Bangun pagi, gosok-gosok mata sambil jalan macam zombie masuk bilik mandi. Dah siap pakai baju, wangi-wangi sembur Delicious tenyeh mata ngan eyeshadow purple. Barulah match ngan baju kurung bunga2 pink purple hari ni. Pakai tudung pink, sarung sandal putih.
"Ni pasal apa plak tumit dia rosak ni?". Aduyai. Time2 pagi hari camnilah ni nak buat hal. Kenapa tak rosak lusa ke, tulat ke. Ish...sarung sandal lain. Pastu melangkah ceria naik kereta sambil Papa drive ke stesen LRT.
"Alamak! Touch n Go balance dah tak cukup nak naik LRT hari ni!". It's ok leh jer top up kat kaunter nanti. Sampai je LRT terus buka zip beg sambil tangan seluk cari purse. Tiba-tiba ada flash back macam dalam filem. Ternampak-nampak jer purse merah tu atas meja makan pagi ni.
"Aiseh!". Semalam singgah bank rimau masa balik kerja. Sampai umah terus park purse atas meja. So now, nak bayar reload ngan apa agak-agaknya? Hurm...Dengan pantas dail no Papa minta dihantarkan purse ke stesen putra. Terpaksalah melangak seketika. Tengok jam dah pukul 7.45. Fuhhh, horror-horror.
Pukul 8 papa sampai bawa purse merah debok. Terus pegi kaunter reload dengan segera. Dah reload lima puluh hengget terus swipe naik ke platform. Tepat 8.05 tren sampai. Tren 2 koc yang sikit tempat duduk tu. Terpaksalah berdiri sandar tepi cermin. Punyalah ramai dalam LRT hari ni. Tak sure sebab dorang bangun lambat ke memang itu timing dorang g kerja.
Sampai KL Sentral dalam pukul 8.25. Dek kerana lapar, singgah kat McD beli breakfast. Order fillet-o-fish ngan stoberi shake. Jam pukul 8.30. Fuhhh...kena marathon turun bawah ni. Nampak bas U82 tapi mak aih orang yang beratur ramai giler. Sampaikan dah tak muat bas nak naik. Kena cari jalan lain ni.
"Akak, Semantan". Hulur sekeping note merah ngan tiga keping note biru. Kupon dah bayar, teksinya tak nampak. Aduyai! Elok je toleh, sebiji teksi sampai. Terus lompat naik. Abang tu bawa boleh tahan moderate lajunya. Tapi sayang, jem mencemburui kami. Tersengguk-sengguk seketika. Hati makin berdebar bila jam dah tunjuk pukul 8.40. Harap sangat abang sempat U Turn so that boleh masuk opis ngam2 kol 8.45.
Abang tu turunkan kat bangunan sebelah. Satu hal plak dah berlari ayam masuk opis. Masuk2 je tengok jam, cun2 8.45. Sign in sambil tarik nafas dalam-dalam. Pergh! Memang terbaeklah exercise hari ni. Kalau hari-hari camni, memang slim mak nok!
No comments:
Post a Comment