Monday, August 24, 2009

:: Topeng Lindungan ::

Ya, saya sedar title tu macam ada repeatition. Kalau dah bertopeng tu, mestilah untuk melindung kan? Tapi! Apa yang nak kita lindung? Ha, yang itu kena ikut masing-masing punya keperluanlah ya?

Semenjak dua ni, adalah amat dicanang-canangkan untuk penggunaan topeng sebagai langkah berjaga-jaga daripada terkena serangan penyakit epidermik yang hebat melanda antaranya H1N1. Maka, banyak pihak dah keluarkan peringatan untuk sekalian rakyat jelata untuk memakai topeng muka ini.

Cuma ada sesuatu yang agak mengganggu perhatian cK ni. Ya, cK ngaku cK tak pakai pon mask ke opis atau ke mana-mana sekalipun. Paling kuat, cK tutup mulut bila nak bersin atau batuk dan bawa tisu. Yang cK rasa kurang selesa bila tengok orang yang pakai topeng ni jenis recycle. Dok ulang tayang mask dia tu. Kot kalau jernih lagi takper. Ni dah ada sambal segala. Macam mana tu? Kalau lah tak kena H1N1, mau kena penyakit lain tu. Penyakit kuku dan mulut ke? Eh...boleh ke? Hehehe...Cuba pakai topeng cam kat bawah ni ah :

Ha, barulah betul cara pemakaiannya. Kita hanya berusaha untuk menghindarkan diri dari mempunyai peluang cerah terkena jangkitan, namun Tuhan yang menentukan. Yang penting usaha ya kawan-kawan.

Kepada sesiapa yang rasa nak pakai mask tu, pakailah yang senonoh dan berhemah. Bagus niat korang tu. Tapi, tukarlah mask tu. Jangan pakai sampai lebam! Kat sesetengah tempat memang dah ada dijual pelbagai fashion mask untuk pilihan kalian. So, pilihlah yang mana berkenan di mata. Macam ada sorang hamba Allah ni, dia pilih pakai yang camni :

Korang sanggup tak?

2 comments:

zool irfan said...

eh.. kat mana ek nak cari topeng macam tu.. yang muka katun tu.

DoOrDie said...

dorang kata area CM ada..tp itu ari tak nampak pon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...