Monday, August 10, 2009

:: Selamat Bertunang JJ ::

Lepas sorang, sorang. Alhamdulillah. Awal seru masing-masing. As for me, tumpang gembira ngan tumpang sebok. Boleh gitu?


Majlis berjalan lancar walaupun ada sedikit kelewatan dari pihak lelaki (salah simpang katanya). JJ looks stunning that day. Dan kitaorang nih (both me n dilla) tiba2 jadi pengapit tak rasmi. Sambil2 tu juga kitaorang telah menjalankan kerja2 fotografi haram! Muahaha..

Naik muak JJ dengar arahan pelbagai kitaorang. Pandang bawah, jeling tepi, senyum simpul...macam2 ada. Miahahah...yang penting malatops! So ni ada la sikit2 gamba yang sempat dipulun masuk dalam blog. Yang lebih2 tu dalam facebook sudah. Sila-silalah eh.


Part that i like most is makan part! Sedap sungguh lauk pauk nyer. Teruja. Lauk2 kampung la katakan. Dengan ikan masin sepatnya. Pehtu ada telur masin, sambal belacan superb! Masak sambal tumis udang ngan ayam goreng rempah..marveles la kiranya. Lainkali rajin2 lah panggil makan lagi eh JJ.


Yang penting, sirih junjung! orang kata, kalau dapat curi sirih junjung nih then kunyah cepat dapat jodoh katanya...Tak tahulah nak kata. Misi macam dah berjaya ni...tunggu je la. Bukanlah percaya 100%..tapi ikhtiar la kira. Mana taw berkat doa semua, makbul pula. Hheheeh...Amin!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...