Monday, August 10, 2009

:: Angin Kus Kus Da Mari La ::


Mula-mula tanya apa kerja aku.
Bila aku cakap, ko potong ayat aku.

Kau kata lagi, itu kerja tempelan bukan rutinku
Ku terangkan lagi, memang itu maksudku.

Kau tanya lagi, menulis di blogkah aku?
Ku iyakan saja, tiada sebab untuk menipu.

Kau cungkil lagi, apa isi jalan cerita.
Ku jawab ringkas, pengalaman motif segala.

Kau soal pula, berkaitah ia dengan kerja?
Ku tunduk dan selamba menjawab "Ya".

Tak puas hati, kau kata tulisan aku buang masa.
Kalau begitu, yang kau bz body bertanya tu kenapa?

Hari ini bertemu lagi, ku tambahkan lagi tugasan yang ada.
Seperti diduga, kau cuba tutup segala kebenaran yang ada.

Kau perkecil seakan mencemuh diriku yang muda.
Dengan begitu, kau harap akan ku hormat kerana kau tua?

Cukup-cukuplah kau cuba gila kuasa
Malas aku nak buka telinga

Dari sarat ku pendam rasa, sakitkan jiwa
Baiklah kalau aku pekak telinga, butakan mata.

Suka hati kamulah nak buat apa!






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...