni mula lancar misil dalam FB Chat. Puas dia lancarkan peluru, lepas satu, lancar lagi. Nak buat rundingan damai, boleh kata gagal lah usaha itu. Sebab? Dia hanya nak suara dia didengar pakai. Runding apa macam tu beb?
Bila kita bolayan, dia mula meroyan. Apa nak buat. Bukan semua orang dilahirkan untuk menerima kritikan. Lebih mudah melenting bila dicuit, tapi bangga bila diberi pujian. Macam ni, mana boleh jalan. Kenalah seiringan. Tak boleh la macam ni abang oii. Orang menegur untuk kebaikan, bukan nak jadikan topik pergaduhan. Ni macam kalu, kalau dah kahwin nanti...mau melayang pinggan!
p/s : taknak kena tegur, gi duduk dalam hutan.
No comments:
Post a Comment