Thursday, August 20, 2009

:: Itu Boleh Usaha ::

Masih adakah cinta kerana cinta semata-mata?

Bolehkah korang terima pasangan atas dasar suka sama suka semata-semata?

Yakinkah kamu bahawa dia boleh bertanggung jawab untuk menyediakan segala-galanya untuk kamu?


Peribadi, perkara-perkara diatas inilah antara sebab yang mengekang cK dari mempunyai hubungan. Memilih? Mungkin. Ya, cK sedar yang cK juga ada kurangnya. Tapi, andai kita sendiri dah tak mencukupi dari satu segi, perlukah kita bawa lebih banyak kepincangan lain dalam kehidupan kita?

Bukanlah bermaksud duit adalah segala-galanya. Dan bukan juga menyuruh kita berkiblatkan duit semata TAPI segala-gala keperluan dalam kehidupan hari ni mahu atau tidak bergantung pada duit. Ya, mungkin kamu mula bercinta dari zaman remaja. Ketika masing2 tidak lagi mempunyai sumber pendapatan sendiri. Maka, kamu akan sama-sama bekerja mencari rezeki untuk sesuap nasi. Pendeknya, kamu membesar bersama dan ini sekaligus hampir menidakkan kepentingan duit sebagai elemen utama dalam hubungan.

Namun begitu, dalam kehidupan seorang insan akan tibalah satu tahap di mana mereka sepatutnya mencapai tahap-tahap ekonomi tertentu. Bayangkan situasi kamu dan dia dengan umur yang sebaya. Kamu telah berjaya mempunyai simpanan sendiri, tabungan haji untuk ibubapa, bekalan berumahtangga. Tapi dia? Nak tanggung diri sendiri pun masih berkira2. Nak merokok minta ditaja. Suruh meminang, duit tak ada katanya.

Mahukah kamu menghabiskan masa bersamanya? Ya, mungkin dia boleh didorong dan dinasihat untuk memajukan diri. Tapi, percayalah yang manusia itu tidak mudah berubah apatah lagi apabila dia sudah selesa di zonnya sendiri. Jangan angkuh dan berasa perjalanan hidup semua insan sama seperti kamu.

Manusia ini kompleks. Apa yang penting untuk kau, mungkin tidak bagi aku. Kuasa penentu itu bukan kamu. Tepuk dada, fikir panjang, tempuhlah hari kamu.

2 comments:

zool irfan said...

post yang bagus..
suka membacanya..

DoOrDie said...

abam zool, post ni jadi debat dalam Fesbuk. Alhamdulillah, ianya dibincangkan secara terbuka dan telus.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...