Pernah tak korang rasa menyampah bila dengar nama si polan disebut atau korang cepat2 buka page lain bila tengok gambar yang ada dalam satu2 page tu? Kadang2 korang bukanlah kenal sangat pun si polan tu. Cuma rasa menyampah, meluat.
Kalau si polan tu pernah sakitkan hati korang, bolehlah diterima yang korang sakit hati dan sakit jiwa. Tapi ni takde salah apa pun, it just go by nature. Nampak je muka dia, korang terus moncong hilang selera nak baca cerita tu. Kalau ikut bahasa kasarnya "potong stim".
Apatah lagi bila muka dia ketat je, tak langsung nampak friendly. Bukan nak suruh senyum nampak gigi tapi kan elok kalau buat ala2 iklan YES tu. Janji senyum sikit, kasi sejuk mata orang memandang. Kalau berita tu pasal aktiviti kanak-kanak, kena la buat muka ceria macam ibu yang bangga ngan anak mereka. Kot kalau pasal aktiviti sosial, budak2 kena dera..Kenalah ada riak muka yang sesal dan sedih. Pendek kata, air muka tu kena jadi cermin apa yang hati rasa.
Janganlah senyum plastik macam sesetengah artis plak. Itu pun rasa nyampah gak tengok. Nak plak bila headline kata "Si Polan Bukan Penggoda" tapi muka dalam gambar nampak macam mohon ditaja. Tengok dressing plak tunjuk peha, tayang dada. Oh, poyo giler! Itu bukan setakat salah konsep air muka, tapi bahasa badan (body languange) pun out juga.
Buat tatapan mata cK, ada satu imej yang selalu mengganggu jiwa bila tengok. Jujur cakap, cK bukan setakat tak pernah bercakap malah jumpa dia pun tak pernah. Tapi bayangan imejnya selalu buat cK kerut dahi bila tengok paper, berita. Tak tau la korang camne tapi inilah yang cK rasa. Try tengok meh.
cK rasa antara penyumbang utama kepada rasa kurang selesa bila menatap wajahnya adalah kerana :
a. Terbayang muka mak tiri yang tak berapa nak frenly
b. Secara serta merta rasa sukar untuk bercakap dengan pipi yang kejong
b. Jambul. Ya, jambul itu. Tak pasti bagaimana atau kenapa tapi jambul itu pasti ada sesuatu
c. Terdengar bunyi tik-tok-tik-tok ... kebabom!
d. Muka dia lagi banyak dari artis fofuler - over exposed bukan super imposed ya
Ada banyak lagi reason lain tapi tu je kot yang cK leh share. Korang plak camne? Kepada peminat dan followers auntie ni, harap maaf la yer. I just want to be sincere.
No comments:
Post a Comment