Wednesday, December 01, 2010

:: Hanya 2 Minggu ::

Kalau nak dihitung kira dari segi matematiknya, secara am setiap bulan akan mempunyai 30 - 31 hari yakni bersamaan dengan 4 minggu bekerja. Paling-paling maksimum pun 5 minggu lah.Ini secara tidak langsung menyatakan bahawasanya sesiapa sahaja yang bertaraf kuli atau pun bahasa sopannya makan gaji, perlu bekerja selama 4-5 minggu sebelum akaun bank masing-masing dianugerahkan dengan 'angka-angka ajaib' yang amat diperlukan untuk meneruskan kehidupan.

Sekiranya diberi pilihan, pasti ramai kawan2 sedarjat yang berasa sexcited jika 'angka-angka ajaib' itu terbit tanpa perlu bersungguh-sungguh mengunci jam loceng setiap hari untuk memastikan awal waktu bangun pagi dan tergopoh gapah ke lrt sebelum berlari2 mengejar rapidkl yang sesak dengan warga-warga international itu demi mencari sesuap nasi. Oh, drama!

Hish, tak kuasalah cK nak continue bermadah helah segala weih. Motip utama entry ni sekadar nak share (20%)  dan ada sedikit unsur2 meriak (80%) dalam sanubari. Muahaha. Tak caya? Try test tengok snapshot bawah ni:

Apply, jangan tak apply
Sesungguhnya apa yang tertera pada snapshot itu mampu membuat saya mencapai objektif dan hasrat yang telah lama disimpan. Tak perlu keja mati-matian, dapat gaji ngan bonos riban-riban. Oh, rasa cam jutawan kejap. cK akan hanya bekerja 2 minggu sahaja bulan ini. Korang leh buat camtu? Takleh kan?

Guna habis Leave in Lieu - yang sebenarnya annual leave cK dari ofis lama. Total yang nak perlu cK clearkan adalah dalam 13.5 hari dan boleh carry foward 5 hari ke next year. Maka, apa lagi tunggu? Lepas dah tolak2 cuti ni...ada lagi half day nak kena abiskan this year dan 5 hari confirm cK carry foward tahun depan. Pastu dapat lagi cuti dan bolehlah kita bercuti-bercuti Malaysia ke... luar Malaysia ke..luar angkasa ke..eh over taw!

Harap-harap boss besar tidak mencacatkan kegirangan cK ini. Approvekanlah bonos yang tak seberapa tu boss. Celah gigi je tu kalau nak compare ngan bank pilihan rakyat yang dapat bonos manja-manja 8 bulan tu. Saya mesti pilih! So kawan-kawan, kalau rasa-rasa rindu ngan cK...kita pasti akan jumpa lagi...TAHUN DEPAN. i loike lah!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...